minit mesyuarat alumni kali 1

15
PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK, KULIM,KEDAH (SAHABAT SKTAM) SK TUNKU ABDUL MALIK 09000 KULIM KEDAH DARULAMAN 04-04907591 _________________________________________________________________ ______ `KEDAH GEMILANG` Ruj Kami:SKTAM/60/022/39-A (2) Tarikh:12.7.2012 MINIT MESYUARAT AJK ALUMNI SKTAM KALI PERTAMA Tarikh : 08 Julai 2012 Hari : Ahad Masa : 2.45 petang Tempat: Bilik Diraja SKTAM Kehadiran: 1. Pn. Yuhanais Bt. Abd. Ghani ( Guru Besar SKTAM) 2. En. Rizalafandi B. Abdul Rahim ( SU PIBG) 3. En. Abdul Khalid B. Embi (YDP Alumni ) 4. En. Rosidi B. Wan Basir ( NYDP Alumni) 5. En. Mohd Rozi B. Din (Bendahari Alumni) 6. Pn. Halimahtun Sa’adiah Bt.Mohd Radzi ( SU Alumni) 7. Pn. Noraida Bt. Shamsudin ( AJK Alumni) 8. En Mazlan B. Osman ( AJK Alumni) 9. En. Thanabal a/l Krishnan ( AJK Alumni) I. Ucapan Penasihat (Guru Besar) Guru Besar mengucapkan syukur kepada Allah Taala diberikan kesempatan kepadanya untuk hadir pada hari ini. Juga mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Alumni yang dapat hadir ke mesyuarat AJK Alumni SKTAM kali pertama ini.

Upload: halimahtun-saadiah

Post on 02-Sep-2015

326 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

Minit Mesyuarat ALUMNI KALI 1

TRANSCRIPT

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK, KULIM,KEDAH (SAHABAT SKTAM)

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK, KULIM,KEDAH (SAHABAT SKTAM)SK TUNKU ABDUL MALIK

09000 KULIM

KEDAH DARULAMAN 04-04907591

_______________________________________________________________________

`KEDAH GEMILANG`

Ruj Kami:SKTAM/60/022/39-A (2)

Tarikh:12.7.2012MINIT MESYUARAT AJK ALUMNI SKTAM KALI PERTAMA

Tarikh: 08 Julai 2012

Hari: Ahad

Masa: 2.45 petang

Tempat: Bilik Diraja SKTAM

Kehadiran:

1. Pn. Yuhanais Bt. Abd. Ghani ( Guru Besar SKTAM)

2. En. Rizalafandi B. Abdul Rahim ( SU PIBG)

3. En. Abdul Khalid B. Embi (YDP Alumni )

4. En. Rosidi B. Wan Basir ( NYDP Alumni)

5. En. Mohd Rozi B. Din (Bendahari Alumni)

6. Pn. Halimahtun Saadiah Bt.Mohd Radzi ( SU Alumni)

7. Pn. Noraida Bt. Shamsudin ( AJK Alumni)

8. En Mazlan B. Osman ( AJK Alumni)9. En. Thanabal a/l Krishnan ( AJK Alumni)

I. Ucapan Penasihat (Guru Besar)Guru Besar mengucapkan syukur kepada Allah Taala diberikan kesempatan kepadanya untuk hadir pada hari ini. Juga mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Alumni yang dapat hadir ke mesyuarat AJK Alumni SKTAM kali pertama ini.

2. Guru Besar memaklumkan Hari Anugerah Cemerlang SKTAM (HAC)terpaksa ditunda tarikhnya dari 11.7.2012 ke 23.9.2012. Ini adalah kerana Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah tidak dapat hadir pada tahun ini disebabkan kesibukan tugas dan tanggungjawab Yang Teramat Mulia Tunku sebagai pengerusi jemaah pemangku raja3. PIBG dan pihak sekolah telah memutuskan untuk menjemput YB Dr. Mohd Puad B. Zarkashi iaitu Timbalan Menteri Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia menyempurnakan HAC pada 23.9.2012 ini.

