minit mesy jk pibg ke 3 tahun 2013 2014

5
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI -3 SESI 2013/2014 Tarikh : 8 Oktober 2013 Hari : Selasa Masa : 8.00 malam Tempat : Bilik Gerakan SMJK Katholik Kehadiran :- 1. Pn Tui Soke Lai : Penasihat 2. En. Woon Kim Thong : YDP 3 En Loke Jing Chong : Naib YDP 4. Pn Poziah bt Md Yusoff - Setiausaha 5. Pn Ng Chee Kuan – Pen Setiausaha 6. Pn Tan Kai Yong - Bendahari 6. Pn Chan Pat Heng - AJK Ibu Bapa 7. Pn Umadevi a/p Reganathan - AJK Ibu Bapa 8. Pn Norma bt Norma bt Yusoff - AJK Ibu Bapa 9. En Shaharum b Sidin - AJK Ibu Bapa 10. Pn Rodiah bt Zakaria - AJK Guru (cuti sakit) 11. En Lam Gek Seng - AJK Guru 12. En Tan Thon Lim - AJK Guru 13. Pn Jackellin Jee ak Majid - AJK Guru Tidak hadir :- 1. Pn Putri Lasah bt Elias - AJK Ibu Bapa 2. Pn Ainul Syukriah bt Che Alias – AJK Guru ( bertukar ke Temerloh) Agenda : 1. Ucapan Alu-aluan 2. Ucapan Pengetua/Penasihat 3. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu dan Perkara berbangkit 4. Laporan Kewangan 5. Laporan Disiplin 6. Hari Graduasi 7. Hal-hal Lain 8. Ucapan Penangguhan Bil Agenda Tindakan Ucapan Aluan aluan Pengerusi

Upload: ayzarranasuha

Post on 26-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pibg 2013

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesy Jk Pibg Ke 3 Tahun 2013 2014

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI -3 SESI 2013/2014

Tarikh : 8 Oktober 2013 Hari : Selasa Masa : 8.00 malam Tempat : Bilik Gerakan SMJK Katholik Kehadiran :- 1. Pn Tui Soke Lai : Penasihat2. En. Woon Kim Thong : YDP3 En Loke Jing Chong : Naib YDP4. Pn Poziah bt Md Yusoff - Setiausaha5. Pn Ng Chee Kuan – Pen Setiausaha6. Pn Tan Kai Yong - Bendahari6. Pn Chan Pat Heng - AJK Ibu Bapa7. Pn Umadevi a/p Reganathan - AJK Ibu Bapa8. Pn Norma bt Norma bt Yusoff - AJK Ibu Bapa9. En Shaharum b Sidin - AJK Ibu Bapa10. Pn Rodiah bt Zakaria - AJK Guru (cuti sakit)11. En Lam Gek Seng - AJK Guru12. En Tan Thon Lim - AJK Guru13. Pn Jackellin Jee ak Majid - AJK Guru

Tidak hadir :-1. Pn Putri Lasah bt Elias - AJK Ibu Bapa2. Pn Ainul Syukriah bt Che Alias – AJK Guru ( bertukar ke Temerloh)

Agenda : 1. Ucapan Alu-aluan 2. Ucapan Pengetua/Penasihat

3. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu dan Perkara berbangkit 4. Laporan Kewangan 5. Laporan Disiplin 6. Hari Graduasi 7. Hal-hal Lain 8. Ucapan Penangguhan

Bil Agenda Tindakan

1

Ucapan Aluan aluan Pengerusi

1.1 En Woon Kim Thong selaku Tuan Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua AJK ke mesyuarat PIBG kali ketiga untuk sesi 2013/2014. YDP juga merakamkan ucapan tahniah kepada Pn Tui Soke Lai di atas pelantikannya sebagai pengetua SMJK Katholik.

2

Ucapan Pengetua

2.1 Pengetua mengucapkan terima kasih dia atas kehadiran semua AJK ke mesyuarat PIBG kali ke-3. Pengetua memperkenalkan GPK Kokurikulum yang baru En Tan Thon Lim dari SMK Khai Mun bagi menggantikan Pn Rodiah bt Zakaria yang dinaikkan pangkat kepada GPK Kurikulum. Pengetua berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Makluman

Page 2: Minit Mesy Jk Pibg Ke 3 Tahun 2013 2014

2.2 Pengetua melaporkan pencapaian Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM tahun 2013. Keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2013 sangat merosot dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Pihak sekolah telah mengadakan beberapa program bagi meningkatkan pencapaian PMR seperti kelas tambahan, motivasi, program intervensi dan sentuhan kasih.

