mis hoh 2

6

Click here to load reader

Upload: diana-murad

Post on 14-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pent

TRANSCRIPT

Page 1: mis hoh 2

Kementerian Pendidikan telah menyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 dan

diperjelaskan lagi dalam peraturan-peraturan pendidikan (prasekolah) 1997, yang ditulis dalam

perenggan 5(1) Tiap-tiap tadika hendaklah

membuat penilaianberterusan tentang perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif,

afektif dan psikomotor. 22(2) Kukurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan dibawah

Subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan

diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.

Manakala dalam Akta Pendidikan 1996 Seksyen 24, Peraturan-Peraturan Pendidikan

(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut,

seksyen 24 – Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah.

“Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini”.

  Tujuan utama pentaksiran dan penilaian dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti

pelbagai kecergasan dan potensi murid bagi memperkukuhkan dan membantu

mempertingkatkan perkembangan mereka. Sebab kenapa penilaian ini dikatakan proses

pengajaran dan pembelajaran berterusan adalah kerana, penilaian bertujuan untuk mengumpul

maklumat yang berkaitan tentang pengetahuan, kemahiran dan pencapaian kanak-kanak

seterusnya menjadi panduan bagi menentukan objektif yang perlu dicapai dan hala tuju

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk membolehkan guru

memilih dan merancang pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan keperluan kanak-

kanak.

Oleh itu, pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting

kerana membantu mengesan perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai

potensi murid secara menyeluruh. Hasil penilaian inilah yang membolehkan guru untuk

mengambil tindakan susulan yang berkesan dalam membantu memperkembangkan potensi

murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Daripada hasil penilaian

yang telah dibuat, guru dapat membuat pertimbangan tentang tiga perkara iaitu mengesan

keberkesanan pengajaran guru, mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid seterusnya

merancangdan mengubah suai aktiviti pengajaran bagi membantu perkembangan dan

pertumbuhan murid.

Apakah itu pentaksiran? Pentaksiran atau penaksiran adalah perkataan Latin yang

membawa maksud “duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon. Pentaksiran

merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta

Page 2: mis hoh 2

pertimbangan tentang produk proses pendidikan. Pentaksiran juga boleh didefinisikan

sebagai “apa-apa sahaja kaedah yang diguna untuk lebih memahami pengetahuan, kemahiran,

dan adab, nilai ,akhlak yang dimiliki oleh seseorang murid sama ada melalui atau tanpa melalui

proses proses pengajaran dan pembelajaran”. (Dari bahan oleh Dr. Jamil Adimin, Lembaga

Peperiksaan, Kementerian Peperiksaan Malaysia). Selain itu, David Lambert dan David Lines,

(2000), berpendapat bahawa, pentaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah,

merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.

Seterusnya, Gearheart (1990), mengetengahkan pentaksiran sebagai proses pengumpulan dan

penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan

intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan.

Justeru, Salvia dan Yseldyke (1978), mengemukakan bahawa penaksiran boleh didefinisikan

sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan

masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Menurut noraini idris (2008) pula, pentaksiran

dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran

yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar di samping Lembaga

Peperiksaan Malaysia (2000) berpendapat bahawa penaksiran dalam pendidikan ialah suatu

proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor

dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan

tertentu.

Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat bagi tujuan

tertentu di samping satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran

seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.

Terdapat 5 perlaksanaan di dalam Model Proses Perlaksanaan Pernilaian dan

Pentaksiran. Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang dengan

melakukan beberapa perkara penting iaitu guru perlu tahu apakah tujuan untuk membuat

pentaksiran tersebut , adalah untuk mengenal pasti murid itu sendiri. Tahu apakah konstruk

yang ditaksir, ia boleh dikategorikan dari segi pengetahuan, dari segi kemahiran ataupun dari

segi nilai seseorang. Guru perlu merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan rujuk kepada Standard

Prestasi teras dan kriteria berkaitan. Begitu juga instrument Tentukan instrumen (aktiviti atau

strategi) yang akan digunakan seperti lembaran kerja yang bersesuai dengan kategori yang

ingin di taksirkan. Tentukan bila hendak mentaksir, guru perlu tahu masa yang bersesuaian

Page 3: mis hoh 2

dalam menjalankan proses pentaksiran dan akhir sekali perlukan tempoh pemerhatian, berapa

lama masa yang diambil dalam sesuatu masa.

