minit mesy panitia sains

Download Minit Mesy Panitia Sains

If you can't read please download the document

Upload: sopia-pia

Post on 16-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Minit Mesy Panitia Sains

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DURINLAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL.1/2013

Tarikh : 07 JANUARI 2013Masa : 02.00 PetangTempat : Makmal KomputerKehadiran :Hadir.1.Pn Medline Taha2.Pn Norhasmawati Rosli3.Pn Sopia Manju

Agenda :1.Ucapan Pengerusi1.1.Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli dan mengucapkan terima kasih kepada guru kerana sudi hadir dalam mesyuarat pada kali ini.

2.Pelantikan Setiausaha2.1 Ahli panitia sains sebulat suara melantik Pn. Sopia anak Manju selaku setiausahaPanitia Sains bagi sesi 2013

3.Pengesahan Minit Mesyuarat3.1 Pn Norhasmawati telah mengesahkan minit mesyuarat lalu dan disokong oleh Pn Sopia

4.Perkara Berbangkit4.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan.

5.Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran5.1 Rancangan Pelajaran5.1.1 Pengerusi meminta setiap guru sains mesti memiliki sukatan pelajaran tahunandan bagiahli panitia yang tidak mempunyai sukatan tersebut bolehlah mengambilnya daripada sumber internet sebagai rujukan.

5.1.2Rancangan dan sukatan pelajaran haruslah dihantar bersama-sama buku rekod mengajar kepada Guru Besar di setiap hari Jumaat.

5.1.3Setiap guru sains mestilah menulis rancangan Pelajaran Harian mengikutformat yang betul mengikut KSSR dan KBSR:6.Pengurusan Fail PBS KSSR6.1Terdapatitem / instrument yang perlu dilengkapkan dalam fail guru mata pelajaran PBS KSSR DSTserta mesti dikemaskini bagi tahun 2013.

7.Penilaian dan Pentaksiran7.1.Pengerusi menjelaskan pada tahun 2013 berkemungkinan terdapat 4 kali peperiksaan akan berlangsunguntuk KSSR dan KBSR iaitu UPP 1, UAP 1, UPP 2dan juga UAP 2, serta peperiksaan Tahun 6 iaitu Percubaan UPSR dan UPSR

7.2.Pengerusi menjelaskan bahawa soalan-soalan perlu disediakan oleh guru guru.

7.3.Pengerusi meminta agar guru sains bagi setiap kelas membuat analisa sebaik saja peperiksaan selesai dan membuat TOV dan ETR bagi setiap murid.

7.4.Setiap guru pelajaran wajib menulis markah murid dalam buku rekod mengajar masing-masing

8.Analisa UPSR 2012 8.1.Ketua panitia membentangkan keputusan analisa UPSR 2012 bagi mata pelajaran sains.Keputusan ini perlu ditingkatkan lagi.

9.Aktiviti Panitia 20139.1.Aktiviti yang dirancang sepanjang 2014

Kelas Tambahan petang dan malam untuk calon UPSR

Kelas tambahan pada waktu petang untuk murid Tahun 5

Program motivasi untuk pelajar Tahun 6

Teknik menjawab soalan bagi calon UPSR

Minggu Sains(mengikut takwim sekolah

10.Belanjawan Tahunan10.1Belanjawan pada tahun ini lebih menumpu terhadap pembelian alatan sains bagi menyokong aktiviti eksperimen dan proses pengajaran dan pembelajaran.

10.2Guru Sains boleh menyenaraikan alatan dan bahan yang diperlukan dan memberitahu Ketua Panitia.

11.Hal-hal Lain11.1Pengerusi meminta agar semua ahli panitia menggunakan modul-modul sains yang dibekalkan ke sekolah bagi memantapkan lagi penguasaan sains di sekolah ini.

11.2 Pengerusi juga turut menyarankan agar setiap panitiamenggunakan kemudahan ICT dalam P&Pseperti penggunaan perisian Power Point, internet, blog sains dan sebagainya bagi menarik minat murid.Tindakan : Semua Guru

11.3Beliau juga meminta agarbuku rekod mengajarperlulahdilengkapi dengan senarai nama pelajar, rancangan pelajaran tahunan yang terkini dan Huraian sukatan tahunan terkini.

11.4Ketua Panitia juga menggalakkan guru mengoptimumkan penggunaan makmal sains.11.5Selain itu juga beliau berharapproses pencerapanguru-guru akan dapat dilakukan oleh pihak pentadbir samada Guru Besar, Penolong Kanan, atau Ketua Panitia.Tindakan : Pihak Pentadbir

11.6Pengerusi berharap agar Kelab Sains yang ditubuhkan akan bergiat aktif

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru sains dan mengakhiri mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30petang

Disediakan oleh,Disahkan oleh:

............................................................(Sopia anak Manju)(Medline anak Taha)Setiausaha Panitia SainsKetua Panitia Sains SK. Sungai Durin, Sibu.SK. Sungai Durin, Sibu.