4. Bersempena sambutan ke 50 tahun SKTAM pada tahun ini, Guru Besar juga mengharapkan dapat diadakan sambutan JUBLI EMAS SKTAM dan seterusnya dilancarkan Persatuan Alumni SKTAM (SAHABAT SKTAM) pada 23.9.2012.5. Guru Besar juga memaklumkan PIBG SKTAM telah dianugerahkan johan PIBG cemerlang daerah Kulim Bandar Baharu dan tempat ke - 4 peringkat negeri Kedah.Tindakan: Makluman semua AJK

II. Ucapan Aluan YDP Alumni SKTAM

6. YDP Alumni iaitu En. Abdul Khalid b. Embi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Besar dan cikgu Rizalafandi S/U PIBG yang banyak memainkan peranan dalam merealisasikan penubuhan Alumni SKTAM.7. YDP memaklumkan kepada semua AJK iaitu sumber kewangan dari PIBG digunakan untuk menggerakkan Persatuan Alumni SKTAM atau juga dikenali sebagai SAHABAT SKTAM pada peringkat permulaan ini. Pinjaman ini perlulah dibayar balik selepas ini.

Tindakan: Makluman semua AJK

III. Kelulusan Pendaftaran Alumni SKTAM8. Persatuan Alumni Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik,Kulim, Kedah (SAHABAT SKTAM) telah mendapat kelulusan pada 30.Mei.2012 dan didaftarkan sebagai satu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan nombor pendaftarannya ialah 1078-12-KDH .

9. Untuk itu SAHABAT SKTAM perlu membuka satu akaun bank. Bank Islam dicadangkan oleh En. Mohd Rozi dan disokong oleh En. Rosidi sebagai bank simpanannya. Syarat untuk mengeluarkan wang memerlukan dua tandatangan sama ada YDP, S/U dan Bendahari.Tindakan: YDP. S/U dan Bendahari.IV. Keahlian Alumni SKTAM

10.Keahlian adalah berdasarkan perlembagaan persatuan (SAHABAT SKTAM) iaitu ahli biasa, ahli bersekutu, ahli kehormat dan ahli seumur hidup. Borang keahlian boleh didapati di sekolah SKTAM11.Pihak sekolah akan cuba mengedarkan borang keahlian kepada semua pelajar untuk disampaikan kepada waris yang mungkin ibubapa mereka adalah bekas pelajar SKTAM

12. Hebahan untuk menjadi ahli SAHABAT SKTAM juga akan cuba dimasukkan ke facebook, radio, RTM, website/bog SKTAMTindakan : Semua AJK

13. Logo SAHABAT SKTAM. YDP mencadangkan diadakan pertandingan mencipta logo tetapi penasihat (Guru Besar) menarik perhatian ahli mesyuarat memandangkan jangka masa yang agak singkat untuk majlis pelancaran SAHABAT SKTAM, maka perbincangan diadakan terus. YDP mencadangkan logo yang akan dibuat menggunakan lencana sekolah sebagai lambang utama dan Guru Besar akan memohon bantuan guru iaitu Pn. Mazliana untuk memperkemaskinikan draf logo yang dicadangkandan akan dibentangkan kepada J/kuasa utama secepat mungkin. Ini disebabkan logo tersebut akan digunakan untuk bahan-bahan cenderahati yang akan dijual pada hari pelancaran nanti.

Tindakan : Guru Besar, SU PIBG dan Pn. Mazliana

V. Pelancaran Alumni SKTAM14. Pelancaran SAHABAT SKTAM akan diadakan pada 23.9.2012 (Ahad). Akan dirasmikan oleh tetamu utama Hari Anugerah Cemerlang (HAC).15. Adakan satu sudut Alumni di hujung garaj kereta yang mengandungi bahan-bahan yang berkaitan dengan nostalgia SKTAMTindakan: Semua AJK dan ahli yang berminat.

VI. Hal-hal lain.16. YDP berhasrat membawa Guru Besar dan AJK SAHABAT SKTAM menziarahi Tunku Abdul Malik dan isteri baginda di Alor Setar yang kini agak uzur. Lawatan ini akan diadakan dalam masa terdekat. Seramai 10 orang akan menyertai kunjungan ini.

Tindakan : YDP

17. Penasihat mencadangkan SAHABAT SKTAM mengambil inisiatif mengadakan sambutan hari raya pada tahun ini.18. Mesyuarat jika boleh diadakan selain dari hari Ahad kerana kebanyakan AJK agak sibuk pada hari tersebut. Ini disarankan oleh YDP dan NYDP sendiri.

