minit mesyuarat agung persatuan prs 2009

7
MINIT MESYUARAT AGUNG PRS 2009 Tarikh : 4 Februari 2009 Masa : 12.30 tgh Tempat : Bilik APD Kehadiran Guru: 1 Pn. Rohaya Binti Wahab 2 En. Mohd Bustamam Bin Hashim 3 Pn. Aze Fauziah Bt. Suib 4 En. Razis B. Radzuan 5 Nor Izza Bt. Abdul Samad Kehadiran ahli : 28 orang 1. UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pn. Rohaya Binti Wahab selaku pengerusi mengalu- alukan kehadiran semua guru dan murid ke perjumpaan kali pertama Pembimbing Rakan Sebaya. 1.2 Perjumpaan dimulakan dengan bacaan ummul kitab Al Fatihah. 1.3 Mengambil kehadiran murid. 1.4 Memberikan kata-kata motivasi dan peransang bagi menimbukan semangat untuk menghadiri setiap perjumpaan PRS. Tindakan : Makluman 2. PERLANTIKAN AJK GURU 2.1 Perlantikan AJK guru bagi sesi 2009 yang terdiri daripada :

Upload: romzi-pendek

Post on 12-Dec-2015

461 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

BNK

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Agung Persatuan Prs 2009

MINIT MESYUARAT AGUNG PRS 2009

Tarikh : 4 Februari 2009

Masa : 12.30 tgh

Tempat : Bilik APD

Kehadiran Guru: 1 Pn. Rohaya Binti Wahab

2 En. Mohd Bustamam Bin Hashim

3 Pn. Aze Fauziah Bt. Suib

4 En. Razis B. Radzuan

5 Nor Izza Bt. Abdul Samad

Kehadiran ahli : 28 orang

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pn. Rohaya Binti Wahab selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan murid ke perjumpaan kali pertama Pembimbing Rakan Sebaya.

1.2 Perjumpaan dimulakan dengan bacaan ummul kitab Al Fatihah.

1.3 Mengambil kehadiran murid.

1.4 Memberikan kata-kata motivasi dan peransang bagi menimbukan semangat untuk menghadiri setiap perjumpaan PRS.

Tindakan : Makluman

2. PERLANTIKAN AJK GURU

2.1 Perlantikan AJK guru bagi sesi 2009 yang terdiri daripada :

Ketua : Rohaya Binti Wahab

Setiausaha : Mohd Bustamam B. Hashim

AJK Guru : Aze Fauziah Bt. Suib

Razis B. Radzuan

Nor Izza Binti Abdul Samad

Tindakan : Setiausaha

Page 2: Minit Mesyuarat Agung Persatuan Prs 2009

3. PERLANTIKAN AJK MURID

3.1 Perlantikan AJK murid yang baru bagi sesi 2009 yang terdiri daripada :

Pengerusi : Mohd Azmer b. Azizi (6A)

N/Pengerusi : Mohd Najmi b. Zainol (6D)

Setiausaha : Siti Hajar bt. Izhar (6C)

N/Setiausaha : Nur Syahirah bt. Rosman (6D)

Bendahari : Nur Ain bt. Ismail (6B)

AJK : Nursyamira Hanim bt. Mohd Arif (4C)

Mohd Rizman b. Hashim (4B)

Asma’ Kamila bt. Hussein Kamal (5C)

Kurrotul Ain bt. Sulaimi (5B)

Syazwani binti Masnor (6B)

Mohd Masli b. Samsuri (6D)

Tindakan : Setiausaha

4. MENERANGKAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN

4.1 Tujuan Persatuan:

4.1.1 Membina pasukan Pembimbing Rakan Sebaya yang terlatih bagi membantu

rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.

4.1.2 Melatih murid dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka

berinteraksi dengan berkesan bersama rakan sebaya serta dapat memberi

pertolongan dalam mengatasi gejala disiplin sekolah.

4.1.3 Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

untuk mengisi pertambahan dalam tuntutan dalam perkhidmatan.

4.1.4 Menubuhkan kumpulan murid yang terlatih dalam mengerakkan program

dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Page 3: Minit Mesyuarat Agung Persatuan Prs 2009

4.2 Keahlian

4.2.1 Dibuka kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 .

4.2.2 Permohonan boleh dibuat menggunakan borang dan kelulusan

permohonan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan

Kokurikulum dan keputusan adalah muktamad.

