minggu 6

29
1

Upload: gaetan

Post on 11-Jan-2016

86 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MINGGU 6. KLASIFIKASI BAHASA. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat menghuraikan bahasa berasaskan pendekatan: > genetik > tipologi > kawasan > sosiolingistik. KLASIFIKASI BAHASA. Bahasa di dunia sangat banyak, penggunanya pelbagai bangsa dan penggunaannya pelbagai ragam dan gaya - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: MINGGU 6

1

Page 2: MINGGU 6

HASIL PEMELAJARAN

• Pelajar dapat menghuraikan bahasa berasaskan pendekatan:

> genetik> tipologi> kawasan> sosiolingistik

2

Page 3: MINGGU 6

KLASIFIKASI BAHASA

• Bahasa di dunia sangat banyak, penggunanya pelbagai bangsa dan penggunaannya pelbagai ragam dan gaya

• Bahasa di dunia dianggarkan berjumlah 6,700. Penutur bahasa ibunda yang terbanyak terdiri daripada 20 bahasa, iaitu Cina (1 bilion), Inggeris (350 juta), Sepanyol (250 juta), Hindi (200 juta), Melayu (150 juta), Arab (150 juta), Benggali (150 juta), Rusia (150 juta), Portugis (135 juta), Jepun (120 juta), Jerman (100 juta), Perancis (70 juta), Punjabi (70 juta), Bihari 65 juta), Itali (60 juta), Korea (60 juta), Telugu (55 juta), Tamil (55 juta), Marathi (50 juta), dan Vietnam (50 juta)

• Klasifikasi bahasa bertujuan untuk mengenal pasti ciri persamaan bahasa dalam kelompok dan subkelompoknya

3

Page 4: MINGGU 6

• Antara pendekatan yang popular digunakan ialah:

> Pendekatan Genetik> Pendekatan Tipologi> Pendekatan Kawasan> Pendekatan Sosiolinguistik

4

Page 5: MINGGU 6

KLASIFIKASI GENETIK

• Dikenali juga dengan nama klasifikasi Geneologi, iaitu klasifikasi yang berasaskan susur galur keturunan bahasa.Klasifikasi ini dibawahi oleh teori Pohon dan teori Gelombang

• Teori pohon mengatakan bahawa suatu bahasa proto akan pecah dan mewujudkan bahasa baharu, dua atau lebih. Bahasa baharu itu pula akan pecah dan mewujudkan bahasa baharu yang lain

• Teori Gelombang pula mengatakan bahawa perkembangan bahasa terjadi seperti gelombang yang disebabkan oleh seketul batu yang dijatuhkan di tengah kolam. Semakin jauh, riak gelombang semakin kurang, dan akhirnya hilang

5

Page 6: MINGGU 6

KLASIFIKASI GENETIK

• Perubahan bahasa terjadi kerana penggunanya tersebar ke merata tempat kerana sebab tertentu. Oleh sebab tiada kontak dengan induknya, maka bahasa itu semakin berubah

• Klasifikasi genetik ini berasaskan kriteria persamaan bentuk bunyi dan makna. Bahasa yang mempunyai banyak persamaan ini bersumberkan bahasa proto yang sama. Kriteria ini juga dikenali dengan nama Kaedah Rekonstruksi Dalaman

• Kaedah Rekonstruksi Dalaman bergantung pada data diakronik yang ada dalam sesuatu bahasa. Kaedah ini berasaskan andaian wujudnya perubahan bunyi dengan tidak mengambil kira golongan morfologinya

6

Page 7: MINGGU 6

KLASIFIKASI GENETIK

• Kaedah perbandingan dan kaedah rekonstruksi dalaman digunakan pada bahasa lisan untuk menentukan kekerabatan serta menyurih bentuk kuno. Asasnya ialah setiap bahasa akan berobah, dan setiap bahasa akan pupus

• Kadar pemupusan leksikon dalam sesuatu bahasa atau kadar pengekalannya telah digunakan dalam kajian linguistik sejarah untuk menentukan tahap kekerabatan sesuatu bahasa. Tatacara ini dinamakan glotokronologi atau leksikostatistik

