min ya k sa wit be rp ot ensi di pa kis ta n - mpob.gov.my · sawit malays ia (mpo c). pa saran...

11
Minyak sawit berpotensi di Pakistan Oleh Mohd Fairus Mohd Hidzir [email protected] Karachi P engeluar minyak sawit ke- dua terbesar di dunia, Ma- laysia, mampu memenuhi kehendak industri minyak dan lemak Pakistan yang sedang pe- sat membangun. Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Dou- glas Uggah Embas, berkata mi- nyak sawit Malaysia adalah pi- lihan terbaik bagi memenuhi cita rasa dan kehendak pasaran Pa- kistan yang semakin meningkat. “Minyak sawit sesuai diguna- kan dalam pembuatan makanan dan bukan makanan. Oleh itu, minyak sawit Malaysia adalah pi- lihan terbaik buat Pakistan,” kata beliau semasa merasmikan Palm Oil Trade Fair and Seminar 2014 (POTS) di sini baru-baru ini. Seminar itu telah dianjurkan bersama oleh Lembaga Sawit Ma- laysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC). Pasaran utama sawit Datuk Amar Douglas Uggah Em- bas berkata penganjuran POTS Karachi 2014 adalah tepat pada masanya dan ia mencerminkan kepentingan Pakistan sebagai pa- saran utama bagi produk sawit Malaysia. Pakistan merupakan antara pengimport utama produk sawit Malaysia di rantau Asia Barat. Bagi tempoh Januari hingga No- vember 2013, jumlah importnya melebihi 1.4 juta tan. Ia juga me- rupakan negara pengimport ke- empat terbesar minyak sawit Ma- laysia selepas China, India dan Kesatuan Eropah.” “Tema POTS Karachi 2014 Meeting Pakistan’s Emerging Oils and Fats Diversity Through Malay- sia Palm Oil turut mencerminkan manfaat dan kelebihan minyak sawit Malaysia untuk memenuhi kepelbagaian penggunaan dan ke- perluan pasaran di Pakistan,” tam- bah beliau. MPOB dengan kerjasama MPOC telah menganjurkan POTS Karachi 2014 pada 16 hingga 17 Januari 2014. Seminar ini me- rupakan POTS kali ketiga di Pa- kistan selepas POTS 2007 and POTS 2011. Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu para peser- ta POTS Karachi 2014 bahawa Pakistan adalah pasaran penting bagi minyak sawit Malaysia dan beliau menggesa supaya diper- tingkatkan lagi kerjasama perda- gangan komoditi ini antara ke- dua negara. Layanan istimewa Beliau juga berkata Malaysia dan Pakistan juga telah menandata- ngani Perjanjian Perdagangan Be- bas (Free Trade Agreement - FTA) sejak tahun 2008, yang mana ke- dua-dua negara memberi laya- nan istimewa terhadap barangan import masing-masing. Beliau yakin hubungan per- dagangan antara dua negara ini akan dapat dipertingkatkan pada masa akan datang memandang- kan hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama. Semasa seminar, sebanyak 12 kertas kerja berkaitan pasaran, penggunaan, nutrisi sawit, struk- tur cukai minyak sawit mentah (MSM) dan kemudahan perban- kan bagi urus niaga minyak sawit telah dibentangkan oleh pence- ramah-penceramah dari Malay- sia, Pakistan, United Kingdom dan Jerman. Bentang kertas kerja Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May membentang ker- tas kerja berkaitan penyelidikan dan pembangunan (R&D) minyak sawit oleh MPOB, yang meliputi penggunaannya dalam sektor pembuatan makanan dan bukan makanan, nutrisi minyak sawit dan aktiviti-aktiviti MPOB Kara- chi bagi membangun dan me- ngukuhkan pasaran minyak sa- wit di Pakistan. Seramai 270 orang peserta me- nyertai seminar itu dan 14 buah syarikat menyertai pameran di samping pameran anjuran ber- sama MPOB dan MPOC. Syarikat pembuat vanaspati tempatan, Dalda Foods dan Felda Global Ventures dari Malaysia adalah penaja utama POTS Ka- rachi 2014. Seminar ini turut di- sokong oleh Pakistan Vanaspati Manufacturer Association (PV- MA), Pakistan Edible Oil Refiners Association (PEORA) dan Pakis- tan Soap Manufacturers Associa- tion (PSMA). Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Ko- moditi, Datuk M. Nagarajan, Pe- suruhjaya Tinggi Malaysia ke Pa- kistan, Dr Hasrul Sani Mujtabar, Pengerusi MPOC, Dato’ Lee Yeow Chor dan Ketua Pegawai Ekse- kutif MPOC, Tan Sri Dr Yusof Basiron. » Menteri mahu kerjasama perdagangan komoditi dua negara dipertingkat Minyak sawit sesuai digunakan dalam pembuatan makanan dan bukan makanan. Oleh itu, minyak sawit Malaysia adalah pilihan terbaik buat Pakistan" Datuk Amar Douglas Uggah Embas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi SABTU 8 FEBRUARI 2014 Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa menyampaikan ucapan perasmian POTS Karachi 2014. Turut kelihatan (duduk dari kiri) Pengerusi MPOC, Dato’ Lee Yeow Chor dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May.

Upload: vuongthu

Post on 06-May-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Min ya k sa wit be rp ot ensi di Pa kis ta n - mpob.gov.my · Sawit Malays ia (MPO C). Pa saran utama sawit Datuk Amar Douglas Ug gah Em-bas berk ata penganjuran PO TS Karachi 2014

Minyak sawit berpotensi di Pakistan

Oleh Mohd Fairus Mohd [email protected]

Karachi

Pengeluar minyak sawit ke-dua terbesar di dunia, Ma-laysia, mampu memenuhi

kehendak industri minyak danlemak Pakistan yang sedang pe-sat membangun.

Menteri Industri Perladangandan Komoditi, Datuk Amar Dou-glas Uggah Embas, berkata mi-nyak sawit Malaysia adalah pi-lihan terbaik bagi memenuhi citarasa dan kehendak pasaran Pa-kistan yang semakin meningkat.

“Minyak sawit sesuai diguna-kan dalam pembuatan makanandan bukan makanan. Oleh itu,minyak sawit Malaysia adalah pi-lihan terbaik buat Pakistan,” katabeliau semasa merasmikan PalmOil Trade Fair and Seminar 2014(POTS) di sini baru-baru ini.

Seminar itu telah dianjurkanbersama oleh Lembaga Sawit Ma-laysia (MPOB) dan Majlis MinyakSawit Malaysia (MPOC).

Pasaran utama sawitDatuk Amar Douglas Uggah Em-bas berkata penganjuran POTSKarachi 2014 adalah tepat padamasanya dan ia mencerminkankepentingan Pakistan sebagai pa-saran utama bagi produk sawitMalaysia.

Pakistan merupakan antarapengimport utama produk sawitMalaysia di rantau Asia Barat.Bagi tempoh Januari hingga No-vember 2013, jumlah importnyamelebihi 1.4 juta tan. Ia juga me-rupakan negara pengimport ke-empat terbesar minyak sawit Ma-laysia selepas China, India danKesatuan Eropah.”

“Tema POTS Karachi 2014Meeting Pakistan’s Emerging Oilsand Fats Diversity Through Malay-sia Palm Oil turut mencerminkanmanfaat dan kelebihan minyaksawit Malaysia untuk memenuhikepelbagaian penggunaan dan ke-perluan pasaran di Pakistan,” tam-bah beliau.

MPOB dengan kerjasama

MPOC telah menganjurkan POTSKarachi 2014 pada 16 hingga 17Januari 2014. Seminar ini me-rupakan POTS kali ketiga di Pa-kistan selepas POTS 2007 andPOTS 2011.

Datuk Amar Douglas UggahEmbas memberitahu para peser-ta POTS Karachi 2014 bahawaPakistan adalah pasaran pentingbagi minyak sawit Malaysia danbeliau menggesa supaya diper-tingkatkan lagi kerjasama perda-gangan komoditi ini antara ke-dua negara.

Layanan istimewaBeliau juga berkata Malaysia danPakistan juga telah menandata-ngani Perjanjian PerdaganganBe-bas (Free Trade Agreement - FTA)sejak tahun 2008, yang mana ke-dua-dua negara memberi laya-nan istimewa terhadap baranganimport masing-masing.

Beliau yakin hubungan per-dagangan antara dua negara ini

akan dapat dipertingkatkan padamasa akan datang memandang-kan hubungan baik yang terjalinsejak sekian lama.

Semasa seminar, sebanyak 12kertas kerja berkaitan pasaran,penggunaan, nutrisi sawit, struk-tur cukai minyak sawit mentah(MSM) dan kemudahan perban-kan bagi urus niaga minyak sawittelah dibentangkan oleh pence-ramah-penceramah dari Malay-sia, Pakistan, United Kingdomdan Jerman.

Bentang kertas kerjaKetua Pengarah MPOB, Datuk DrChoo YuenMaymembentang ker-tas kerja berkaitan penyelidikandanpembangunan (R&D)minyaksawit oleh MPOB, yang meliputipenggunaannya dalam sektorpembuatan makanan dan bukanmakanan, nutrisi minyak sawitdan aktiviti-aktiviti MPOB Kara-chi bagi membangun dan me-ngukuhkan pasaran minyak sa-

wit di Pakistan.Seramai 270 orang peserta me-

nyertai seminar itu dan 14 buahsyarikat menyertai pameran disamping pameran anjuran ber-sama MPOB dan MPOC.

Syarikat pembuat vanaspatitempatan, Dalda Foods dan FeldaGlobal Ventures dari Malaysiaadalah penaja utama POTS Ka-rachi 2014. Seminar ini turut di-sokong oleh Pakistan VanaspatiManufacturer Association (PV-MA), Pakistan Edible Oil RefinersAssociation (PEORA) dan Pakis-tan Soap Manufacturers Associa-tion (PSMA).

Turut hadir Timbalan KetuaSetiausaha (TKSU) KementerianPerusahaan Perladangan dan Ko-moditi, Datuk M. Nagarajan, Pe-suruhjaya Tinggi Malaysia ke Pa-kistan, Dr Hasrul Sani Mujtabar,Pengerusi MPOC, Dato’ Lee YeowChor dan Ketua Pegawai Ekse-kutif MPOC, Tan Sri Dr YusofBasiron.

