minit mesyuarat panitia perkembangan diri dan individu

6
MINIT MESYUARAT PANITIA PERKEMBANGAN DIRI DAN INDIVIDU 1/2015 SEKOLAH KEBANGSAAN TITIOM 27200 KUALA LIPIS, PAHANG Tarikh : 24 Februari 2015 Hari : Selasa Masa : 2.10 petang Tempat : Bilik Guru KEHADIRAN 1. EN. HAMI FAZLI BIN KHAMIS (GURU BESAR) 2. EN. MOHAMAD NIK MAT BIN PELET (GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN) 3. EN. ROMI FAZLI BIN MUSTAPA (GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID) 4. EN. NURUL HAKIM BIN AHMAD SANI (GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM) 5. PN. A.HAFIZAH BINTI ZAKI (GURU) 6. EN. SIHAIMI BIN SIDEK (GURU) 7. EN. MOHAMMAD ADIB BIN MOHAMMED SA`AER (GURU) 8. EN. CHE FAIZ FARHAN BIN CHE KAMARUZZAMAN (GURU) 9. EN. MOHD ZIKRULHAFIZ BIN ZULKIPLI PENGERUSI (GURU) 10. EN. SAIFUL ADHHA BIN JUHARI (GURU) 11. EN. AHMAD SYAHIR BIN SAAD (GURU) 1

Upload: zikrulhafiz

Post on 12-Sep-2015

276 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PANITIA PERKEMBANGAN DIRI DAN INDIVIDU 1/2015SEKOLAH KEBANGSAAN TITIOM27200 KUALA LIPIS, PAHANG

Tarikh: 24 Februari 2015Hari: SelasaMasa: 2.10 petangTempat: Bilik Guru

KEHADIRAN1. EN. HAMI FAZLI BIN KHAMIS(GURU BESAR)2. EN. MOHAMAD NIK MAT BIN PELET(GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)3. EN. ROMI FAZLI BIN MUSTAPA(GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)4. EN. NURUL HAKIM BIN AHMAD SANI(GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)5. PN. A.HAFIZAH BINTI ZAKI(GURU)6. EN. SIHAIMI BIN SIDEK(GURU)7. EN. MOHAMMAD ADIB BIN MOHAMMED SA`AER(GURU)8. EN. CHE FAIZ FARHAN BIN CHE KAMARUZZAMAN(GURU)9. EN. MOHD ZIKRULHAFIZ BIN ZULKIPLIPENGERUSI(GURU)10. EN. SAIFUL ADHHA BIN JUHARI(GURU)11. EN. AHMAD SYAHIR BIN SAAD(GURU)12. CIK AINOL HAMIDAH BINTI AHMAD SARIMIN (GURU)

1. Ucapan Aluan PengerusiPengerusi memulakan mesyuarat dengan melantik setiausaha Panitia Perkembangan Diri Dan Individu 2015 iaitu Encik Nurul Hakim Bin Ahmad Sani. Pengerusi juga mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada guru guru yang menghadiri mesyuarat tersebut.1.1 Beliau menyatakan mesyuarat Panitia Perkembangan Diri Dan Individu yang pertama baru dapat dijalankan kerana kekangan waktu dan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

2. Pelantikan AJK Induk Panitia Sains 2015Ketua Panitia: En. Mohd Zikrulhafiz Bin ZulkipliPenolong Ketua: En. Romi Fazli Bin MustapaSetiausaha: En. Nurul Hakim Bin Ahmad SaniBendahari: En. Sihaimi Bin SidekAhli: Semua guru KT, KH, RBT, TMK dan Sejarah.

3. Persediaan RPT dan RPH3.1 Semua ahli panitia telah bersetuju untuk menyediakan RPT dan RPH mengikut ketetapan yang telah dicadangkan oleh pihak kemeterian bagi kelas Tahun 4 dan Tahun 5. Sementara itu, bagi kelas Tahun 6, format yang lebih mudah digunakan memandangkan 2015 merupakan tahun terakhir bagi pelaksanaan KBSR.3.2 Berikut ialah ketetapan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat.