4.2.4 Permohonan adalah di atas ketentuan pihak sekolah untuk

keseimbangan ahli setiap persatuan .

4.3 Hak Sebagai Ahli

4.3.1 Mengundi dalam pemilihan Ahli jawatankuasa

4.3.2 Menjadi calon dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa

4.3.3 Menghadiri aktiviti-aktiviti dan program persatuan

4.3.4 Menggunakan peralatan, prasarana dan kemudahan-kemudahan yang ada di

sekolah dengan pengawasan Guru Penasihat.

4.3.5 Mengemukakan cadangan , aduan , idea dan pendapat kepada persatuan.

4.4 Kewajipan Seorang Ahli

4.4.1 Menghormati, mendukung dan mematuhi Perlembagaan dan peraturan-

peraturan Persatuan sepanjang masa.

4.4.2 Mematuhi, menghormati dan melaksanakan semua keputusan yang

dibuat oleh Jawatankuasa Persatuan.

4.4.3 Menjaga dan mempertahankan nama baik , maruah dan identiti persatuan.

4.4.4 Memelihara dan menjaga harta benda persatuan.

4.4.5 Tidak menyebarkan kepada sesiapa rahsia persatuan.

4.4.6 Sentiasa bekerjasama dan bermuafakat dengan ahli-ahli lain.

4.4.7 Tidak mengkhianati sebarang usaha atau program-program yang

dianjurkan oleh persatuan.

4.4.8 Menjelaskan derma keahlian sebelum 30 Mac setiap tahun.

4.5 Pemberhentian dan Pemecatan

4.5.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli persatuan hendaklah

menyerahkan permohonan bertulis daripada ibubapa/penjaga.

4.5.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang dan peraturan-

peraturan persatuan boleh dipecat.

Page 4: Minit Mesyuarat Agung Persatuan Prs 2009

4.6 Tabung Persatuan :

4.6.1 Adalah wang yang terkumpul oleh Bendahari persatuan dan disimpan oleh

Guru Penasihat.

4.6.2 Sumber Tabung Kewangan persatuan adalah daripada :

4.6.2.1 derma keahlian tahunan daripada setiap ahli yang berdaftar.

4.6.2.2 sumbangan daripada sekolah

4.6.2.3 sumbangan daripada pihak-pihak yang diluluskan oleh Guru Besar.

4.6.2.4 Keuntungan daripada aktiviti dan projek yang dijalankan.

4.7 Pentadbiran Kewangan Persatuan

4.7.1 Boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah sesuai dengan

tujuan dan matlamat persatuan.

4.7.2 Setiap pengeluaran disahkan oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari

dengan persetujuan Guru Penasihat.

4.7.3 Bendahari boleh menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM3.00

4.7.4 Penyata kewangan hendaklah disediakan.

4.7.5 Penyata Kewangan hendaklah diluluskan dalam Mesyuarat Agong

. Persatuan.

4.7.6 Tabung Kewangan akan diserahkan kepada Guru Besar setiap akhir tahun

Semasa.

4.8 Pemeriksa Kira-Kira 4.8.1 2 orang pemeriksa kira-kira akan dilantik

4.8.2 Bertanggungjawab mengesahkan penyata kewangan.

4.8.3 Tempoh perkhidmatan adalah bagi setahun kewangan persatuan.

Tindakan : Ahli persatuan

Page 5: Minit Mesyuarat Agung Persatuan Prs 2009

5. HAL-HAL LAIN

5.1 En Mohd Bustamam b. Hashim memperingatkan kepada ahli-ahli PRS bahawa kehadiran setiap kali perjumpaan adalah wajib.

5.2 Murid diingatkan supaya membawa buku log pada setiap kali perjumpaan.

Tindakan : Makluman

6 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Perjumpaan ditangguhkan pada pukul 1.30 petang.

6.2 Murid bersurai.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………..….. ………………………………………..(EN. MOHD BUSTAMAM B. HASHIM) (EN AMIRUL BAHREEN BIN ROSLEE)Setiausaha PRS 2009 GPK Ko -KurikulumSK Kg Cheras Baharu SK Kg Cheras Baharu