minit mesyuarat juruteknik fsksm bil. 6/2012 · pdf filejika sekiranya kedua-dua tiada atas...

5
Page 1 of 5 MINIT MESYUARAT JURUTEKNIK FSKSM BIL. 6/2012 TARIKH : 17 Oktober 2012 (Rabu) MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : BILIK PERBINCANGAN, ARAS 4, N28a, FSKSM. KEHADIRAN B/K 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. Dr. Azlan Mohd Zain Cik Hasnah Musim En. Ferdaus Md Said En. Ibrahim Khalid En. Mohd Azmi Ismail En. Mohd Murlee Mohd Lek En. Mohd Rohaizam Mat Rashid En. Zahari Supene Pn. Halila Hazlin Jawahir Pn. Norhani Mohd Haitami Pn. Zanariah Sulaiman En. Azahar Abdul Jalil En. Johari Mohammad En. Nadzir Hashim En. Wahid Saleh En. Mohd Shamsul Fitri Sulaiman 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 4/6 6/6 6/6 6/6 6/6 5/6 5/6 5/6 5/6 TIDAK HADIR B/K 1. 2. 3. En. Nor Affendi Ahmad En. Noranizam Demin En. Abdul Aziz Abdul Latiff 5/6 5/6 5/6 1.0 ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengurus Makmal mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua juruteknik mesyuarat dan memulakan mesyuarat dengan Ummul Kitab Al-Fatihah. 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Minit mesyuarat dicadangkan oleh En. Mohd Shamsul Fitri untuk disahkan dan disokong oleh En. Ibrahim.

Upload: dinhliem

Post on 05-Mar-2018

224 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESYUARAT JURUTEKNIK FSKSM BIL. 6/2012 · PDF fileJika sekiranya kedua-dua tiada atas ... Ini boleh menyebabkan kemalangan sekiranya bumbung tersebut ... 4.17 Permohonan bengkel

Page 1 of 5

MINIT MESYUARAT

JURUTEKNIK FSKSM

BIL. 6/2012

TARIKH : 17 Oktober 2012 (Rabu)

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : BILIK PERBINCANGAN, ARAS 4, N28a, FSKSM.

KEHADIRAN

B/K

1. 2. 3. 4.

5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

Dr. Azlan Mohd Zain Cik Hasnah Musim En. Ferdaus Md Said En. Ibrahim Khalid

En. Mohd Azmi Ismail En. Mohd Murlee Mohd Lek En. Mohd Rohaizam Mat Rashid En. Zahari Supene Pn. Halila Hazlin Jawahir

Pn. Norhani Mohd Haitami Pn. Zanariah Sulaiman En. Azahar Abdul Jalil En. Johari Mohammad En. Nadzir Hashim En. Wahid Saleh En. Mohd Shamsul Fitri Sulaiman

6/6 6/6 6/6 6/6

6/6 6/6 6/6 4/6 6/6 6/6 6/6 6/6 5/6 5/6 5/6 5/6

TIDAK HADIR B/K

1. 2.

3.

En. Nor Affendi Ahmad En. Noranizam Demin

En. Abdul Aziz Abdul Latiff

5/6 5/6

5/6

1.0 ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengurus Makmal mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua juruteknik

mesyuarat dan memulakan mesyuarat dengan Ummul Kitab Al-Fatihah.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat dicadangkan oleh En. Mohd Shamsul Fitri untuk disahkan dan disokong oleh En. Ibrahim.

Page 2: MINIT MESYUARAT JURUTEKNIK FSKSM BIL. 6/2012 · PDF fileJika sekiranya kedua-dua tiada atas ... Ini boleh menyebabkan kemalangan sekiranya bumbung tersebut ... 4.17 Permohonan bengkel

Page 2 of 5

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Surat kepada pihak PHB telah dibuat dan dihantar. PHB maklumkan kepada

Pengurus Makmal bahawa status pada masa kini dalam proses beli barang.

Makluman : Pengurus Makmal Tindakan : PHB

3.2 Data pemasangan sensor yang diperlukan daripada juruteknik telah diperolehi

dan dihantar kepada pihak PHB. Melalui perbincangan bersama En. Sharil

(PHB), fakulti boleh membuat permohonan tetapi untuk melaksanakannya agak bermasalah kerana buat masa ini UTM tidak mempunyai peruntukan.

Makluman : En. Aziz

3.3 Juruteknik J17 dan J22 iaitu En. Ayob, En. Edi Shazuan dan Pn. Azlina dibawa

ke peringkat fakulti untuk diserapkan di bawah penyeliaan Prngurus Makmal.

