minit mesy. moral kali ketiga 2014

8
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG SUNGAI WANGI, 32000 SITIAWAN , PERAK KOD SEKOLAH : ABD 1087 Tuan / Puan Tarikh : 16.06.2014 NOTIS MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL Dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Moral akan mengadakan mesyuarat ke- 3/2014 seperti berikut : - Tarikh : 20.06.2014 ( Jumaat ) Masa : 12.30 – 1.30 tgh Tempat : Pusat Sumber Sekolah Agenda : 1. Ucapan ketua panitia 2. Ucapan Penasihat 3. Pembentangan Analisa PKSR 1/2014 4. Perbincangan tentang kelebihan dan kelemahan 5. Mengenali cara-cara mengatasi kelemahan 6. Hal-hal lain Bil Nama Guru T.Tangan 1. Pn.M.Malliga Davi (Guru Besar) 2. Pn.K.Kannagi (Guru Kanan Pentadbiran) 3. Pn.M.Rajamani (Guru Kanan HEM) 4. Pn.A.Vasugi 5. Pn.R.Vijaya 6. Pn.K.Komala 7. Pn.N.Kumutha

Upload: komalaraaghinie

Post on 19-Jan-2016

135 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesy. Moral Kali Ketiga 2014

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG SUNGAI WANGI,32000 SITIAWAN , PERAK

KOD SEKOLAH : ABD 1087

Tuan / Puan Tarikh : 16.06.2014

NOTIS MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL

Dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Moral akan mengadakan mesyuarat ke- 3/2014 seperti berikut : -

Tarikh : 20.06.2014 ( Jumaat )

Masa : 12.30 – 1.30 tgh

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Agenda : 1. Ucapan ketua panitia 2. Ucapan Penasihat 3. Pembentangan Analisa PKSR 1/2014 4. Perbincangan tentang kelebihan dan kelemahan 5. Mengenali cara-cara mengatasi kelemahan 6. Hal-hal lain

Bil Nama Guru T.Tangan1. Pn.M.Malliga Davi (Guru Besar)2. Pn.K.Kannagi (Guru Kanan Pentadbiran)3. Pn.M.Rajamani (Guru Kanan HEM)4. Pn.A.Vasugi5. Pn.R.Vijaya6. Pn.K.Komala7. Pn.N.Kumutha

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

………………………………………… (PN.K.KOMALA A/P KANNUSAMY) Ketua Panitia Pendidikan Moral SJK(T) Ladang Sungai Wangi

Page 2: Minit Mesy. Moral Kali Ketiga 2014

SJK(T) LADANG SUNGAI WANGI, 32000 SITIAWAN, PERAK

MINIT MESYUARAT

PANITIA PENDIDIKAN MORAL 1/2014

Tarikh : 20.06.2014 ( Jumaat )

Masa : 12.30 – 1.30 tgh

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran : Pn.K.Kannagi (Guru Kanan Pentadbiran), Pn.M.Rajamani (Guru Kanan

HEM), Pn.K.Komala, Pn.A.Vasugi, Pn.N.Kumutha dan Pn.R.Vijaya

Objektif : Membentangkan analisa PKSR 1, membincangkan kelemahan dan

kekuatan dan cara-cara mengatasi kelemahan.

Agenda 1

Ucapan Ketua Panitia

1.1. Ketua Panitia mengalu-alukan kehadiran para guru Pendidikan Moral ke mesyuarat kali

ketiga tahun 2014.

1.2. Menyatakan objektif mesyuarat kali ini. Diharap kerjasama dan meminta semua guru

berusaha meningkatkan prestasi akademik murid SJK(T) Ladang Sungai Wangi.

-Makluman dan tindakan

Agenda 2

Ucapan Penasihat

2.1. Guru Penolong Kanan Pentadbiran mengalu-alukan kehadiran semua guru Pendidikan Moral SJK(T) Ladang Sungai Wangi ke mesyuarat Panitia Moral kali ketiga ini.

2.2. Guru Penolong Kanan Pentadbiran meminta kerjasama dari semua guru untuk membantu kelancaran mesyuarat.

2.3. Guru Penolong Kanan Pentadbiran menyeru semua guru bagi memberikan perhatian dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan meminta guru-guru Pendidikan Moral menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kurikulum yang telah dirancang.

