mingguan malaysia. ahad 4 januari€¦ · anugerah sastera negara yang ke-8 pada tahun 1996. pada...

1
PJ TARA12 Negara, Abdullah ussain dapat dianggap sebagai sasterawan yang unik. Sejarah hidupnya yang panjang dan luas, menjadikannya amat kaya dengan pengalaman hidup yang ditempuhinya. Abdullah telah melalui pelbagai kerjaya, kewartawanan dan penerbitan, pernah menyertai ketenteraan dan pentadbiran menjadikan Abdullah seorang manusia dan penulis kosmopolitan yang sentiasa menyedari kehadiran bangsa dan keturunan lain. Kebanyakan novel dan cerpen karyanya mengetengahkan watak bukan Melayu dalam kehidupan dan pernikiran. Dalam catatan panel Anugerah Sastera Negara 1996, menyatakan Abdullah menyedari kehadiran bangsa- bangsa lain, budaya dan cara hidup mereka, pernikiran dan latar belakang sosial mereka dan peri pentingnya kehadiran mereka sebagai sebahagian daripada kehidupan sosial bangsa Melayu sendiri sepanjang sejarah - kehidupan sosial masyarakat Melayu itu sendiri. Latar tempat, masyarakat dan budaya hidup tradisi selalunya dapat diceritakan dengan manipulasi gaya yang cukup memikat. Atas sebab itu Abdullah sering dikatakan sebagai pencerita atau tukang cerita yang cukup menarik. Hal ini jelas terpapar dalam novel awalnya Rantau Selamat dan kemudian Interlok. Menarik juga kedua-dua novel ini disiapkan dengan niat untuk menyertai peraduan mengarang yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Cuma Rantau Selamat kerana terlewat disiapkan maka gagal menyertai peraduan,mengarang pada tahun 1962, akala InterlOK'-tferjaya mendapat hadiah penghargaan Peraduan Mengarang Novel Sempena 10 tahun Merdeka 1967. Interlok yang diterbitkan pada tahun 1971 bagaimanapun 40 tahun kemudian, pada tahun 2011 telah timbul kontroversi yang cukup hebat apabila novel ini yang telah dipilih untuk teks KOMSAS tingkatan lima dikatakan bersifat rasis dan menyinggung perasaan kaurn India. Campur tangan politik dan wakil NGO yang emosi telan mencambahkan api kontroversi sebuah novel yang paling disalah faham. Interlok tidak seharusnya disalah erti. lni sebuah novel yang dihasilkan dengan niat yang baik dan mengangkat kisah watak-watak Seman, Maniam dan Ching Huat yang secara simbolik mewakili tiga kaum utama,di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga watak ini melalui masa bahagia, derita dan konflik akibat penjajahan, perang, kerniskinan dan prasangka kaum. Abdullah dilahirkan pada 25 Mac 1920 Kampung Sungai Limau Dalam, Kedah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Limau hingga darjah V (1931) sebelum menuntut di Sekolah St Michael, Alor Setar dan kemudian di Anglo Chinese School, Alor Setar hingga lulus darjah VII tahun 1935. Pada tahun 1943 Abdullah sempat belajar di Syonan Koa Kunrenzo (Sekolah Latihan Pegawai-pegawai Tinggi) selama tiga bulan di Singapura. Abdullah melakukan pelbagai kerja daripada penjaga stor perusahaan lombong bijih di Pahang, kerani dobi di kern tentera Inggeris di Sungai Petani, Kedah dan malah pernah terdedah dengan gerakan zaman dan pernah dikirim pasukan Fujiwara Kikan ke Jepun sebelurn dihantar ke Surnatera sebagai anggota perisikan, tetapi ditangkap pihak Belanda dan kemudian dibebaskan oleh Jepun. Bagairnanapun apa yang menarik, Abdullah mula terlibat dengan dunia persuratkhabaran dengan bertugas.sebagai pembantu pengarang akhbar Saudara dan Sahabat di Pulau Pinang (1940). Di Pulau Pinang juga Abdullah terlibat dengan _pelbagai kegiatan kesusasteraan 'seperti Persatuan Sahabat (PASPAM) yang dianjurkan olehakhbar Sahabat. Melalui kegiatan PASPAM inilah beliau dapat bertemu ramai penulis. Dunia persuratkbabaran sebenarnya turut membentuk gaya penulisan Abdullah. Pengkritik melihat gaya penulisannya sebagaiNew Journalism apabila Abdullah mengangkat fakta-fakta sejarah untuk dijadikan fiksyen dalam novel-novelnya. Sebagc:!. Abdullah menghasilkan 21 buah novel, dengan novelnya yang pertama Dia... Kekasihku (1941) dengan nama samaran Roselany Ashikin dan yang terakhir Dan Malam Apabila Ia Berlalu (2006). Novel-novel yang banyak mengangkat nama Abdullah antaranya Rantau Selamat, Intan, Irzterlok, Kuala Lumpur Kita MINGGUAN MALAYSIA. AHAD 4 JANUARI 2015 Punya, Konserto Terakhir, Masuk Ke Dalam Cahaya dan Imam. Abdullah banyak terdedah dengan karya sastera