» Menteri mahukerjasamaperdagangankomoditidua negaradipertingkat

Minyak sawitsesuai digunakandalam pembuatanmakanan danbukan makanan.Oleh itu, minyaksawit Malaysiaadalah pilihanterbaik buatPakistan"

Datuk Amar DouglasUggah EmbasMenteri PerusahaanPerladangan danKomoditi

SABTU 8 FEBRUARI 2014

Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasamenyampaikan ucapan perasmian POTS Karachi 2014. Turut kelihatan (duduk dari kiri) PengerusiMPOC, Dato’ Lee Yeow Chor dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May.

Page 2: Min ya k sa wit be rp ot ensi di Pa kis ta n - mpob.gov.my · Sawit Malays ia (MPO C). Pa saran utama sawit Datuk Amar Douglas Ug gah Em-bas berk ata penganjuran PO TS Karachi 2014

POTS pertama di Iran» Iran rakan dagangminyak sawitpenting Malaysia

MPOB tingkatkankesedaranmanfaatminyak sawitdi Pakistan, Iran

SABTU 8 FEBRUARI 20142

Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kiri) semasa majlis perasmian POTS 2014 di Tehran,Iran.

Industri sawit Malaysia mencatatkan prestasi stabil padatahun 2013. Pengeluaran minyak sawit, eksport, import

dan stokmenunjukkan prestasi lebih baik berbanding 2012di mana pengeluaran minyak sawit mentah dan eksportproduk sawit meningkat manakala import dan stok men-catatkan pengurangan. Harga produk sawit bagaimana-pun adalah lebih rendah.

Pengeluaranminyak sawitmentahmeningkat sebanyak 2.3peratus kepada 19.21 juta tan berbanding 18.79 juta tan padatahun 2012. Peningkatan ini disebabkan peningkatan pe-ngeluaran hasil buah tandan segar sebanyak 0.7 peratusberbanding tahun sebelumnya. Faktor lain turut menyum-bang kepada peningkatan hasil pengeluaran adalah per-tambahan keluasan yang mula mengeluarkan hasil buahsawit. Pengeluaran minyak sawit pada tahun 2013 adalahpengeluaran tertinggi dalam sejarah. Eksport minyak sawitmentah pula meningkat sebanyak 3.1 peratus kepada 18.12juta tan kesan penstrukturan duti eksport minyak sawit mentah yang bermulapada Januari 2013. Bekalan minyak sawit yang tinggi pada awal tahun memberikesan ke atas import dimana jumlah importminyak sawitmenurun sebanyak 60.1peratuskepada0.56 juta tanberbanding1.39 juta tan tahunsebelumnya.Kesandarieksport yang tinggi dan import yang lebih rendah, stok minyak sawit menurunsebanyak 24.4 peratus ke paras selesa pada akhir 2013, iaitu 1.99 juta tan.

Dari segi keluasan kawasan tanaman sawit, tahun 2013 mencapai 5.23 jutahektar, meningkat 3 peratus berbanding 5.08 juta hektar pada tahun 2012.Sarawak mencatat kenaikan terbesar sebanyak 7.9 peratus atau 84,660 hektar.Sabahmasih negeri yangmempunyai kawasan tanaman sawit terbesar, diikutiSarawak, masing-masing pada 1.48 juta hektar (28.2 peratus) dan 1.16 jutahektar (22.2 peratus) daripada keseluruhan kawasan tanaman di Malaysia.Semenanjung Malaysia pula mempunyai 2.59 juta hektar atau 49.6 peratusdaripada keseluruhan tanaman negara.

Purata hasil buah tandan segar direkodkan pada 19.02 tan sehektar,meningkat sebanyak 0.7 peratus berbanding 18.89 tan sehektar pada tahun2012. Hasil buah tandan segar adalah lebih tinggi bagi tempoh Januarisehingga Mei 2013 berbanding tempoh sama tahun 2012. Keadaan iniberikutan kesan hasil pengeluaran buah sawit yang pulih, bermula padasetengah tahun kedua 2012. Prestasi kadar perahan minyak (OER) pulamencapai 20.25 peratus, menurun sebanyak 0.5 peratus berbanding 20.35peratus pada tahun 2012, berikutan kesan kadar penerimaan hujan yangtinggi serta cuaca yang panas dan kering yang berlaku pada setengah tahunpertama 2013. Pertambahan pengeluaran buah sawit dari pokok muda yangmula mengeluarkan hasil juga memberi kesan terhadap OER .

Jumlah eksport produk minyak sawit yang terdiri daripada minyak sawit,minyak isirung sawit, dedak isirung sawit, oleokimia, biodiesel dan produksawit meningkat sebanyak 4.4 peratus atau 1.07 juta tan kepada 25.66 juta tanpada tahun 2013 berbanding 24.59 juta tan pada tahun 2012. Jumlahpendapatan eksport, bagaimanapun menurun sebanyak 14.2 peratus atauRM10.16 bilion kepada RM61.29 bilion berbanding RM71.45 bilion pada tahun2012. Keadaan ini disebabkan oleh harga eksport bagi semua produk sawityang lebih rendah.

Eksport minyak sawit juga meningkat sebanyak 3.1 peratus kepada 18.12juta tan pada tahun 2013 berbanding 17.58 juta tan pada tahun sebelumnya.Antara sebab utama ialah eksport produk sawit yang meningkat berikutanpermintaan kukuh dari pasaran eksport utama Malaysia iaitu China, Bang-ladesh, Kesatuan Eropah dan Pakistan. China terus mengekalkan kedu-dukannya sebagai pasaran eksport minyak sawit terbesar sejak tahun 2002dengan jumlah eksport sebanyak 3.70 juta tan (20.4 peratus) daripada jumlahkeseluruhan eksport minyak sawit pada tahun 2013. Ini diikuti oleh KesatuanEropah (EU) 2.34 juta tan (12.9 peratus), India 2.33 juta tan (12.9 peratus),Pakistan 1.43 juta tan (7.9 peratus), Amerika Syarikat 1.01 juta tan (5.6 peratus),Iran 0.64 juta tan (3.5 peratus) dan Jepun 0.50 juta tan (2.8 peratus).

Pada tahun 2013, semua harga produk sawit menunjukkan kemerosotanberbanding tahun 2012. Harga purata minyak sawit mentah adalah RM2,371satu tan, kurang sebanyak RM393 atau 14.1 peratus berbanding RM2,764 satutan pada tahun sebelumnya. Bagaimanapun, harga purata bulanan me-nunjukkan trend yang kukuh iaitu dari RM 2,221 satu tan pada bulan Januarikepada RM2,574 satu tan pada bulan Disember 2013. Program tanam semuladan biodiesel yang dilaksanakan kerajaan juga menyumbang kepada pe-ngukuhan harga minyak sawit. Berpandukan OER nasional sebanyak 20peratus, harga purata buah tandan segar pula, pada tahun 2013 adalah RM485satu tan berbanding RM615 satu tan pada tahun sebelumnya.

Harga purata isirung sawit pada tahun 2013, menurun sebanyak RM151atau 9.9 peratus kepada RM1,371.50 satu tan daripada RM1,522.50 satu tanpada tahun 2012. Harga minyak isirung sawit mentah menurun sebanyakRM590 atau 18.2 peratus kepada RM2,659.50 satu tan, turun dari RM3,245.50satu tan pada tahun sebelumnya. Ini sejajar harga minyak laurik yang lemahdi pasaran dunia pada tahun 2013.

Kesimpulannya, walaupun eksport minyak sawit meningkat pada tahun2013, nilai eksport minyak sawit menurun. Bagaimanapun, pelbagai programtelah dan sedang dilaksanakan secara berterusan kerajaan termasuk programtanam semula pokok sawit tua, penggunaan biodiesel di seluruh negara padatahun 2014 dan pelbagai programdigariskan di bawahNKEA Sawit sejak tahun2010, untuk memperkukuhkan harga dan memajukan industri sawit negara.Kerjasama erat dan berterusan antara Kerajaan, MPOB dan industri sawitsendiri, amat penting demi mengekalkan industri sawit sebagai penerajuekonomi negara. – [email protected]

Oleh M Fairus Mohd [email protected]

Tehran

Buat julung kalinya, Malaysian-IranPalm Oil Trade and Seminar (POTS)telah diadakan di sini pada 20 Januari

2014, anjuran bersama Lembaga Minyak Sa-witMalaysia (MPOB) danMajlisMinyak SawitMalaysia (MPOC) dengan kerjasama IranianVegetable Oil Industry Association (IVOIA).

Perasmian POTS Iran 2014 telah disem-purnakan oleh Menteri Perusahaan Per-ladangan dan Komoditi, Malaysia, YB DatukAmar Douglas Uggah Embas.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas se-masa ucapan perasmian berkata Iran me-rupakan pasaran penting bagi minyak sawitMalaysia dan berpotensi untuk terus ber-kembang.

Beliau menggesa supaya kerjasama per-dagangan antara kedua negara melibatkanminyak sawit dan produk berkaitannya di-pertingkatkan.

“Pada Januari hingga November 2013,jumlah import minyak sawit Iran melebihi670,000 tan, iaitu meningkat hampir 29peratus berbanding dengan tempuh yangsama tahun 2012.

”Peningkatan itu membuktikan Iran te-lah menjadi rakan dagangan minyak sawitpenting bagi Malaysia walaupun negara iniberdepan dengan pelbagai sekatan oleh Per-tubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Ame-rika Syarikat, ” katanya.

Penuhi permintaan“Tema POTS Iran 2014 iaitu Meeting Iranian

Emerging Oils and Fats Diversity ThroughMalaysian Palm Oil menggambarkan kele-bihan minyak sawit Malaysia untuk me-menuhi permintaan dan keperluan pasarandi Iran.”

Minyak sawit Malaysia digunakan dalamsektor pembuatanmakanan dan bukanma-kanan. Minyak sawit menjadi pilihan ter-baik dan memenuhi kehendak pasaranyang meningkat di Iran.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas ber-kata penganjuran POTS Iran 2014 ini adalahstrategi yang tepat pada masanya untukmengembang dan mengukuhkan pasarandan dagangan minyak sawit di negara ini.

Tujuh kertas kerja berkaitan pasaran,penggunaan minyak sawit dan produk ber-asaskan komoditi itu serta nutrisi minyaksawit telah dibentangkan oleh penceramahdari Malaysia, Iran, United Kingdom danGerman.

Timbalan Ketua Pengarah MPOB, Dr Ah-mad Kushairi Dinmembentang Kertas kerjaberkaitan penyelidikan dan pembangunan(R&D) minyak sawit oleh MPOB.

Seramai 250 orang peserta menghadiriseminar dan 18 buah syarikat tempatan danMalaysia termasuk MPOB dan MPOC me-nyertai pameran.