7

Page 8: MINGGU 6

KLASIFIKASI GENETIK

• Asas andaiannya ialah:

* leksikon asas lebih lama pengekalannya daripada leksikon jenis lain

* kadar pengekalan leksikon asas lebih lama

* kadar pemupusan sama antara satu bahasa dengan bahasa yang lain

8

Page 9: MINGGU 6

TEORI POHON

A(bahasa proto)

A1 A2 A3

A11 A12 A13 A21 A22 A31A32

A111 A112 A113 A211 A212 A311 A312 A313

9

Page 10: MINGGU 6

KLASIFIKASI GENETIK

• Klasifikasi ini akan dapat menentukan jarak masa terjadinya pemisahan antara kedua-dua bahasa yang berkeluarga itu

• Klasifikasi genetik ini juga bersifat tidak arbitrari, tetapi bersifat tuntas dan unik. Berasaskan sifat ini dan gejala persamaan, dianggarkan terdapat lebih 6 ribu bahasa di dunia

• Pembahagiannya adalah seperti yang berikut:

1. Bahasa Indo-Eropaha. Bahasa India: India Kuno (Sanskrit, Weda), India Pertengahan (Prakrit, Pali), India Moden (Hindi, Hindustani,

Benggali…)

10

Page 11: MINGGU 6

BAHASA INDO-EROPAH

b. Bahasa Iran: Iran Kuno (Avesta, Persia Kuno), Iran Pertengahan (Pahlawi, Sogda, Saki), Iran Moden (Persia, Kurda, Afghanistan)

c. Bahasa Armenia: Armenia Kuno, Rusia, Armenia-Turkid. Bahasa Albaniae. Bahasa Baltik: Baltik Kuno (Prusia Kuno), Baltik Moden

(Lihuania, Latvia) f. Bahasa Slavia: Slavia Selatan (Bulgaria Kuno, Bulgaria, Bulgaria Moden,

Sernia, Croatia, Slovenia), Slavia Timur (Ukraina, Rusia Putih, Rusia Raja), Slavia Barat (Bohemia, Slowakia, Polonia, Sorbia, Polabia)

g. Bahasa Tochar (Asia Tengah)h. Bahasa Hethit (Asia Kecil)

11

Page 12: MINGGU 6

BAHASA INDO-EROPAH

i. Bahasa Yunani: Yunani Kuno (Ionia, Attika, Doris, Aeolia), Yunani Pertengahan (Koine), Yunani Moden

j. Bahasa Itali: Oskia, Umbria, Faliskia, Latin, Romania, Perancis, Provence, Sepanyol, Portugis, Catalonia, Itali, Rheto-Romania

k. Bahasa Kelt: Gallia, Pictia, Gaelia (Eire, Skot, Mank), Brotamoa (Welsh, Comish, Breton)

l. Bahasa Jerman: Jerman Timur (Gotia, Vandal, Bourgondia), Jerman Utara (Norwegia Kuno, Norwegia, Iceland, Swedia, Denmark), Jerman Barat (Inggeris, Fries, Jerman Hulu, Jerman Hilir, Belanda).

12

Page 13: MINGGU 6

BAHASA HAMIT

• Bahasa mesir: Koptis

• Bahasa berber: Tuareg, Kabil

• Bahasa Kushid, Cad

13

Page 14: MINGGU 6

BAHASA SEMIT

• Semit Timur: Assyria, Babylonia

• Semit Barat: Ibrani, Funisia, Punia, Aram, Arab, Syria, Amhar, Ethiopia / Abesinia

