minit jkpak bil 2 2012

8
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK) PERINGKAT PEJABAT PELAJARAN DAERAH BINTULU BIL.2 TAHUN 2012 Tarikh : 24 Julai 2012 (Selasa) Masa : 3.00 – 3.30 petang Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Bintulu SENARAI KEHADIRAN : BIL . NAMA PEGAWAI JAWATAN 1 Encik Tan Kiang Tuang Pegawai Pelajaran Daerah Pengerusi 2 Encik Abdul Mu in bin Hj. Abdul Kassim Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Ahli 3 Encik Fred ak Entau Ketua Unit Pembangunan Ahli 4 Encik Law Siong Lee Ketua Unit Pengurusan Sekolah Ahli 5 Puan Mordiana bt Hj. Nawi Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling Ahli 6 Encik Jambai ak Sayong Ketua Unit Penilaian & Peperiksaan Ahli 7 Encik Yusup bin Hj. Harbi Ketua Unit Perkhidmatan Ahli 8 Puan Maimunah bt Hj. Yunus Ketua Unit Pengurusan Akademik Ahli 9 Encik Awangku Ali Udin bin Awang Adenani Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Ahli 10 Encik Ling King Thiing Ketua Unit Bekalan Ahli 11 Encik Salleh anak Mawat Penolong Penyelia Unit ICT Ahli 12 Encik Yusuf bin Piee Penolong Penyelia Unit Pendidikan Islam Ahli 13 Encik Muhd. Safwan Abdullah Pegawai Teknologi Pendidikan Ahli 14 Puan Puyang Ngau Wan Penolong Penyelia Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Ahli 15 Encik Mazelan B. Massimun Penolong Penyelia Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Ahli 1

Upload: anthony-hunt

Post on 13-Aug-2015

164 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Jkpak Bil 2 2012

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK)PERINGKAT PEJABAT PELAJARAN DAERAH BINTULU BIL.2 TAHUN 2012

Tarikh : 24 Julai 2012 (Selasa)Masa : 3.00 – 3.30 petangTempat : Bilik Mesyuarat PPD Bintulu

SENARAI KEHADIRAN :

