minggu 3refleksi

Upload: jayasri-devaraj

Post on 08-Mar-2016

215 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi pdp berbantukan komputer

TRANSCRIPT

REFLEKSIMINGGU 3Saya telah mempelajari tentang etika dan garis panduan dalam penggunaan komputer dan internet. Memang tidak dinafikan bahawa internet merupakan salah satu wahana yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Kita juga telah dikhabarkan mengenai banyak isu yang melibatkan penggunaan internet yang salah di sisi undang-undang.Hal ini demikian kerana tiada pendedahan tentang etika penggunaan internet yang baik dalam kalangan masyarakat kita. Melalui kuliah ini, saya telah mengetahui tentang pentingnya mengikut etika semasa menggunakan komputer dan juga internet. Saya telah dikenalkan dengan beberapa garis panduan yang betul semasa menggunakan internet. Sebagai seorang bakal guru, saya tidak akan melanggar etika dan juga garis panduan yang telah ditetapkan agar menjadi contoh ataupun teladan yang baik kepada murid- murid saya semasa saya d sekolah nanti.Saya juga telah menghasilkan brosur dan persembahan dalam power point sebagai amali saya. Saya telah mempelajari untuk menyiapkan brosur mengikut kreativiti saya sendiri dan saya melakukannya pertama kali dengan sendiri tanpa bantuan rakan- rakan saya. Ia menjadi satu kenangan manis dan saya tidak akan melupakan pengalaman yang telah saya peroleh dalam minggu ketiga ini.