19. Sekali lagi Guru Besar mengucapkan terima kasih kerana hasrat penubuhan alumni ini tercapai.

Sekian, terima kasih. Mesyuarat ditangguhkan pada 4.15 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,_________________________________ _____________________(HALIMAHTUN SAADIAH BT MOHD RADZI)

( ABDUL KHALID B. EMBI)SETIAUSAHA MESYUARAT SAHABAT SKTAM YDP SAHABAT SKTAMTARIKH:

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK, KULIM,KEDAH (SAHABAT SKTAM)

SK TUNKU ABDUL MALIK

09000 KULIM

KEDAH DARULAMAN 04-04907591

_______________________________________________________________________

`KEDAH GEMILANG`

Ruj Kami:SKTAM/60/022/39-A (3)

Tarikh: 24.9.2012Kepada,

Tuan / Puan,

MESYUARAT AJK PERSATUAN ALUMNI SKTAM KALI KEDUADengan hormatnya dimaklumkan tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat di atas.

2. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:

Tarikh : 1.10.2012

Masa : 4.00 PETANG

Tempat : Bilik Informasi SKTAM

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:-

3.1. Perutusan Pengerusi3.2 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu.

3.3. Perkara Berbangkit

3.4. Pelancaran ALUMNI SKTAM

3.5. Borang keahlian ALUMNI

3.6 Hal hal lain

4. Kehadiran semua AJK yang terlibat adalah amat-amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

SENTIASA CEMERLANG

Saya yang menjalankan tugas,

(PN.HALIMAHTUN SAADIAH)

Setiausaha,

Persatuan Alumni Sek.Keb. Tunku Abdul Malik,

Kulim,Kedah (SAHABAT SKTAM)

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK, KULIM,KEDAH (SAHABAT SKTAM)

SK TUNKU ABDUL MALIK

09000 KULIM

KEDAH DARULAMAN 04-04907591

_______________________________________________________________________

`KEDAH GEMILANG`

Ruj Kami:SKTAM/60/022/39-A (4)

Tarikh: 4.10.2012MINIT MESYUARAT AJK ALUMNI SKTAM KALI KEDUATarikh: 1 Oktober 2012Hari: IsninMasa: 4.00 petang

Tempat: Bilik Informasi SKTAM

Kehadiran:

1. En. Abdul Khalid B. Embi (YDP Alumni )

2. En. Rosidi B. Wan Basir ( NYDP Alumni)

3. Pn. Halimahtun Saadiah Bt.Mohd Radzi ( SU Alumni) 4. En. Mohd Rozi B. Din (Bendahari Alumni)

5. En. Rizalafandi B. Abdul Rahim ( SU PIBG)

I. Perutusan Pengerusi Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Alumni yang hadir ke mesyuarat AJK Alumni SKTAM kali kedua ini. Juga berharap semua AJK dapat

membuat persediaan yang sepatutnya untuk pelancaran Alumni (SAHABAT SKTAM) yang akan diadakan serentak pada Hari Anugerah Cemerlang iaitu 3.10.2012.II. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu En. Rosidi mencadangkan minit mesyuarat kali pertama disahkan dan disokong oleh

En. Rozi.

III. Perkara berbangkit.1. Akaun bank untuk Alumni telah selesai dibuka di Bank Islam Kulim.2. Hari Anugerah Cemerlang ditunda dari 29.3.2012 ke 3.10.2012

3. Logo SAHABAT SKTAM yang disarankan tidak boleh digunakan lagi kerana perlu mendapatkan kelulusan dari pihak pendaftar pertubuhan (ros). Terlebih dahulu SAHABAT SKTAM perlu membuat permohonan dari pihak ros selepas mengadakan mesyuarat agung.4. Lawatan (ziarah) Tunku Abdul Malik dan isteri- tidak dapat dilakukan kerana kesuntukan masa/hari yang hampir dengan bulan puasa.

5. Sambutan Hari Raya tidak diadakan kerana SAHABAT SKTAM masih baru dan dalam proses mencari keahlian.IV. Pelancaran Alumni6. En. Khalid akan duduk bersama-sama tetamu kehormat yang lainnya di atas pentas. 7. Gong akan diketuk oleh tetamu kehormat sebagai gimik pelancaran Alumni.

8. Cenderahati akan disediakan oleh pihak Alumni. Anggaran harga cederahati dibawah RM 100 sahaja.

Tindakan : En. Rosidi

9. Jualan cenderamata disediakan pada hari tersebut. Barangan yang disediakan ialah tuala muka, non-woven beg, pen, buku nota dan buku nota poket yang telah ditempah oleh GB sebanyak 200 unit bagi setiap barangan tersebut.. Setiap barangan mempunyai lencana sekolah dan tertulis Jubli Emas 1962-2012.V. Borang keahlian Alumni10. Borang telah dicetak. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada En. Rizal kerana membantu menyiapkan borang keahlian. Borang-borang ini bolehlah diedarkan pada Hari Anugerah Cemerlang yang juga bersempena dengan pelancaran Alumni sekolah.Tindakan: En. Rozi dan Pn. Halimahtun.