BIL. NAMA PEGAWAI JAWATAN

1 Encik Tan Kiang Tuang Pegawai Pelajaran Daerah Pengerusi

2 Encik Abdul Mu’in bin Hj. Abdul Kassim

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah

Ahli

3 Encik Fred ak Entau Ketua Unit Pembangunan Ahli

4 Encik Law Siong Lee Ketua Unit Pengurusan Sekolah Ahli

5 Puan Mordiana bt Hj. Nawi Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling

Ahli

6 Encik Jambai ak Sayong Ketua Unit Penilaian & Peperiksaan

Ahli

7 Encik Yusup bin Hj. Harbi Ketua Unit Perkhidmatan Ahli

8 Puan Maimunah bt Hj. Yunus Ketua Unit Pengurusan Akademik Ahli

9 Encik Awangku Ali Udin bin Awang Adenani

Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Ahli

10 Encik Ling King Thiing Ketua Unit Bekalan Ahli

11 Encik Salleh anak Mawat Penolong Penyelia Unit ICT Ahli

12 Encik Yusuf bin Piee Penolong Penyelia Unit Pendidikan Islam

Ahli

13 Encik Muhd. Safwan Abdullah Pegawai Teknologi Pendidikan Ahli

14 Puan Puyang Ngau Wan Penolong Penyelia Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Ahli

15 Encik Mazelan B. Massimun Penolong Penyelia Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Ahli

16 Encik Rozalani B. Hj Raini Fasilinus Ahli

1

Page 2: Minit Jkpak Bil 2 2012

17 Encik Ting Yao Penolong Penyelia Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Ahli

18 Puan Fatin Izzati Wong Bt Abdullah

Fasilinus Ahli

19 Encik Ananthan Subramaniam Pengetua SMK Bintulu Ahli

20 Encik Ling Kee Eng Pengetua SMK Bandar Ahli

21 Puan Rohani bt Hj. Daud Pengetua SMK Baru Ahli

22 Encik Entalai Ak Ngumbang Pengetua SMK Sebauh Ahli

23 Encik Umpang ak Keling Pengetua SMK Tatau Ahli

24 Encik Rosli Salleh Pengetua SMK Kemena Ahli

25 Encik Sim Thiam Huat Pengetua SMK Asyakirn Ahli

26 Encik John Anak Atong Penyelia Kanan 1 SM Vokasional Ahli

27 Encik Then Chew Nyiew Pengetua SMK Kidurong Ahli

28 Puan Abidah Binti Semail Guru Besar SK Orang Kaya Mohammad

Ahli

29 Encik Abdul Rahman Hj Ismail Guru Besar SK Kampung Jepak Ahli

30 Puan Helen Chai Guru Besar SK Kampung Baru Ahli

31 Puan Zemrud Bt. Zainuddin Guru Besar SK Bintulu Ahli

32 Puan Caroline Jelenie Chuat Guru Besar SK Kidurong Ahli

33 Puan Jema’ah Bt Muris Guru Besar SK Kidurong 2 Ahli

34 Encik Su’ut Bin Tahir Guru Besar SK Agama (MIS) Bintulu

Ahli

35 Puan Kho Khar Gek Guru Besar SJK Chung Hua Ahli

36 Puan Hee Su Tshing Guru Besar SJK Chung Hua 2 Ahli

37 Puan Nancy @ Jupei Ak Taiek Guru Besar SK St. Anthony Ahli

38 Encik Samuel Lau Ing Tieng Guru Besar SJK Siong Boon Ahli

2

Page 3: Minit Jkpak Bil 2 2012

39 Puan Chieng Sai Leng Guru Besar SJK Sebiew Chinese Ahli

40 Encik Ali Saberi Saber Ali Khan Guru Besar SK Sungai Tisang Ahli

41 Encik Zunaidi B Mohd Yussof Penolong Kanan Kuri-Kulum Ahli

42 Encik Ding Wan @ Franklyn Guru Besar SK Ulu Segan Ahli

43 Encik Akun Mering Guru Besar SK Sungai Silas Ahli

44 Encik Francis Ak Jalak Guru Besar SK Sungai Setiam Ahli

45 Encik Francis Ganoh Dris Guru Besar SK Sungai Selad Ahli

46 Encik Jemat Dollah Guru Besar SK Sungai Setulan Ahli

47 Encik Baharizan B. Sitam Guru Besar SK Kampung Nyalau Ahli

48 Encik Zainal Abidin Abg Zaini Guru Besar Sk Kuala Nyalau Ahli

49 Encik Jonathan Labo Guru Besar SK Desa Lavang Ahli

50 Encik Senusi Bin Shah Rani Guru Besar SK Asyakirin Ahli

51 Encik Leo Sebli Boyong Guru Besar SK Tanjung Batu Ahli

52 Encik Mohamad Nasri Bin Kamil

Pembantu Tadbir( Kewangan )PPD Bintulu

Urusetia

1. Kata –kata Aluan Pengerusi

1.1 Ucapan Aluan Menghadiri Mesyuarat

1.1.1 Mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli mesyuarat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu Bil.2 Tahun 2012.

1.2 Ucapan Penghargaan / Terima Kasih

1.2.1 Pengerusi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bantuan dalam urusan Aset alih Jabatan kepada Encik Fuada Junior yang telah berpindah Jabatan dan Encik Mohamad Nasri yang mengambil alih tugas pengurusan aset alih kerajaan buat sementara waktu sebelum pengganti Encik Fuada Junior melapor diri.

Makluman

3

Page 4: Minit Jkpak Bil 2 2012

1.2.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa Unit Perolehan dan Pengurusan Aset, JPNS merakamkan penghargaan kepada semua PPD/Sekolah di atas kerjasama dan komitmen dalam penyediaan laporan tahunan tersebut. Walau bagaimanapun, adalah diharapkan urusan penyediaan dan penghantaran laporan pengurusan aset dapat dipertingkatkan lagi demi memastikan setiap laporan yang dikemukakan adalah lengkap dan tepat. Semoga komitmen ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya laporan tahunan pengurusan aset dapat disediakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Makluman

1.3 Pengkelasan Baharu Kategori Stor KPM :

1.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Garis Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baharu Stor di KPM telah dimuktamadkan dan diedarkan kepada semua JPN melalui surat bil. KP (BPPA)600-0/8/1(19) bertarikh 7 Mac 2012. Garis panduan ini boleh di muat turun di laman web KPM (www.moe.gov.my) iaitu di menu muat turun – garis panduan.

Makluman

1.4 Kaedah Pelupusan E-Waste kepada Syarikat Pemerolehan Kembali

1.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua agensi Kerajaan boleh melaksanakan pelupusan e-waste kepada syarikat yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan kepada syarikat / kontraktor lain yang mempunyai MOU atau aku janji dengan syarikat yang berlesen dengan JAS.

1.4.2 BPPA, KPM akan membuat pautan kepada laman web Jabatan Alam Sekitar berhubung senarai syarikat / kontraktor yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk mengendalikan sisa e-waste bagi memudahkan pengguna membuat rujukan dan semakan.

Makluman

1.4.3 Insentif Bagi Tugas-Tugas Pengurusan Aset

Pengerusi memaklumkan bahawa, Y.Bhg. Dato’ TKSU (Pembangunan) memaklumkan bahawa berasarkan pemerhatiannya, kebanyakan kesilapan dan ketidakpatuhan terhadap peraturan-peraturan mengenai tatacara pengurusan aset berpunca daripada pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas tersebut kurang

4

Page 5: Minit Jkpak Bil 2 2012

berminat kerana tugas pengurusan aset tidak menarik sedangkan tanggungjawab yang dipikul adalah besar. Mesyuarat JKPAK KPM Bil. 2/2012 telah mencadangkan beberapa langkah untuk dijadikan insentif kepada pegawai-pegawai yang ditugaskan menguruskan aset seperti berikut :

i. Pegawai Aset diberikan elaun khas seperti Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS).

ii. Guru-guru yang dilantik sebagai Pegawai Aset di institusi pendidikan wajar dipertimbangkan untuk dikurangkan jam pertembungan mengajar seperti mana dinikmati oleh Guru Data Maklumat Sekolah.

iii. Tugas-tugas pengurusan aset diambil kira dalam markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) pegawai di bawah sumbangan kepada Jabatan (5%).

Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) PPD Bintulu Bil. 3/2011

Minit Mesyuarat JKPAK Peringkat PPD Bintulu Bil.1/2012 telah disahkan melalui cadangan Encik Senusi Bin Shah Rani Guru Besar SK Asyakirin dan disokong oleh Encik Ling Kee Eng Pengetua SMK Bandar Bintulu.

Makluman

3. Kedudukan semasa aset alih di PPD / Sekolah

3.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa telah meneri,a semua Laporan Tahunan Aset alih Kerajaan bagi suku tahun kedua. Pihak sekolah diminta untuk menghantar laporan seperti yang diarahkan dan dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan iaitu sebanyak empat (4) kali setahun mengikut sukuan.

3.2 Mesyuarat dimaklumkan mengenai pembaharuan Perlantikan Pegawai Pemeriksa Aset alih bagi Sekolah Kebangsaan

3.2.1 Surat pembaharuan perlantikan telah dihantar ke Unit Perolehan dan Pengurusan Aset.

SJK Chung Hua,SK Sg Kem Batu 18,SK Kidurong,SK Ulu Segan,SJK Sebiew Chinese,SK Sg Silas,SK Kpg Jepak,SK Sg Tisang dan SK Kpg Nyalau.

3.2.2 Guru-guru / kakitangan yang telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan Aset Sekolah diminta untuk membaca dan memahami

5

Page 6: Minit Jkpak Bil 2 2012

Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007 : Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2009 : Tatacara Pengurusan Stor bagi membantu mereka menjalankan tugas pengurusan aset dan stor.

Tindakan : Pengetua/Guru Besar

4. Laporan Kedudukan Stok

4.1 Mesyuarat dimaklumkan untuk merujuk edaran Lampiran : Laporan Kedudukan Stok bagi tempoh April hingga Jun 2012. Terdapat sekolah yang tidak melaporkan kedudukan stok terakhir yang dimiliki sedangkan secara realitinya bekalan stok di pejabat seperti alatulis adalah bahan asas yang digunakan dalam pengurusan dan pentadbiran serta aktiviti P & P. Pihak sekolah diminta untuk membuat semakan dan membuat pelaporan yang betul di masa hadapan.

Tindakan : Pengetua/Guru Besar

5. Laporan Tindakan Surcaj / Tatatertib

5.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa tiada pelaporan bagi tindakan surcaj / tatatertib yang telah diluluskan diterima daripada ibu pejabat bagi tempoh April hingga Jun 2012.

Makluman

6. Laporan Tindakan Pelupusan Aset Alih Kerajaan

6.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pelaporan bagi tindakan pelupusan aset alih kerajaan bagi tempoh April hingga Jun 2012 hanya Sekolah Kebangsaan membuat tindakan pelupusan aset alih melalui pindahan.Sebanyak 80 unit katil asrama dipindahkan ke SK Bukit Balai. Sekolah-sekolah yang telah diluluskan untuk pelupusan aset dan lain-lain diminta agar memastikan urusan pelupusan telah selesai dilakukan.

Tindakan : Pengetua/Guru Besar

6.2 Mesyuarat dimaklumkan mengenai Perakuan Pelupusan (PEP) KEW.PA-16 bagi peralatan ICT boleh disahkan oleh pegawai-pegawai seperti berikut:

i) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (SKIM DG) yang mempunyai kelayakan dalam bidang Sains Komputer; dan

ii) Pegawai Teknologi Maklumat (Skim F) dari UPMKB / JPNS

Makluman

6

Page 7: Minit Jkpak Bil 2 2012

6.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Perakuan Pelupusan (PEP) – KEW.PA-16 bagi SK Sg Selad telah diterima,Pegawai Aset SK Sg Selad agar membuat Laporan Pemeriksaan Aset – KEW.PA-17 selepas KEW.PA-16 diperakukan.

Sehubungan itu, pihak PPD memohon agar Pengetua / Guru Besar memberi kerjasama dan pelepasan kepada Pegawai/Guru yang telah dilantik oleh pihak PPD untuk membantu dalam urusan pelupusan aset di sekolah-sekolah tersebut.

Tindakan : Sekolah-sekolah berkenaan

7. Laporan Tindakan Kehilangan dan Hapus Kira

Mesyuarat dimaklumkan bahawa tiada pelaporan bagi tindakan kehilangan dan hapus kira yang telah diluluskan diterima daripada ibu pejabat bagi tempoh April hingga Jun 2012.

Makluman

8. Penutup

Oleh kerana tiada hal-hal lain, mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi.

Minit disediakan oleh : Mohamad Nasri Bin KamilUrus SetiaMesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan(JKPAK)Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu

Tarikh : 24 Julai 2012

7