minit mpp1 2013 danniel shazmeer

Upload: danniel-shazmeer

Post on 03-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Minit MPP1 2013 DANNIEL SHAZMEER

    1/2

    SEKOLAH MENENGAH SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH

    MINIT MESYUARAT

    JAWATANKUASA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KALI PERTAMA

    TAHUN 2013

    TEMPAT: Bilik SeminarTARIKH: 8 JANUARI 2013 (KHAMIS)MASA: 8:30 malam

    HADIR: KEHADIRAN:21/21 Ahli Majlis Perwakilan PelajarTn Hj Roslan B Muhammad (Pengerusi)Pn Zuraidah Bt AhmadPn Razhiyah Bt SallehEn Noranuar B Mohd Kassim

    1.0 Ucapan Penolong Kanan HEM1.1 Tuan Haji Roslan mengalu-alukan kehadiran ahli.1.2 Beliau memaklumkan mesyuarat ini khusus untuk membincangkan tugas-2 serta

    tanggungjawab Majlis Perwakilan Pelajar.

    2.0 Pengenalan Majlis Perwakilan Pelajar 20132.1 Tujuan penubuhan Majlis Perwakilan Pelajar adalah sebagai suara pelajar dan

    untuk mengadu hak-2 pelajar serta kebajikan mereka kepada pihak atasan sekaligus

    untuk mencapai ciri-2 yang dikehendaki untuk menjadi salah sebuah SekolahBerprestasi Tinggi.

    2.2 Undang-2 tubuh dan perlembagaan : Pengetua diberi kuasa yang istimewa danmampu memecat mana-2 ahli MPP. MPP bukan badan untuk mendesak pihak

    sekolah, malah MPP juga harus turut sama membantu pihak sekolah untuk

    mengembalikan kebajikan-2 pelajar.

    2.3 Ahli MPP telah dipilih dalam kalangan pelajar dan di pilih oleh para pelajar. Calon-calon yang sedia ada mesti lah merupakan daripada tapisan disiplin.

    3.0 Peranan Majlis Perwakilan Pelajar 20133.1 Majlis Perwakilan Pelajar bertanggungjawab untuk membuat aktiviti yang

    berfaedah sepanjang tahun ini .Pihak MPP juga perlu menyediakan rang

    perancangan aktiviti .Pihak MPP juga perlu bekerjasama dengan Lembaga displin

    Pengawas untuk aktiviti utama seperti Hari Asrama Terbuka,Sambutan Hari Guru

    1001 Malam dan Sambutan Hari Kemerdekaan.

  • 7/29/2019 Minit MPP1 2013 DANNIEL SHAZMEER

    2/2

    4.0 Perancangan Aktiviti4.1 Pengerusi dan naib pengerusi MPP telah membentangkan cadangan-cadangan

    aktiviti sepanjang tahun 2013. Antara aktiviti-aktivitinya termasuk Majlis Ikrar

    Gemilang, Karnival Asrama Terbuka, Sambutan Hari Guru dan juga Hari Anugerah

    Cemerlang yang akan diadakan khususnya untuk pelajar tingkatan lima.

    4.2 Seterusnya, ketua-ketua exco juga turut mencadangkan aktiviti-aktiviti yang akandijalankan. Guru-guru membincangkan tentang tugas-tugas bagi setiap exco.

    4.3 Exco kebajikan menyuarakan cadangan para pelajar untuk menaiktarafkan lagiasrama SM Sains Raja Tun Azlan Shah sekaligus memberikan keselesaan kepada

    para pelajar. Sebagai contohnya, mereka mahu diadakan mesin basuh bagi

    kesenangan para pelajar membasuh baju serta menjimatkan masa. Seterusnya

    membaik pulih dan menambah water cooler di asrama,membaiki pondok telefon

    yang telah rosak. Di sini, Tuan Hj. Roslan telah menyatakan bahawa sekolah sudah

    menempah 10 water cooler untuk ditempatkan di sekolah dan j uga di asrama.

    5.0 Pengerusi mengharapkan perlaksanaan Majlis Perwakilan Pelajar pada tahun ini dapatberjalan dengan lancar dan disokong sepenuhnya oleh semua pihak.

    Mesyuarat ditamatkan pada jam 10.30 malam.

    Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

    .......................................................................... ...............................................(Mohammad Haikal b. Aziz) (HJ ROSLAN B MUHAMMAD)Setiausaha Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMajlis Perwakilan Pelajar.