minit 1 2015

5
PK07 Pengurusan Mesyuarat PK 07/3 SEKOLAH KEBANGSAAN SENGKANG, 84800 BUKIT GAMBIR, LEDANG JOHOR. MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI PERTAMA/ 2015 Hari : Isnin Masa : 29 th Desember,2014 Tempat : Bilik Matematik. Pengerusi : Pn Mimi Norita bt Sulaiman Kehadiran : Pn Mimi Norita bt Sulaiman En Zam Zam bin Tumijan Pn Siti Harizah bt Hj Ahmad Turut Hadir : En. Jailani b Ahamad ........................................................................ ........................................... 1 UCAPAN GPK PENTADBIRAN-EN JAILANI BIN AHAMAD 1.1. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru Bahasa Inggeris kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini. 1.2. Mengharapkan agar perkara-perkara yang bakal dibincangkan nanti dapat diperhalusi dengan baik dan dapat membantu dalam peningkatan akademik 2015. 2 UCAPAN KETUA PANITIA-PN MIMI NORITA BT SULAIMAN 2.1. Mengucapkan terima kasih di atas ucapan GPK Pentadbiran. 2.2. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas komitmen guru-guru kerana dapat hadir ke mesyuarat kali pertama Panitia bahasa Inggeris 2015. 2.3. Juga mengucapkan terima kasih di atas tanggungjawab yang telah dilaksanakan untuk tahun 2014. 2.4. Mengharapkan agar perjalanan aktiviti bagi tahun 2015 dapat dilaksanakan dengan sempurna dan dapat membantu dalam peningkatan akademik terutamanya UPSR. 3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 3.1 Minit menyuarat yang lalu dicadangkan untuk disahkan oleh Pn Siti Harizah bt Hj Amad dan pengesahan disokong oleh En Zam Zam bin Tumijan. 4 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan. 5 PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor © 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Upload: mimi-norita-bt-sulaiman

Post on 24-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: minit 1 2015

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN SENGKANG,84800 BUKIT GAMBIR, LEDANG JOHOR.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI PERTAMA/ 2015

Hari : IsninMasa : 29th Desember,2014Tempat : Bilik Matematik.Pengerusi : Pn Mimi Norita bt SulaimanKehadiran : Pn Mimi Norita bt Sulaiman

En Zam Zam bin Tumijan Pn Siti Harizah bt Hj Ahmad

Turut Hadir : En. Jailani b Ahamad

...................................................................................................................1 UCAPAN GPK PENTADBIRAN-EN JAILANI BIN AHAMAD

1.1. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru Bahasa Inggeris kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini.

1.2. Mengharapkan agar perkara-perkara yang bakal dibincangkan nanti dapat diperhalusi dengan baik dan dapat membantu dalam peningkatan akademik 2015.

2 UCAPAN KETUA PANITIA-PN MIMI NORITA BT SULAIMAN2.1. Mengucapkan terima kasih di atas ucapan GPK Pentadbiran.2.2. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas komitmen guru-guru kerana dapat hadir

ke mesyuarat kali pertama Panitia bahasa Inggeris 2015.2.3. Juga mengucapkan terima kasih di atas tanggungjawab yang telah dilaksanakan untuk

tahun 2014.2.4. Mengharapkan agar perjalanan aktiviti bagi tahun 2015 dapat dilaksanakan dengan

sempurna dan dapat membantu dalam peningkatan akademik terutamanya UPSR.

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU3.1 Minit menyuarat yang lalu dicadangkan untuk disahkan oleh Pn Siti Harizah bt Hj

Amad dan pengesahan disokong oleh En Zam Zam bin Tumijan.

4 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT4.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan.

5PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

5.1 HEAD COUNT DAN PROGRAM KECEMERLANGAN 20155.1.1 Pengerusi menyatakan keputusan UPSR 2014 adalah antara keputusan yang

terendah pernah dicatatkan,dimana Bahasa Inggeris telah mengalami penurunan peratus kepada 63.41% dengan GPMP 3.29 berbanding tahun 2013 sebanyak 67.86 %.