11. Nombor pendaftaran bermula dengan 00001-00007 adalah untuk AJK.VI. Hal-hal lain

12. Bendahari dikehendaki membuat 2 buku iaitu: 1- buku tunai dan

2- buku bank

13. Bendahari juga dikehendaki membuat buku resit yang ada cop nama AlumniTindakan: En. Rozi

14. Keperluan alat tulis boleh dibeli mengikut keperluan dan buat tuntutan bayaran kepada bendahari beserta resit pembelian.

15. AJK menyuarakan pandangan jika boleh yuran tahunan keahlian dikurangkan ke RM20. Pengerusi menjelaskan perubahan ini melibatkan perlembagaan Alumni yang telah didaftarkan dengan ROS. Oleh itu apa-apa pindaan yang melibatkan perlembagaan yang hendak dibuat mestilah melalui mesyuarat Agong nanti dan seterusnya mestilah dengan kebenaran dari pihak ROS.Sekian, terima kasih. Mesyuarat ditangguhkan pada 5.30 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

..

(HALIMAHTUN SAADIAH BT MOHD RADZI) (ABDUL KHALID B.EMBI)SETIAUSAHA MESYUARAT SAHABAT SKTAMYDP SAHABAT SKTAMPERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK, KULIM,KEDAH (SAHABAT SKTAM)

SK TUNKU ABDUL MALIK

09000 KULIM

KEDAH DARULAMAN 04-04907591

_______________________________________________________________________

`KEDAH GEMILANG`

Ruj Kami:SKTAM/60/022/39-A (5)

Tarikh: 19.2. 2013Kepada,

Tuan / Puan,

MESYUARAT AJK PERSATUAN ALUMNI SKTAM KALI KE-3Dengan hormatnya dimaklumkan tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat di atas.

2. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:

Tarikh : 24.2.2013 Masa : 4.00 petang Tempat : Pejabat Penghulu Mukim Keladi3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:-

3.1. Perutusan Pengerusi3.2 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu.

3.3. Perkara Berbangkit

3.4. Mensyuarat Agong ALUMNI kali pertama3.5. Laporan keahlian3.6 Laporan kewangan

3.7 Hal hal lain

4. Kehadiran semua AJK yang terlibat adalah amat-amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

SENTIASA CEMERLANG

Saya yang menjalankan tugas,

(PN.HALIMAHTUN SAADIAH)

Setiausaha,

Persatuan Alumni Sek.Keb. Tunku Abdul Malik,

Kulim,Kedah (SAHABAT SKTAM)

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK, KULIM,KEDAH (SAHABAT SKTAM)

SK TUNKU ABDUL MALIK

09000 KULIM

KEDAH DARULAMAN 04-04907591

_______________________________________________________________________

`KEDAH GEMILANG`

Ruj Kami:SKTAM/60/022/39-A (6)

Tarikh : 28.2.2013MINIT MESYUARAT AJK ALUMNI SKTAM KALI KETIGATarikh: 24.2.2013Masa: 4.00 petang

Tempat: Pejabat penghulu Mukim KeladiKehadiran:

1. En. Abdul Khalid B. Embi (YDP Alumni )

2. En. Rosidi B. Wan Basir ( NYDP Alumni)

3. Pn. Halimahtun Saadiah Bt.Mohd Radzi ( SU Alumni) 4. En. Mohd Rozi B. Din (Bendahari Alumni)

5. En. Rizalafandi B. Abdul Rahim ( SU PIBG)

I. Perutusan Pengerusi Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Alumni yang hadir ke mesyuarat AJK Alumni SKTAM kali ketiga ini. Mesyuarat pada kali tidak dibuat di SKTAM kerana kurang keselesaan. Berharap perbincangan lebih terbuka tanpa kehadiran Guru Besar SKTAM yang agak mengongkong perbincangan dalam mensyuarat yang lalu. Pengerusi sendiri terasa seperti kakitangan atau staf sekolah SKTAM. II. Pengesahan minit mesyuarat yang laluSetiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan En. Rosidi mencadangkan minit mesyuarat kali kedua disahkan dan disokong oleh En. Rozi.

