minit mesyuarat panitia teknologi maklumat dan komunikasi kali 1 2015

Upload: tombam

Post on 06-Oct-2015

118 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

Minit Mesyuarat

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KALI 1 2015TARIKH: 31 Disember 2014MASA: 11.00 pagi 12.00 tghariTEMPAT: Bilik Guru SK Jijan

Kehadiran:1. Pn Noor Azikin Binti Husein- Guru Besar2. Pn Faridah Binti Saleh- GPK 13. Pn Jamaliah Binti Azit- GPK HEM4. Pn Hafizah Binti Masron-GPK KoKo5. Cik Nadiah Binti Mohammad - Ketua Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi6. En Azhar Bin Punandir- Setiausaha 7. Pn Shakinah Binti Tahir8. Pn Norizan Binti Adam

1.0 Ucapan Guru Besar

1.1 Mesyuarat didahului dengan bacaan doa

1.2 Mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada guru-guru mata pelajaran TMK kerana hadir ke mesyuarat kali pertama bagi tahun 2015.

1.3 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang sepanjang tahun ini. Berharap agar semua guru dan warga SK Jijan dapat meningkatkan kerjasama dan berusaha untuk menjayakan kecemerlangan sekolah untuk tahun 2015.

1.4 Meminta guru-guru mengikuti etika mesyuarat dengan menukar mod senyap telefon bimbit masing masing dan mengingatkan guru-guru agar memberi tumpuan kepada agenda mesyuarat.

TINDAKAN : MAKLUMAN SEMUA AJK

2.0 Agenda Mesyuarat

2.1 Subjek TMK bagi tahun 2015

Bagi tahun 2015, kelas tahap 2 yang akan terlibat dengan mata pelajaran ini ialah kelas tahun 4 dan tahun 5.

Manakala TMK untuk tahap 1 adalah bagi semua kelas tahun 1 sehingga 3 yang diajarkan dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.

Pengerusi menerangkan bahawa TMK ini diajar 6 bulan selang seli dengan masa RBT. Namun TMK tidak boleh diajar secara berterusan 6 bulan dan 6 bulan berterusan untuk mata pelajaran RBT kerana boleh mendatangkan masalah kepada murid-murid apabila bertukar sekolah.

Pengerusi menyatakan bahawa keputusan sekolah adalah membuat giliran minggu ganjil untuk TMK dan minggu genap untuk RBT. Subjek TMK akan diajar sebanyak 2 masa iaitu 1 jam.

Pengerusi juga menyatakan bahawa AJK TMK ini dianggotai oleh guru-guru Sains dan guru-guru DST Tahun 1, 2 dan 3. Bagi tahap 1, Pn Shakinah dan Pn Norizan yang bertanggungjawab mengajar TMK yang diselitkan dalam waktu DST. Manakala bagi tahap 2 En Azhar dan Cik Nadiah yang mengajarnya sebanyak 2 waktu seminggu.

Ketua panitia menerangkan DSKP TMK Tahun 4 mengenai komputer. Tahun 4 ada 7 tajuk dalam 2 modul.Modul 1: Modul Dunia KomputerModul 2: Modul Elemen Multimedia

Manakala DSKP TMK Tahun 5 juga terbahagi kepada 2 modul iaitu:Modul 1: Modul Sistem Rangkaian dan Dunia InternetModul 2 : Modul Dunia Pengkalan Data

Menurut Ketua Panitia lagi ,Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah satu bidang pembelajaran yang melibatkan pelbagai bidang khususnya sistem komputer dan komunikasi. Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana saja dan bila-bila masa.

Oleh itu, Standard ini memfokuskan kepada aplikasi perisian dan pengetahuan perkakasan dalam menghadapi pelbagai bentuk maklumat pada tahap kebolehan murid. Pada Tahap I(Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3), fokus adalah pada integrasi TMK merentas kurikulum. Pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6), fokus adalah pada pembelajaran mengenai TMK.2.2 Penyelarasan Buku Rekod Mengajar dan Rancangan Tahunan- Ketua Panitia memaklumkan bahawa penulisan buku rekod mengajar ditulis dalam Bahasa Malaysia - Perkara-perkara yang perlu ada semasa penulisan rancangan harian TMK adalah seperti berikut:-TemaTajukSTD KandunganObjektif/Hasil pemAktivitiEMKRefleksi

TINDAKAN : MAKLUMAN SEMUA AJK3.0 Hal-hal Lain

Pn Norizan mencadangkan agar TMK bagi tahap 1 juga diajarkan secara 2 minggu sekali dengan menggunakan bilik ICT.

Ketua Panitia mencadangkan bahawa mesyuarat Panitia TMK akan dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun.

Ketua Panitia juga mengigatkan supaya guru-guru menyediakan borang pentaksiran secara offline secara berperingkat mengikut kelansungan tajuk yang telah diajarkan.

TINDAKAN : MAKLUMAN SEMUA AJK________________________________________________________________________________________

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari

Disediakan oleh:

AZHAR BIN PUNANDIRSetiausaha TMK, Sekolah Kebangsaan Jijan.