minit mesyuarat guru kali ke-12

Upload: mahyuddin-ibrahim

Post on 02-Nov-2015

285 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-12 2011

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-12 2011

SK TAMAN SUTERA

TARIKH

:27.7.2011

TEMPAT

:BILIK PERSADA DISKUSI

MASA

:1.15 PETANG

KEHADIRAN

:

1. PN.HJH.TN.RAFINGAH BT TUAN SOH

(GURU BESAR)2. PN.HJH.FUZIAH BT MOHAMMAD

(GPK KURIKULUM)3. EN.TENG CHAI HENG

(GPK HEM)4. PN.ROSILAWATI BT MASRI

(GPK KOKURIKULUM)5. PN.KOMATHEE A/P KOLANDASOO

6. YM TENGKU MUHAINI BT YM TENGKU MOHAMAD

7. PN.SITI AZIZAH BT JAMSARI

8. PN.NOORHASRIYANTI BT HASAN

9. EN.MOHD.FIRDAUS BIN ABD AZIZ

10. CIK.HAMIRA BT MAT SOH

11. PN.MAZLINA BT MAZLAN

12. EN.MUHAMMAD SAFARI BIN ABDULLAH

13. CIK HELEN ANAK MALAKA

14. PN.KHALIZA BT SOLIHIN

15. EN.SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN

16. PN.NURAIDA BT MOHAMAD NAWI

17. PN.HAFIZATUL AKMAR BT HAMDAN

18. PN.ROSMARIANI BT MOHD.NORDIN

19. PN.AMINAH BT YUSOF

20. CIK.ROSIZA BT ABD HAMID

21. CIK.SYAHIDAH BT GHANI

22. EN.MOHD.RASHDAN BIN ZAINUL RASHID

23. PN.ESTHER PONMALAR

24. EN.MOHD.ASRAF BIN MAZLAN25. PN.AMINAH BT MOHD.AFANDI

26. PN.MAZIAH BT SIDEK

27. EN.DAZREEN BIN OTHMAN

28. PN.AINUL SURAYA BT ZAINAL

Tidak Hadir:

1. PN.DEWIYATTY BT BADRI

(KURSUS)

2. PN.PREMANAIR A/P PATHMANABAN BALAN

(KURSUS)

3. PN.NURSYIMA BT ZAMANI

(KURSUS)

Agenda:

1. Ucapan alu-aluan

2. Pengesahan minit mesyuarat

3. Post Mortem 1 Murid 1 Sukan

4. Post Mortem Jadual Anjal

5. Taklimat Kutipan Data (Pelan Strategik)6. Maklumat Terkini7. Program Bulan Ramadhan (Irhat Ramadhan)

8. Hal-hal Lain9. Penutup

Perkara:

1. Ucapan Alu-Aluan

1.1 Guru Besar memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah

1.2 Ucapan terima kasih di atas kehadiran semua guru dan komitmen yang diberikan untuk menjayakan mesyuarat guru.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 -Cadangan Pn.Ainul Suraya Bt Zainal

2.2 -Sokongan Cik.Syahidah Bt Ghani

3. Post Mortem 1 Murid 1 Sukan

3.1 -Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang terlibat menjayakan program tersebut.3.2 -Guru besar menyarankan agar program tersebut dapat dijalankan secara serius dan berterusan.

3.3 -Meminta guru-guru yang berkaitan dapat mewujudkan ahli jawatan kuasa serta fail berkaitan 1 Murid 1 Sukan.

3.4 -Pihak Jabatan Pelajaran Johor juga meminta agar acara permainan dan sukan dijalankan seminima mungkin dalam lingkungan 60 minit seminggu secara keseluruhan.

3.5 -Guru besar juga menyarankan agar guru-guru dapat mencari penaja untuk memberi bantuan alatan berkaitan sukan kepada pihak sekolah.

3.6 -Murid-murid juga dicadangkan agar diberi ganjaran berbentuk hadiah jika memenangi pertandingan kecil yang melibatkan acara sukan dan permainan.3.7 -Kementerian Pelajaran Malaysia amat berharap Program 1 Murid 1 Sukan dapat memberi kesan positif kepada murid.(Tindakan : Semua guru)4. Post Mortem Jadual Anjal

4.1 -Puan.Hjh.Fuziah bt Mohammad selaku GPK Kurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang menjayakan jadual anjal kerana dapat memberi kerjasama.4.2 -Jadual anjal memberi kesan yang positif sebagai langkah melonjakkan lagi prestasi murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi.