besar luar negara dan hasilnya beliau menerbitkan lapan karya terjemahan, seterusnya tiga buah kumpulan cerpen, 10 buah antologi cerpen dan lima karya biografi, sebuah antologi drama dan sebuah antologi puisi. Melalui novel-novelnya Abdullah berjaya merakarnkan refleksi sosial dan milieu masyarakatnya, merakarnkan sejarah dan ' kebangkitan nasionalisme, , kerniskinan, penindasan dan ketidakadilan sosial. Bagairnanapun dengan tiga novel terakhirnya Masuk ke Dalam Cahaya, Imam dan Dan Malam Apabila Ia Berlalu, Abdullah mengangkat tema keislaman, soal hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan J;>enciptanya. Pengkritik melihat proses ini sebagai proses kematangan Abdullah sebagai seorang pengarang besar dan mengalarni proses perubahan yang pesat ke arah kesempurnaan. Hasil surnbangan besar Abdullah dalam kesusasteraan tanah air, beliau dianugerahkan Anugerah Sastera Negara yang ke-8 pada tahun 1996. Pada dekad-dekad sebelurn merdeka di Singapura telah berlaku penerbitan akhbar dan majalah yang sangat rancak. Hal ini telah menyumbang kepada pertumbuhan kewartawanan Melayu dan dunia persuratkhabaran. Selain dunia intelektual, di Singapura juga telah berrnula dunia seni perfileman Melayu. Abdullah adal ah antara penulis dan wartawan yang banyak bergaul dengan dunia filem Melayu dan mempunyai hubungan yang rap at dengan senirnan filem Melayu terutamanya P. Rarnlee. Abdulah sendiri pernah berkahwin dengan pelqkon Zaitun. Abdullah juga pernah bekerja dengan beberapa majalah hiburan seperti Bintang (1953) , Filem (1954) dan Anekawarna (1954). Hasil hubungan rapatnya dengan P. Ramlee, Abdullah menguruskan Penerbitan P. Rarnlee dan menjadi pengarang majalah Gelanggang Filem pada tahun 1961. Pengalaman hubungannya dengan P. Ramlee dapat kita baca secara lebih mendalam dalam buku biografi P. Ramlee: Kisah Hidup Seniman Agung (1973). Buku ini didasarkan daripada bukunya yang lebih awal iaitu Gagak Di Rimba (1966). HubunganrapatAbdullah dengan P. Rarnlee berterusan di Kuala Lumpur apabila RTM mengadaptasi novel Rantau Selamat sebagai drama televisyen sekitar tahun 1970 dan P. Rarnlee berlakon dalam drama tersebut. Sebuah cerpennya Bagaimana Akan Kucari-Mu juga telah diadaptasi menjadi drama televisyen. Kemudian novel Intan telah memikat Turino Junaidi pengarah filem Indonesia untuk diadaptasi ke filem dengan judul Intan Berduri (1972) yang turut dilakonkan oleh Benjamin S, Rima Melati dan Farouk Afero. Novel yang sarna kemudiannya diadaptasi ke teater DBP pada tahun 1976 oleh , Dinsm\ln. Novel terbesar Abdullah, Imam (1995) kemudiannya diadaptasi oleh Zakaria Ariffin - dan dipentaskan oleh Kurnpulan Teater Badan Budaya DBP sempena Festival Keb.udayaan Komanwel pada tahun 1998 di Kuala Lumpur. Abdullah ditarik olen Datuk Hassan Ahmad bertugas di DBP pada 1 Mac 1968 sebagai penolong pengarang, kemudian pengarang dan pegawai penyelidik. Abdullah bertugas selama 11 setengah tahun iaitu sebingga 1979. Sebelum itu Abdullah bertugas di Oxford University Press dan Franklin Book Program. Era Abdullah di DBP ad,alah era kegernilangan DBP dengan tokoh-tokoh sasterawan yang bersamanya seperti Usman Awang, Wijayamala, Kemala, Johan Jaaffar, AM Thani, Keris Mas, A. Samad Ahmad, Salleh Daud dan M. Noor Azam. DBP ketika itu barn sahaja gegar dengan kempen--. , Minggu Bahasa Kebangsaan. Saya antara generasi yang beruntung dapat menemui pengarang besar ini dan kerap mendengar beliau bercerita dengan cara yang unik dan sentiasa memikat. Kita akan sentiasa seronok mendengar .beliau bercerita. Saya memasuki DBP ketika Bung Dullah (gelaran yang diberikan oleh ternan-ternan rapatnya) telah meninggalkan DBP tetapi masih kerap ke DBP: Pada malam menutup 2014 saya menerinla berita yang Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain telah kembali ke rahrnatullah dalam usia 94 tahun, kira-kira dua bulan lebih selepas adiknya Tan Sri Ismail Hussain meninggal dunia pada 20 Oktober. Hilang sudah tiga beradik tersohor dalam dunia seni dan sastera tanah air iaitu Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, tokoh penggerak sastera Tan Sri .Ismail Hussain dan pelukis terkenal Datuk Ibrahim Hussain. Ketiga-tiga beradik tersohor ini dimakarnkan di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PJTARA12

