minit ko

Upload: noor-azmien

Post on 07-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

koko

TRANSCRIPT

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARATSK TENGKU MAHMOOD ISKANDAR 2

MINIT MESYUARAT (UNIT KOKURIKULUM). BIL 1 /2013

Tarikh

: 27 Disember 2012Masa

: 11.00-12.00

Tempat

: Bilik Mesyuarat SKTMI2Pengerusi

: En Haidir b AbdullahKehadiran(Bilangan) : 28/30

Turut Hadir (Jika ada):

1PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan alu-aluan.

1.2 Menerangkan kepentingan kokurikulum dalam pendidikan Negara mengikut akta dan peraturan kurikulum kebangsaan

1.3 Memaklumkan kewajipan perlaksanaan kokurikulum di sekolah seperti yang termaktub dalam subsekysen yang sedia ada

1.4 Tahun 2012, semua unit kelab/persatuan telah dikecilkan kerana kekurangan guru

Program 1 murid 1 sukan diwajibkan kepada murid tahun 4, 5 dan 6. Mulai tahun 2013, ia tidak melibatkan tahun 3 kerana tahun 3 terlibat dalam KSSR dan penyertaan mereka hanya digalakkan dan bukan wajib

1.5 Murid tahun 6 pula terlibat dengan program intensif UPSR. Justeru, hanya murid tahun 4 dan 5 sahaja yang terlibat. Dengan jumlah murid yang sedikit, diharapkan guru tidak menghadapi masalah untuk mengendalikannya

1.6 Buku laporan aktiviti yang diedarkan telah dimasukkan daftar ahli murid. Ia berdasarkan murid tahun 3, 4 dan 5 tahun 2012. Guru diminta melengkapkan data murid sekiranya ia tidak lengkap

1.7 Jawatankuasa guru 1 Murid 1 Sukan merupakan jawatankuasa khas dan ia dihantar kepada pihak kementerian. Terdapat perubahan kecil dalam jawatankuasa disebabkan perpindahan Cikgu Mudzakir b Kijan. En Shaharudin menggantikan En Mudzakir dalam jawatankuasa kecil penggalak sukan. Manakala setiausaha jawatankuasa kecil kewangan digantikan kepada En Azi Zaid.

1.8 Pada tahun ini, akan dimasukkan jenis sukan yang boleh melibatkan ramai peserta supaya lebih ramai di kalangan mereka yang boleh memiliki sijil. Bagi tujuan ini, ia amat bergantung kepada kewangan kokurikulum sekolah. Untuk makluman, kewangan kokurikulum sekolah perlu dihabiskan, manakala kewangan sukan perlu dibincang bersama En Azlee.

1.9 Kalender kokurikulum akan diedarkan kepada guru kelas sahaja

Kokurikulum pada hari rabu ini 2hb Januari 2013, akan diadakan mesyuarat unit beruniform

1.10 Program 1M1S dilaksanakan pada hari Sabtu, manakala program ko-akademik pada setiap hari Rabu

1.11 Jumlah perjumpaan wajib bagi Unit Beruniform adalah sebanyak 18 kali perjumpaan, manakala kelab/persatuan dan sukan sebanyak 12 kali perjumpaan. 1 hari dikira 1 perjumpaan

1.12 Bagi 1M1S pula, dalam seminggu mesti diadakan selama 60minit. Ia adalah wajib kerana murid dibayar sebanyak RM4.00 sekepala. Negeri lain tidak menghadapi masalah melaksanakannya kerana terdapat hari-hari yang mereka balik lambat. Negeri Johor sahaja yang menghadapi masalah. Justeru, dalam sebulan perlu dilaksanakan 4 jam 2 kali perjumpaan di mana setiap perjumpaan dibuat selama 2 jam

1.13 Bagi Kem Bestari Solat pula, jadual pelaksanaan telah dimasukkan dalam takwim kokurikulum menggunakan ikon masjid. Sekiranya guru hendak ubah tarikh kepada tarikh lain, ia tidak menjadi masalah

1.14 Nama guru yang terpapar di takwim perlu rancang aktiviti

1.15 Apa yang penting, kita perlu ada tarikh, pelaksanaannya mengikut kesesuaian.

1.16 Sukan softball diperkenalkan pada tahun ini kerana sekolah mempunyai peralatan lengkap dan latihan ada ditawarkan. Lebih ramai murid boleh menyertainya. Berbanding dengan sukan ping pong yang diperkenalkan pada tahun lepas, meja yang ada hanya 2 meja sahaja dan permainan ini hanya boleh melibatkan 8 orang sahaja

2PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

2.1. Mengenai isu kelab jati diri, banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan. Sekiranya ia tidak digabung, maka lebih banyak pecahan kelab berlaku dan tiada guru yang dapat mengendalikan murid

Tindakan: Makluman

2.2. Mengenai pengisian data online penglibatan kokurikulum di kalangan murid tahun 6, boleh disesuaikan mengikut apa yang ada. Sebagai contoh biro boleh dianggap sebagai kelas akademik.

Tindakan: Guru tahun 6

2.3 Mengikut laporan kewangan pengurusan kokurikulum 2012, sebanyak RM726.00 telah dipulangkan kepada pihak PPD disebabkan jumlah murid yang kurang. Justeru data SMM perlu senantiasa dikemaskini

3HAL-HAL LAIN

3.1. Rumah sukan belum diberikan kerana menunggu data murid tahun 1

3.2 Dalam cd yang diberikan, borang 01 telah diubah suai untuk semua aktiviti. Hanya tukar tarikh dan nombor rujukan untuk surat kebenaran sekolah

3.3 Borang tuntutan pula guru hanya perlu tukar apa yang patut bersama kertas kerja

3.4 Buku aktiviti unit beruniform akan diberikan kemudian. Ia dilengkapi dengan aktiviti dan boleh menjadi rujukan dan panduan guru

3.5 Pengurusan sukan diwujudkan pada tahun ini diwujudkan supaya lebih nampak tersusun

3.6 Cikgu Shahrudin meminta agar namanya ditukar kepada jawatankuasa bola baling, manakala Cikgu Adni ditukarkan kepada jawatankuasa bola sepak

3.7 Cikgu Noremy diserapkan ke jawatankuasa gimnastik artistik dan namanya di sukan permainan dibuang

3.8 Pasukan olahraga dan balapan (MSSD) dianggotai ramai guru bagi memudahkan urusan.

3.9 Pengerusi selain Kelab Olahraga, Dr. Muda, PBSM, Tunas Puteri, Puteri Islam dan Jati Diri diminta menghantar buku laporan pada esok hari

Tindakan: Makluman PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

.......................................... ................................

(NAJAHA BT A RAHMAN)

(HAIDIR B ABDULLAH)

Setiausaha

Pengerusi

Tarikh :

Tarikh : Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor

19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00