Syarikat pengeksport produk sawit Ma-laysia iaitu ASFAR Holding Sdn Bhd adalahpenaja perak (silver sponsor) untuk POTSIran 2014 manakala syarikat Hovid Berhaddan Muhibah Palm Products Sdn Bhd me-rupakan rakan (partner) POTS Iran 2014.

Turut hadir Presiden IVOIA, Mr Moham-mad Ghebleh, Pengerusi MPOC, Dato’ LeeYeowChor, DutaMalaysia ke Iran,MohamadSadik Kethergany, Timbalan Ketua Setia-usaha, Kementerian Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi (MPIC) M. Nagarajan,Timbalan Ketua PengarahMPOB, Dr AhmadKushairi Din dan Ketua Pegawai EksekutifMPOC, Tan Sri Dr Yusof Basiron.

Ucapan penutup POTS Iran 2014 telahdisampaikan oleh Timbalan Ketua Penga-rah MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din.

Oleh Mohd Fairus Mohd [email protected]

Karachi: Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) telah memperhebatkan langkah me-ningkatkan kesedaran terhadap kegunaanminyak sawit di Pakistan dan Iran.

Dengan kerjasama pengusaha dan pe-ngilang minyak sawit di kedua negara itu,

Lihat muka 4

Page 3: Min ya k sa wit be rp ot ensi di Pa kis ta n - mpob.gov.my · Sawit Malays ia (MPO C). Pa saran utama sawit Datuk Amar Douglas Ug gah Em-bas berk ata penganjuran PO TS Karachi 2014

Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama timbalannya, Dato’ Noriah Kasnon (kiri) dan KetuaSetiausaha MPIC, Datuk Seri Nurmala Abdul Rahim (tiga dari kiri) semasa Perhimpunan BulananKementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).

MPIC giatkan usaha capai KPI» Pastikan halatuju, beberapakey focus areasyang akandilaksanakan

Oleh Che Johari [email protected]

Putrajaya

Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi(MPIC) akan terus mem-

pergiat pelaksanaan programdan aktiviti sedia ada untuk me-mastikan pencapaian sasaran Pe-tunjuk Prestasi Utama (Key Per-formance Indicators) (KPI) yangditetapkan di bawah Bidang Ke-berhasilan Utama Kementerian(Ministerial Key Result Area)(MKRA) dan Bidang Ekonomi Uta-ma Negara (NKEA) pada tahun2014.

Menteri Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi, Datuk AmarDouglas Uggah Embas, berkatademikian semasa berucap sem-pena Majlis Perhimpunan Bula-nan Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi(MPIC), Bilangan 1/2014 di sini,baru baru ini.

Katanya, beliau sendiri bersa-ma pegawai kanan Kementeriandan Ketua Pengarah Agensi akanmemastikan hala tuju dan be-berapa key focus areas yang akandilaksanakan, iaitu;

l Penyediaan dokumen Ran-cangan Malaysia Kesebelas (2014-2020) yang mana tumpuan akandiberikan kepada aspek rantaiannilai, produktiviti, pelaburan, pe-nyelidikan dan pembangunan,inovasi, modal insan dan penyer-taan Bumiputera.

l Mempergiatkan usaha pe-nyelidikan dan pembangunan kearah peningkatan produktivitisektor komoditi dengan sasaran:

i) Meningkatkan kadar pera-han minyak (oil extraction rate)

(OER) ke paras 23 peratus.ii) Meningkatkan kadar hasil

tandan buah segar (fresh fruitbunches) (FFB) ke paras 26 tansehektar setahun.

iii) Meningkatkan pengeluaranlada ke paras 6 tan sehektar se-tahun.

iv) Meningkatkan pengeluaranhasil getah ke paras 2 tan se-hektar setahun.

v) Meningkatkan pengeluarankoko ke paras 1.5 tan sehektarsetahun.

l Mengkaji semula Dasar Ko-moditi Negara (DKN) dengan pe-nekanan kepada 5 Teras Strategikiaitu;

i) Melestarikan industri per-ladangan dan komoditi.

ii) Meningkatkan imej sektorkomoditi negara.

iii) Mengukuh dan mengem-bangkan pasaran domestik danantarabangsa.

iv) Memperkasa dan mening-katkan daya saing pengusaha ko-moditi; dan

v) Memperkukuh kerangkainstitusi dan sistem penyampa-ian perkhidmatan.

l Meneruskan pelaksanaanprojek EPP di bawah NKEA Sawitdan Getah agar sasaran Penda-patan Negara Kasar (GNI) seba-nyak RM178 bilion bagi sawit danRM52.9 bilion bagi getah men-jelang tahun 2020 dapat dicapai.

l Merangka dan memperke-maskan pelan tindakan pelaksa-

naan Dasar Perindustrian Perka-yuan Malaysia 2009-2020 (NATIP)bagi memajukan industri kayu-kayan negara dan mencapai sa-saran eksport RM53 bilion men-jelang tahun 2020.

l Melaksanakan Program B5,iaitu adunan bio bahan api sawit(5 peratus) dengan diesel petr-oleum (95 peratus) di seluruhnegara mulai Julai 2014 dengansasaran penggunaan minyak sa-wit sebanyak 500,000 tan setahundi samping mengkaji kemungki-nan menaikkan kadar adunanmelebihi tahap 5 peratus.

Harga kembali kukuhDouglas berkata, beliau optimissektor komoditi negara akan te-rus mencapai kejayaan tahun2014. Sudah ada tanda harga be-berapa komoditi seperti sawitkembali kukuh menjelang sukukeempat tahun 2013 danmomen-tum ini diharapkan akan ber-terusan pada tahun 2014.

“Harga komoditi lain sepertigetah, koko dan lada juga dira-malkan akan meningkat pada ta-hun 2014,” katanya.

Turut hadir pada majlis ber-kenaan adalah, Timbalannya, Da-to’ Noriah Kasnon; Ketua Setia-usaha MPIC, Datuk Seri NurmalaAbdul Rahim; Ketua PengarahMPOB, Datuk Dr Choo Yuen Maydan Ketua-ketua Pengarah agen-si.

Kerajaan laksana langkahkembangkan industri sawitOleh Ahmad Fadzil [email protected]

Kuala Lumpur: Industri sawit, sa-tu sektor utama dalam menjanapertumbuhan ekonomi negaradan juga tunjang ekonomi luarbandar, akan sentiasa dipupukoleh kerajaan agar ianya terusberkembang.

Menteri Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi, Datuk SeriDouglas Uggah Embas, berkatakerajaan akan sentiasa memper-kenalkan langkah sewajarnya un-tuk menyokong sektor huluandan hiliran industri sawit nega-ra.

Kerajaan melaksanakan stra-tegi termasuk menyemak semulastruktur cukai eksport minyak sa-wit danmenyediakan inisiatif ba-gi sektor biodiesel bagi meman-tapkan lagi industri sawit negaradan mewujudkan persekitaranyang lebih kondusif di sektor ber-kenaan.

“Untuk menjaga tahap persa-

ingan produk minyak sawit yangdiproses, kerajaan melaksanakanstruktur baru cukai eksport mi-nyak sawit mentah (MSM) ber-kuatkuasa 1 Januari 2013, agarindustri minyak sawit Malaysia,terutama mereka di sektor hi-liran, dapat bersaing secara adil,”katanya di dalam ucapan pelan-caran Palm Oil Economic Reviewand Outlook Seminar 2014 yangberlangsung di sini, baru-baruini.

Teks ucapan beliau disampai-kan Timbalannya, Dato’ NoriahKasnon. Turut hadir, PengerusiMPOB, Dato’ Ar Wan MohammadKhair-il Anuar Wan Ahmad; Ke-tua Setiausaha, Kementerian Pe-rusahaan Perladangan dan Ko-moditi (MPIC), Datuk Seri Nur-mala Abd Rahim dan KetuaPengarah MPOB, Datuk Dr ChooYuen May.

“Dengan pelaksanaan strukturbaru cukai eksport MSM ini, eks-port minyak sawit negara mem-pamerkan peningkatan, teruta-manya minyak sawit diproses,”tambah beliau.

Eksport negara bagi minyaksawit yang diproses meningkat9.4 peratus kepada 14.1 juta tanpada tahun 2013 berbanding de-ngan 12.9 juta tan pada tahun2012.

Sebagai strategi mengawal pe-ngeluaran MSM dan harga mi-nyak sawit lebih stabil, kerajaanakan terus dengan pelaksanaanprogramB5 untukmenggalakkanpenggunaan diesel berasaskansawit di negara ini.

Program B5Program B5 kini dilaksanakan diwilayah tengah dan selatan Se-menanjung Malaysia dan ia akandikembangkan sepenuhnya ke se-luruh negara tahun ini.

Menteri juga turut mengu-mumkan bahawa Kerajaan akanmenguatkuasakan satu skim per-sijilan berasaskan piawaian Ma-laysia untuk menjenamakan mi-nyak sawit Malaysia sebagaimampan dan sihat.

“Saya optimis dengan pelak-sanaan skim persijilan dan ini-siatif penjenamaan bagi minyak

sawit Malaysia, kita bukan hanyaboleh membezakan sumber mi-nyak sawit di pasaran global, te-tapi turut menarik premium un-tuk minyak sawit kita,” katanya.

Usaha ini juga akan membo-lehkan kita menangani beberapaisu berkaitan kemampanan yangtelahdibincangkandalampasaranimport utama,” tambah beliau.

Datuk Amar Douglas UggahEmbas juga memperingatkan pe-serta seminar bahawa kempenmenentangminyak sawit oleh ba-dan bukan kerajaan Barat mung-kin menjejaskan potensi permin-taan bagi komoditi itu daripadapasaran tradisi dan baru.

Bagaimanapun, beliau berka-ta, sektor itu patut mengambilperkara ini sebagai satu cabaranuntuk menggandakan usaha un-

tuk menyangkal dakwaan mere-ka yang terbabit.

"Ingatlah bahawa di sebaliktanggapan dan propaganda ber-terusan itu, minyak sawit kekalsebagai minyak sayuran yang pa-ling banyak digunakan dalam in-dustri makanan di seluruh du-nia." tambah beliau.

Sementara itu, PengerusiMPOB, Dato’ Ar Wan MohammadKhair-il Anuar Wan Ahmad, ber-kata seminar berkenaan berjayamenyediakan platformuntukwa-kil-wakil industri berbincang danberkongsi pengetahuan menge-nai isu sektor sawit.

Beliau juga berkata, MPOBme-lalui perkhidmatannya, memain-kan peranan penting dalam me-ningkatkan industri sawit nega-ra.

