minggu 4.docx

4
Bilangan Jurnal : 4/12 Minggu Praktikum : Kempat Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 17 hingga 21 Februari 2014 Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Aktiviti Kumpulan 1. Masalah/ Peristiwa Di sepanjang minggu ini, saya telah mula menjalankan aktiviti secara berkumpulan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas 5 Bestari bagi subjek bahasa Melayu. Masalah bermula apabila murid tidak membuat perkara yang diarahkan oleh guru. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan terganggu disebabkan murid ini bermain semasa diminta membuat aktiviti dalam kumpulan. Hal ini menimbulkan masalah bagi rakan-rakan yang lain kerana mereka terganggu dengan murid berkenaan dan kerja kumpulannya juga lewat siap kerana murid berkenaan tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Bukan itu sahaja, masalah berkenaan murid yang pasif di dalam kelas terutamanya dalam aktiviti berkumpulan sangat ketara apabila hanya murid yang sama sahaja yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dilakukan. Manakala murid lain hanya memerhati dan sekaligus menyebabkan masalah

Upload: nurfazlina-a-rahim

Post on 15-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal : 4/12Minggu Praktikum : KempatTarikh Peristiwa/ Kejadian : 17 hingga 21 Februari 2014Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Aktiviti Kumpulan

1. Masalah/ PeristiwaDi sepanjang minggu ini, saya telah mula menjalankan aktiviti secara berkumpulan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)di dalam kelas 5 Bestari bagi subjek bahasa Melayu. Masalah bermula apabila murid tidak membuat perkara yang diarahkan oleh guru.Terdapataktiviti yang telah dirancangkan terganggudisebabkan murid ini bermain semasa diminta membuat aktiviti dalam kumpulan.Hal ini menimbulkan masalah bagi rakan-rakan yang lain kerana mereka terganggu dengan murid berkenaan dan kerja kumpulannya juga lewat siap kerana murid berkenaan tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya.Bukan itu sahaja, masalah berkenaan murid yang pasif di dalam kelas terutamanya dalam aktiviti berkumpulan sangat ketara apabila hanya murid yang sama sahaja yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dilakukan. Manakala murid lain hanya memerhati dan sekaligus menyebabkan masalah gangguan terhadap murid lain.

2. AnalisisMasalah ini timbul semasa aktiviti perbincangan dan penulisan peta minda pada kertas sebak dilakukan. Walaupun setiap kumpulan dibekalkan petikan yang sama agar mudah berbincang dan mencari isi penting namun kebanyakkan murid berkenaan menerima tugasan tersebut, namun dia tidak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada rakan kumpulan masing-masing. Mereka lebih banyak bermain dan bergurau-senda sesama rakan kumpulan selain bermain dengan alatan yang dibekalkan.Apabila ditegur, murid tersebut berhenti seketikanamun selepas guru beredar, dia mula membuat kerjanya sendiri.

Bagi masalah murid pasif dalam kumpulan, hal ini mungkin disebabkan oleh penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah berbanding dengan murid yang lain. Selain itu juga, sifat pemalu untuk tampil ke hadapan menjadi punca masalah ini. Punca masalah mungkin disebabkan rasa rendah diri dan tidak memiliki keyakinan diri yang mantap untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP).

3. Cadangan Tindakan Susulana) Sayaperlulebih tegas terhadap muridyang bermasalah. Saya akan memberikan lebih perhatian terhadapnya supaya dia akan lebih fokus semasa di dalam kelas dan memberikan kerjasama kepada rakan-rakan kumpulan yang lain.b) Saya juga mungkin boleh memberikanpeneguhan negatifterhadap murid yang bermasalah dengan membuat dendaan supaya kelas tersebut menjadi lebih berdisiplin.c) Saya cubamembuat sistem tokenterhadap tingkah laku murid supaya mereka lebih cenderung untuk bertingkah laku baik di dalam kelas.d) Saya perlu menyediakan soalan mengikut tahap kemampuan murid agar mereka dapat menjawab dengan betul dan dapat menanam keyakinan dalam diri mereka. e) Memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai peneguhan yang memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu yang akan datang. Saya perlu menguruskan tingkah laku murid semasa aktiviti berkumpulan dijalankan dengan lebih baik agar mereka dapat menjalani proses pembelajaran yang lebih berkesan dan memberi makna kepada mereka. Jika tiada langsung tumpuan yang dapat diberikan oleh mereka, maka pengajaran saya pada hari tersebut tiada maknanya kepada mereka seterusnya menjadikan murid tidak berminat dengan subjek ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Tandatangan : Nama : Nama : Tarikh : Tarikh :