minit mesyuarat induk kali ke-6

8
INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH. LAWATAN KE AGENSI-AGENSI SUKAN Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kali Ke-6 Tarikh : 1 Feb 2009 Tempat : Dewan Syarahan Al-Farabi (A) Masa : 11.00am Bilangan Kehadiran : 63 / 63 orang Kehadiran : Semua guru pelatih kumpulan PISMP Ambilan Julai 2005 Turut Hadir : En Sofri Bin Hj Ahmad En Zulkifli Bin Ahmad Pencatat : Hing Ying Ying Agenda : 1. Ucapan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat 3. Perkara Berbangkit 4. Laporan Urusetia Dokumentasi 5. Laporan Urusetia Penginapan 6. Laporan Urusetia Pengangkutan 7. Laporan Urusetia Fotografi 8. Laporan Urusetia Publisiti dan Perhubungan 9. Laporan Urusetia Makanan dan Minuman 10. Laporan Urusetia Cenderahati 11. Laporan Urusetia Rekreasi 12. Laporan Urusetia Buku Program

Upload: wasanthan

Post on 12-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

korangu

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Induk Kali Ke-6

INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM,

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.

LAWATAN KE AGENSI-AGENSI SUKAN

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kali Ke-6

Tarikh : 1 Feb 2009

Tempat : Dewan Syarahan Al-Farabi (A)

Masa : 11.00am

Bilangan Kehadiran : 63 / 63 orang

Kehadiran : Semua guru pelatih kumpulan PISMP Ambilan Julai 2005

Turut Hadir : En Sofri Bin Hj Ahmad

En Zulkifli Bin Ahmad

Pencatat : Hing Ying Ying

Agenda :

1. Ucapan Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

3. Perkara Berbangkit

4. Laporan Urusetia Dokumentasi

5. Laporan Urusetia Penginapan

6. Laporan Urusetia Pengangkutan

7. Laporan Urusetia Fotografi

8. Laporan Urusetia Publisiti dan Perhubungan

9. Laporan Urusetia Makanan dan Minuman

10.Laporan Urusetia Cenderahati

11.Laporan Urusetia Rekreasi

12.Laporan Urusetia Buku Program

13.Ucapan Pensyarah Penasihat En Sofri Bin Hj Ahmad

14.Ucapan Pensyarah Penasihat En Zulkifli Bin Ahmad

15.Hal-hal Lain

Page 2: Minit Mesyuarat Induk Kali Ke-6

Perkara Tindakan

Agenda 1 : Ucapan Pengerus

Tuan Pengerusi Majlis membuka majlis dengan ucapan

salam dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada En

Sofri kerana meluangkan masa menghadiri ke Mesyuarat

ini. Beliau juga menyatakan tujuan mesyuarat ini adalah

untuk meminta para ketua biro membentangkan

pelaksanaan tugas-tugas masing-masing.

Makluman

Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat disahkan tanpa bantahan.

Agenda 3 : Perkara Berbangkit

Tiada perkara yang dibangkitkan.

Agenda 4 : Laporan Urusetia Dokumentasi

4.1 Ketua Urusetia dokumentasi memperkenalkan tugas-

tugas yang dipertanggungjawabkan oleh urusetia

dokumentasi iaitu menyediakan minit mesyuarat,

membuat catatan lawatan.

4.2 Demi membolehkan tugas mencatat dijalankan dengan

sisitematik, terdapat 4 orang pencatat masing-masing

dilantikkan bagi menguruskan catatan lawatan ke MSN,

MOM, KBS dan ISN.

4.2 Urusetia dokumentasi menekankan kerjasama dengan

Biro Fotografi untuk mendapatkan gambar-gambar

sepanjang lawatan ini.

Tindakan :

Thinamalar a/p

Ramasamy

Agenda 5 : Laporan Urusetia Penginapan

5.1 Selepas berhubung dengan MSN, didapati tidak dapat

menginap di sana kerana asrama berkenaan hanya

disediakan kepada atlit maka tidak dapat menampung

sebanyak 63 orang guru pelatih.

5.2 Mesyuarat mencadangkan bahawa guru pelatih akan

dibahagi kepada dua kumpulan dan akan menginap di

dua tempat yang berlainan.

5.3 Mesyuarat juga dimaklum bahawa 2 tempat penginapan

baru iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil dan YMCA akan

Tindakan :

Wong Jing Yi

Page 3: Minit Mesyuarat Induk Kali Ke-6

dihubung lagi untuk memastikan pihak berkenaan dapat

menerima pemohonan untuk menginap di sana.

Agenda 6 : Laporan Urusetia Pengangkutan

6.1 Urusetia Pengangkutan tidak dapat memulakan kerja

memohon bus Institut selagi kertas kerja lawatan ke

agensi-agensi sukan tidak diluluskan.

6.3 Urusetia pengangkuta telah mengeluarkan 2 senarai

nama penumpang bus bagi bus A dan bus B dan akan

diagihkan kepada para AJK pada minggu ini.

Tindakan :

Neo Sau Xian

Agenda 7 : Laporan Urusetia Fotografi

7.1 Urusetia fotografi perlu menyalurkan gambar-gambar

sepanjang lawatan ini kepada urusetia dokumentasi

sebagai satu lampiran bagi laporan aktiviti ini.

7.2 Terdapat 3 buah digital kamera akan disediakan oleh

Fahmi, Ganabathi dan Lim Qian Hui.