Dato’ Noriah berucap semasa perasmian Palm Oil Economic Reviewand Outlook Seminar, baru-baru ini.

38 FEBRUARI 2014 SABTU

Page 4: Min ya k sa wit be rp ot ensi di Pa kis ta n - mpob.gov.my · Sawit Malays ia (MPO C). Pa saran utama sawit Datuk Amar Douglas Ug gah Em-bas berk ata penganjuran PO TS Karachi 2014

SABTU 8 FEBRUARI 20144

Prestasi industri sawitdijangka meningkat 2014

MPOB tawar kepakarantisu kultur kepada FELCRA

SABTU 8 FEBRUARI 20144

Sebar maklumatminyak sawitsecara meluas

MPOB telah menterjemahkan buku mak-lumat berkaitan minyak sawit dan ke-gunaaannya (Pocketbook onPalmOil Uses)ke dalam bahasa Urdu dan Parsi.Buku berkenaan dilancarkan oleh Men-

teri Perusahaan Perladangan dan Komo-diti, Datuk Amar Douglas Uggah Embassemasa perasmian Palm Oil Trade Fair andSeminar (POTS) di Karachi, Pakistan danTehran, Iran baru baru ini.Datuk Amar Douglas Uggah Embas se-

masa berucap merasmikan POTS Pakistandan Iran 2014 berkata maklumat tepatberkaitan minyak sawit Malaysia perludisebar secara meluas supaya penggunadapat memahami kelebihan dan faedahpenggunaan minyak sawit.“Usaha menterjemah dan menerbitkan

buku kegunaan minyak sawit berbahasaUrdu dan Parsi adalah langkah yang tepatpada masanya memandangkan Pakistandan Iran adalah dua negara pasaran uta-ma minyak sawit Malaysia.”Penterjemahan MPOB Pocketbook on

Palm Oil Uses ke dalam bahasa Urdudilakukan oleh MPOB Karachi dengan ker-jasama Pakistan Standards and QualityControl Authority (PSQCA), Pakistan Va-naspati Manufacturers Association (PV-MA) dan Pakistan Edible Oil Refiners Asso-ciation (PEORA). Manakala penterjema-han kepada bahasa Parsi pula adalahdengan kerjasama Iranian Vegetable OilIndustry Association (IVOIA).Penyebaran maklumat dalam kedua-

dua bahasa ini dijangka berupaya me-ningkatkan kefahamandanmenarik peng-guna di Pakistan dan Iran mengguna mi-nyak sawit Malaysia.Penggunaan bahasa Parsi yang men-

dominasi hampir keseluruhan urusan ha-rian di Iran dan penyebaran maklumatdalam bahasa Parsi ini akan memboleh-kan maklumat berkaitan minyak sawitMalaysia dapat disampaikan dengan lebihberkesan kepada komuniti yang meng-gunakan bahasa Parsi terutamanya diIran.

Dari muka 2

Datuk Dr Choo Yuen May dan, Datuk Bung Moktar bertukar dokumen perjanjian persefahamanantara MPOB dan FELCRA mengenai pemindahan teknologi kultur tisu sawit. Turut kelihatanPengerusi MPOB, Dato’ Ar Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (tengah).

Oleh Dr Ahmad [email protected]

Bangi

LembagaMinyak Sawit Malay-sia (MPOB) dan Felcra Berhadtelahmenandatangani Perjan-jian Persefahaman (MoU) Pe-mindahanTeknologi Kultur Ti-su bagi penubuhan makmalkultur tisu untuk pengeluaranbaka klon sawit.

Pada majlis itu, MPOB di-wakili oleh Ketua Pengarah,Datuk Dr Choo Yuen May, ma-nakala Felcra diwakili oleh Ke-tua Pegawai Eksekutif, Dato'Haji Ramlee Abu Bakar. Majlistelah disaksikan oleh Penge-rusi MPOB, Dato’ Ar Wan Mo-hammad Khair-il Anuar WanAhmad, serta Pengerusi FelcraBerhad, Datuk Bung MoktarRadin.

Semasa menyampaikanucapan aluan, Dato Ar WanMohammad Khair-il Anuar,berkata penanaman denganbaka klon sawit adalah pen-dekatan strategik untuk me-ningkatkan produktiviti sawitmelalui peningkatan hasilbuah tandan segar (BTS).

Katanya, pembiakan sawitsecara konvensional dari bijibenihmerupakan asas kepada

proses genetik jangka panjang.Kepelbagaian genetik yang be-sar boleh dieksploitasi dalamkacukan terpilih.

“Kultur tisu membolehkanpengeluaran klon sawit ber-skala besar melalui baka sawitterpilih yang berhasil tinggi de-ngan menggunakan teknologitrek pantas yang dibangunkanoleh MPOB. Pada masa ini ter-dapat 13 makmal komersial diseluruh negara yang mengha-silkan klon sawit. Enam da-ripadanya adalah secara usa-hasama dengan MPOB.”

Tingkat klon sawit“Kita mahu meningkatkan pe-ngeluaran klon sawit bagi ke-gunaan ladang dan pekebunkecil sawit. Pada masa kini,pengeluaran sebanyak lima ju-ta ramet bagi menghasilkanklon sawit setiap tahun adalahmasih tidak mencukupi,” ka-tanya.

Dato’ Ar Wan MohammadKhair-il Anuar menegaskanperjanjian dengan Felcra Ber-had merupakan komitmenMPOB dalam membantu pi-hak industri untuk menubuhmakmal kultur tisu dan me-ningkatkan pengeluaran klonsawit.

“Di bawah kerjasama yangdimeterai, MPOB akan menye-dia kepakaran bagi latihanmenghasilkan kultur tisu sa-wit dan perkhidmatan rundi-ngan kepada felcra Berhad ba-gi penubuhan makmal kulturtisu sawit.”

Beliau juga menyaran su-paya industri turut memain-kan peranan bagi mengem-bangkan kemudahan kultur ti-s u s e d i a a d a u n t u kmeningkatkan pengeluaranklon sawit dan sekali gus ber-upaya merealisasikan sasaranbagi menghasilkan 26.2 tanBTS sehektar setahun pada ta-

hun 2020.Tegasnya, penglibatan pi-

hak industri termasuk FelcraBerhad manfaatkan penggu-naan teknologi baru yang di-bangunkan oleh MPOB adalahtepat pada masanya.

Menghasilkan klon sawitberkualiti akanmeningkatkanproduktiviti dan menyum-bang kepada pencapaian sa-saran sebagai negara berpen-dapatan tinggi menjelang ta-hun 2020, tambah beliau.

“Melalui MoU dengan pihakFELCRA Berhad ini membuk-tikan bahawa bahan tanamanklon semakin mendapat per-hatian dari pihak industri. Pe-ngalaman dan kepakaran didalam bidang ini akan terus disalurkan untukmeningkatkanlagi pengeluaran bahan tana-man bermutu tinggi seterus-nya meningkatkan lagi penge-luaran minyak sawit negara,”katanya

Oleh Ahmad Fadzil [email protected]

Kuala Lumpur: Industri sawitMa-laysia dijangka mempamerkanprestasi yang lebih baik tahun iniberbanding tahun sebelumnyaberikutan pemulihan dalam per-mintaan dan penggunaan komo-diti itu.

Ketua Pengarah Lembaga Sa-wit Malaysia (MPOB), Datuk DrChoo Yuen May, berkata eksportminyak sawit tahun ini dijangka

meningkat kepada 18.5 juta tanberbanding dengan 18.12 juta tanpada tahun 2013.

“Harga minyak sawit mentah(MSM) yang lebih stabil pada ta-hun 2014 akan membantu me-ningkatkan permintaan daripa-da pasaran utama seperti Chinadan India,” kata beliau semasamembentangkan kertas kerja diPalm Oil Economic Review andOutlook Seminar 2014 yang ber-langsung di sini, baru-baru ini.

Seminar tahunan itu dianjur-kan MPOB dan membabitkanpenyertaan wakil-wakil daripa-

da industri sawit tempatan ser-ta pegawai kanan kerajaan.

Tingkat daya saingDatuk Dr Choo berkata, Kemen-terian Perusahaan Perladangandan Komoditi (MPIC) serta MPOBakan sentiasa mengawasi per-kembangan industri dan akanmengambil tindakan sewajarnyadalam usaha meningkatkan dayasaing sektor berkenaan.

Antara langkah yang diambiluntuk memperhebatkan lagi in-dustri sawit adalah menggalak-kan aktiviti penanaman semula;

melaksanakan program biodie-sel; memantapkan pasaran sediaada sambilmeneroka pasaran ba-ru; dan menggalakkan pengelua-ran produk baru berasaskan mi-nyak sawit.

Dari segi pengeluaran, industrisawit Malaysia dijangka menge-luarkan 19.5 juta tan MSM tahunini berbanding 19.21 juta tanMSM pada tahun 2013.

Peningkatan ini berikutan pe-mulihan di dalam penghasilanbuah tandan segar (FFB) disertaidengan peningkatan dalam ka-wasan matang ladang sawit. Na-mun begitu, ini tertakluk ke-pada keadaan cuaca semasa.

Kawasan matang sawit dijang-ka meningkat kepada 4.71 jutahektar sementara kawasan tidakmatang kepada 0.74 juta hektaruntuk tahun 2014. Pada tahun2013, kawasan matang sawit ada-lah 4.53 juta hektar dan tidak

matang pada 0.7 juta hektar.Datuk Dr Choo juga berkata,

selepas mengambil kira potensitahap pengeluaran yang baik ser-ta permintaan eksport yangmenggalakkan, stokminyak sawitdijangka berada di antara 1.6 jutatan dan 1.8 juta tan pada peng-hujung tahun ini.

Harga lebih baikDari segi harga, MSM dijangkamempamerkan harga yang baikuntuk tahun 2014 berikutan pe-ningkatan permintaan daripadanegara pengimpot utama. Un-juran ini disokong oleh faktordiskaun harga yang dinikmatioleh MSM berbanding denganminyak soya dan sesawi.

Namun begitu, kadar diskaunini dijangka akan berkuranganpada tahun ini. Pada tahun 2013,harga purata MSM adalahRM2,371 setiap tan.