5.1.2 Justeru beliau amat berharap agar tahun 2015 guru-guru dapat bekerjasama dan berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan peratus menguasai Bahasa Inggeris memandangkan ini adalah tahun terakhir bagi UPSR-KBSR dan akan digantikan dengan UPSR berasaskan KSSR pula bagi tahun hadapan.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Page 2: minit 1 2015

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

5.1.3 Bagi tahun 2015 TOV untuk bahasa Inggeris ialah 73.81 % dengan prospek

cemerlang ialah 3 orang. Encik Zam Zam bin Tumijan mencadangkan sasaran UPSR 2015 bagi Bahasa Inggeris ialah 79.4% namun sasaran boleh berubah jika dikenalpasti murid menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Cadangan ini disokong oleh En Jailani dan sebulat suara.

5.1.4 Pengerusi menjelaskan program-program kecemerlangan bagi tahun 2015 ialah:       a. Program Zoom A       b. Program Menyalin Essay        c. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR diadakan bulan Mac            d. Maksimumkan Sudut Panitia Bahasa Inggeris di dalam kelas

e. Latih tubi mengikut level bagi kertas 1f. Memperbanyakkan vocabulary muridg. Menjalankan Ujian Diagnostik sekurang-kurangnya sekali sebulan.

5.2. SUKATAN PELAJARAN5.2.1 Pengerusi menjelaskan bahawa guru-guru perlu menyediakan sukatan pelajaran,

Huraian sukatan atau DSKP, atau rancangan tahunan. Bagi tahun 1-5 hendaklah mengikut sukatan pelajaran KSSR manakala bagi tahun enam masih menggunakan sistem KBSR.  

5.2.2 En Jailani memaklumkan tentang DSKP bagi tahun 5 ada di bilik beliau untuk beberapamatapelajaran.

5.3. KSSR5.3.1 Pengerusi menjelaskan KSSR perlu mengikut 4 elemen yang dititikberatkan iaitu

Listening and Speaking, Reading, Writing dan Language Art.5.3.2 Bagi guru tahun 4 dan 5, terdapat satu lagi elemen yang harus dilaksanakan iaitu

Grammar.5.3.3 Semua kemahiran ini perlu dicatatkan dalam borang ofline mengikut band 1 hingga

band 6. 5.3.4 Guru juga perlu menerapkan elemen pembelajaran abad ke 21 iaitu pembelajaran

yang lebih berfokuskan murid contohnya dengan menggerakkan perbincangan dan aktiviti kumpulan.

5.4 SENARAI GURU BAHASA INGGERIS TAHUN 20155.4.1 Senarai guru yang mengajar Bahasa Inggeris bagi setiap kelas.

1J - Pn. Siti harizah bt Hj Ahmad.2J - Pn Mimi Norita bt Sulaiman3J - Pn. Siti harizah bt Hj Ahmad.

. 3M - Pn. Siti harizah bt Hj Ahmad4J - En Zam Zam bin Tumijan

4M - En Zam Zam bin Tumijan5J - Pn Mimi Norita bt Sulaiman5M - Pn. Siti harizah bt Hj Ahmad.6J - Pn. Mimi Norita bt Sulaiman6M - En Zam Zam bin Tumijan

5.5. BUKU AKTIVITI DAN BUKU LATIHAN5.5.1 Buku aktiviti bagi Tahap 1,adalah seperti yang diberi oleh pihak kementerian manakala

bagi Tahap 2, buku yang dipilih adalah dari penerbitan Permas Publication.5.5.2 Guru juga digalakkan untuk menggunakan buku-buku dari penerbitan lain sebagai

penambahan jika sesuai terutamanya bagi tahun 4 dan 5 yang perlu mempunyai elemen KBAT.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Page 3: minit 1 2015

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

5.5.3 Senarai buku latihan yang diperlukan adalah mengikut keperluan guru bagi kelas yang di ajar.

5.6 SUDUT PANITIA5.6.1 Pengerusi berharap guru-guru Bahasa Inggeris dapat menampal dan menghias sudut

Bahasa Inggeris di kelas yang diajar dengan bahan-bahan terbaru.

5.7 LINUS5.7.1 Pengerusi menyatakan analisis LINUS untuk Tahun 1 2014 Literasi Bahasa Inggeris

Saringan 1 peratus lulus adalah79.41% dengan 2 murid tidak menguasai K1-K2 dan 5 murid tidak menguasai K3-K12. Peratus lulus bagi Saringan 2 pula ialah 81.8% dengan 6 murid tidak menguasai K3-K12.