III. Perkara berbangkit.1. Pengerusi melahirkan rasa ketidakpuasan hati tentang pelancaran ALUMNI SAHABAT SKTAM kerana semuanya diatur oleh Guru Besar. Pengerusi dan AJK tidak dapat memberi pendapat atau cadangan tentang pelancaran tersebut.2. Yuran tahunan keahlian tidak dapat dikurangkan ke RM 20 seperti yang diminta kerana untuk mengurangkan yuran tahunan ini perlu dilakukan semasa mesyuarat agong nanti. Mesyuarat AJK tidak dibolehkan untuk menurunkannya. Oleh itu masalah ini akan dikemukakan semasa mesyuarat agong yang pertama nanti. Seterusnya perlu mendapatkan persetujuan daripada lembaga pendaftaran (ROS).

IV. Mensyuarat Agong ALUMNI kali pertamaMesyuarat akan dibuat sebelum berakhirnya bulan Mac ini tetapi pengerusi akan cuba mendapatkan penangguhan dari pihak ROS kerana bilangan keahlian kita sedikit. V. Laporan keahlian

Bilangan keahlian setakat ini hanya 14 orang VI. Laporan kewangan

En. Rozi akan rujuk dengan En. Rosidi untuk membuat laporan kewangan yang lengkap pada

mensyuarat yang akan datang. Duit yang ada ditangan pada ketika ini ialah RM350.80 VII. Hal hal lain1. Pengerusi akan menelefon pihak ROS untuk ditangguhkan mesyuarat agong ALUMNI.2. En. Rosidi akan cuba menembahkan bilangan keahlian ALUMNI melalui facebook beliau sendiri. Sekian, terima kasih. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.05 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

..

(HALIMAHTUN SAADIAH BT MOHD RADZI) (ABDUL KHALID B.EMBI)

SETIAUSAHA MESYUARAT SAHABAT SKTAMYDP SAHABAT SKTAMPERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK, KULIM,KEDAH (SAHABAT SKTAM)

SK TUNKU ABDUL MALIK

09000 KULIM

KEDAH DARULAMAN 04-04907591

_______________________________________________________________________

`KEDAH GEMILANG`

Ruj Kami:SKTAM/60/022/39-A (3)

Tarikh: 5.4.2013

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN ALUMNI SKTAM KALI - I

Tarikh: 31 Mac 2013

Hari: Ahad

Masa: 4.00 petang

Tempat: Pejabat Penghulu Mukim Keladi

Kehadiran:

1. En. Abdul Khalid B. Embi (YDP Alumni )

2. En. Rosidi B. Wan Basir ( NYDP Alumni)

3. Pn. Halimahtun Saadiah Bt.Mohd Radzi ( SU Alumni)

4. En. Mohd Rozi B. Din (Bendahari Alumni)

Mesyuarat Agung Persatuan Alumni SKTAM kali pertama tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup korum (kehadiran) keahlian yang membenarkan mesyuarat dijalankan.

Sekian, terima kasih. Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

..

(HALIMAHTUN SAADIAH BT MOHD RADZI) (ABDUL KHALID B.EMBI)

SETIAUSAHA MESYUARAT SAHABAT SKTAMYDP SAHABAT SKTAM

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK, KULIM,KEDAH (SAHABAT SKTAM)

SK TUNKU ABDUL MALIK

09000 KULIM

KEDAH DARULAMAN 04-04907591

_______________________________________________________________________

`KEDAH GEMILANG`

Ruj Kami:SKTAM/60/022/39-A (3)

Tarikh: 20.1.2014

Kepada,

Tuan / Puan,

PEMBUBARAN PERSATUAN ALUMNI SKTAM

Berhubung dengan perkara diatas Persatuan Alumni SKTAM telah dibubarkan . Ini adalah kerana tiada sambutan serta kerjasama dari pihak ahli persatuan dan juga AJK yang telah dilantik.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni SKTAM telah pun dibatalkan keahliannnya oleh pihak ROS(Kedah) pada bulan Disember 2013.

Sekian, terima kasih.

SENTIASA CEMERLANG

Saya yang menjalankan tugas,

(PN.HALIMAHTUN SAADIAH)

Setiausaha,

Persatuan Alumni Sek.Keb. Tunku Abdul Malik,

Kulim,Kedah (SAHABAT SKTAM)