» Penanamandengan bakaklon sawitlangkah tingkatproduktiviti

Page 5: Min ya k sa wit be rp ot ensi di Pa kis ta n - mpob.gov.my · Sawit Malays ia (MPO C). Pa saran utama sawit Datuk Amar Douglas Ug gah Em-bas berk ata penganjuran PO TS Karachi 2014

31 delegasi Tuai RumahSibuti, Miri lawat MPOBOleh Che Johari [email protected]

Bangi: Seramai 31 delegasi me-wakili Persatuan Tuai Rumah Si-buti, Miri, Sarawak melakukankunjungan ke Ibu Pejabat MPOBbagi mendapatkan maklumatmengenai perkembangan terkiniindustri dan peranan MPOB da-lam memajukan industri minyaksawit negara baru baru ini.

Delegasi diketuai Ahli Parli-men Sibuti, Haji AhmadLaiUjangdisambut oleh Timbalan KetuaPengarah (Perkhidmatan), Ah-mad Sidek Stroo, mewakili KetuaPengarah MPOB, Datuk Dr ChooYuen May yang menghadiri tu-gasan lain di Kementerian Pe-rusahaan Perladangan dan Ko-moditi (MPIC) di Putrajaya.

Ahmad Sidek sewaktu me-nyampaikan ucapan alu-aluan-nya berkata, pihak MPOB amatberbesar hati dan merakamkanucapan terima kasih kepada de-legasi yang melakukan kunju-ngan ke pejabat MPOB.

Katanya, sektor perladangansawit berkembang pesat dengankeluasan tanaman mencecah5.08 juta hektar dan antara tung-gak sektor pertanian negara.

“Perancangan strategik Kera-jaan dan pembabitan semua pi-hak memajukan industri sawitmenyumbang kepada pemba-

ngunan ekonomi, menjana pen-dapatan eksport negara dan me-wujudkan peluang pekerjaan ke-pada rakyat.

Peranan R&D“Perkembangan pesat keluasankawasan tanaman dan kemajuanindustri sawit negara termasuk diSarawak turut disumbangkanoleh peranan penyelidikan danpembangunan (R&D) serta per-khidmatan yang dilaksanakanMPOB,” katanya.

Beliau berkata, usaha mema-jukan industri sawit juga mem-babitkan pembangunan sektorpekebun kecil yang turut berpe-ranan menyumbang kepada pe

ngeluaran minyak sawit negara.“Selain khidmat nasihat ber-

kaitan penanaman sawit kepadapekebun kecil oleh Pegawai TU-NAS, MPOB juga berperanan me-nyalurkan bantuan kepada pe-kebun ini melalui Skim TanamBaru dan Skim Tanam Semuladengan bantuan sebanyakRM9,000 sehektar kepada merekayang layak.

“R&D yang dijalankan MPOBmenghasilkan teknologi dan pro-duk baru yang diguna pakai in-dustri dan ditawarkan untukpengkomersialan kepada usaha-wan tempatan dan pengusahaIndustri Kecil dan Sederhana(IKS),” katanya.

Ahli Parlimen Kawasan Sibuti, YB Ahmad Lai Ujang (tengah) dandelegasi mendengar taklimat perkembangan terkini industri sawitnegara daripada Ketua Unit Protein dan Teknologi Makanan MPOB, DrMiskandar Mat Sahri (kanan) semasa melawat MPOB. Turut kelihatanAhmad Sidek Stroo (kiri)

58 FEBRUARI 2014 SABTU

Oleh Dr Mohd Hefni [email protected]

Bangi

Lembaga Minyak Sawit Ma-laysia (MPOB) dan Persatu-an Penanam Malaysia Ti-

mur (EMPA) mengadakan forummembincangkan isu berkaitanindustri sawit terutama memba-bitkan industri sawit di Sabah, disini, baru baru ini.

Forum dianjurkan MPOB itudisertai 33 peserta terdiri dari-pada ahli-ahli EMPA Sabah yangdiketuai Timbalan Pengerusi EM-PA, Anthony John Wong dan pe-gawai MPOB. Ia dipengerusikanKetua Pengarah MPOB, Datuk DrChoo Yuen May.

Datuk Dr Choo Yuen May ber-kata, forum MPOB-EMPA 2014adalah platformyang terbaik bagimembincangkan isu yang diha-dapi industri sawit yang berkai-tan secara langsung dengan EM-PA selain membincangkan sena-r io semasa industr i sawittempatan dan global.

Katanya, ia juga adalahmedanuntuk mencari jalan penyelesa-ian dan bertukar pandangan me-ngenai masalah yang dihadapiindustri sawit terutama di Sabahdan Sarawak.

“Ia juga memberi peluang ke-pada MPOB dan EMPA untuk ber-tukar maklumat dan berkongsi

idea mengenai penemuan barupenyelidikan atau perkemba-ngan terbaru dalam industri sa-wit,” katanya.

Lapan isu dibincangSemasa perbincangan, sebanyak la-pan isu dibincangkan iaitu keja-tuhan harga minyak sawit mentah(MSM) dan buah tandan segar(BTS); kadar diskaun harga MSMkilang penapis kepada kilang sawit;kemudahan penyimpanan untukMSM di Sabah dan pelaksanaanpenggunaan biodiesel di Sabah.

Selain itu, isu penguatkuasaanhad pelepasan ke dalam sungaisebanyak 20ppm Biological

Oxygen Demand (BOD) oleh Ja-batan Alam Sekitar (JAS) ke ataskilang sawit, penyakit Ganoder-ma, penggunaan mekanisasi diladang sawit dan pelaksanaanpenggredan buah tandan segarturut dibincangkan.

MPOB menjelaskan, walau-pun terdapat kilang di Sabahme-rekodkan kadar penggunaan me-lebihi 80 peratus kapasiti pe-ny impanan minyak sawi tmentah, keadaan ini didapati ti-dak kritikal kerana terdapat ki-lang lain di kawasan itu yangpenggunaan kapasitinya di ba-wah 50 peratus.

Namun begitu, MPOB akan

melakukan kajian lanjut terha-dap kawasan penanaman baru diSabah.

Anthony John Wong, menca-dangkan kemudahan penyimpa-nan tambahan baru dibuat dikawasan seperti Kunak, Marudu,Kudat, Kimanis, Beaufort dan Ke-ningau di Sabah.

EMPA juga dimaklumkan prog-ram Biodiesel B5 akan dilaksa-nakan di Sabah pada penghujungtahun 2014. MPOB menjelaskanakan terus berbincang dengan pi-hak berkuasa tempatan di Sabahberkaitan pelaksanaan peratu-ran 20ppm BOD oleh JAS ke ataskilang sawit.

MPOB juga akan menganjur-kan bengkel penyakit Ganoder-ma di Sabah tahun ini untukberkongsi dan memperkenalkanteknologi terkini hasil penemuanpenyelidikan MPOB bagi mena-ngani penyakit Ganoderma.

MPOB juga akan membuat ka-jian kemungkinan mewujudkanmodel ladang sawit di Stesen Pe-nyelidikanLahadDatuyangmeng-gunakan mekanisasi sepenuhnyabagi meningkatkan penggunaanmekanisasi di ladang sawit.

MPOB-EMPA bincang isu sawit Sabah»Peluang tukarmaklumat, kongsiidea mengenaipenemuanpenyelidikan

Datuk Dr Choo Yuen Maymempengerusikan forummembincangkan isu industri sawitSabah dengan delegasi EMPA.

MPOB bantu kakitanganterlibat bencana banjirMohd Asyraf [email protected]

MPOB menghulurkan bantuanberjumlah RM1,000 kepada sebe-las keluarga kakitangan MPOBKuantan yang terbabit denganbanjir baru-baru ini. Bantuan be-rupa Sijil Simpanan PremiumBSN sebanyak RM100 dan bara-

ngan keperluan bernilai RM900.Disamping itu, Persatuan Ke-

bajikan Kakitangan Islam MPOB(PKKIM) juga turut menyampai-kan bantuan wang tunai berjum-lah RM150 kepada setiap keluar-ga terbabit. Sejumlah RM5,000juga diagih-agihkan kepada ke-luarga berkenaan hasil kutipanderma daripada kakitanganMPOB.

Setiausaha Kehormat PKKIM, Hamka Mohd Salleh (dua dari kiri)menyampaikan bantuan kepada kakitangan MPOB yang terbabitbanjir di Kuantan.

Page 6: Min ya k sa wit be rp ot ensi di Pa kis ta n - mpob.gov.my · Sawit Malays ia (MPO C). Pa saran utama sawit Datuk Amar Douglas Ug gah Em-bas berk ata penganjuran PO TS Karachi 2014

Koperasi sebagai institusi tingkat pendapatan pekebun kecil» MPIC melaluiMPOB ambilinisiatif tubuhkoperasi penanamsawit mampanpekebun kecil

76 SABTU 8 FEBRUARI 2014 8 FEBRUARI 2014 SABTU

Oleh Nazirah Che [email protected]

Koperasi ditakrifkan sebagai suatu per-tubuhan orang berautonomi, bersatusecara sukarela untuk memenuhi as-

pirasi ekonomi, sosial dan budaya yangsama melalui suatu perusahan milik ber-sama dan dikawal secara demokrasi sertaberdaftar di bawah Akta Koperasi 1993.

Koperasi telah wujud sejak tahun 1920andan tujuan utama penubuhan koperasipada peringkat awalnya adalah untuk me-nangani masalah hutang di kalangan pe-tani, pekerja pejabat dan kilang.

Kini, aktiviti koperasi telah berkembangmeliputi sektor perbankan, perladangan,pertanian, pengangkutan, pembinaan danlain-lain. Walau bagaimanapun tujuan asalkoperasi masih tidak berubah iaitu untukmenyatukan sumber-sumber seperti mo-dal, buah fikiran dan tenaga di kalanganahli bagi meningkatkan taraf serta kualitihidup ahli dan masyarakat keseluruhan.

Sehingga Disember 2011, jumlah kope-rasi berdaftar dengan Suruhanjaya KoperasiMalaysia (SKM) adalah sebanyak 9,074. Ko-perasi bagi fungsi pengguna merupakanbilangan tertinggi (47 peratus), diikuti fung-si pertanian (18 peratus) dan fungsi per-khidmatan (17 peratus).

Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pa-hat Berhad (KOPDAP) merupakan koperasipekebun kecil terbaik yang menduduki ke-dudukan ke–13 dalam Indeks 100 KoperasiTerbaik Malaysia 2011.

Berdasarkan kejayaan beberapa koperasipertanian di Malaysia, Kementerian Peru-sahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)melalui MPOB telah mengambil inisiatifuntuk menubuhkan koperasi penanam sa-wit mampan pekebun kecil persendirian.