Berdasarkan Konstruk, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard

Prestasi, yang telah di rancang itu tadi guru boleh membina instrumen serta mengatur aktiviti

yang sesuai dan tepat supaya murid berpeluang memberi respon yang diharapkan. Melalui

pendekatan pentaksiran autentik, murid boleh diperhati dan ditaksir melalui aktiviti-aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan instrumen dan aktiviti harus sesuai dengan apa yang

hendak ditaksir dengan mengambil kira faktor murid dan persekitaran mereka. Satu instrumen

atau aktiviti boleh digunakan untuk mendapatkan evidens bagi lebih daripada satu

konstruk. Antara aktiviti yang lazim dijalankan di prasekolah ialah permainan, lakonan,

nyanyian, projek, bercerita, kuiz, dan perbualan.

Segala apa yang guru perhatikan didalam pentaksiran tersebut ialah evidens atau

bukti. Evidens boleh dipamerkan dalam bentuk tingkah laku, interaksi, proses dan hasil kerja.

Evidens yang mahu dilihat ialah yang menunjukkan perkembangan, pertumbuhan dan

pencapaian murid dari segi pengetahuan, kemahiran serta sikap atau pengamalan nilai-nilai

murni seperti mana yang dihasratkan melalui KSPK. Ia boleh di lihat melalui tingkah laku,

interaksi,proses dan cara kerja.

Dari segi tingkah laku murid, ia boleh diperhatikan dan dinilai, contohnya ketika murid

mengurus diri, bermain bersama rakan, membuat kolaj dalam kumpulan, menyelesaikan

masalah bersama rakan dan juga ketika menyusun blok bersama rakan atau bersendirian.

Dari segi Interaksi murid boleh diperhati dan dinilai melalui contoh aktiviti seperti

bacaan, nyanyian, main peranan, bersoal jawab, aktiviti berkumpulan (projek, persembahan),

interaksi murid dengan bahan/ haiwan/ tumbuhan/ persekitaran, dengan diri sendiri (imaginary

friend) dan juga perbualan antara murid dengan guru/murid dengan murid/murid dengan orang

dewasa lain.

Manakala proses dan hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai sepert lukisan,

buku kecil, buku skrap, kraf tangan, lembaran kerja, dan juga ketika membuat model

menggunakan bongkah.

Langkah yang seterusnya didalam proses pentaksiran ialah merekod, dimana merekod juga

adalah aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat berkaitan secara sistematik. Maklumat

yang direkod ialah tahap penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai-nilai

yang murid pamerkan. Untuk membuat penilaian tentang perkembangan pengetahuan,

kemahiran dan nilai, Standard Prestasi boleh dirujuk untuk memastikan keselarasan dan

keadilan. Berdasarkan Standard Prestasi yang ditetapkan mengikut konstruk, guru mengenal

Page 4: mis hoh 2

pasti tahap penguasaan murid. Pemerhatian dan perekodan yang teliti dan lengkap akan

memudahkan guru memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid kemudian.

Contoh instrumen yang boleh digunakan untuk merekod maklumat pentaksiran adalah seperti

berikut senarai semak, rekod Anekdot dan rekod Berterusan (Running Record).

Segala data yang direkod menggunakan senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, atau

rekod berterusan perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat rumusan mengenai

murid. Prosedur umum yang dicadangkan semasa menganalisis dan menginterpretasi

maklumat , guru perlu membaca dengan teliti semua data yang diperolehi daripada hasil

pemerhatian, membuat analisis terhadap data dengan mengambil kira aspek-aspek penting

dalam Tunjang. Contohnya Tunjang Komunikasi lebih berfokus kepada kemahiran bertutur,

kemahiran mendengar dan kemahiran menulis dan akhir sekali menganalisis hasil kerja

murid.Hasil kerja yang boleh analisis termasuklah :

Gambar atau lukisan Sampel tulisan Binaan yang disempurnakan Cerita yang ditulis Buku skrap

Catatan perlu dibuat ke atas hasil kerja murid yang telah dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan, contohnya ‘sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf‘. Hasil kerja ini boleh disimpan dalam portfolio murid. Murid boleh dilibatkan semasa pemilihan hasil kerja untuk dinilai dan seterusnya disimpan dalam portfolio. Bukti refleksi yang dibuat oleh murid boleh juga dimasukkan dalam portfolio sebagai pentaksiran kendiri.