Tindakan :

Mohd Fahmi

Bin Abidin

Agenda 8 : Laporan Urusetia Publisiti dan Perhubungan

8.1 Urusetia memaklumkan bahawa guru pelatih mampu

mendapat t-shirt lawatan pada 20/2/2009.

8.2 Banner lawatan perlu diuruskan dengan anjuran

daripada guru pelatih sendiri kerana ia tidak dapat

diperuntukkan dengan tabung institut.

8.3 Ketua Urusetia menyatakan bahawa banner ini hanya

akan dicetak selepas memastikan tidak mempunyai

sebarang perubahan.

Tindakan :

Lee Wei Leong

Agenda 9 : Laporan Urusetia Makanan dan Minuman

9.1 Urusetia akan menyediakan makanan bagi guru pelatih

bagi sepanjang lawatan ini dan dirancangkan bahawa

setiap guru pelatih dibekalkan makanan lebih kurang RM

15 setiap hari.

9.2 Mesyuarat dimaklumkan guru pelatih akan mempunyai 2

botal air mineral setiap hari dan akan dibekalkan

sebanyak 4 kali sehari termasuk sarapan, makan tengah

hari, minum petang dan makan malam.

9.3 Urusetia mencadangkan menyediakan roti atau kuih

Tindakan :

Chithra

Page 4: Minit Mesyuarat Induk Kali Ke-6

muih sebagai sarapan.

Agenda 10 : Laporan Urusetia Cenderahati

10.1 Urusetia akan menyediakan 6 cenderahati iaitu 4 buah

cenderahati bagi 4 penceramah dan 2 cenderahati

sebagai gantian.

10.2 Ketua diminta menyediakan cenderahati lebih daripada

6 kerana mempertimbangkan bahawa perlu

menyediakan hadiah sebagai penghargaan jika dapat

memohon penginapan ini MSN, Sekolah Sukan Bukit

Jalil atau YMCA.

Tindakan :

Wong Oi Mee

Agenda 11 : Laporan Urusetia Sukan dan Rekreasi

11.1 Pensyarah mencadang untuk melawati cara murid-

murid belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil jika dapat

menginap di sana.

11.2 Pensyarah Penasihat juga mencadangkan melawat

dan memerhatikan cara atlit kebangsaan dilatih serta

diberi jagaan yang sihat dan seimbang.

11.3 Ketua urusetia diminta menyediakan satu waktu (satu

Jam) untuk melawat ke Falkulti Sain Sukan di UPM.

Tindakan :

Puspamala a/p

Ramasamy

Agenda 12 : Laporan Urusetia Buku Program

12.1 Ketua urusetia akan mencetakkan satu draf buklu

program untuk disemak oleh pensyarah terlebih

dahulu.

Tindakan :

Kama

Norakma Abu

Khalid

Agenda 13 : Ucapan Pensyarah En Sofri Bin Hj Ahmad

13.1 Pengurusan pentabdiran lawatan ini adalah penting.

13.2 Pensyarah berharap AJK sebanyak 63 orang dapat

melibatkan diri secara penuh dan bertanggungjawab

dalam pengurusan lawatan ini.

13.3 Semua urusetia digalakkan untuk berjumpa dan

berbincang dengan pensyarah penasihat sebaik sahaja

menghadapai masalah atau meminta nasihat.

13.4 Pensyarah penasihat tidak berpuas hati dengan

prestasi para urusetia lawatan dan urusetia

pengelolaan permainan tradisional dan berharap guru

Tindakan :

Semua

Urusetia

Page 5: Minit Mesyuarat Induk Kali Ke-6

pelatih dapat memajukan diri lagi.

13.5 Setiausaha diminta mengubahsuaikan kandungan

kertas kerja secepat mungkin berkaitan dengan

bahagian peruntukan wang dan insurance. Setiausaha

juga diminta menghantarkan kertas kerja yang siap

mengubah kepada pensyarah untuk dihantar ke Puan

Pengarah Institut.

Agenda 14 : Ucapan Pensyarah En Zulkifli Bin Ahmad

14.1 Pensyarah mengingatkan para urusetia dapat

mengurus lawatan ini secepat mungkin kerana sudah

ketinggalan pengurusan yang dicadangkan.

14.2 Beliau berharap dapat mendapatkan satu laporan yang

teliti berdasarkan setiap ketua urusetia.

Tindakan :

Semua

Urusetia

Agenda 15 : Hal-hal Lain

15.1 AJK Pengelolaan Permainan Tradisional tidak

dikelihatan sebarang perlaksanaan dan telah diteguh

oleh pensyarah penasihat supaya perlu memulakan

perancangan dan pengurusan berkenaan secepat

mungkin.

15.2 Jika terdapat sebarang surat rasmi yang perlu dihantar

kepada destinasi lawatan, setiausaha perlu

menyediakan satu salinan kepada pengarah Institut,

satu salinan untuk ketua jabatan PJSS.

Tindakan :

Semua

Urusetia

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

_________________________ _________________________

Revathy A/P Shamugam Muhamad Hafis Bin Jasim

Setiausaha Pengerusi

Jawatankuasa Lawatan Jawatankuasa Lawatan

Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Institut Perguruan Sultan Abdul Halim,

Sungai Petani, Kedah. Sungai Petani, Kedah.

Page 6: Minit Mesyuarat Induk Kali Ke-6