14

Page 15: MINGGU 6

BAHASA URAL-ALTAI

• Finlandia-Urgia: Finlandia, Karelia, Estonia, Laplandia, Hungaria

• Samoyid di Pantai Laut Artik• Altai: Turki (Osmani, Kirgis), Monggol,

Manchu, Tungu, Jepun, Korea• Aleut-Eskimo

15

Page 16: MINGGU 6

BAHASA JAFET

• Bahasa Kuno di Asia Kecil: Karia, Lydia, Lykia

• Bahasa Kaukasus: Cerkes, Georgia, Basque, Etruria, Sumer

16

Page 17: MINGGU 6

BAHASA AUSTRIS

• Astro-Asia: Malaka Kuno, Khasi, Nikobar, Mon, Khmer, Munda

• Austronesia: Nusantara, Melanesia, Mikronesia, Polinesia

• Nusantara: Malagasi, Melayu, Jawa, bahasa di Kalimantan, Sulawesi, Formosa

• Melanesia: bahasa di Irian, New Caledonia dan di Kepulauan Fiji

• Mikronesia: bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Gilbert, Caroline

• Polinesia: bahasa di Hawaii, Tonga, Easter dan Maori

• Tibeto-Tionghua: Tibet, Burma, Tionghua, Muangthai, Annam

17

Page 18: MINGGU 6

BAHASA AUSTRIS

• Kelompok bahasa Austris meliputi wilayah yang sangat luas, iairtu dari Madagascar hingga ke pulauan Easter, dan dari Taiwan, Hawaii ke Selandia baharu

• Kelompok ini merupakan kelompok terbesar, dari segi wilayah, keluarga bahasa dan jumlah penutur. Jumlah bahasanya antara 500 hingga 700

• Berikut ialah contoh kata Austronesia warisan bersamaTagalog Melayu Fiji Samoa Proto Austronesiadalawa dua rua lua duwaapat empat vaa faa e(m)patlima lima lima lima limaanim enam ono ono enemmanok manuk manu2 manu manukmata mata mata mata matadaan jalan sala ‘ala zalanpandan pandan vadra fala panDanniyog nyiur niu Niu niuR

18

Page 19: MINGGU 6

BAHASA LAIN DI ASIA DAN LAUTAN PASIFIK

• Bahasa Papua• Bahasa Dravida (India): Telegu, Tamil,

Kanari, Malayalam• Bahasa di Australia• Bahasa di Kepulauan Andaman• Bahasa Palco-Asia

19

Page 20: MINGGU 6

BAHASA AFRIKA

• Bahasa Khisan: San, Nama

• Bahasa Bantu (Afrika Selatan)

• Bahasa Sudan (Afrika Tengah)

20

Page 21: MINGGU 6

BAHASA AMERIKA

• Amerika Utara: Algonkin, Irokese, Na-dene, Penutia, Sioux

• Amerika Tengah dan Mexico: Maya, Otomi, Mixe-Zoke

• Amerika Selatan: Arawak, Cibea, Con, Caribia (Venezuela, Guyana, Amazona), Kicua

21

Page 22: MINGGU 6

KLASIFIKASI KAWASAN

• Asasnya ialah hubungan timbal balik antara bahasa dalam suatu kawasan dengan tidak mengambil kira aspek kekerabatan bahasa

• Yang penting ialah kewujudan data bahasa yang dipinjam dari aspek bentuk, makna, atau kedua-duanya kerana kontak sejarah bersifat historis dan konvergensif

• Klasifikasi ini bersifat arbitrari kerana dalam kontak sejarah bahasa, pengaruh timbal balik terjadi dalam hal tertentu sahaja

• Bahasa di dunia juga masih ada yang bersifat tertutup. Oleh itu, tidak dapat dikelompokkan mengikut kawasan

22

Page 23: MINGGU 6

KLASIFIKASI KAWASAN

• Berasaskan peta, diperlihatkan penyebaran geografi kelompok bahasa yang penting dengan ciri yang tertentu

• Peringkat fonologi: penyebaran bunyi pada posisi awal dan posisi akhir perkataan

• Peringkat morfologi: penyebaran kelompok kata yang konstrastif dalam semua gabungannya