Page 3: Minit Mesy. Moral Kali Ketiga 2014

2.4. Guru Penolong Kanan Pentadbiran juga menekankan kepentingan mata pelajaran Pendidikan Moral dalam KSSR.

-Makluman dan tindakan

Agenda 3

Pembentangan Analisa PKSR 1

3.1. Ketua Panitia telah membentangkan Analisa PKSR 1/2014. Data Analisa tersebut adalah seperti di bawah:-

Peperiksaan Pertengahan Tahun - PKSR 1/2014

TAHUN BIL. MURID

BIL. LULUS

Bil.A

% Bil. B

% Bil. C

% Bil. D

% Bil. E

% PERATUS LULUS

1 18 18 10 56 8 44 - 0 - 0 - 0 100 %

2 29 29 12 41 11 38 6 21 - 0 - 0 100 %

3 18 18 8 44 7 39 3 17 - 0 - 0 100 %

4 26 26 14 54 9 35 3 11 - 0 - 0 100 %

5 17 16 5 29 6 35 5 29 1 6 - 0 94 %

6 21 19 5 25 12 57 2 9 2 9 - 0 91%

3.1. Menurut analisa yang telah dibuat, didapati tahun 1 hingga tahun 4 telah mencapai keputusan yang paling cemerlang dan berjaya menperoleh peratus lulus sehingga 100%. Manakala, tahun 5 dan tahun 6 masing-masing tidak dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan pada awal tahun iaitu mencapai 100%.

3.2. Semua guru telah dipuji oleh Ketua Panitia kerana mampu mencapai objektif mata pelajaran Moral dengan melahirkan murid yang beretika tinggi dan bermoral.

3.3. Ketua Panitia dan puan Penolong Kanan Pentadbiran telah menaruh harapan terhadap para guru untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan supaya keputusan yang lebih baik dapat dicapai pada Ujian PKSR 2 nanti.

-Makluman dan tindakan

Page 4: Minit Mesy. Moral Kali Ketiga 2014

Agenda 4

Perbincangan tentang masalah dan tindakan susulan.

4.1. Ketua Panitia telah meminta semua guru mata pelajaran Pendidikan Moral untuk memberikan pandangan mereka tentang masalah yang dihadapi.

4.2. Guru-guru telah diberi pujian oleh ketua panitia dan puan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah kerana telah berusaha untuk mencapai keputusan yang sangat cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.

4.3. Guru-guru mata pelajaran juga diingatkan supaya tidak membuat keputusan mengikut kehendak hati dalam memberikan markah kepada para murid dan pemberian markah hendaklah mengikut pencapaian seseorang murid dalam sesuatu kemahiran yang diuji.

4.4. Ketua Panitia menegaskan bahawa Pendidikan Moral KSSR di tahun 1 hingga 4 perlulah diberikan perhatian penuh dan diuji mengikut sesuatu kemahiran yang dicapai oleh murid.

4.5. Beliau juga menekankan bahawa Pendidikan Moral adalah suatu mata pelajaran teras tema yang wajib lulus oleh semua murid di tahun 1 hingga 4 dan juga mata pelajaran elektif yang patut diuji di tahun 5 dan 6.

-Makluman dan tindakan

Agenda 5

Hal-hal lain

5.1. Semua guru Pendidikan Moral wajarlah menggunakan kepelbagaian dalam strategi pengajaran supaya ketidakfahaman murid dapat dikurangkan.

5.2. Penggunaan strategi simulasi dan main peranan dalam Pendidikan Moral dianggap sangat berkesan dalam pencapaian murid kerana ia amat merangsang kefahaman murid tentang sesuatu situasi dan nilai yang patut diamalkan dalam situasi tersebut.

-Makluman dan tindakan

Page 5: Minit Mesy. Moral Kali Ketiga 2014

Agenda 6

Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan berharap agar semua guru

dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berdedikasi di dalam meningkatkan

prestasi anak murid, serta bersedia menerima sebarang transformasi dalam bidang

pendidikan secara positif, kreatif dan inovatif.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

.................................................... ...................................................

( PN.K.KOMALA ) ( PN.S.KANNAGI )

Pengerusi Panita Pendidikan Moral PK Pentadbiran

SJK(T) Ladang Sungai Wangi, SJK(T) Ladang Sungai Wangi,

32000 Sitiawan, Perak. 32000 Sitiawan, Perak.

Disahkan Oleh:

...................................................

( PN.M.MALLIGA DAVI )

Guru Besar

SJK(T) Ladang Sungai Wangi,

32000 Sitiawan, Perak.

Page 6: Minit Mesy. Moral Kali Ketiga 2014