Koperasi penanam sawit mampan(kpsm)Penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mam-pan (KPSM) merupakan program di bawahprogram Sustainable Palm Oil Cluster(SPOC) di bawah MPOB. Objektif SPOC ada-lah untuk memastikan pekebun kecil sawitmengeluarkan hasil sawit secara mampandan dapat memenuhi keperluan masa kinidan masa depan.

Penubuhan KPSM adalah sebagai wadahuntukmencapaimatlamat SPOC. Ahli KPSMterbuka kepada pekebun kecil sawit per-sendirian yang memiliki kebun sawit ku-rang daripada 40.46 hektar.

Objektif utama penubuhan KPSM adalahuntuk menyatukan pekebun kecil supayaberupaya menjalankan aktiviti untuk ke-baikan bersama seperti meningkatkan pe-ngeluaran dan kualiti buah tandan segar(BTS), pembelian input secara berkelompokuntuk mengurangkan kos, dan penjualanBTS berkelompok bagi mendapatkan hargayang tinggi dan meningkatkan pendapatanahli-ahli.

KPSM yang pertama ditubuhkan adalah

di Tongod, Sabah pada 13 Oktober 2010.Sehingga 31 Disember 2013, sebanyak 30buah KPSM telah ditubuhkan di seluruhMalaysia seperti di Jadual 1 di bawah;

yang kedudukannya tidak setempat (ber-selerak).

l Pekebun kecil akan dimaklumkan ta-rikh dan masa pengambilan BTS di kebun

b. Sistem binl Sistem ini sesuai bagi kebun-kebun

yang kedudukannya setempat atau berham-piran.

l Bin akan di tempatkan di lokasi yangsesuai untuk pekebun kecil menghantarBTS. Mereka akan dimaklumkan tarikh danmasa pengambilan BTS di lokasi bin.

l Setiap tandan yang dihantar oleh pe-kebun kecil akan ditimbang di lokasi bin.Koperasi akan merekodkan kualiti (gred)dan berat bagi setiap pekebun kecil.

l Apabila bin sudah penuh, buah ter-sebut akan dihantar terus ke kilang danakan ditimbang dan digred sekali lagi dantimbangan dan kualiti yang diperolehi dikilang adalahmuktamad dan dijadikan asaspembayaran mengikut kadaran berat asal.

lBayaran boleh dibuat secara tunai atauonline dan dibayar pada hari yang samaatau selewatnya tiga hari.

l Peralatan yang diperlukan untuk sis-tem ini adalah lori berserta hook & lift,alatan timbang dan bin berkapasiti 4-5 tan.

Pengalaman sistem pemasaranBTS oleh KPSMDua model pemasaran BTS yang diterang-kan di atas sedang dijalankan oleh KPSMDaerah Tongod, Sabah dan KPSM Saratok,Sarawak. Projek bermula pada bulan Julai2012. Di Saratok, sistem yang digunakanadalah sistem jaring.

Sepanjang bulan Julai 2012, seramai 20ahli koperasi dengan anggaran keluasan100 ha telah menyertai pemasaran BTSmelalui sistem jaring. Di sini hanya ter-dapat satu kilang sawit dan dua pembelibuah. KPSM telah berunding dengan pe-ngurus kilang dan mendapat tawaran har-ga untuk bulan Julai 2012. Pada masa yangsama KPSM juga memantau harga yangditawarkan oleh kedua-dua buah pembeliBTS.

Jadual 2 menunjukkan perbezaan hargajualan BTS yang ditawarkan oleh pihakkilang berbanding dengan pembeli BTS se-panjang bulan Julai 2012.

Data dari Jadual 2 menunjukkan hargaBTS bersih yang diperoleh pekebun kecilmelalui koperasi adalah lebih tinggi ber-banding jika mereka menjual kepada pem-beli BTS. Sepanjang bulan Julai 2012, per-bezaan harga yang diperoleh oleh ahli ko-perasi adalah antara RM 66-88/ mt. Inimembuktikan kerjasama menjual BTS se-cara berkelompok yang dianjurkan olehkoperasi telah memberi kesan kepada pe-ningkatan harga. Adalah diperhatikan, per-bezaan harga semakin meningkat setiapminggu menunjukkan pembeli BTS tidakberupaya bersaing dengan koperasi.

Jadual 3 menunjukkan lebihan penda-patan yang diperolehi oleh pekebun kecilmelalui jualan BTS berkelompok melaluikoperasi. Sebagai contoh, pekebun kecilyang menjual BTS pada minggu pertama,purata seorang pekebun kecil memperolehilebihan pendapatan sebanyak RM95.00 ber-dasarkan purata jualan 1.44 mt. Pada ming-gu keempat purata jualan BTS oleh pekebunadalah 6.39 mt dan tambahan nilai pen-dapatannya adalah RM550.00.

nguntungkan ahli-ahli koperasi.

Masalah pemasaran BTSNamun begitu, beberapa masalah diha-dapi pada peringkat awal perancangandan penubuhan koperasi adalah sepertiberikut:

i. Menarik minat pekebun kecil se-bagai ahli koperasi

Kebanyakanpekebunkecil bersikap tung-gu dan lihat terutama berkaitan faedahyang mereka peroleh dalam masa terdekat.Ini menyebabkan koperasi sukar menda-patkan bilangan ahli yang ramai pada pe-ringkat permulaan.

ii. ModalHalangan modal merupakan faktor uta-

ma menghadkan aktiviti koperasi. Setiapprojek memerlukan sumber kewangan un-tuk dilaksanakan. Modal asas koperasi ada-lah dari kutipan yuran masuk saham. Se-kiranya ahli tidak ramai modal asas ko-perasi ada sedikit dan ini menyukarkanuntukmemulakan projek. Perancangan dan

Kaedah penyelesaian masalahi. Kempen menarik pekebun kecil

menjadi ahli koperasiKempen dan ceramah berkaitan penu-

buhan koperasi perlu dilakukanuntukmen-jelaskan kebaikan koperasi.

ii. ModalMendapatkan sumber dari syer ahli-ahli

koperasi, pinjaman bank atau SuruhanjayaKoperasi Malaysia, pendahuluan daripadakilang atau pembelian input pertanian se-cara kredit antara langkah yang boleh di-lakukan.

iii. Khidmat perundingan perjalanankoperasi

Dalam aspek pengurusan koperasi, Mak-tab Koperasi Malaysia menjalankan kursussepanjang tahun kepada anggota koperasiuntuk meningkatkan pengetahuan dalammengendalikan koperasi.

iv. Tingkatkan komitmen ahli terha-dap koperasi

Koperasi ditubuhkan atas keperluan pe-kebun kecil. Oleh itu kejayaan koperasiadalah bergantung kepada komitmen ahli-nya untukmenjayakan sesuatu aktiviti yangdiusahakan oleh koperasi. Maka adalah wa-jar setiap pekebun kecil memainkan pe-ranan mereka bagi memastikan peranca-ngan koperasi dapat dijayakan.

v. Berfikiran positif terhadap persa-ingan luar

Setiap persaingan luar yang dihadapioleh koperasi dianggap positif dan dijadikansebagai satu cabaran yang membina untukberjaya dalam industri ini.

KesimpulanKoperasi adalah satu institusi yang meng-gemblengkan ahlinya untuk bertindak se-cara keseluruhan bagi mencapai objektifmereka. Kejayaan untuk mencapai mat-lamat adalah terletak kepada komitmensemua ahli koperasi untuk merealisasikan.Dengan adanya koperasi, maka pekebunkecil mempunyai saluran alternatif untukmenyampaikan masalah mereka dan mem-bantu mereka meningkatkan taraf hidupkerana dengan adanya koperasi,maka suaramereka akan didengar kerana mereka me-wakili sekumpulan orang berbanding jikabersendirian. Melalui kaedah pemasaranBTS model sistem jaring telah terbukti da-pat membantu meningkatkan pendapatanpekebun kecil sebanyak 17% apabilamerekaberjaya mendapatkan harga BTS yang baik.Ini berlaku apabila kuantiti pengeluaranBTS pekebun kecil digabungkan, maka me-reka mempunyai “bargaining power” untukmenentukan hasil BTS dapat dipasarkanpada harga yang baik serta diberi perhatianyang sewajarnya jika dibandingkan kuantitisecara individu yang kecil.

Kualiti BTS juga dapat ditingkatkan apa-bila traceability dapat dilakukan denganmudahdimana penambahbaikanmutuBTSdapat dilakukan dengan segera. Kemuda-han pengangkutan oleh koperasi denganmengenakan caj berpatutan juga dapat me-ngurangkan kos pengangkutan BTS dan di-jangka mendapat pulangan dividen akhirtahun melalui keuntungan aktiviti peng-angkutan. Berdasarkan kepada pencapaianaktiviti pemasaran BTS pada bulan Julai,sistem pemasaran BTS oleh koperasi meng-gunakan sistem ini adalah berdaya saingdan boleh dilaksanakan oleh mana- manakoperasi.

Kaedah pemasaran BTS oleh KPSMUntuk mendapatkan harga jualan BTS yangterbaik, KPSM bertindak mengumpulkanahli-ahli koperasi yang bersetuju untukmenjual BTS secara berkelompok. Denganbilangan ahli yang ramai, koperasi akanberupaya membuat rundingan terus de-nganpihak kilang danpadamasa yang samamempunyai kuasa berunding (bargainingpower).

Di samping berupaya mendapatkan ta-waran harga yang terbaik, KPSM juga akandiberikan insentif sekiranya KPSM dapatmenghantar sejumlah kuantiti BTS yangdipersetujui. Kilang juga diberi jaminanbekalan kualiti BTS yang tinggi keranaKPSM akan memantau kualiti bagi setiappenghantaran melalui kerjasama ahli-ahli.

Kini, KPSM menggunakan dua kaedahuntuk mengumpulkan buah daripada ahli-ahli iaitu sistem jaring dan bin. Penggunaansistem ini adalah bagi memantau kualitiBTS setiap ahli (traceability).

a. Sistem Jaring (net)l Sistem ini sesuai bagi kebun-kebun

mereka, justeru mereka perlu merancanguntuk menuai pada hari tersebut atau harisebelumnya.

l Setiap tandan yang dikeluarkan olehpekebun kecil akan ditimbang di kebunmereka. Koperasi akan merekodkan kualiti(gred) dan berat bagi setiap pekebun kecil.

l Apabila lori sudah penuh, buah ter-sebut akan dihantar terus ke kilang danakan ditimbang dan digred sekali lagi dantimbangan dan kualiti yang diperolehi dikilang adalahmuktamad dan dijadikan asaspembayaran mengikut kadaran berat asal.

l Bayaran kepada pekebun kecil dibuatberdasarkan kepada berat yang dihantar,gred serta ditolak dengan kos pengangkutanke kilang.

l Bayaran dibuat secara tunai atau on-line dan dibayar pada hari yang sama atauselewatnya tiga hari.

l Peralatan yang diperlukan untuk sis-tem ini adalah lori berserta crane, alatantimbang dan net bersaiz 8’x8’.

