minit mesyuarat panitia sains kali pertama
DESCRIPTION
dTRANSCRIPT
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BAWAN, KANOWIT
2015
Tempat : Bilik Inspirasi
Masa : 1.30 Tengahari
Hari : Khamis
Tarikh : 12.02.2015
Kehadiran :
1) En Mohamad Zulhazly bin Mohamad Haidzar (Ketua Panitia Sains)
2) En. Ahmad Zakuan bin Zamani (Setiausaha)
3) Cik Diana Hangih (AJK)
4) Pn Rita Kathydra (AJK)
Agenda Mesyuarat
1) Ucapan Pengerusi
Ucapan dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, seterusnya pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Mata pelajaran Sains kerana sudi hadir pada mesyuarat panitia kali yang pertama. Juga berharap para guru semua dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Tindakan : En Ahmad Zakuan (Setiausaha)
2) Membentang dan mengesahkan minit mesyurat yang lalu
Minit mesyuarat yang dibentang oleh En Ahmad Zakuan telah mendapat cadangan pengesahan oleh En Moahamad Zulhazly bin Mohamad Haidzar dan disokong oleh Cik Diana Hangih.
Tindakan : Guru-guru Sains
4) Perkara-perkara Berbangkit
- Tiada -
5) Perancangan Panitia Tahun 2015
Encik Mohamad Zulhazly bin Mohamad Haidzar mengedarkan perancangan aktiviti panitia sains tahun 2015. Dalam perancangan yang diedarkan itu terdapat carta organisasi panitia Sains Sk Ulu Bawan tahun 2015, Rancangan / aktiviti panitia sains tahun 2015 antaranya latihan topikal dan berfokus, kelas tambahan, bengkel teknik menjawab soalan, program
pemulihan dan pengayaan, bulan sains, pembelian & penyediaan bahan bantu mengajar dan ceramah motivasi.
Tindakan : Guru-guru Sains
6) Rancangan Mengajar Tahunan dan Huraian Sukatan
Pengerusi memberitahu bahawa rancangan mengajar tahunan dan huraian sukatan boleh didapati melalui internet. Setiap guru mesti mempunyai rancangan mengajar dan huraian sukatan yang lengkap supaya senang untuk penyemakan.
Tindakan : Guru-guru Sains
10) Penangguhan Mesyuarat
Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.
Tindakan : Guru-guru Sains
Disediakan Oleh : Disemak Oleh :
............................................. .................................................
(Ahmad Zakuan bin Zamani) (Mohamad Zulhazly bin Mohamad Haidzar)
S/U Panitia Sains 2015 Ketua Panitia Sains 2015