    Negara, Abdullah

    ussain dapat dianggap sebagai sasterawan yang unik. Sejarah hidupnya yang panjang dan luas, menjadikannya amat kaya dengan pengalaman hidup yang ditempuhinya. Abdullah telah melalui pelbagai kerjaya, kewartawanan dan penerbitan, pernah menyertai ketenteraan dan pentadbiran menjadikan Abdullah seorang manusia dan penulis kosmopolitan yang sentiasa menyedari kehadiran bangsa dan keturunan lain.

    Kebanyakan novel dan cerpen karyanya mengetengahkan watak bukan Melayu dalam kehidupan dan pernikiran. Dalam catatan panel Anugerah Sastera Negara 1996, menyatakan Abdullah menyedari kehadiran bangsa-bangsa lain, budaya dan cara hidup mereka, pernikiran dan latar belakang sosial mereka dan peri pentingnya kehadiran mereka sebagai sebahagian daripada kehidupan sosial bangsa Melayu sendiri sepanjang sejarah -kehidupan sosial masyarakat Melayu itu sendiri.

    Latar tempat, masyarakat dan budaya hidup tradisi selalunya dapat diceritakan dengan manipulasi gaya yang cukup memikat. Atas sebab itu Abdullah sering dikatakan sebagai pencerita atau tukang cerita yang cukup menarik. Hal ini jelas terpapar dalam novel awalnya Rantau Selamat dan kemudian Interlok. Menarik juga kedua-dua novel ini disiapkan dengan niat untuk menyertai peraduan mengarang

    yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Cuma Rantau Selamat kerana terlewat disiapkan maka gagal menyertai peraduan,mengarang pada tahun 1962, akala InterlOK'-tferjaya mendapat hadiah penghargaan Peraduan Mengarang Novel Sempena 10 tahun Merdeka 1967.