Kebaikanpenubuhan KPSM

Kemudahan Pengangkutan BTSKoperasi berperananmembantu ahlinya de-ngan menyediakan kemudahan pengang-kutan lori untuk menghantar BTS ke kilang.Kaedah ini dapat dilaksanakan apabila bi-langan ahli koperasi adalah ramai dan da-pat memberi kebaikan kepada ahlinya me-lalui:-

i. Caj harga yang berpatutan atau lebihrendah daripada pasaran.

ii. Keuntungan yang diperolehi melaluisistem ini akan dikembalikan semula ke-pada ahli koperasi secara bayaran dividentahunan.

Khidmat Nasihat Secara BerkelompokMelalui koperasi juga, pihak kerajaan me-nerusi MPOB mudah menjalankan aktivitiuntuk membantu pekebun kecil. Perjum-paan dengan ahli koperasi dan bimbingankepada pekebun kecil dapat dilaksanakandengan teratur bagi memastikan penga-malan pertanian baik sekali gus mening-katkan produktiviti BTS.

Kemudahan Input PertanianMelalui koperasi harga belian input per-tanian seperti baja, racun dan peralatanberkaitannya dapat dibeli dengan hargayang rendah secara pukal yang akan me-

rundingan pihak kilang perlu dilakukansupaya kedua belah pihak berada di situasi“menang-menang”.

iii. Koperasi kurang pengalamanMemandangkan koperasi baru ditubuh-

kan dan ahli lembaga koperasi dalam pe-ringkat pembelajaran, maka terdapat ba-nyak kelemahan yang perlu diperbaiki darisegi pengurusan dan pentadbiran koperasi,perlaksanaan projek, bidang kuasa dan se-bagainya.

iv. Komitmen ahli terhadap koperasiKepercayaan awal kepada koperasi ada-

lah rendah kerana pekebun kecil meng-anggapkan koperasi sukar untuk memban-tu mereka dari segi kewangan dan per-saingan dengan peniaga BTS luar.

v. Persaingan luarKemasukan koperasi dalam perniagaan

BTS telah meluaskan persaingan mendapathasil keluaran BTS pekebun kecil. Pengu-rusan teratur dan kerjasama antara pe-kebun-pekebun dan kilang sawit perlu di-tingkatkan.

vi. Tanggapan pihak industri terha-dap koperasi

Koperasi penanam sawit mampan pe-kebun kecil merupakan satu institusi barukepada industri sawit. Oleh itu, amat sukarbagi koperasi berurusan dengan merekadalam menjalankan aktiviti yang berkaitandengan perniagaan.

Page 7: Min ya k sa wit be rp ot ensi di Pa kis ta n - mpob.gov.my · Sawit Malays ia (MPO C). Pa saran utama sawit Datuk Amar Douglas Ug gah Em-bas berk ata penganjuran PO TS Karachi 2014

Minyak sawit paling tinggi didagang

Oleh Balu a/l [email protected]

Kuala Lumpur

Dalam senario pasaran glo-bal, minyak sawit menjadiminyak sayuran dan lele-

mak utama dunia dari segi pe-ngeluaran (55.8 juta tan) danpenggunaannya (57.6 juta tan)berbanding dengan pesaing mi-nyak sayuran yang lain.

Minyak sawit menjadi minyaksayuran dan lelemak yang palingtinggi didagangkan berdasarkandominasinya dalam pasaran im-port (58 peratus) dan eksport du-nia (57 peratus) pada tahun2013.

Sementara itu, Indonesia terus

mengekalkan kedudukannya se-bagai pengeluar (51 peratus) danpengeksport (49 peratus) terbesarminyak sawit dunia dan Indiapula sebagai pengimport danpengguna minyak sawit terbesardunia.

Rekod jumlah tertinggiDari segi pasaran domestik pu-la, pengeluaran minyak sawittelah merekodkan jumlah yangpaling tinggi dalam sejarah se-banyak 19.2 juta tan pada tahun

2013 (peningkatan sebanyak 7.9peratus) berbanding 17.8 jutatan pada tahun 2008.

Prestasi eksport minyak sawitMalaysia juga amat memberang-sangkan dengan mencapai paras18.12 juta tan pada tahun 2013,dengan minyak sawit mentahdan minyak sawit diproses ber-jumlah 3.98 juta tan dan 14.15juta tan masing-masing (22 pe-ratus dan 78 peratus) daripadajumlah keseluruhan eksport mi-nyak sawit.

Republik Rakyat China terusmengekalkan kedudukannya se-bagai destinasi eksport utamadengan jumlah eksport sebanyak3.7 juta tan pada tahun 2013.

Jaminan bekalanMinyak sawit memainkan pe-ranan utama berdasarkan ja-minan bekalan sedia adanyabagi memenuhi peningkatanberterusan dalam permintaanminyak sayuran dan lelemakdunia. Kedudukan Malaysia se-

bagai pengeluar dan pengeks-port minyak sawit utama du-nia akan terus bergantung ke-p ada u s aha p en i n g ka t anprestasi hasil tanaman yangtinggi melalui penggunaan ba-han tanaman yang berkualititinggi bersama amalan perta-nian yang baik.

Minyak sawit diyakini akan te-rus berupaya mengekalkan dayasaingnya berbanding minyak sa-yuran dan lelemak lain di pa-saran global.

MPOB beri taklimat kawalanserangan ulat beluncasOleh Hasmiza [email protected]

Batu Pahat: Unit Kawalan Penya-kit dan Perosak Sawit dari IbuPejabat LembagaMinyakSawitMa-laysia (MPOB) telah turun padangbaru-baru ini untuk membantu

pekebun kecil sawit di sini me-ngatasi masalah serangan ulat be-luncas ke atas tanaman mereka.

Pegawai penyelidik dari unitberkenaan telahmembuat lawatandan memberi taklimat mengenaikawalan ulat beluncas dan amalanagronomiyangbaikbagimengatasiserangan ulat itu, kata Haji Jamin

Silan, salah seorang pemilik kebunsawit yang terbabit dengan ma-salah berkenaan.

Para pekebun telah dinasihat-kan untuk menanam cassia co-banensis dan turnera sp sebagailangkah mengurangkan populasiulat perosak ini di samping me-laksanakan kawalan secara sun-

tikan batang menggunakan ra-cun monocrotophos, tambah be-liau.

Lebih 40 hektar kebun kecilsawit di Kampong Tengah SeriMerlong, Mukim Sg Punggor, Re-ngit, Batu Pahat Johor diserangulat beluncas dan pokok-pokoksawit yang diserang oleh serang-ga perosak itu telah mengalamikerosakan daun yang teruk.

Haji Jamin berkata seranganulat beluncas di kebun miliknyatelah menyebabkan banyak po-kok sawitnya mengalami kero-sakan teruk terutama pada daunyang diserang dan dimakan olehulat tersebut.

Serangan itu mula dikesanoleh pekerjanya yang mendapatidaun pokok sawitnya mempu-nyai kesan dimakan perosak itudan juga terkena sengatan ulatbeluncas semasa menjalankankerja menuai tandan masak.

Katanya, hampir keseluruhan

kebunnya yang berkeluasan 1.5hektar mempunyai kesan sera-ngan dan serangan tersebut jugatelah mula merebak ke kawasankebun pemilik lain berhampi-ran.”

“Sejak serangan perosak ini,saya mengalami kerugian pen-dapatan hasil buah sawit yangberkurangan. Sebelum serangan,saya berupaya mendapat hasilbuah sawit antara 3.5 hingga 4tan sebulan dari kebun tersebut.Tetapi akhir-akhir ini, saya hanyaberupaya mendapat kurang dari3 tan,” katanya.

Hj Jamin berkata beliau telahmendapat bantuan khidmat na-sihat daripada pegawai TUNAS,Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) di Parit Raja dan pegawaitersebut telah mencadangkan su-paya racun perosak tamaron danfuradan digunakan sebagai lang-kah mengatasi masalah berkena-an.

» Pengeluaran,penggunaanminyak sawitatasi minyaksayuran laindi pasaran global

SABTU 8 FEBRUARI 20148

Ulatbeluncas.

Pekebun kecil mendengar taklimat daripada pegawai MPOB mengenai cara-cara menangani seranganulat beluncas.

Page 8: Min ya k sa wit be rp ot ensi di Pa kis ta n - mpob.gov.my · Sawit Malays ia (MPO C). Pa saran utama sawit Datuk Amar Douglas Ug gah Em-bas berk ata penganjuran PO TS Karachi 2014

MPOB pantau struktur cukai eksport MSM

Oleh Ayatollah Ab [email protected]

BANGI

Lembaga Minyak Sawit Ma-laysia (MPOB) akan meman-tau perkembangan struktur

cukai eksport minyak sawit men-tah (MSM) negara pengeluar lainbagi memastikan sektor penapi-san minyak sawit Malaysia tidakterjejas dan sentiasa kompetitif.

Sebarang perubahan di dalamstruktur cukai eksport MSM akanmengubah skala permintaan-be-kalan industri dan satu penye-lesaian perlu dirumuskan untukmengembalikan kestabilan kepa-da keadaan pasaran.

Sebagai contoh, apabila Indo-nesia menurunkan kadar cukaieksport MSM dari 19.5 peratuspada Jun 2012 kepada 9 peratuspada November 2012, sektor pe-napisan minyak sawit di Indo-nesia memperoleh bekalan MSMpada harga yang lebih rendahberbanding sektor penapisan diMalaysia.

Faktor ini telah menjadikanproduk minyak sawit dari Indo-nesia lebih berdaya saing ber-banding produk minyak sawitMalaysia di pasaran dunia.

Sebagai penyelesaian kepadamasalah ini, Malaysiamengambillangkah proaktif dengan mengu-bah struktur cukai eksport MSMyang diperkenalkan sejak 1970-andengan memperkenalkan struk-tur cukai eksport MSM yang barudan berkuatkuasa pada 1 Januari2013.

Tingkat daya saingSelain daripada meningkatkandaya saing sektor penapisan mi-nyak sawit Malaysia, pengenalanstruktur cukai eksport MSM yangbaru ini juga diharap dapat me-ngurangkan stok minyak sawitdan menstabilkan pergerakanharga MSM di pasaran.

