minit mesyuarat agung pibg kali ke 39 - afraina.com mesyuarat agung pibg kali ke 39.pdf · yang...

5
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39 Tarikh : 5 Mac 2016 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Beranang Kehadiran : Rujuk Lampiran AGENDA MESYUARAT 1. Kata – kata Aluan Pengerusi ( En Berhanudin bin Haji Mansur ) 1.1 Yang Dipertua PIBG mengalu-alukan kehadiran ibubapa dan guru-guru. Beliau berharap semua ahli mesyuarat member kerjasama serta memberikan cadangan dan penambahbaikan. 1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang telah bekerjasama serta warga SK Beranang yang telah menjayakan Majlis Mesyuarat Agung ini. 1.3 Harapan beliau pemilihan calon AJK PIBG bagi sesi 2016 perlu yang boleh memberi penglibatan dan komitmen yang tinggi. 1.4 Beliau turut memohon maaf mewakili AJK PIBG 2015 sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang penglibatan dalam Majlis Tertinggi AJK PIBG 2015. 2. Ucapan Penasihat ( Pn Sofiah binti Adnan ) 2.1 Guru Besar Sk Beranang merakamkan ucapan terima kasih kepada ibubapa serta sokongan yang tinggi kepada pihak sekolah. Begitu juga kepada AJK PIBG 2015/2016 yang bertungkus lumus dan memberi kerjasamayang baik demi kecemerlangan SK Beranang. 2.2 Beliau mengharapkan AJK yang baru dapat membantu pihak sekolah kea rah kecemerlangan anak-anak murid SK Beranang. 3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 39. 3.1 Pn Norjani selaku memangku Setiausaha Kehormat PIBG bagi sesi 2015/2016 membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 39 untuk disahkan. 3.2 Beliau memperbetulkan kesilapan bagi keputusan UPSR keseluruhan sebanyak 66% di dalam buku Mesyuarat Agung kali ke 39. 3.3 Beliau turut memperbetulkan perkataan bagi perkara 4.2 KDKA kepada KDKP 3.4 En Mohd Fairuskhan mencadangkan agar minit mesyuarat ini disahkan dan disokong oleh Pn Zulina bin Nobit. 4. Perkara Berbangkit 4.1 Perkara 4.1 – YDP mencadangkan bayaran yuran PIBG bagi tahun 2016 ini dikekalkan

Upload: nguyenthien

Post on 28-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39 - afraina.com MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39.pdf · yang tinggi kepada pihak sekolah. Begitu juga kepada AJK PIBG 2015 ... 4.5 Beliau mengharapkan

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39

Tarikh : 5 Mac 2016 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Beranang Kehadiran : Rujuk Lampiran AGENDA MESYUARAT

1. Kata – kata Aluan Pengerusi ( En Berhanudin bin Haji Mansur )

1.1 Yang Dipertua PIBG mengalu-alukan kehadiran ibubapa dan guru-guru. Beliau berharap

semua ahli mesyuarat member kerjasama serta memberikan cadangan dan

penambahbaikan.

1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang telah bekerjasama serta warga SK

Beranang yang telah menjayakan Majlis Mesyuarat Agung ini.

1.3 Harapan beliau pemilihan calon AJK PIBG bagi sesi 2016 perlu yang boleh memberi

penglibatan dan komitmen yang tinggi.

1.4 Beliau turut memohon maaf mewakili AJK PIBG 2015 sekiranya terdapat sebarang

kekurangan sepanjang penglibatan dalam Majlis Tertinggi AJK PIBG 2015.

2. Ucapan Penasihat ( Pn Sofiah binti Adnan )

2.1 Guru Besar Sk Beranang merakamkan ucapan terima kasih kepada ibubapa serta sokongan

yang tinggi kepada pihak sekolah. Begitu juga kepada AJK PIBG 2015/2016 yang bertungkus

lumus dan memberi kerjasamayang baik demi kecemerlangan SK Beranang.

2.2 Beliau mengharapkan AJK yang baru dapat membantu pihak sekolah kea rah kecemerlangan

anak-anak murid SK Beranang.