2.3 Bagi Peperiksaan SPM, seramai 84 calon yang menduduki peperiksaan hanya 37 orang pelajar sahaja yang lulus Bahasa Melayu dan Sejarah. Terdapat 17 orang pelajar yang gagal Bahasa Melayu dan Sejarah manakala hanya 11 orang pelajar gagal Bahasa melayu sahaja dan pelajar ini akan dibantu untuk lulus kedua-dua matapelajaran tersebut. Program Mento-mentee diadakan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling iaitu pelajar yang dikenalpatri boleh dibantu akan “di anak angkatkan” kepada guru tertentu..

Makluman

Makluman

3 Pengesahan Minit Mesyuarat dan Perkara Berbangkit

3.1 Pengesahan minit mesyuaratCadangan : En Lam Gek Seng

Sokong : Pn JackellinMakluman

4

Laporan Kewangan

4.1 Pn Tan Kai Yong membentangkan laporan kewangan. Jumlah kutipan keseluruhan adalah sebanyak RM14,000.00 dan jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM 6,812.50. Baki di bank sehingga 8.10.2013 adalah RM 31,019.44.

Makluman

5

Laporan Disiplin

5.1 En Lam Gek Seng selaku GPK HEM melaporkan bahawa disiplin sekolah adalah terkawal dan terdapat sebilangan kecil pelajar yang dikategorikan sebagai nakal tetapi bukan samseng. Setiap hari semasa perhimpunan pagi pelajar-pelajar dilatih untuk diam dan beratur dalam barisan kelas .Beliau berharap budaya yang lebih baik diwujudkan di SMJK Katholik pada masa akan datang. 5.2 En Lam juga memaklumkan tindakan disiplin juga diambil ke atas beberapa orang pelajar yang melakukan kesalahan seperti 1. Lee Wai Kit (2A) – buang sekolah 2. Khoo Cheong Yam (2A ) - buang sekolah 3. Vignaraj (5U) - buang sekolah

5.3 YDP berharap tahap disiplin akan bertambah baik pada masa akan datang dan PIBG sentiasa menyokong penuh tindakan yang diambil oleh pihak sekolah untuk meningkatkan tahap disiplin sekolah.

Makluman

Makluman

6 Hari Graduasi

6.1 Hari Graduasi bagi pelajar tingkatan lima tahun 2013 akan diadakan pada 19 Oktober 2013 dan akan dirasmikan oleh En Lim Chee Hoi

Makluman

Page 3: Minit Mesy Jk Pibg Ke 3 Tahun 2013 2014

dan semua perbelanjaan untuk Hari Graduasi ditanggung oleh Lembaga Pengelola sekolah. Hari Graduasi diadakan pada hari Sabtu yang merupakan hari persekolahan iaitu cuti berganti sempena cuti hari Raya Haji.

7

Hal-hal Lain

7.1 Pengetua memaklumakan pada tahun depan PBSMR akan menggantikan peperiksaan PMR. Subjek yang terlibat adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

7.2 Pn Ng Chee Kuan memohon sumbangan PIBG sebanyak RM 303.00 untuk membayar sewa dewan dan pakaian tradisional bagi latihan tarian pelajar-pelajar. Semua AJK bersetuju memberi sumbangan.

7.3 En Shaharum meminta pihak sekolah menghantar pelajar yang cedera atau sakit ke klinik kerajaan supaya tidak ada komen daripada ibu bapa atau penjaga. Sekiranya terdapat kecederaan yang serius pelajar perlu dibawa hospital.

7.4 Pn Tui Soke Lai memaklumkan majlis perpisahan untuk Mr Shai akan diadakan pada hari Jumaat 11 Oktober.

7.5 En Lam Gek Seng memaklumkan bahawa pihak sekolah akan memastikan semua pelajar mematuhi peraturan sekolah dan sebarang tindakan yang diambil akan dimaklumkan di perhimpunan terlebih dahulu.

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

8 Ucapan Penangguhan

YDP merakamkan ucapan terimakasih kepada semua AJK yang hadir.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.40 malam

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

................................................. ................................................PN POZIAH BT MD YUSOFF EN WOON KIM THONGSetiusaha PIBG, YDP PIBG,SMJK Katholik SMJK Katholik