minggu 17 kump5.docx

4
Minggu 17 Aktiviti 1: Kumpulan 5: Bincangkan apakah kesan (positif atau negatif) teknologi maklumat dan komunikasi kepada masyarakat kini. Kehadiran teknologi dalam pekerjaan dapat mengubah masyarakat supaya ia dapat menjadikan masyarakat lebih bermaklumat. Pada dahulu kala kita dapat melihat semua kerja dilakukan atau dibuat secara manual dan juga secara fizikal yang memerlukan tenaga manusia. Akan tetapi dengan kewujudan teknologi yang lebih canggih, semua kerja dapat dibuat atau dilakukan dengan baik berdasarkan bantuan teknologi; misalnya dengan satu klik sahaja pada tetikus (mouse), semua kerja dapat disiapkan. Dengan penggunaan teknologi dalam pekerjaan, kita boleh menjimatkan masa di mana proses perniagaan dapat disiapkan dalam beberapa minit sahaja dan juga dapat dikemaskinikan dalam masa yang singkat mengikut arus teknologi. Kemajuan teknologi sekarang dapat dilihat melalui penembusannya dalam setiap aspek kehidupan harian dari perniagaan hingga ke gaya hidup masyarakat. Kini, alat-alat komunikasi seperti komputer peribadi, telefon bimbit, mesin faks, e- mail dan internet bukan sahaja menjadi sebahagian daripada kehidupan kita, tetapi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Tujuan artikel ini ditulis juga adalah untuk memfokuskan impak teknologi dalam alam pekerjaan terhadap masyarakat. Antara impak positif teknologi adalah seperti globalisasi, komunikasi, dari sudut keberkesanan kos, mengurangkan jurang budaya, meluangkan lebih masa dan mencipta peluang pekerjaan yang baru. Globalisasi ini bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi – ekonomi di dunia ini untuk menjadi satu sistem yang bersifat saling bergantung antara satu sama lain.

Upload: yean-yap

Post on 03-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

edu-tugasan Mingguan 17

TRANSCRIPT

Page 1: Minggu 17 kump5.docx

Minggu 17 Aktiviti 1:

Kumpulan 5: Bincangkan apakah kesan (positif atau negatif) teknologi maklumat dan

komunikasi kepada masyarakat kini.

Kehadiran teknologi dalam pekerjaan dapat mengubah masyarakat supaya ia dapat

menjadikan masyarakat lebih bermaklumat. Pada dahulu kala kita dapat melihat semua

kerja dilakukan atau dibuat secara manual dan juga secara fizikal yang memerlukan tenaga

manusia. Akan tetapi dengan kewujudan teknologi yang lebih canggih, semua kerja dapat

dibuat atau dilakukan dengan baik berdasarkan bantuan teknologi; misalnya dengan satu

klik sahaja pada tetikus (mouse), semua kerja dapat disiapkan.

Dengan penggunaan teknologi dalam pekerjaan, kita boleh menjimatkan masa di

mana proses perniagaan dapat disiapkan dalam beberapa minit sahaja dan juga dapat

dikemaskinikan dalam masa yang singkat mengikut arus teknologi. Kemajuan teknologi

sekarang dapat dilihat melalui penembusannya dalam setiap aspek kehidupan harian dari

perniagaan hingga ke gaya hidup masyarakat. Kini, alat-alat komunikasi seperti komputer

peribadi, telefon bimbit, mesin faks, e-mail dan internet bukan sahaja menjadi sebahagian

daripada kehidupan kita, tetapi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia.

Tujuan artikel ini ditulis juga adalah untuk memfokuskan impak teknologi dalam alam

pekerjaan terhadap masyarakat.

Antara impak positif teknologi adalah seperti globalisasi, komunikasi, dari sudut

keberkesanan kos, mengurangkan jurang budaya, meluangkan lebih masa dan

mencipta peluang pekerjaan yang baru. Globalisasi ini bukan sahaja menunjukkan

perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi – ekonomi di dunia ini

untuk menjadi satu sistem yang bersifat saling bergantung antara satu sama lain.

Ini dapat dibuktikan lagi dengan berkongsi maklumat secara tepat dan efisien malah

ia dapat mengurangkan halangan-halangan dan sekatan geografi. Dunia kini dibangunkan

dalam “Global Village” dengan bantuan tenologi yang membolehkan negara – negara

kurang maju seperti Chile dan negara-negara maju seperti Jepun yang berbeza dari segi

jarak dan juga bahasa perantaraan yang berbeza untuk berkongsi idea dan informasi antara

satu sama lain.