    Interlok yang diterbitkan pada tahun 1971 bagaimanapun 40 tahun kemudian, pada tahun 2011 telah timbul kontroversi yang cukup hebat apabila novel ini yang telah dipilih untuk teks KOMSAS tingkatan lima dikatakan bersifat rasis dan menyinggung perasaan kaurn India. Campur tangan politik dan wakil NGO yang emosi telan mencambahkan api kontroversi sebuah novel yang paling disalah faham. Interlok tidak seharusnya disalah erti. lni sebuah novel yang dihasilkan dengan niat yang baik dan mengangkat kisah watak-watak Seman, Maniam dan Ching Huat yang secara simbolik mewakili tiga kaum utama,di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga watak ini melalui masa bahagia, derita dan konflik akibat penjajahan, perang, kerniskinan dan prasangka kaum.

    Abdullah dilahirkan pada 25 Mac 1920 Kampung Sungai Limau Dalam, Kedah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Limau hingga darjah V (1931) sebelum menuntut di Sekolah St Michael, Alor Setar dan kemudian di Anglo Chinese School, Alor Setar hingga lulus darjah VII tahun 1935. Pada tahun 1943 Abdullah sempat belajar di Syonan Koa Kunrenzo (Sekolah Latihan Pegawai-pegawai Tinggi) selama tiga bulan di Singapura. Abdullah melakukan pelbagai kerja daripada penjaga stor perusahaan lombong bijih di Pahang, kerani dobi di kern tentera

    Inggeris di Sungai Petani, Kedah dan malah pernah terdedah dengan gerakan zaman dan pernah dikirim pasukan Fujiwara Kikan ke Jepun sebelurn dihantar ke Surnatera sebagai anggota perisikan, tetapi ditangkap pihak Belanda dan kemudian dibebaskan oleh Jepun.

    Bagairnanapun apa yang menarik, Abdullah mula terlibat dengan dunia persuratkhabaran dengan bertugas.sebagai pembantu pengarang akhbar Saudara dan Sahabat di Pulau Pinang (1940). Di Pulau Pinang juga Abdullah terlibat dengan _pelbagai kegiatan kesusasteraan 'seperti Persatuan Sahabat (PASPAM) yang dianjurkan olehakhbar Sahabat. Melalui kegiatan PASPAM inilah beliau dapat bertemu ramai penulis. Dunia persuratkbabaran sebenarnya turut membentuk gaya penulisan Abdullah. Pengkritik melihat gaya penulisannya sebagaiNew Journalism apabila Abdullah mengangkat fakta-fakta sejarah untuk dijadikan fiksyen dalam novel-novelnya.

    Sebagc:!. ~c-Jelis Abdullah menghasilkan 21 buah novel, dengan novelnya yang pertama Dia ... Kekasihku (1941) dengan nama samaran Roselany Ashikin dan yang terakhir Dan Malam Apabila Ia Berlalu (2006). Novel-novel yang banyak mengangkat nama Abdullah antaranya Rantau Selamat, Intan, Irzterlok, Kuala Lumpur Kita

    MINGGUAN MALAYSIA. AHAD 4 JANUARI 2015

    Punya, Konserto Terakhir, Masuk Ke Dalam Cahaya dan Imam. Abdullah banyak terdedah dengan karya sastera besar luar negara dan hasilnya beliau menerbitkan lapan karya terjemahan, seterusnya tiga buah kumpulan cerpen, 10 buah antologi cerpen dan lima karya biografi, sebuah antologi drama dan sebuah antologi puisi. Melalui novel-novelnya Abdullah berjaya merakarnkan refleksi sosial dan milieu masyarakatnya, merakarnkan sejarah dan ' kebangkitan nasionalisme,

    , kerniskinan, penindasan dan ketidakadilan sosial.

    Bagairnanapun dengan tiga novel terakhirnya Masuk ke Dalam Cahaya, Imam dan Dan Malam Apabila Ia Berlalu, Abdullah mengangkat tema keislaman, soal hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan J;>enciptanya. Pengkritik melihat proses ini sebagai proses kematangan Abdullah sebagai seorang pengarang besar dan mengalarni proses perubahan

    yang pesat ke arah kesempurnaan. Hasil surnbangan besar Abdullah dalam kesusasteraan tanah air, beliau dianugerahkan Anugerah Sastera Negara yang ke-8 pada tahun 1996.

