minit mesyuarat ahli jawatankuasa linus kali ketiga tahun 2011

12
MESYUARAT LINUS KALI PERTAMA TAHUN 2011 Tarikh : 24 Ogos 2011 Masa : 11.30 pagi Tempat : Bilik Gerakan SKSR KEHADIRAN : 1. Pn. Hjh. Juariah bt. Mohamed Daud (PK Pentadbiran) 2. Pn. Sabariah bt. Omar (Ketua Panitia Bahasa Melayu) 3. Pn. Anny Suzany bt. Abdullah ( Setiausaha ) 4. Pn. Noor Hidayah bt. Ashaari (Guru Pemulihan) 5. Pn. Falikhah bt. Zawawi (Guru Pembantu Pemulihan Khas) 6. En. Zulman b. Mohd Noor 7. Pn. Salma bt. Ibrahim 1. Ucapan Pengerusi ( Penolong Kanan Pentadbiran ) 1.1 Mengalu-alukan kehadiran semua guru. 1.2 Menyatakan tujuan mesyuarat iaitu berbincang tentang keputusan Linus selepas Saringan 2 dan 4. 1.3 Memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab. 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Cadangan : En Zulman b. Mohd Noor Sokongan : Pn. Hjh. Noor Hidayah bt. Ashaari 3. Perkara Berbangkit. 3.1 Masalah berkaitan dua orang murid linus tegar dari kelas 2 Kenanga iaitu Aiman Aqil dan Nor Haikal di mana kedua-dua orang murid ini masih belum mampu menguasai 3M. 3.2 Pihak PPD telah menelefon pihak sekolah menanyakan hal ini. 3.3 Pn. Hjh. Noor Hidayah menyatakan bahawa kedua-dua murid ini telah diberi ujian khas yang dibekalkan oleh pihak kementerian dan didapati mereka melepasi tahap yang ditetapkan iaitu tidak perlu dirujuk kepada pengamal perubatan. Walau bagaimanapun, ujian tersebut tidak menjurus

Upload: annysuzanyabdullah

Post on 17-Sep-2015

321 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

MESYUARAT LINUS KALI PERTAMA TAHUN 2011

Tarikh: 24 Ogos 2011Masa: 11.30 pagiTempat: Bilik Gerakan SKSR KEHADIRAN:1. Pn. Hjh. Juariah bt. Mohamed Daud (PK Pentadbiran)2. Pn. Sabariah bt. Omar (Ketua Panitia Bahasa Melayu)3. Pn. Anny Suzany bt. Abdullah ( Setiausaha )4. Pn. Noor Hidayah bt. Ashaari (Guru Pemulihan)5. Pn. Falikhah bt. Zawawi (Guru Pembantu Pemulihan Khas)6. En. Zulman b. Mohd Noor7. Pn. Salma bt. Ibrahim

1. Ucapan Pengerusi ( Penolong Kanan Pentadbiran )1.1 Mengalu-alukan kehadiran semua guru.1.2 Menyatakan tujuan mesyuarat iaitu berbincang tentang keputusan Linus selepas Saringan 2 dan 4.1.3 Memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab.2. Pengesahan Minit MesyuaratCadangan: En Zulman b. Mohd NoorSokongan: Pn. Hjh. Noor Hidayah bt. Ashaari3. Perkara Berbangkit.3.1 Masalah berkaitan dua orang murid linus tegar dari kelas 2 Kenanga iaitu Aiman Aqil dan Nor Haikal di mana kedua-dua orang murid ini masih belum mampu menguasai 3M.3.2 Pihak PPD telah menelefon pihak sekolah menanyakan hal ini.3.3 Pn. Hjh. Noor Hidayah menyatakan bahawa kedua-dua murid ini telah diberi ujian khas yang dibekalkan oleh pihak kementerian dan didapati mereka melepasi tahap yang ditetapkan iaitu tidak perlu dirujuk kepada pengamal perubatan. Walau bagaimanapun, ujian tersebut tidak menjurus kepada kemahiran yang sepatutnya dikuasai oleh murid berkenaan.