Komunikasi pula, dengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah menjadi lebih

murah, cepat dan juga efisien. Sekarang kita dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja di

seluruh dunia dengan menghantar teks mesej atau pun dengan kiriman e-mail. Teknologi ini

juga membuka peluang untuk berhubung dari muka ke muka iaitu komunikasi secara terus

Page 2: Minggu 17 kump5.docx

dari bahagian – bahagian yang berbeza di seluruh dunia. Teknologi ini juga digunakan

dalam dunia pekerjaan melalui video conferencing yang membolehkan pengurus-pengurus

dari negara – negara lain untuk turut serta menghadiri mesyuarat.

Dari sudut keberkesanan kos, teknologi maklumat telah membolehkan semua proses

perniagaan dikomputerkan yang mana perniagaan tersebut mendapat pulangan yang tinggi

dengan menggunakan peralatan mesin – mesin yang berteknologi. Pada masa yang sama

ia juga dapat meningkatkan produktiviti yang mana meningkatkan keuntungan kepada

perniagaan.

Mengurangkan jurang budaya pula ialah yang mana teknologi maklumat telah

membantu mengurangkan jurang budaya dengan membantu masyarakat dari budaya yang

berbeza, berkomunikasi antara satu sama lain dan membolehkan pertukaran idea dan

pandangan dalam meningkatkan kesedaran dan mengurangkan prejudis.

Keupayaan untuk mencipta peluang pekerjaan juga merupakan antara kebaikan

utama yang mencipta peluang perniagaan yang baru dan menarik. Antara pekerjaan –

pekerjaan yang diwujudkan dengan kehadiran teknologi iaitu ‘Computer

Programmers’, ‘System Analyzers’,‘Hardware and Software Developers’dan ‘Web Designer’.

Walaupun di sini kita menghujahkan atau melihat teknologi memberikan kebaikan

dan kepuasan kepada semua pihak, tetapi jika dikaji secara mendalam terdapat juga

keburukan yang berselindung di sebaliknya. Antaranya ialah, kita boleh dapati iaitu hak

persendirian, budaya dominasi, kekurangan dalam keselamatan pekerjaan dan juga

pengangguran.

Hak persendirian ialah yang mana dengan kehadiran teknologi, proses komunikasi

menjadi lebih cepat, lebih mudah dan lebih selesa. Walau bagaimanapun ia juga

membangkitkan isu hak persendirian (privacy). Dalam dunia yang semakin maju ini,

masyarakat berasa risau apabila maklumat peribadi di dedahkan menjadi maklumat awam.

Ini kerana kemajuan teknologi ini membolehkan data – data persendirian yang disimpan

dalam komputer atau telefon bimbit dicerobohi oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab.

Dari pandangan dominasi budaya pula ialah walaupun teknologi maklumat

menjadikan dunia ini ‘Global Village’, ia juga menyebabkan berlakunya dominasi budaya

yang dianggap sebagai kelemahan atau keburukan yang paling dahsyat. Sebagai contoh

salah satu isu yang semakin dibangkitkan ialah pengaruh budaya U.S yang mana dapat

dilihat di negara kita, ramai remaja terikut dengan budaya barat. Kebanyakan remaja

sekarang terikut dengan gelagat, cara pemakaian dan mengikut gaya budaya barat.

Page 3: Minggu 17 kump5.docx

Di samping itu, Bahasa Inggeris juga dijadikan sebagai bahasa primer dalam

komunikasi perniagaan dan dalam semua aspek seperti pembelajaran dan sebagainya.

Dalam konteks pengangguran, teknologi telah menyebabkan berlakunya peningkatan dalam

pengangguran. Ini telah menyebabkan berlakunya ‘downsizing’ dan ‘outsourcing’.

Kebanyakan pekerja yang mahir dan separa mahir telah kehilangan pekerjaan dan secara

tidak langsung terjadinya pengangguran. Ini kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka

telah digantikan dengan penggunaan peralatan pemesinan yang lebih canggih.

Sebagai kesimpulannya, walaupun kita bersetuju dengan dakwaan bahawa teknologi

memberikan kebaikan kepada semua pihak, tetapi tanpa disedari ia juga telah memberikan

impak yang lebih besar kepada masyarakat.