• Peringkat leksikal: penyebaran sistem bilangan

• Peringkat sintaksis: penyebaran kategori kata benda dan kata ganti nama

23

Page 24: MINGGU 6

KLASIFIKASI TIPOLOGI

• Asasnya ialah kesamaan unsur tertentu yang wujud berulang-ulang dalam semua peringkat tataran linguistik sesuatu bahasa. Oleh itu, hasilnya pelbagai alternatif tetapi tetap bersifat arbitrari, tuntas dan unik

• Kriteria morfologi: Isolatif – unit tetap yang tidak dapat dianalisis seperti bahasa Vietnam, Aglutinatif – perkataan dipenggal kepada untaian morf seperti bahasa Turki dan bahasa Swahili, Fleksi – perkataan tidak mudah dibahagikan kepada morf, - kaitan eksponen morfologi dengan tatabahasa amat rumit seperti bahasa Yunani dan bahasa Latin

• Kriteria sintaksis: subjek, kata kerja dan objek

24

Page 25: MINGGU 6

KLASIFIKASI SOSIOLINGUISTIK

• Asasnya ialah hubungan antara bahasa dengan faktor yang berlaku dalam masyarakat dari aspek status, fungsi dan nilai

• Klasifikasi ini berasaskan 4 kriteria, iaitu pensejarahan, pembakuan, penggunaan aktif, dan penggunaan leksikon dan tatabahasa

• Pensejarahan bermaksud sejarah perkembangan dan penggunaan bahasa. Pembakuan berkaitan status bahasa rasmi dan tidak rasmi. Penggunaan aktif bermaksud penutur yang menggunakannya sehari-hari, dan adakah leksikon dan tatabahasa itu diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain

25

Page 26: MINGGU 6

KLASIFIKASI SOSIOLINGUISTIK

• Berdasarkan kriteria itu, bahasa di dunia dapat dikelompokkan ke dalam kelompok tertentu. Walau bagaimanapun, hasilnya tetap tidak unik kerana sesuatu bahasa mempunyai status yang berbeda

• Bahasa Jerman di Jerman berstatus bahasa baku, tetapi di Swiss, bahasa Jerman berstatus kedaerahan

• Bahasa Ibrani merupakan bahasa klasik dalam ibadat Yahudi, tetapi Israel menjadikan bahasa itu sebagai bahasa rasmi dan bahasa baku

26

Page 27: MINGGU 6

KLASIFIKASI SOSIOLINGUISTIK

• Klasifikasi ini juga tidak tekal dan mutlak. Kita masih dapat mempertikaikan kekompleksan bahasa di negara tertentu.Misalnya, bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa rasmi, bahasa baku, bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa pengantar dan bahasa daerah yang juga boleh bersifat rasmi dalam konteks kedaerahan

• Di Singapura, terdapat 4 bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil, tetapi penggunaan bahasa Inggeris lebih terserlah

• Di Filipina, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi ialah bahasa Tagalog, tetapi bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran kerajaan ialah bahasa Inggeris

27

Page 28: MINGGU 6

KESIMPULAN

• Klasifikasi bahasa dapat dihuraikan menerusi pendekatan genetik, tipologi, kawasan dan sosiolinguistik

• Pendekatan genetik berasaskan teori pohon dan teori gelombang yang membahagikan bahasa kepada 9 kelompok, iaitu Indo-Eropah, Hamit, Semit, Ural-Altai, Jafet, Austris, Bahasa di Asia dan Lautan Pasifik, Afrika, dan Amerika

• Klasifikasi kawasan menitikberatkan penyebaran geografi kelompok bahasa dari aspek fonologi, morfologi, leksikal dan sintaksis

• Klasifikasi tipologi berasaskan kesamaan unsur menerusi kriteria morfologi dan sintaksis

• Klasifikasi sosiolinguistik berasaskan empat kriteria, iaitu pensejarahan, pembakuan, penggunaan aktif, dan penggunaan leksikon dan tatabahasa

28

Page 29: MINGGU 6

KATA BIJAK PANDAI

• SEMUANYA DATANG TERLAMBAT BAGI ORANG YANG HANYA MENUNGGU

29