5.7.2 Bagi Tahun 2, Saringan 1 68.57% dengan 11 murid tidak menguasai K3-K12, dan Saringan 2 peratus lulus menguasai adalah 74.28% dengan 9 murid tidak menguasai K3-K12. Bagi tahun 2015 beliau berharap peratus menguasai boleh ditingkatkan dengan latihan-latihan yang sesuai.

5.8 PEMANTAUAN GURU/BUKU LATIHAN MURID5.8.1 Jika mengikut dapatan mesyuarat guru kali pertama, bagi tahun 2015 pemantauan

guru akan dibuat pada bila – bila masa. Jadi beliau berharap guru bersedia dengan PdP berkesan setiap hari.

5.8.2 Pemantauan Buku latihan murid akan dijalankan secara berperingkat.

5.9 AKTIVITI PANITIA BAHASA INGGERIS SEPANJANG 2015.5.9.1 Bilik SAL telah dipindahkan ke bangunan lama iaitu di perpustakaan lama

bersebelahan kelas 5 Jaya. Guru guru bolehlah membantu bagi menyusun semula bilik tersebut bagi tujuan penggunaan 2015.

5.9.2 En Zam Zam mencadangkan agar kelas gabung boleh dibuat di bilik SAL. Cadangan dipersetujui sebulat suara.

5.9.3 Pn Mimi Norita mencadangkan agar menampal perkataan Bahasa Inggeris di sepanjang sudut sekolah terutamanya kantin bagi tujuan peningkatan tahap penguasaan vocabulary murid.

5.9.4 Pn Siti Harizah juga mengingatkan untuk menyambung semula aktiviti Learn A word A day dan memenuhkan papan yang telah disediakan.

5.9.5 Aktiviti Ko-Akademik mungkin akan dilaksanakan dalam bulan April. Guru guru bolehlah bersedia untuk melatih murid, Jika diambil kira aktiviti tahun lepas, guru bolehlah menghantar calon bagi aktiviti Scrabble dan essay writing.Guru juga boleh mempertimbangkan untuk menghantar calon bagi aktiviti poem recitation.

5.10 SBOA.5.10.1 Program SBOA masih berjalan untuk Tahun 6.5.10.2 Surat perlantikan bagi pentaksir akan diberikan kepada guru yang terlibat iaitu Pn Mimi

Norita dan En Zam Zam.5.10.3 Penilaian perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan maksimum 4 kali

setahun.

5.11     FAIL PANITIA                                                    5.11.1 Fail Panitia perlu dilengkapkan dengan maklumat terkini bagi tujuan pemantauan.

5.11.2 Terdapat 7 fail yang perlu dilengkapkan.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Page 4: minit 1 2015

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

5.12 CARTA ORGANISASI PANITIA BAHASA INGGERIS, 2015.

Head Panel - Pn Mimi Norita bt SulaimanSecretary - Pn. Siti Harizah bt Hj AhmadTreasurer - En Zam Zam bin Tumijan

5.13 EW205.13.1 Program EW20 boleh dijalankan dalam masa PdP guru bagi guru Tahun 6.5.13.2 Bagi Program KSSR akan dibincangkan dengan Guru Besar

6 HAL HAL LAIN6.1 Pengerusi berharap guru-guru yang memerlukan alat-alat bantu mengajar dan buku-

buku dapat memberitahu beliau, agar dapat dibeli dengan kadar yang segera,namun peruntukan biasanya bermula bulan Februari.Beliau akan membincangkan peruntukan Bahasa Inggeris bagi tahun ini.

6.2 Pengerusi juga menyatakan Program MBM/MBI juga akan diteruskan sebagaimana yang diarahkan.

7 UCAPAN PENUTUP7.1 Ucapan penangguhan oleh En Jailani b Ahamad. Beliau bagi pihak pentadbir

mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru guru kerana berjaya mengadakan mesyuarat pertama. Beliau juga berharap kita dapat meningkatkan peratus UPSR bagi tahun ini. Pihak sekolah akan memberikan sokongan atas apa saja program yang akan dijalankan.

7.2 Beliau juga berharap guru guru tidak akan berputus asa dengan keputusan tahun 2014. Semoga dapat dijadikan panduang untuk tahun 2015.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 tengah hari.

Disediakan oleh,

................................................(SITI HARIZAH BT HJ AHMAD)SetiausahaPanitia Bahasa InggerisSK Sengkang

1 Januari 2015

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00