Format Rancangan Pengajaran Tahunan (Tahun 4 & 5)MingguTema & TajukStandard KandunganStandard PembelajaranPengisian Kurikulum

Format Rancangan Pengajaran Tahunan (Tahun 6)MingguTema/BidangHasil Pembelajaran UmumHasil Pembelajaran KhususKemahiran SaintifikCatatan

Format Rancangan Pengajaran Harian (Tahun 4 & 5)

Mata pelajaran/Tahun

Tema/Tajuk

Masa

Standard Pembelajaran

Objektif P&P

Aktiviti P&P

Penilaian

Refleksi

Format Rancangan Pengajaran Harian (Tahun 6)

Mata pelajaran/Tahun

Tema/Tajuk

Masa

Hasil Pembelajaran Khusus

Objektif P&P

Aktiviti P&P

Refleksi

Tindakan: Semua ahli Panitia Perkembangan Diri Dan Individu

4. Perancangan Aktiviti Sepanjang 20154.1 Beberapa orang guru telah mencadangkan aktiviti aktiviti yang boleh dijalankan sepanjang 2015 bagi meningkatkan prestasi dan minat murid terhadap mata pelajaran KT, KH, RBT, TMK dan Sejarah.4.2 Berikut ialah senarai aktiviti yang telah dicadangkan:4.2.1 Sudut Panitia Perkembangan Diri dan Individu4.2.2 Pertandingan Reka Cipta Dan Inovasi Peringkat Sekolah4.2.3 Kuiz KT dan Sejarah4.2.4 Tayangan Filem Sejarah Negara untuk murid-murid

Tindakan: Semua ahli Panitia Perkembangan Diri Dan Individu

5. Perancangan Penggunaan PCG Panitia5.1 Ketua panitia menyarankan agar semua ahli panitia peka tentang PCG Panitia Perkembangan Diri dan Individu. Beliau mengingatkan bahawa semua guru KT, KH, RBT, TMK dan Sejarah berhak untuk menggunakan peruntukan tersebut dengan cara yang betul.5.2 Beliau juga mencadangkan beberapa keperluan yang boleh dibeli dengan menggunakan PCG panitia, iaitu:5.2.1 Buku rujukan Tahap 25.2.2 Alat tulis5.2.3 Bahan P&P5.2.4 Nota/carta5.2.5 Peralatan Makmal Kemahiran Hidup dan Makmal Komputer 5.3 Pengerusi juga menyatakan tentang lebihan peruntukan panitia pada tahun 2014 dan jumlah yang telah dibelanjakan dalam usaha meningkatkan kualiti pencapaian subjek KT, KH, RBT, TMK dan Sejarah di sekolah.5.4 Pengerusi turut mengingatkan proses sebelum membeli keperluan panitia bagi memastikan tiada pelanggaran cara sebenar penggunaan wang peruntukan panitia.

Tindakan: Semua ahli Panitia Perkembangan Diri Dan Individu

6. Hal hal lain6.1 Guru Penolong Kanan Akademik mengingatkan semua ahli panitia supaya menjalankan segala aktiviti yang telah dicadangkan supaya dapat membawa manfaat kepada semua, terutamanya panitia Perkembangan Diri Dan Individu.Tindakan: Untuk makluman

6.2 Guru Besar juga berharap semua panitia tidak hanya mencadangkan aktiviti aktiviti malah melaksanakannya agar semua panitia dapat menunjukkan peningkatan yang lebih baik dari tahun sebelumnya.Tindakan: Untuk makluman

6.3 Guru Besar turut menyatakan harapan bagi tahun 2015, agar setiap panitia dapat mencungkil bakat lebih ramai murid yang masih belum digilap dalam subjek KT, KH, RBT, TMK dan Sejarah.Tindakan: Semua ahli Panitia Perkembangan Diri Dan Individu

7. Penutup7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua dalam menjayakan mesyuarat Panitia Perkembangan Diri dan INdividu yang pertama bagi tahun 2015.7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang atas cadangan En. Che Faiz Farhan Bin Che Kamaruzzaman dan disokong oleh Cik Ainol Hamidah Binti Ahmad Sarimin.

Disediakan oleh, Disemak oleh:

(NURUL HAKIM BIN AHMAD SANI) (MOHD ZIKRULHAFIZ BIN ZULKIPLI)Setiausaha, Ketua Panitia,Panitia Perkembangan Diri Dan Individu, Panitia Perkembangan Diri Dan Individu,Sekolah Kebangsaan Titom, Sekolah Kebangsaan Titom,27200 Kuala Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang. Pahang.

4