(Tindakan : Semua guru)

5. Taklimat Kutipan Data (Pelan Strategik)5.1 -Guru Besar meminta guru-guru terutama ketua panitia untuk melihat kembali strategic, perancangan dan pelaksanaan perkara ini disemak agar berjalan dengan lancar.5.2 -Guru-guru disarankan agar menyemak kembali aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan mengikut tarikh.

5.3 -Setiap surat dan dokumentasi mengikut format SPSK dan fail manual kualiti disimpan di pejabat sekolah.

5.4 -Guru Besar meminta agar pelaksanaan dibuat secepat mungkin dan mengucapkan tahniah kepada panitia yang telah melaksanakan tugas tersebut.

5.5 -Para guru juga diminta agar menyabar dan memperbaharui perkara berkaitan aktiviti sekolah di laman web sekolah.

5.6 -Disampin itu juga, guru-guru disarankan agar sentiasa mengemas kini laman web dan blog mengikut panitia masing-masing.

(Tindakan : Semua guru)

6. Maklumat Terkini

6.1 -Waktu persekolah pada bulan Ramadhan adalah seperti biasa dan guru boleh pulang pada jam 1.30 petang.

6.2 -Guru Besar meminta guru-guru agar KMK setiap panitia dihantar pada hari Jumaat dan berharap KMK sentiasa dilaksanakan.

6.3 -Encik.Dazreen meminta guru memberi maklumat jika belum pergi ke kursus induksi.6.4 -Puan.Hjh.Fuziah bt Mohammad meminta para guru mengisi kad biru dan diserahkan kepada Encik.Dazreen untuk dikemas kini ke dalam data maklumat guru.

(Tindakan : Semua guru)

7. Program Bulan Ramadhan 7.1 -Ustazah.Hafizatul selaku wakil Panitia Pendidikan Islam menyatakan bahasa program EW20 dan Citra yang diadakan setiap pagi ditukar sepanjang bulan ramadhan dengan program tazkirah.

7.2 -Disamping itu juga, beberapa program lain turut diadakan mengikut perancangan Panitia Pendidikan Islam.7.3 -Murid yang bukan beragama Islam pula akan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Moral dengan bimbingan guru yang berkaitan.(Tindakan : Semua guru)

8. Hal-hal Lain

8.1 -Selepas bulan ramadhan iaitu pada tarikh 8 September 2011 akan diadakan solat hajat untuk murid-murid tahun 6.8.2 -Guru-guru mencadangkan agar sambutan hari raya diadakan dengan penglibatan PIBG dan diadakan pada hati Sabtu.

8.3 -Puan .Aminah bt Yusof selaku pengerusi PKG menyuarakan permasalahan guru-guru berkaitan status penggunaan kertas, mesin fotostat dan alatan-alatan lain di pejabat kepada pihak pentadbir.8.4 -Ustazah.Hafizatul pula akan meminta bantuan daripada PIBG untuk membeli kertas.

8.5 -Guru-guru juga memberi pendapat agar saiz surat edaran kepada murid dikecilkan dan mengutamakan kepada penggunaan P&P tahun 1 dan tahun 6.

8.6 -Puan.Aminah juga meminta agar peraturan keluar masuk sekolah diperketatkan agar ibu bapa,mahu pun penjaga tidak berkeliaran sesuka hati.

8.7 -Encik.Teng selaku GPK HEM mencadangkan agar ibu bapa dan penjaga mengisi borang kebenaran untuk masuk ke sekolah selepas waktu yang dibenarkan dan memastikan pintu pagar utama sentiasa ditutup.8.8 -Encik.Asyraf meminta jasa baik pihak pentadbir agar memberi kelonggaran tentang penggunaan kad masa kedatangan (punch card).

8.9 -Guru besar menyatakan bahawa kad masa yang digunakan boleh ditandatangan oleh pihak pentadbir jika guru terbabit lewat dan pihak lain tidak dibenarkan sama sekali menjadi wakil untuk membantu guru yang lewat.

8.10 -Beliau juga menyarankan guru menjaga masa dengan baik dan merujuk pekeliling serta mengikut peraturan dan ketetapan yang telah dibuat untuk mengelakkan terjadinya masalah lain.

(Tindakan : Semua guru)

9. Penutup

9.1 -Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan Oleh:

Disahkan Oleh:

__________________________

(En.Mohd.Firdaus Bin Abd Aziz)

PAGE 5