3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 39.

3.1 Pn Norjani selaku memangku Setiausaha Kehormat PIBG bagi sesi 2015/2016

membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 39 untuk disahkan.

3.2 Beliau memperbetulkan kesilapan bagi keputusan UPSR keseluruhan sebanyak 66% di dalam

buku Mesyuarat Agung kali ke 39.

3.3 Beliau turut memperbetulkan perkataan bagi perkara 4.2 KDKA kepada KDKP

3.4 En Mohd Fairuskhan mencadangkan agar minit mesyuarat ini disahkan dan disokong oleh

Pn Zulina bin Nobit.

4. Perkara Berbangkit

4.1 Perkara 4.1 – YDP mencadangkan bayaran yuran PIBG bagi tahun 2016 ini dikekalkan

Page 2: MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39 - afraina.com MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39.pdf · yang tinggi kepada pihak sekolah. Begitu juga kepada AJK PIBG 2015 ... 4.5 Beliau mengharapkan

sebanyak RM30 satu keluarga.

4.2 Perkara 4.2 – makluman berkenaan dengan tiada penjaga lalulintas mengawasi keselamatan

murid-murid SK Beranang dan SMK Khir Johari sejak dari bulan Mei 2014. YDP

memaklumkan masih dalam usaha untuk mendapatkan penjaga lalulintas.

4.3 Guru Besar mencadangkan bayaran bagi kutipan sumbangan PIBG dinaikkan ke RM50. Ini

kerana peruntukan sekolah hanya memperolehi 60% daripada pihak kerajaan.

4.4 Beliau turut memaklumkan berkenaan dengan lalulintas, perjumpaan pengetua dan Guru

Besar di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat bersama pihak PDRM Kajang telah

diadakan. Guru Besar telah menyuarakan supaya polis trafik dapat mengawal dilaluan

utama supaya perjalanan berjalan lancar. Pihak PDRM Kajang telah bersetuju dan perkara ini

telah diminitkan.

4.5 Beliau mengharapkan Setiausaha PIBG yang akan dilantik dapat mengeluarkan surat ke

pihak PDRM sebagai tindakan susulan.

4.6 Sumbangan lalulintas sebanyak RM1700 yang telah dikutip dicadangkan dijadikan pondok

menunggu bas untuk kegunaan murid-murid.

5. Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan PIBG yang berakhir 31 Disember 2015

(Akaun Induk)

5.1 Pn Zarina binti Mohamed Tajuddin selaku Bendahari Kehormat PIBG sesi 2015/2016

membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015 untuk disahkan.

5.2 Pn Marina binti Daud mencadangkan penyata kewangan disahkan dan disokong oleh

Pn Norafiza binti Latif.

6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Beranang bagi sesi 2015/2016.

6.1 YDP En Berhanudin bin Hj Mansor membubarkan AJK PIBG SK Beranang sesi 2015/2016.

6.2 Guru Besar meminta supaya En Norfaiza bin Abdul Ghani menjadi pengerusi sementara

untuk mengendalikan mesyuarat.

6.3 Pn Rogayah mencadangkan En Berhanudin bin Hj Mansor menjadi YDP PIBG.

6.4 Pn Salmiah bt Ahmad mencadangkan cadangan ditutup dan disokong sebulat suara.

6.5 En Berhanudin bin Hj Mansor telah dilantik menjadi YDP PIBG sesi 2016.

6.6 En Suboh bin Harun mencadangkan AJK PIBG dikekalkan kecuali beliau kerana beliau sudah

tiada anak bersekolah di SK Beranang.

6.7 En Suboh Mencadangkan En Norfaiza bin Abdul Ghani dilantik menjadi NYDP PIBG dan

diterima sebulat suara.

6.8 Pn Norjani binti Mohd Idris mencadangkan En Mohd Fairuskhan sebagai AJK PIBG yang baru

dan disokong sebulat suara.

6.9 Pn Idahayati binti Sumardi mencadangkan Pn Rozida sebagai AJK PIBG yang baru dan

diterima sebulat suara.