Makluman semua guru

4. Laporan Linus.4.1 Pn.Anny melaporkan keputusan Linus ( Literasi ) selepas saringan 2 :Tahun 1- 5 orang (5 linus, 2 linus tegar)Tahun 2- 4 orang (2 linus, 2 linus tegar)4.1 Kelas tambahan untuk murid-murid Linus Tahun 1 akan diteruskan selepas cuti pertengahan semester kedua nanti.4.2 Pn. Hjh. Noor Hidayah melaporkan tentang Kelas Pemulihan :Tahun 2- Haiqal dan Aiman Aqil belum menguasai abjad. Walau bagaimanapun diteruskan dengan kemahiran lain seperti membaca supaya mereka tidak terus ketinggalan. Murid-murid ini kadang-kadang ada menunjukkan minat belajar di kelas pemulihan tetapi cepat lupa apa yang telah dipelajari.4.3 Pn. Falikhah memberi maklum balas tentang dapatan daripada kursus yang telah dihadirinya berkaitan dengan pemulihan khas linus.4.4 Tugas beliau ialah membantu murid-murid linus tahun1. Walau bagaimanapun beliau mengaku bahawa beliau kurang mahir dalam Bahasa Melayu kerana bukan opsyennya, tetapi beliau akan belajar daripada Pn. Hjh. Noor Hidayah selaku guru pemulihan yang berpengalaman.

Makluman semua guru5. Hal-hal Lain5.1 Cadangan daripada guru-guru tahun 2 di mana 4 orang murid yang mempunyai masalah disiplin yang agak kritikal dari kelas 2 Kenanga diagih-agihkan kepada kelas A, D, dan M. Tujuannya supaya mereka dapat mengubah sikap melalui pergaulan dengan murid-murid lain yang lebih berminat dalam pembelajaran dan mempunyai disiplin yang baik. Tujuan keduanya supaya mereka tidak mempunyai satu kumpulan yang sering mengganggu rakan-rakan sekelas yang ingin belajar.

Tindakan : Guru-guru Tahun 26. Ucapan Penangguhan6.1 Pn. Hjh. Juariah bt. Mohamed Daud mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

------------------------------------- ------------------------------------- (ANNY SUZANY BT ABDULLAH) ( PN HJH JUARIAH BT MOHAMED DAUD )SetiausahaPenolong Kanan PentadbiranJ/K LinusS.K Sungai Rapat, Ipoh.S.K Sungai Rapat, Ipoh.

MESYUARAT LINUS KALI PERTAMA TAHUN 2014

Tarikh: 3 Februari 2014Hari: IsninMasa: 12.30 tengah hariTempat: Bilik Gerakan SKSR KEHADIRAN1.Pn Faridah bt Mansor ( Guru Besar )2.Pn Siti Zabedah bt Mahmud ( PK Pentadbiran )3. Pn Siti Zauyah bt Abd Hamid ( PK Ko kurikulum )4. Pn Anny Suzany bt Abdullah 5.Pn Nazilawati bt Mat Kassim (Ketua Panitia Bahasa Melayu)6.Pn Nor Azleen bt Md Noh (Ketua Panitia Matematik)7.Cik Noor Shallyna bt Khairuddin (Ketua Panitia Matematik) 8.Pn Norhayati bt Sulaiman (Guru Bahasa Melayu Tahun 1)9.Pn Noraishah bt Yacob (Guru Bahasa Melayu Tahun 3)10.Pn Rosnida bt Roslan (Guru Matematik Tahun 1 & 2)11.Pn Nor Azleen bt Md Noh (Guru Matematik Tahun 3)12.En Kamalulkhair b Mohamed Ibrahim (Guru Matematik Tahun 3)13.Pn Raihan Hamiza bt Jalaludin (Guru Bahasa Inggeris Tahun 1)14.Pn Kokolavani a/p Suppiah (Guru Bahasa Inggeris Tahun 2)15.Pn Norhayati bt Mohamed (Guru Bahasa Inggeris Tahun 2)16.Cik Iylia Hani bt Mohd Radzi (Guru Pemulihan Khas )17.Pn Fadhlina bt Alias (Guru Bimbingan & Kaunseling) 18.Pn Faradhilla bt Mohd Zahari (Guru Prasekolah) 19.En Mohd Zorin b Mohamed Wazir(Guru Data/ SMM)

1. Ucapan Pengerusi ( Guru Besar )1.1 Mengalu-alukan kehadiran semua guru.1.2 Memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab.1.3 Guru Besar selaku pengerusi mesyuarat,mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir bagi membincangkan tentang LINUS.1.4 Beliau memaklumkan mesyuarat kali pertama ini diadakan bertujuan untuk membincangkan Perlaksanaan LINUS di peringkat sekolah sepanjang tahun 2014 ini.1.5 Beliau juga berharap program LINUS dapat dijalankan kerana LINUS ialah program NKRA dan menjurus kepada target NKRA yang perlu dicapai oleh sekolah.1.6 Beliau juga mengingatkan semua AJK tentang matlamat KPM supaya semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi sebelum berakhir persekolahan Tahun 3. Murid Tahun 3 perlu mencapai sasaran 100% kecuali bagi murid yang berkeperluan khas.Makluman semua guru4. Perlaksanaan LINUS.4.1 Mesyuarat Jawatankuasa LINUS akan dijalankan 3 kali setahun iaitu pada:

Mesyuarat kali 1 :3 Februari 2014Mesyuarat kali 2 :15 Ogos 2014Mesyuarat kali 3 :23 Oktober 2014 Diharapkan semua AJK dapat mengikuti mesyuarat yang telah ditetapkan ini.

