minit mesyuarat skuad linus tahun 2015

Upload: niesa-jassni

Post on 07-Jan-2016

18 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

contoh minit mesyuarat

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT SKUAD LINUS TAHUN 2015

Tarkih: 28 Ogos 2015.Hari: Jumaat.Masa: 10.30 pagi. Tempat: Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Kampung Jepak.Pengerusi: Puan Nur Kamariah Ensimau Bt Abdullah ( Penyelaras Skuad Linus)Kehadiran: Semua guru subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahap 1Turut hadir: Guru Besar : En Ali Saberi bin Saber Ali Khan Penolong Kanan Pentadbiran : Puan Hashimah bt WahabTidak hadir: Tiada BilAgendaTindakan

1Ucapan Penyelaras LinusPuan kamariah selaku penyelaras linus mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke taklimat saringan linus kali ke 2 tahun 2015. Makluman

2Jadual Saringan LinusPenyelaras skuad linus berkongsi sekali lagi jadual saringan yang pernah di tunujkkan semasa taklimat saringan linus kali pertama pada bulan mac. Saringan linus kali kedua akan diadakan pada ketetapan yang berikut :Saringan membaca : 01 September 30 September 2015Saringan menulis : 01 Oktober 16 Oktober 2015Pegisian data : 19 Oktober 30 Oktober 2015.Walaubagaimanapun, satu kata putus telah di capai bagi tarikh pengisian data peringkat sekolah iaitu:Pengisian data peringkat sekolah : 26 Oktober 2015.Makluman.

3Semasa SaringanSemasa menyaring murid, guru mestilah menyediakan tugasan lain kepada murid yang tidak disaring. Guru juga diingatkan agar memastikan murid dalam keadaan bersedia untuk disaring. Penyelaras linus seterusnya mengingatkan guru agar menanda borang penilaian penguasan individu (BPPI) semasa saringan dan sentiasa bersikap jujur, telus dan penuh integriti semasa menyaring. Bagi kes murid yang kerap tidak hadir, guru diingatkan supaya peka dan segera menyaring murid tersebut.Tindakan semua guru subjek

4Selepas SaringanSelepas saringan guru adalah dinasihatkan supaya mengenal pasti murid yang tidak hadir, dan murid yang masih belum menguasai k1-k12 sama ada dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris ataupun Matematik. Bagi murid-murid yang belum menguasai, guru setiap guru mata pelajaran diingatkan agar membuat verifikasi dan justifikasi ke atas setiap individu murid. Guru juga diingatkan agar mendapatkan pengesahan oleh guru besar kepada dapatan saringan. Sekali lagi guru diingatkan agar memuat masuk data kedalam portal dengan tepat dan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Tindakan semua guru subjek

5Pengisian Portal NKRAPeranan guru kelas adalah memastikan bilangan murid di dalam kelas dengan bilangan murid dalam portal APDM adalah sama. Sekiranya terdapat murid yang cicir guru kelas bertanggungjawab memasukkan nama murid ke dalam sistem APDM. Maklumat murid berkaitan kelas, bangsa dan pra sekolah haruslah dikemaskini bagi memudahkan proses pengisian data dapat dilakukan dengan lancar. Sekiranya terdapat murid yang telah berpindah, atau pindah kelas, maklumat murid perlu dikemaskini dengan segera bagi memudahkan segala urusan. Guru-guru juga dinasihatkan agar tidak memuat masuk data di saat akhir kerana bimbang berlakunya kesesakkan atau hang dalam portal. Sekali lagi guru-guru diingatkan tentang ID dan kata laluan untuk portal NKRA linus iaitu:ID: LINUSYBA9102Kata laluan: 12345678Guru-guru diingatkan dengan tegas supaya tidak menukar ID ataupun kata laluan kerana ID dan kata laluan ini adalah digunakan untuk semua guru disekolah bagi memudahkan proses memuat masuk data. Tindakan guru kelas dansemua guru subjek

6Sesi Soal JawabPelbagai masalah yang melibatkan kehadiran murid telah dibincangkan. Bagi murid 1 Ungu, yang tidak hadir berpanjangan dari bulan Jun, iaitu Aldy Tutong kata putus iaitu meminta pihak sekolah mengeluarkan surat amaran telah dicapai. Bagi murid lain seprti murid 2 Indigo , Kevin yang kerap tidak hadir, guru subjek diminta bijak mengambil peluang dan peka dengan kehadiran murid tersebut. Selain itu, masalah lain seperti murid tidak mahu bercakap seperti murid 1 Indigo Hegner Russel dan 1 Ungu Mohd Izzat, guru subjek boleh meminta bantuan guru lain dalam melaksanakan saringan lisan. Makluman

7Penutup.Penyelaras linus sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana sudi meluangkan masa mendegar taklimat mengenai saringan linus. Penyelaras linus berharap saringan kali ini dapat berjalan dengan baik dan pencapaian murid dapat ditingkatkan berbanding saringan linus kali pertama 2015 pada bulan april yang lepas. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi. Makluman

Disediakan Oleh Disahkan Oleh

__________________________ __________________________(KHAIRUNNISA BINTI JASSNI) (NUR KAMARIAH ENSIMAU BT ABDULLAH) JAWATANKUASA LINUS 2015 PENYELARAS SKUAD LINUS SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JEPAK

Lampiran