Yang mana jawatan tersebut sama seperti beberapa juruteknik (J17) yang lain

iaitu En. Mohd Shamsul Fitri, En. Murlee, Cik Hasnah dan Pn. Halila Hazlin.

Tindakan : Pengurus Makmal

3.4 Agihan kerja ruang bilik kuliah blok N28a. En. Azhar dan En. Murlee adalah

juruteknik yang akan bertugas sepenuh masa untuk teknikal. Jika sekiranya

kedua-dua tiada atas sebab-sebab cuti atau bertugas di tempat lain, juruteknik yang telah dikhaskan bagi setiap bilik kuliah akan mengambil alih tugas

tersebut. Bagi melancarkan penggunaan bilik kuliah, En. Azhar dalam proses

mengemaskini sistem tempahan ruang fakulti untuk bilik kuliah N28a.

Makluman : En. Azhar

3.5 Penyelenggaraan alatan fakulti. Info yang diterima daripada JKPMU duit

penyelenggaraan telah dimasukkan ke dalam vot fakulti seperti berikut :-

5 Mac 2012 – RM 10,000.00

31 Julai 2012 – RM 16,000.00

“Adhock” – RM40,000.00 Mohon kerjasama En. Salleh untuk semak semula duit yang telah digunakan

oleh fakulti. Semakan yang terkini telah dibuat, duit yang diperuntukan masih

belum masuk.

Makluman : En. Zahari

Makluman yang diperolehi daripada pihak bendahari, RM4,000.00 telah

digunakan untuk membayar pembelian komputer oleh Jabatan GMM daripada jumlah RM26,000 yang telah dimasukkan oleh JKPMU. Oleh itu satu semakan

perlu dilakukan bagi mendapatkan semula pergerakan kewangan hingga baki

yang ada tinggal RM700.00 sahaja.

Makluman : Pengurus makmal

Tindakan : En. Zahari

Page 3: MINIT MESYUARAT JURUTEKNIK FSKSM BIL. 6/2012 · PDF fileJika sekiranya kedua-dua tiada atas ... Ini boleh menyebabkan kemalangan sekiranya bumbung tersebut ... 4.17 Permohonan bengkel

Page 3 of 5

3.6 Servis pemadam api dan sprinkler. Juruteknik (FT17) perlu dimaklumkan dengan lebih awal tarikh sebenar servis tersebut akan dilakukan. Ini bagi

mengelakkan daripada penipuan khidmat servis yang dijalankan.

Makluman : En. Shamsul

Tindakan : Pengurus Makmal

4.0 HAL-HAL LAIN

4.1 i) Sistem kehadiran. Status kehadiran juruteknik semakin baik.

ii) Sistem LIMS. Penggunaan sistem ini perlu diperbaiki. Bagi juruteknik yang sentiasa mempunyai masalah di dalam LIMS diharap untuk

memperbaiki kelemahan tersebut bagi mengelak tindakan tatatertib

dikenakan terhadap mereka.

iii) Sistem permohonan cuti. Perubahan menyokong telah dikemaskini oleh

Pn. Hidayah.

Makluman : Pengurus Makmal

4.2 Bumbung palang bahagian pintu belakang N28 telah rosak dan mulai mereput.

Ini boleh menyebabkan kemalangan sekiranya bumbung tersebut runtuh.

Makluman : En. Mohd Shamsul Fitri

Tindakan : Pengurus Makmal

4.3 Terdapat banyak siling bilik-bilik kecil aras 3 dan 4 blok D07 hampir jatuh.

Bebanan tugas di D07 tidak dapat ditampung dengan seorang juruteknik. Mohon juruteknik tambahan bagi membantu menyelesaikan kerja-kerja yang

belum selesai.

Makluman : En. Wahid

4.4 Seorang pelajar praktikal akan mendaftarkan diri pada bulan November. Bagi

meringankan kerja-kerja yang ditanggung oleh En. Wahid, pelajar tersebut akan ditempatkan di blok D07 di bawah penyeliaan beliau.

Makluman : Pengurus Makmal

4.5 Permohonan pelajar menduduki makmal penyelidikan Jabatan SKK melebihi daripada muatan yang sedia ada.

Makluman : En. Zahari

4.6 Satu polisi perlu dikeluarkan di mana permohonan makmal penyelidikan hanya

untuk pelajar baru bagi 1 hingga 3 tahun yang pertama sahaja.

Makluman : Pengurus Makmal

Tindakan : Pengurus Makmal

4.7 Jabatan KP, jabatan PPI dan IS turut menghadapi masalah yang sama iaitu

limpahan permohonan ruang pelajar penyelidikan.