6.10 Pn Indrawati binti Mohd Janah mencadangkan En Azman bin Asri sebagai AJK PIBG yang

baru dan diterima sebulat suara.

Page 3: MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39 - afraina.com MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39.pdf · yang tinggi kepada pihak sekolah. Begitu juga kepada AJK PIBG 2015 ... 4.5 Beliau mengharapkan

6.11 Berikut adalah AJK PIBG bagi sesi 2016/2017:

Penasihat :Pn Sofiah binti Adnan

( Guru Besar SK Beranang )

Yang Dipertua :En Berhanudin bin Hj Mansor

Naib Yand Dipertua :En Nor Faiza bin Abdul Ghani

Setiausaha Kehormat :En Noorhisham bin Hamzah

Bendahari Kehormat :Pn Ida Hayati binti Sumardi

AJK Ibubapa 1. En Mohd Fairuz Khan bin Khalid

2. Pn Rogayah binti Nordin

3. Pn Norainan binti Abd Latip

4. Pn Razida binti Bohari

5. En Azman bin Asri

6. En Md Daud bin Mohamad

AJK Guru 1. En Azmi bin Tahar

2. En Abdul Syahrin bin Abdullah

3. Pn Ainon binti Abdul Hamid

4. Pn Konah binti Abas

6. Pn Salinda binti Samad

Pemeriksa kira-kira 1. En Shahrul Azri bin Aziz

2. Pn Azlina binti Abdullah

7. Membentang, membahas dan meerima usul.

7.1 En Madzlan bin Zainal mengusulkan agar memberi kerja rumah yang banyak kepada murid-

murid semasa cuti sekolah atau cuti panjang.

7.1.1 Guru Besar menjelaskan pihak sekolah telah menyediakan kerja rumah terancang

kepada murid-murid.

7.2 En Mokhtar bin Kassim mengusulkan guru jangan mengabaikan murid-murid kelas Smart.

Perlu lebih bimbigan dan bukan abaikan keputusan peperiksaannya. Beliau turut

mengusulkan agar pihak kedai buku sekolah tidak menjual barang yag tidak berfaedah

kepada murid-murid.

7.2.1 Guru Besar menerangkan murid kelas Smart tidak pernah diabaikan. Murid kelas

Smart hanya mempunyai 25 orang dan guru boleh member fokus dalam

pembelajaran di dalam kelas.

7.2.2 Guru Besar turut menjelaskan bahawa pihak sekolah telah memaklumkan agar tidak

menjual barang yag tidak berfaedah kepada pihak kedai buku. Ibubapa turut

dinasihatkan agar tidak memberi duit belanja yag berlebihan.

7.3 Pn Enies Isma Syafika Ishak mengusulkan pihak sekolah menyediakan pengawal lalulintas di

sekolah.

Page 4: MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39 - afraina.com MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39.pdf · yang tinggi kepada pihak sekolah. Begitu juga kepada AJK PIBG 2015 ... 4.5 Beliau mengharapkan

7.3.1 Guru Besar menjelaskan perkara ini telah dijelaskan,pihak polis telah sedia maklum

dan akan disusuli dengan surat tindakan dari pihak PIBG SK Beranang.

7.4 Pn Siti Habsah binti Ahmad mengusulkan agar memperbanyakkan pondok bacaan disekitar

kawasan sekolah.

7.4.1 Guru Besar menjelaskan pondok bacaan memang ada dan akan dikemaskini oleh

panitia yang terlibat.

7.5 En Mohd Salleh bin Mohd Kasim mengusulkan semua guru kelas diminta mewujudkan

kumpulan “Wassup” untuk setiap matapelajaran bagi ibubapa mendapatkan informasi

seperti kerja rumah dan latihan yang diberi. Beliau turut mengusulkan pemberian kerja

rumah kepada murid dan penjagaan kualiti makanan agar setaraf dengan harga.

7.5.1 Guru Besar akan meminta Guru Data dan Guru Bestari untuk mewujudkan group

“Wassup” megikut kelas.

