minit mesy 2012

Upload: sumartini-bte-mahadi

Post on 18-Jul-2015

74 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBESTARIAN SEKOLAH TAHUN 2012 Tarikh : 28 Februari 2012 Hari : Selasa Masa : 3.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Sek. Men. Keb. Selandar Kehadiran : Sila rujuk Lampiran Agenda 1 : Ucapan Pengerusi (En. A.Saiman A/L K.G.Anthony) 1.1 En. A.Saiman mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru--guru pada mesyuarat kali ini. 1.2 Pemberitahuan tujuan mesyuarat Pembestarian Sekolah adalah untuk merancang aktiviti ICT bagi membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.3 Guru juga perlu peka terhadap perkembangan ICT yang terkini agar tidak ketinggalan zaman. Tindakan : Makluman Agenda 2 : Pengesahan Minit 2.1 En. A.Saiman membentangkan minit mesyuarat yang lalu Pencadang : Pn. Hjh. Hafsah Othman Penyokong : Pn. Rohana Atan Agenda 3 : Bangkitan minit 3.1 Ranking SSQS, SMKS telah berjaya memperolehi 5 star dan ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah membantu memperolehi 5 star. 3.2 Peruntukan membeli 5 buah LCD yang akan dikutip ketika majlis hi-tea PIBG. Agenda 4 : Pengesahan Jawatankuasa Pembestarian 2012 4.1 Pn. Noor Azmah mengedarkan surat perlantikan Jawatankuasa Pembestarian 2012 kepada guru yang berkenaan. Agenda 5 : Ranking Pembestarian Sekolah 5.1 SSQS 5.1.1 Ranking telah naik kepada 5 star dan diharap dapat naik ke 7 star pada tahun 2012. 5.2 SPPICT 5.2.1 Pengisian data secara online pada bulan April dan September 5.2.2 Pn. Noor Azmah menunjukkan contoh borang pengisian data. 5.2.3 Pn. Noor Azmah menyatakan akan membuat borang soal selidik kepada pelajar pada awal bulan Mac berkaitan penggunaan ICT. 5.2.4 Portal SMKS sedang dibangunkan bersama-sama En. Sulaide menggunakan tapak domain sendiri dari edu.com dengan bayaran RM200 setahun. 5.2.5 Pn. Noor Azmah menyatakan sekolah masih menggunakan internet jalur lebar streamyx 2.0 dari TM tetapi akan diganti dengan kaedah yang baru. 5.2.6 En. Sulaide memaklumkan sebuah syarikat yang memasarkan broadband YES telah datang ke sekolah bagi mencari signal untuk wifi. 5.2.7 Wakil syarikat tersebut mendapati perlu memasang menara di padang SMKS untuk mendapat signal internet yang berkelajuan antara 5-10 Mbps. 5.2.8 Tarikh pemasangan belum diketahui lagi. Tindakan : Makluman

Agenda 6 : Perancangan Aktiviti / Perbelanjaan ICT 2012 6.1 Pn. Noor Azmah menunjukkan carta Gantt aktiviti ICT tahun 2012 sepert di bawah: a) Info ICT-Internet/Majalah - Semua pelajar b) Video Sekolahku Sayang - Semua pelajar c) ICT dalam P&P dan LDP - Semua guru d) Kuiz Akses - Bilik Akses - Semua pelajar 6.2 Pembentangan belanjawan adalah seperti berikut : Bil 1. 2. 3. 4. 5. Alatan Switch Hub24 @16 port Wifi Router Network Cable Cat 5E AVG Tapak Domain Portal JUMLAH Jumlah 20 3 1 15 1 Harga RM 200/1 RM 150/1 RM 250/1 RM 50/1 RM 200/1 RM 1800

6.3 Senarai peralatan ICT yang terdapat di sekolah JUMLAH 37 2 15 2 2 88 26 3 BAIK 12 2 1 2 86 22 2 ROSAK 24 14 0 2 2 4 1 HILANG 1

Notebook/PPSMI Desktop/PPSMI LCD/PPSMI Printer/PPSMI Server/PPSMI PC Printer LCD Tindakan :Makluman

Agenda 7.0 Hal-hal lain 7.1 En. A.Saiman meminta para guru agar dapat memberi pandangan dari masa ke semasa bagi memantapkan program ICT. 7.2 En. Sulaide meminta kebenaran untuk pelajar membawa notebook 1 Malaysia ke sekolah. 7.3 Pn. Khairunniza menegaskan kebenaran pelajar membawa notebook 1Malaysia adalah di atas tanggungjawab guru dan risiko ditanggung sepenuhnya oleh pelajar. 7.4 En. A.Saiman memaklumkan pelajar yang ingin menggunakan kemudahan wifi di sekolah pada waktu petang hanya boleh berada di kantin sekolah dan perlu dipantau oleh guru bertugas pada setiap minggu.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.15 petang. Disediakan oleh , Disahkan oleh,

Pn. Marhani bt Jaafar

En. A.Saiman A/L K.G.Anthony