Makluman : Juruteknik Jabatan

4.8 Bagi memberi keselesaan yang sebaiknya untuk penggunaan pelajar

penyelidikan “partition” disusun mengikut cadangan yang telah diberikan oleh

Dekan.

Page 4: MINIT MESYUARAT JURUTEKNIK FSKSM BIL. 6/2012 · PDF fileJika sekiranya kedua-dua tiada atas ... Ini boleh menyebabkan kemalangan sekiranya bumbung tersebut ... 4.17 Permohonan bengkel

Page 4 of 5

Makluman : Pn. Halila Hazlin

4.9 Permohonan baik pulih komputer pelajar penyelidikan perlu mengikut turutan.

Mereka perlu dimaklumkan tempoh masa yang diperlukan untuk dibaiki.

Makluman : Pengurus Makmal

4.10 Kerja-kerja yang perlu disegerakan oleh jabatan iaitu jabatan GMM, KP, IS atau

PPI yang mana tidak tertampung oleh juruteknik jabatan tersebut dibolehkan

untuk mendapatkan bantuan daripada juruteknik jabatan lain melalui

juruteknik kanan iaitu En. Nadzir.

Makluman : Pengurus Makmal

4.11 Senarai pengganti juruteknik jabatan sekiranya bercuti atau bertugas di luar

UTM :-

i) En. Wahid (PPS blok D07) – Pn. Norhani ii) En. Rohaizam (GMM) – En. Noranizam

iii) Pn. Halila Hazlin (KP) – En. Murlee

iv) En. Azmi (IS) – Pn. Zanariah

v) En. Mohd Shamsul Fitri (PPI) – En. Ferdaus

Makluman : Pengurus Makmal

4.12 Juruteknik jabatan KP akan mengambil cuti bersalin selama 3 bulan. Oleh itu

En. Mohd Shamsul Fitri dilantik untuk memangku kerja Pn. Halila Hazlin.

Makluman : Pengurus Makmal

4.13 Bulb projektor Makmal MPK2 dan makmal MPK10 telah memaparkan “Replace

Lamp”. Penyelenggaraan perlu dilakukan segera bagi mengelakkan kesulitan

berlaku semasa pengajaran sedang dijalankan.

Makluman : En. Nadzir Tindakan : Unit penyelenggaraan Fakulti

4.14 Kebocoran makmal MPK7. Mohon En. Ayob hantar surat kepada PHB untuk

membuat penyekenggaraan berkala iaitu 2 bulan sekali.

Makluman : En. Nadzir

Tindakan : Pengurus Makmal

4.15 Nasihat kepada semua juruteknik agar membuat permohonan keluar pejabat

menggunakan Sistem Cuti.

Makluman : En. Nadzir

4.16 Mohon pasang awning di jabatan PPI dan SKK bagi mengelakkan kebocoran

yang sering berlaku.

Makluman : En. Mohd Shamsul Fitri

4.17 Permohonan bengkel yang dianjurkan oleh persatuan pelajar Sudan perlu

dikenakan bayaran ataupun tidak perlu?

Page 5: MINIT MESYUARAT JURUTEKNIK FSKSM BIL. 6/2012 · PDF fileJika sekiranya kedua-dua tiada atas ... Ini boleh menyebabkan kemalangan sekiranya bumbung tersebut ... 4.17 Permohonan bengkel

Page 5 of 5

4.18 Kepada juruteknik yang bertugas di luar fakulti yang mana di bawah anjuran

jabatan lain UTM perlu mendapatkan surah lantikan daripada jabatan tersebut

dan SK kepada Dekan dan Pengurus Makmal.

Makluman : Pengurus Makmal

Tindakan : Juruteknik yang terlibat

4.19 Lawatan daripada universiti luar negara. Diharapkan fakulti melantik pegawai

pengiring semasa lawatan dijalankan.

Makluman : En. Mohd Shamsul Fitri

Tindakan : Pengurus Makmal

4.20 Senarai ruang N28a perlu dihantar kepada En. Nadzir untuk dimasukkan ke dalam Sistem LIMS.

Makluman : En. Nadzir

Tindakan : En. Aziz

5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN TUGAS SETIAP UNIT

5.1 Unit Web oleh En. Mohd Shamsul

5.2 Unit OSHE En. Nadzir

5.3 Unit Documentation & Report oleh En. Johari. 5.4 Unit Customer Service oleh En. Ferdaus

5.5 Unit Support oleh En. Ibrahim

5.6 Unit Media & Fotografi oleh En. Rohaizam

5.7 Unit Energy oleh En. Murlee

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 18.10 petang dan diakhiri dengan tasbih

kifarah dan surah Al-‘Asr.