minit mesyuarat pbs kali pertama 2016

Upload: anis-alysha

Post on 08-Mar-2016

124 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

PBS

TRANSCRIPT

Rujukan : SKKTB/j-QAF/600-3/6/14/7(2)

_____________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PBS/KSSR KALI PERTAMA 2016

Tarikh

:19 JANUARI 2015

Hari

:ISNIN

Masa

:10.30 PAGITempat :Bilik Mesyuarat

Hadir :Rujuk Lampiran Kehadiran

Hadir Bersama :Tiada

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi

1.1 En Mazlan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru ke mesyuarat kali ini.

1.2 Beliau berharap supaya semua guru dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan PBS dan penambahbaikan yang telah dan akan dilaksanakan di peringkat sekolah.Makluman : Semua guru

Agenda 2 : Ucapan Ketua Pentaksir Sekolah

2.1En Mazlan mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua guru dalam menjayakan PBS.Beliau juga berharap semua guru dapat membantu pihak pentadbir dalam melaksanakan PBS di sekolah ini.Guru yang masih belum menyerahkan Perekodan Offline 2015 harus segera menyerahkannya kepada SU PBS untuk simpanan.Makluman : Semua guru

Agenda 3 : Isu-isu Pelaksanaan dan Kes-Kes Khas PBS3.1Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

3.1.1Pekeliling Ikhtisas

3.1.2Fail Perkembangan Murid,Fail Showcase dan Rekod Transit ditiadakan

3.1.3SPPBS online telah ditiadakan dan digantikan dengan Modul Perekodan

Perkembangan Murid secara offline.

3.1.4PPPM diperkenalkan menggantikan DSP

Makluman : Semua guru

3.2Sistem Fail dan pengurusan eviden:

3.2.1Semua FPM telah dipulangkan kepada murid pada tahun lepas.

Tiada lagi pembelian fail FPM pada tahun 2016.3.2.2Eviden akan disimpan/direkod oleh pentaksir mengikut kreativiti dan keperluan(untuk tujuan perekodan).

3.3Modul Perekodan menggantikan SPPBS :

3.3.1Pn Anis Suhaily akan memasukkan semua rekod offline dan PPPM serta DSKP tahun 1 hingga 6 dalam Telegram sekolah.3.3.2Guru perlu merekod dalam sistem yang telah disediakan LP

3.3.3Pelaporan tidak perlu dicetak kecuali di atas permintaan waris/pihak tertentu

3.3.4Semua pentaksir perlu menyerahkan salinan hardcopy serta emailkan rekod Offline yang mengandungi pelaporan murid 2016 kepada SU PBS dua minggu sebelum cuti akhir tahun untuk disimpan.Tindakan : Semua guru

3.4Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid menggantikan DSP :

5.5.1PPPM akan digunakan dalam p&p untuk pentaksiran (formatif).

5.5.2Pemetaan PPPM perlu dirangka oleh semua pentaksir.

5.5.3En Mazlan mencadangkan supaya pemetaan dibuat dalam panitia semasa mesyuarat panitia.

5.5.4Pemetaan yang telah siap perlu diserahkan pada GPK dan SU PBS.

Tindakan : Semua KP/guru

3.5Penilaian dan pentaksiran :

3.5.1Ujian bulanan - semua belajar Tahun 1 hingga 6 tidak terlibat dengan Ujian Bulanan bagi tahun 2016..

3.5.2PKSR 1 dan PKSR 2 - semua matapelajaran terlibat kecuai Muzik dan Pendidikan Jasmani.

3.5.3Gred PKSR 2 akan diisi dalam Modul Perekodan.

3.5.4Markah PKSR perlu diisi dalam sistem SAPS.

3.5.5Pentaksiran formatif dijalankan sepanjang tahun dalam kelas dan direkodkan dalam Modul Perekodan yang disediakan berdasarkan PPPM (tahun 1-3) dan DSKP (thn 4-6)

Tindakan : Semua guruAgenda 4 : Laporan Jawatankuasa4.1Pembudayaan PBS

4.1.1Pihak sekolah akan melakukan pembudayaan PBS kepada waris melalui edaran brosur dan risalah PBS sewaktu program yang melibatkan waris.

4.1.2Fokus utama penambahbaikan PBS.

4.2Latihan/Penataran

4.2.1Penataran berkaitan penambahbaikan PBS telah diberikan oleh Pn Anis Suhaily dan puan Guru besar kepada semua guru pada thun 2015.4.3Pementoran :4.3.1Pn Anis Suhaily memohon kerjasama semua ketua panitia supaya dapat menjalankan aktiviti/program pementoran dalam panitia secara formal atau tidak formal.

4.3.2Semua program pementoran yang dilaksanakan perlu direkod (rujuk buku panduan penjaminan kualiti yang telah diedarkan).

Tindakan : Semua KP

4.4Pemantauan :4.4.1Pemantauan p&p senarai nama guru dan minggu pencerapan telah diedarkan oleh pihak pentadbir.

4.4.2Instrumen Penjamin Kualiti 2014 akan digunapakai untuk memantau pelaksanaan PBS di sekolah oleh pihak pentadbir.

Tindakan : AJK Pemantau DalamanAgenda 5 : Pelaporan Prestasi Murid5.1Semua guru perlu merekod prestasi murid secara manual dalam Modul Perekodan dan perlu ditampal dalam buku dokumen perancangan mengajar atau disimpan dalam fail pentaksir.5.2Semua pelaporan tapak excel akan disimpan oleh guru dan bersedia untuk dicetak apabila diminta oleh pihak tertentu. Guru perlu menyerahkan pelaporan offline yang telah siap bertanda 2 mnggu sebelum akhir pesekolahan kepada SU PBS untuk disimpan oleh pihak sekolah.

Tindakan : Semua guru

Agenda 6 : Hal-hal lain6.1Borang murid pindah akan disediakan bagi memudahkan guru memasukkan data/prestasi murid.

6.2Pamplet berkaitan PBS yang diedarkan haruslah dibaca dan disimpan dalam Fail Pentaksir.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 petang

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

--------------------------------

-------------------------------------(ANIS SUHAILY BT MD NOORDIN)

(EN MAZLAN BIN MANSOR)

S/Usaha PBS

Penolong Kanan Pentadbiran

Disahkan oleh:

----------------------------------

( PN IZAFTAH BT IDRIS)

Guru Besar

SK ST MARK BUTTERWORTH

SEKOLAH KEBANGSAAN ST MARK (M) BUTTERWORTH12000 BUTTERWORTH

PULAU PINANG KOD SEKOLAH : PBB 2032

Tel / Fax : 043311881Tuan / Puan,NOTIS MESYUARAT JAWATANKUASA PBS BIL. 1 2016

Perkara di atas adalah dirujuk.2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut; Tarikh : 23 DISEMBER 2015 Hari : Rabu Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Pengerusi : En Mazlan Bin Mansor

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1. Ucapan Pengerusi

3.2. Ucapan Ketua Pentaksir Sekolah

3.3. Isu-isu Pelaksanaan dan Kes-kes Khas

3.4. Laporan Jawatankuasa

3.4.1Program Pembudayaan PBS

3.4.2Latihan/Penataran

3.4.3Pementoran

3.4.4Pemantauan

3.5. Pelaporan Prestasi Murid

3.6. Hal-hal lain

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

PN. ANIS SUHAILY MD nOORDIN

Setiausaha PBS SEKOLAH KEBANGSAAN ST MARK (M) BUTTERWORTH

Jalan St. Mark, 12000 Butterworth

Tel/Fax: 04-3311881

Email:[email protected]