minit mesyuarat perjumpaan ibu bapa murid linus

8
MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN IBU BAPA MURID LINUS TARIKH : 22. 05. 2014 HARI : KHAMIS MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SKKL KEHADIRAN GURU : 1. Tuan Haji Hamdan Bin Adam - Guru Besar 2. Puan Fadilah Bt Haji Husin - GPK Pentadbiran 3. Puan Noor Zalila Bt Md. Saleh - Penyelaras LINUS dan Ketua Panitia Bahasa Malaysia 4. Puan Jamilah Bt Ahmad Mokhtor - Setiausaha 2 5. Puan Marzatul Norhafizah Bt Noorizan - Guru Bahasa Inggeris 6. Puan Norliza Bt Samad - Ketua Panitia Matematik KEHADIRAN IBU BAPA: 1. Ibu/bapa/penjaga murid-murid LINUS Tahun 1 Arif dan 2 Arif.

Upload: jamilah

Post on 20-Nov-2015

44 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

LINUS

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN IBU BAPA MURID LINUS TARIKH: 22. 05. 2014HARI: KHAMISMASA: 9.00 PAGITEMPAT: MAKMAL KOMPUTER SKKLKEHADIRAN GURU :1. Tuan Haji Hamdan Bin Adam - Guru Besar2. Puan Fadilah Bt Haji Husin - GPK Pentadbiran3. Puan Noor Zalila Bt Md. Saleh - Penyelaras LINUS dan Ketua Panitia Bahasa Malaysia4. Puan Jamilah Bt Ahmad Mokhtor - Setiausaha 25. Puan Marzatul Norhafizah Bt Noorizan- Guru Bahasa Inggeris6. Puan Norliza Bt Samad - Ketua Panitia Matematik

KEHADIRAN IBU BAPA:1. Ibu/bapa/penjaga murid-murid LINUS Tahun 1 Arif dan 2 Arif.

1. UCAPAN PENGERUSI: TUAN HAJI HAMDAN BIN ADAM (GURU BESAR)1.1 Beliau mengucapkan terima kasih atas kesudian ibu bapa serta penjaga ke perjumpaan pada kali ini.1.2 Perjumpaan pada kali ini agar ibu bapa serta penjaga mengetahui perkembangan anak-anak dan seterusnya membantu meningkatkan pencapaian mereka.1.3 Ibu bapa dan penjaga dimaklumkan bahawa terdapat murid-murid yang tidak melepasi saringan LINUS mungkin berkelayakan masuk ke program Pendidikan Khas.1.4 Beliau turut menyatakan bahawa setiap murid adalah berbeza tahap pencapaian dan perkembangannya.1.5 Murid-murid perlu diberi lebih penekanan dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

2. UCAPAN WAKIL PENTADBIR: PUAN FADILAH BT HAJI HUSIN (GPK PENTADBIRAN)2.1 Beliau mengalu-alukan kedatangan ibu bapa serta penjaga ke perjumpaan LINUS bagi tahun 2014.2.2 Beliau menyarankan agar setiap ibu bapa serta penjaga perlu membimbing anak-anak di rumah kerana itu merupakan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk membantu anak-anak.2.3 Guru Bahasa Inggeris perlu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan ayat dan arahan yang mudah.2.4 Sentiasa gunakan penterjemahan ketika mengajar Bahasa Inggeris dan biasakan murid dengan sebutan huruf.

3. PEMBENTANGAN DATA LINUS: PUAN NOOR ZALILA BT MD. SALEH3.1 Beliau menyatakan bahawa pelaksanaan LINUS bagi tahun ini sudah memasuki kohort 5.3.2 Pelaksanaan LINUS Bahasa Inggeris telah berkuat kuasa pada tahun lepas.3.3 Beliau menerangkan bahawa terdapat 12 konstruk yang perlu ditafsir oleh guru dan dikuasai murid.3.4 Hasil dapatan berdasarkan ujian saringan LINUS 1 bagi tahun ini menunjukkan terdapat murid-murid tahap 1 yang masih belum melepasi 12 konstruks yang telah ditetapkan.3.5 Majoriti murid-murid ini lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.3.6 Antara permasalahan yang sering dihadapi oleh murid-murid ini khususnya dalam Bahasa Malaysia ialah:(a) digraf(b) diftong(c) membina ayat(d) suku kata tertutup(e) ejaan dan sebutan3.7 Saringan LINUS 1 secara keseluruhannya tidak mencapai sasaran peratusan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia)

4. PEMBENTANGAN POST-MORTEM LINUS: PUAN NOOR ZALILA BT MD. SALEH4.1 Beliau membentangkan masalah/sebab murid-murid yang tidak melepasi konstruk K1-K2 dan K3-K12.5. PEMBENTANGAN OLEH GURU BAHASA INGGERIS: PUAN MARZATUL NORHAFIZAH BT NOORIZAN 5.1 Beliau menyatakan bahawa soalan saringan LINUS Bahasa Inggeris tahapnya agak sukar.5.2 Walaupun pengulangan sebanyak dua hingga 3 kali telah dilaksanakan sepanjang saringan namun hasilnya masih mendukacitakan.5.3 Konstruk membaca iaitu (K8-K12) dianggap gagal walaupun menulis lulus.5.4 Beliau mengedarkan hasil saringan LINUS kepada ibu bapa dan penjaga untuk mengenal pasti kelemahan anak masing-masing.

6. HAL-HAL LAIN 6.1 Puan Noor Zalila Bt Md. Saleh meminta ibu bapa memainkan peranan terhadap anak masing-masing antaranya memastikan anak-anak dapat menulis nama dengan betul serta menyediakan kelengkapan alat tulis dengan lengkap.6.2 Beliau turut menyarankan pembelian buku tambahan untuk Literasi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris bagi murid-murid yang tidak menguasai berharga RM 29.99.6.3 Puan Fadilah Bt Haji Husin memaklumkan bahawa setiap program sekolah perlulah dilaksanakan di luar waktu pembelajaran seperti pada waktu petang atau hari Sabtu.6.4 Perkara ini adalah penting bagi melindungi masa instruksional (MMI).6.5 Pemberitahuan tentang sebarang program akan dimaklumkan dua hingga tiga hari lebih awal.6.6 Guru-guru diingatkan supaya lebih peka dan teliti ketika menanda buku murid terutamanya terhadap penggunaan huruf besar, huruf kecil, noktah dan sebagainya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

. ..(PN JAMILAH BT AHMAD MOKHTOR) (PN. NOOR ZALILA BT MD SALEH)Setiausaha 2 LINUS Penyelaras LINUS