minit mbmmbi 1 2016

7
SJK(T) SELAMA, JALAN SIR CHULAN, 34100 SELAMA PERAK. MINIT MESYUARAT MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) BIL. 1/TAHUN 2016 Tarikh : 12.01.2016 (Selasa) Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Pemulihan Khas Kehadiran : 1. Pn.Kristimah A/P Kannan (Guru Besar) 2. Pn. Pregasy A/P Lawrance (PK Pentadbiran) 3. En.Chandran A/L Govindan (PK Koko) 4. Pn. Noramira Binti Abdul Rauff 5. Cik Kalaiwani A/P Arumugam 6. Pn.Raajeswari A/P Yanasegeran 7. Pn.Vetha Mani A/P Sathia Nantan 8. Pn. Lechmi A/P Shanmugam 9. Cik Selvarani A/P Palaniappan 10. En.Ganabathi A/L Arumugam 11. Pn. Yogeswari A/P Murithi 12. Pn. Shaaleiney A/P Kaliappan

Upload: mira-amira

Post on 15-Jul-2016

75 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

MINIT MESYUARAT

TRANSCRIPT

SJK(T) SELAMA, JALAN SIR CHULAN, 34100 SELAMA PERAK.MINIT MESYUARAT MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) BIL. 1/TAHUN 2016 Tarikh

: 12.01.2016 (Selasa)Masa

: 2.00 petangTempat: Bilik Pemulihan KhasKehadiran :

1. Pn.Kristimah A/P Kannan (Guru Besar)2. Pn. Pregasy A/P Lawrance (PK Pentadbiran)3. En.Chandran A/L Govindan (PK Koko)4. Pn. Noramira Binti Abdul Rauff5. Cik Kalaiwani A/P Arumugam6. Pn.Raajeswari A/P Yanasegeran

7. Pn.Vetha Mani A/P Sathia Nantan8. Pn. Lechmi A/P Shanmugam

9. Cik Selvarani A/P Palaniappan10. En.Ganabathi A/L Arumugam

11. Pn. Yogeswari A/P Murithi12. Pn. Shaaleiney A/P Kaliappan1.0 PERUTUSAN PENGERUSI1.1 Guru besar mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat MBMMBI Kali-1 tahun 2016 dan menyatakan rasa bersyukur kerana mesyuarat kali pertama ini dapat dilaksanakan pada hari ini.2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Tiada3.0 PERKARA BERBANGKIT3.1 Sudut MBMMBI telah dikemaskinikan oleh guru penyelaras dan diminta semuaguru dan murid membaca info yang dipaparkan di sudut tersebut.3.2 Guru penyelaras bagi tahun 2016 ialah Pn. Noramira binti Abdul Rauff.

3.3 MBMMBI menjadi instrumen dalam mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid sekolah.4.0 PERBINCANGAN / FOKUS MESYUARAT4.1. PELANTIKAN JAWATANKUASA MBMMBI BAGI TAHUN 20164.1.1 Pelantikan Jawatankuasa MBMMBI bagi Tahun 2016 telah dilaksanakan dan butirannya adalah seperti berikut:Pengerusi

: Pn.Kristimah A/P KannanTimbalan Pengerusi: Pn.Pregasy A/P LawranceSetiausaha : Pn. Noramira bt Abdul RauffNaib Setiausaha : Pn.Raajeswari A/P YanasegeranAJK

: Cik P.Kanaga (Guru PSS)

Semua guru mata pelajaran BM, BI Tahun 1-6

Guru Pemulihan4.1.2 Guru besar berharap agar Jawatankuasa MBMMBI bagi tahun ini dapat

Memberikan kerjasama yang baik dalam pelaksanaan semua program berkaitan MBMMBI.4.2 PROGRAM-PROGRAM MBMMBI TAHUN 20164.2.1 Program Celik Bahasa4.2.1.1 Program ini terdiri daripada pelbagai aktiviti berbentuk permainan bahasa

bertujuan menarik minat murid untuk belajar Bahasa Melayu dengan cara yang

menyeronokkan.4.2.1.2 Program Celik Bahasa ini dijalankan selama 30 minit iaitu waktu terakhir PdP

pada setiap hari Rabu.

4.2.2 Penerapan Unsur Didik Hibur dalam PdP4.2.2.1 Penerapan unsur didik hibur dalam PdP bagi meningkatkan minat murid dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.4.2.2.2 Menggalakkan para guru menerapkan unsur didik hibur semasa sesi

pembelajaran di dalam atau di luar biilik darjah bersifat menyeronokkan di mana

terkandung unsur kelakar, kecindan, unsur estetik, permainan muzik, lakonan

dan lain-lain.4.2.3 Penggunaan Bahasa Malaysia Dan Bahasa Inggeris Standard Merentas Kurikulum4.2.3.1 Semua guru diminta untuk membetulkan setiap kesalahan murid dalam

Penggunaan perkataan atau ayat Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sama

ada dalam penulisan atau perbualan dengan segera dan tidak membiarkannya berpanjangan kerana kesilapan ini akan membawa kesan buruk dalam

pembelajaran mereka.4.2.4 Program Bacaan 4.2.4.1 Semua murid terlibat dalam Program Bacaan pada setiap hari Selasa semasa

perhimpunan pagi. Bahan bacaan terdiri daripada Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid. Selain itu,

Program NILAM bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran membaca

murid-murid.4.3 Penggunaan BBM (Bahan Bantu Mengajar)4.3.1 Guru-guru boleh menggunakan CD MBMMBI yang telah dibekalkan ke sekolah

bagi tujuan PdP.

4.3.2 Bahan media telah diletakkan di satu sudut di Pusat Sumber dan semua guru

digalakkan menggunakan bahan yang dibekalkan sekerap mungkin sebagai salah

satu sumber BBM.

4.4 Peruntukan Kewangan4.4.1 MBMMBI tidak mempunyai peruntukan kewangan yang khas sebaliknya boleh menggunakan peruntukan bagi panitia BM dan panitia BI. Semua pembelian

barangan yang melibatkan MBMMBI hendaklah dirujuk kepada guru besar

terlebih dahulu.5.0 HAL-HAL LAIN 5.1 MBMMBI merupakan dasar utama pendidikan negara dan guru-guru perlu

memberikan lebih tumpuan kepada MBMMBI. Semua guru perlu sentiasa

bersedia dan memberi kerjasama untuk semua aktiviti yang dijalankan bertujuan

memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.6.0 PENUTUPPengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah sudi meluangkan masa serta berkongsi idea dan pendapat bagi kemajuan MBMMBI. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang. Disediakan oleh,

Disemak Oleh, ...................................... ............................(PN. NORAMIRA BT ABDUL RAUFF) (PN.L.PREGASY) Setiausaha MBMMBI PGB KURIKULUM]