4.2 Jawatankuasa Linus sekolah perlu dianggotai oleh Pengerusi: Guru Besar

Timbalan Pengerusi 1: Penolong Kanan PentadbiranTimbalan Pengerusi 2: Penolong Kanan Petang

Naib Pengerusi 1: Penolong Kanan HEMNaib Pengerusi 1: Penolong Kanan HEMNaib Pengerusi 1: Penolong Kanan HEM

Setiausaha: Guru LINUS (Literasi)Pen Setiausaha: Guru LINUS (Numerasi)

AJK LINUS: Ketua Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Matematik Guru Bahasa Melayu Tahap 1 Guru Matematik Tahap 1 Guru Pemulihan Khas Guru Pemulihan LINUS Guru Bimbingan & Kaunseling Guru Pra Sekolah Guru Data

4.3 Pengurusan Fail LINUS terdiri daripada 5 fail iaitu :

4.3.1Fail Jawatankuasa LINUS Carta Organisasi Pekeliling Surat menyurat Minit Curai Biodata guru Jadual waktu guru Perancangan Strategik Pelan tindakan

4.3.2 Fail Konsep

Modul Guru Modul Murid Manual dan Instrumen Saringan LINUS

4.3.3 Fail Minit Mesyuarat

Minit Mesyuarat Linus Minit Mesyuarat Bahasa Melayu Minit Mesyuarat Matematik Minit Mesyuarat Bimbingan & Kaunseling

4.3.4Fail Data

Keputusan Saringan Analisis Data Saringan Headcount TOV

4.3.4 Fail Murid

Senarai Nama Murid LINUS Profil Murid Rekod/Surat Pemeriksaan Doktor4.4 Semua guru LINUS perlu peka terhadap Jadual Saring yang melibatkan Penghantaran Data dan Laporan ke PPD. 4.5 Guru-guru LINUS juga diingatkan agar merekod perjumpaan tidak rasmi dan Perbincangan berkaitan dengan LINUS.4.6 Bagi memudahkan perlaksanaan Program LINUS di sekolah, Carta Gantt PerlaksanaanProgram LINUS perlu diwujudkan. Carta Gantt akan disimpan sebagai rujukan semua guru.

Makluman semua guru

5. Kedudukan LINUS.5.1 Selepas Saringan 2 pada tahun 2013, data murid LINUS adalah seperti berikut : Tahun 2 (Saringan 2)LINUS BIASALINUS TEGAR

LITERASI00

NUMERASI00

Tahun 1 (Saringan 2)LINUS BIASALINUS TEGAR

LITERASI90

NUMERASI00

LITERASI (BI)826

5.2 Walaubagaimana diawal tahun 2014, data murid LINUS bertambah kerana kemasukkan murid-murid baru. Data terkini murid-murid LINUS ialah :

Tahun 3LINUS BIASALINUS TEGAR

LITERASI30

NUMERASI40

Tahun 2LINUS BIASALINUS TEGAR

LITERASI121

NUMERASI10

6. Hal-hal Lain6.1 Cikgu Anny memaklumkan akan mengadakan kelas Celik Literasi bermula pertengahan Februari ini. Ini melibatkan murid-murid Tahun 2. Kelas ini bertujuan membantu murid-murid tersebut agar dapat lebih cepat menguasai kemahiran membaca dan menulis.

7. Ucapan Penangguhan7.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

------------------------------------- ------------------------------------- (ANNY SUZANY BT ABDULLAH) ( PN FARIDAH BT MANSOR )Penyelaras / SetiausahaGuru BesarJ/K LinusS.K Rapat Jaya, Ipoh.S.K Rapat Jaya, Ipoh.

Pemantauan akan dilakukan oleh pentadbir/Fasilinus/PPD berdasarkan Instrumen Pemantauan. Selain daripada pengurusan fail, instrumen pemantauan juga akan melihat penyediaan pengajaran dan pembelajaran mengikut kemahiraan dan konstruk LINUS. Penggunaan Bahan Bantu Belajar juga adalah penting dalam menarik perhatian murid- murid LINUS untuk belajar. Guru-guru LINUS boleh berbincang dengan Ketua Panitia untuk membeli Bahan Bantu Belajar. Bahan Bantu Belajar juga boleh dikongsi daripada Pemulihan dan Pra Sekolah.