    Pada dekad-dekad sebelurn merdeka di Singapura telah berlaku penerbitan akhbar dan majalah yang sangat rancak. Hal ini telah menyumbang kepada pertumbuhan

    kewartawanan Melayu dan dunia persuratkhabaran. Selain dunia intelektual, di Singapura juga telah berrnula dunia seni perfileman Melayu. Abdullah adalah antara penulis dan wartawan yang banyak bergaul dengan dunia filem Melayu dan mempunyai hubungan yang rap at dengan senirnan filem Melayu terutamanya P. Rarnlee. Abdulah sendiri pernah berkahwin dengan pelqkon Zaitun. Abdullah juga pernah bekerja dengan beberapa majalah hiburan seperti Bintang (1953), Filem (1954) dan Anekawarna (1954). Hasil hubungan rapatnya dengan P. Ramlee, Abdullah menguruskan Penerbitan P. Rarnlee dan menjadi pengarang majalah Gelanggang Filem pada tahun 1961. Pengalaman hubungannya dengan P. Ramlee dapat kita baca secara lebih mendalam dalam buku biografi P. Ramlee: Kisah Hidup Seniman Agung (1973). Buku ini didasarkan daripada bukunya yang lebih awal iaitu Gagak Di Rimba (1966).

    HubunganrapatAbdullah dengan P. Rarnlee berterusan di Kuala Lumpur apabila RTM mengadaptasi novel Rantau Selamat sebagai drama televisyen sekitar tahun 1970 dan P. Rarnlee berlakon dalam drama tersebut. Sebuah cerpennya Bagaimana Akan Kucari-Mu juga telah diadaptasi menjadi drama televisyen. Kemudian novel Intan telah memikat Turino Junaidi pengarah filem Indonesia untuk diadaptasi ke filem dengan judul Intan Berduri (1972) yang turut dilakonkan oleh Benjamin S, Rima Melati dan Farouk Afero. Novel yang sarna kemudiannya diadaptasi ke teater DBP pada tahun 1976 oleh , Dinsm\ln. Novel terbesar Abdullah, Imam (1995) kemudiannya diadaptasi oleh Zakaria Ariffin

    -dan dipentaskan oleh Kurnpulan Teater Badan Budaya DBP sempena Festival Keb.udayaan Komanwel pada tahun 1998 di Kuala Lumpur.

    Abdullah ditarik olen Datuk Hassan Ahmad bertugas di DBP pada 1 Mac 1968 sebagai penolong pengarang, kemudian pengarang dan pegawai penyelidik. Abdullah bertugas selama 11 setengah tahun iaitu sebingga 1979. Sebelum itu Abdullah bertugas di Oxford University Press dan Franklin Book Program. Era Abdullah di DBP ad,alah era kegernilangan DBP dengan tokoh-tokoh sasterawan yang bersamanya seperti Usman Awang, Wijayamala, Kemala, Johan Jaaffar, AM Thani, Keris Mas, A. Samad Ahmad, Salleh Daud dan M. Noor Azam. DBP ketika itu barn sahaja gegar dengan kempen--., Minggu Bahasa Kebangsaan. Saya antara generasi yang beruntung dapat menemui pengarang besar ini dan kerap mendengar beliau bercerita dengan cara yang unik dan sentiasa memikat. Kita akan sentiasa seronok mendengar .beliau bercerita. Saya memasuki DBP ketika Bung Dullah (gelaran yang diberikan oleh ternan-ternan rapatnya) telah meninggalkan DBP tetapi masih kerap ke DBP:

    Pada malam menutup 2014 saya menerinla berita yang Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain telah kembali ke rahrnatullah dalam usia 94 tahun, kira-kira dua bulan lebih selepas adiknya Tan Sri Ismail Hussain meninggal dunia pada 20 Oktober. Hilang sudah tiga beradik tersohor dalam dunia seni dan sastera tanah air iaitu Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, tokoh penggerak sastera Tan Sri .Ismail Hussain dan pelukis terkenal Datuk Ibrahim Hussain. Ketiga-tiga beradik tersohor ini dimakarnkan di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.