7.5.2 En Qaiyum memaklumkan bahawa kelas 4 Excellent telah ada group “Wassup”.

7.5.3 Guru Besar memaklumkan kerja rumah memang ada dan telah diberikan kepada

murid-murid, tetapi murid-murid tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi.

Ibubapa tidak memantau kerja rumah yang telah diberi. Mohon ibubapa memantau

di rumah.

7.5.4 Guru Besar memaklumkan kantin sentiasa dipantau oleh AJK Kantin dan pihak

pengurusan sekolah. Ada perkembagan selepas dipantau. Sekiranya tiada

perkembangan, tender tidak akan dilanjutkan.

7.6 En Kamarul Hiza bin Mohd Mustafa mengusulkan agara perbesarkan lagi simpang masuk ke

sekolah agar memudahkan ibubapa menghantar anak.

7.6.1 Guru Besar menjelaskan bahawa itu bukan bidang kuasa pihak sekolah, ini adalah

bidang kuasa MPKJ.

8. Hal – hal lain

8.1 Sumbangan PIBG diusulkan oleh En Berhanudin untuk dinaikkan sebayak RM50 sekeluarga

daripada RM30 sekeluarga.

8.1.1 Mesyuarat sebulat suara memutuskan sumbangan PIBG bagi satu keluarga

dinaikkan kepada RM50. Ini berdasarkan undian yang telah dibuat iaitu bagi

sumbangan RM30 sekeluarga sebanyak 33 undian manakala RM50 sekeluarga

mendapat 40 undian.

8.2 En Mohd Salleh bin Mohd Kasim mencadangkan nombor telefon terus dihantar ke guru

matapelajaran tidak perlu melalui guru kelas supaya ibubapa boleh berbincang terus ke

guru matapelajaran berkenaan dengan permasalahan anak dalam pelajaran.

8.3 Beliau turut mencadangkan agar kerja rumah perlu diberi walaupun sedikit.

Page 5: MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39 - afraina.com MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39.pdf · yang tinggi kepada pihak sekolah. Begitu juga kepada AJK PIBG 2015 ... 4.5 Beliau mengharapkan

8.4 Beliau juga turut menyoalkan penggunaan buku aktiviti jilid 1 belum habis dibuat tetapi

sudah mula membuat latihan untuk jilid 2.

8.5 Bagi setiap penglibatan aktiviti, En Mohd Salleh bin Mohd Kasim mecadangkan agar perlu

diberitahu seminggu lebih awal untuk persediaan dari segi pakaian.

8.6 Pn Salinda binti Samad menjelaskan persoalan berkaitan perkara 8.4 berkaitan buku aktiviti

jilid 1 dan 2 Matematik yang mana terdapat dikalangan murid-murid yang lambat untuk

menyiapkan kerja di sekolah dan masih juga tidak dapat disiapkan apabila dibawa balik ke

rumah.

8.7 Beliau turut menjelaskan berkaitan perkara 8.5 yang telah dicadangkan oleh En Mohd Salleh

bin Mohd Kasim iaitu persediaan pakaian dalam sebarang aktiviti persembahan telah

diberitahu awal sebelum tarikh persembahan. Pakaian persembahan untuk murid tahun 1

pada Hari Apresiasi sama seperti pakaian pada persembahan Hari Kanak-Kanak.

9. Ucapan Penangguhan

9.1 YDP PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir kerana

memberi kepercayaan kepada beliau untuk menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua

PIBG bagi tahun 2016/2017. Beliau akan memberi komitmen yang terbaik demi kemajuan

murid-murid SK Beranang.

9.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang hadir dan tahniah kepada

semua AJK yang dilantik. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon ampun

dan maaf sekiranya terdapat sebarang kelemahan semasa berurusan dengan pihak sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

…………………………………………………………. ………………………………………………………….. (NOORHISHAM BIN HAMZAH) (BERHANUDDIN BIN HAJI MANSOR) Setiausaha Kehormat PIBG Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Beranang Sekolah Kebangsaan Beranang

.