Pada 2012, kadar cukai eksportMSM bulanan di Malaysia adalahantara 19.3 peratus hingga 23.5peratus, dengan kadar puratanyapada 22.1 peratus. Bermula pada1 Januari 2013, cukai eksportMSM di Malaysia akan berkadar 0peratus sekiranya purata hargabulanan MSM di bawah RM2,250satu tan.

Cukai eksport MSM Malaysiabermula pada kadar 4.5 peratussekiranya harga MSM berada diantara RM2,250 - RM2,400 satutan. Kadar cukai eksport MSM iniakan meningkat sebanyak 0.5 pe-ratus bagi setiap peningkatan pu-rata harga MSM RM150 satu tan(Rujuk Jadual).

» Pastikan sektorpenapisan minyaksawit tak terjejas,kompetitif

98 FEBRUARI 2014 SABTU

Berdasarkan kepada pergera-kan harga MSM pada 2013, inibermakna tiada pengeksportMSM yang telah membayar lebihdaripada 5 peratus cukai eksportMSM berbanding pada 2012 padakadar 19.3 peratus - 23.5 peratus.

Selepas 12 bulan (Januari - Di-sember 2013) struktur cukai eks-port MSM yang baru dilaksana-kan, didapati prestasi industri sa-wit Malaysia secara amnya dankepada sektor penapisan minyaksawit Malaysia secara khasnya

bertambah baik berbanding pada2012.

Stok minyak sawit berkura-ngan kepada 1.68 juta tan padaJun 2013 berbanding 2.63 juta tanpada Disember 2012. Sebaliknyaeksport produk sawit Malaysiapada 2013 juga meningkat seba-nyak 4.5 peratus kepada 25.66juta tan berbanding 24.56 juta tanpada 2012.

Aliran meningkatHarga MSM pada 2013 pula me-nunjukkan arah aliran pening-katan dan merekodkan pergera-kan yang lebih stabil berbandingpada 2012.

Struktur cukai eksport MSMyang baru ini juga telah mem-berikan kesan yang positif ke-pada sektor penapisan minyaksawit Malaysia. Sebagai contoh,pada 2013 purata penggunaan ka-pasiti kilang penapisan minyaksawit telah meningkat sebanyak56.9 peratus berbanding 51.7 pe-ratus pada 2012 atau peningkatansebanyak 10 peratus.

Pembelian MSM oleh kilangpenapis minyak sawit pada 2013juga telah meningkat kepada12.62 juta tan berbanding 11.49juta tan pada 2012 atau pening-katan sebanyak 9.8 peratus. Jum-lah MSM yang diproses oleh ki-lang penapis juga meningkat ke-pada 15.89 juta tan berbanding

14.07 juta tan atau peningkatansebanyak 12.9 peratus.

MPOB jugamelaksanakan soalselidik untuk mendapatkan pan-dangan daripada sektor penapi-san minyak sawit terhadap pe-ngenalan struktur cukai MSMyang baru pada tahun 2013. Ber-dasarkan soal selidik yang di-jalankan didapati sebanyak 68.2peratus daripada 44 kilang pe-napis bersetuju bahawa strukturcukai ini telah memberi kesanyang positif ke atas prestasi me-reka pada 2013 berbanding2012.

Jamin bekalan MSMIni kerana, pada pandangan me-reka, eksport produk minyak sa-wit Malaysia menjadi lebih kom-petitif, menjamin bekalan MSMyangmencukupi dan dapatmem-beli MSM pada harga yang kom-petitif di pasaran tempatan. Se-lain itu, sebanyak 70.5 peratuskilang penapis bersetuju agar st-ruktur cukai MSM yang baru di-perkenalkan ini dikekalkan dimasa hadapan.

Sebagai kesimpulan, boleh di-katakan pelaksanaan struktur cu-kai eksport MSM yang baru initelah membantu meningkatkanprestasi industri sawit Malaysiasecara amnya dan sektor pena-pisan minyak sawit secara khas-nya.

Page 9: Min ya k sa wit be rp ot ensi di Pa kis ta n - mpob.gov.my · Sawit Malays ia (MPO C). Pa saran utama sawit Datuk Amar Douglas Ug gah Em-bas berk ata penganjuran PO TS Karachi 2014

Minyak sawit bantu atasi asid lemak trans» Warga Eropahwajar didedahkaedahpemakanan sihat

Pada 5 November 2013 yanglalu, Parlimen Eropah telahmenganjurkan satu semi-

nar mengenai asid lemak transbertujuan membincangkan lang-kah-langkah yang perlu diambiloleh Kesatuan Eropah dalam me-nangani kesannya ke atas kesi-hatan.

Kesedaran tentang risiko asidlemak trans sepatutnya perlu di-tangani semenjak awal lagi. Paraahli sains dan pakar teknologimakanan telah lama memberiamaran tentang risiko pengam-bilan asid lemak trans.

Ini termasuklah kesan nega-tifnya kepada kesihatan yang me-ngakibatkan penularan penyakitkardiovaskular, diabetes jenis 2dan masalah-masalah kesihatanberkaitan dengan peningkatankolesterol serta obesiti.

Adalah nyata bahawa dietyang mengandungi asid lemaktrans yang tinggi telah, dan da-lam beberapa kes masih, me-ngancam kesihatan para pendu-duk di Eropah.

Mujurlah terdapat alternatifkepada asid lemak trans iaitu mi-nyak sawit yang dilihat mempu-nyai peranan penting dalam me-nangani isu ini.

Secara amnya, lemak trans ter-bentuk apabila para pengeluarmakananmengubah strukturmi-nyak sayur-sayuran terutamanyaminyak kacang soya, biji sesawi

dan bunga matahari kepada st-ruktur yang bersifat separa pe-pejal yang dikenali sebagai le-lemak.

Ini dilakukan dengan menam-bahkan atom-atom hidrogen ke-pada struktur minyak sayur-sa-yuran ini melalui proses yangdikenali sebagai ‘separa penghi-drogenan’.

Proses ini membolehkan mi-nyak sayur-sayuran ini diguna-kan untuk menghasilkan pelba-gai barangan makanan pepejaldan separa pepejal seperti kek,pastri dan donut.

Malangnya, proses ini jugamenghasilkan hasil sampinganiaitu asid lemak trans yang ter-kandung di dalam produk-pro-duk makanan yang dihasilkan.

Minyak sawit adalah bebas da-ripada asid lemak trans keranasifat semulajadinya yang separapepejal tidakmemerlukan proses‘separa penghidrogenan’ untukmenghasilkan pelbagai baranganmakanan pepejal.

Tanpa proses ‘separa penghi-drogenan’, minyak sawit kekal as-li dan 100% bebas daripada lemak

trans.Secara amnya, minyak sawit

terkandung di dalam peratusanbesar produk-produk makanandan barangan isi rumah di Ero-pah malah di beberapa negara,minyak sawit terdapat dalam50%daripada barangan ini.

Sebahagian besar daripada se-bab ini adalah untukmengurang-kan pengambilan asid lemaktrans disamping mengekalkankualiti makanan yang tinggi.

Pelbagai jenis makanan seper-ti kek atau pastri memerlukanlelemak dan bahan-bahan lainyang separa pepejal dalam prosespembuatannya.

Banyak syarikat-syarikat pem-buat makanan memilih meng-gunakan minyak sawit berban-ding minyak sayuran separa hi-drogenasi (lemak trans) danbilangan mereka yang menggu-nakanminyak sawit semakinme-ningkat.

Ini merupakan berita yangbaik kepada kesihatan para peng-guna dan juga pengurusan ke-wangan kerana di samping bebaslemak trans, minyak sawit jugalebih murah berbanding keba-nyakkan minyak sayuran dan le-lemak lain termasuk mentega.

Para organisasi bukan keraja-an (NGO) yang hebat mengkritikminyak sawit kerana kandungantinggi asid lemak tepunya me-mudaratkan kesihatanmasih lagitidak sedar bahawa tanggapansalah mereka ini bakal memu-daratkan kesihatan para peng-guna.

Sumber utama asid lemak te-pu dalam diet penduduk Eropah(lebih 90% daripadanya) berasaldari haiwan iaitu susu, daging,mentega, keju dan lelemak.

Disebabkan harga yang mahalserta kandungan kolesterol yangtinggi sehingga mencecah 3,000bahagian setiap juta (ppm), le-lemak haiwan seperti lemak yangboleh dimakan (tallow) dan le-mak khinzir (lard) tidak sesuaidigunakan dalam pembuatanmarjerin, lelemak (shortenings)dan produk-produk berlemaklain berbanding dengan minyaksawit yang merupakan bahan pi-lihan untuk aplikasi ini.

Pengurangan pengambilan le-mak trans dalam produk-produkmakanan pepejal atau separa pe-peja - sebahagian besarnya ber-punca daripada penggunaan mi-nyak sawit – berupaya menye-l a m a t k a n n y a w a d a nmeningkatkan taraf kesihatanpa-ra penduduk di seluruh benuaEropah.

Pengambilan lemak trans te-lah terbukti merbahaya mana-kala minyak sawit mempunyaikandungan asid lemak tidak tepudan asid lemak tepu yang se-imbang yang merupakan seba-hagian daripada ciri-ciri diet ha-rian yang sihat.

Pengambilan minyak sawit diEropah pada amnya adalah da-lam kuantiti yang sangat kecil

dan kajian baru-baru ini telahmengesahkan bahawaminyak sa-wit dan kandungan asid-asid le-maknya tidak mengancam kesi-hatan.

Delhaize, Casino, dan syarikat-syarikat Eropah lain yang me-lancarkan kempen menakut-na-kutkan para penguna supaya me-nolak minyak sawit perlu mem-b e r i p e r h a t i a n : d e n g a nmengecualikan penggunaan mi-nyak sawit dalamproduk-produk,mereka akan menanggung risikokenaikan harga serta pengura-ngan manfaat kesihatan produk-produk mereka kepada para pe-langgan mereka.

Seminar di Parlimen Eropahini menyimpulkan bahawa pe-ngambilan asid lemak trans mer-bahaya kepada kesihatan - pakar-pakar dari Universiti Copenha-gen dan Jawatankuasa Keselama-tan Makanan Eropah (EFSA) yanghadir dalam seminar ini telahmengemukakan bukti-bukti jelasrisiko pengambilan lemak transkepada kesihatan.

Glenis Wilmott, pengerusi semi-nar ini, berpendapat penghara-man lemak trans di Eropah mung-kin merupakan satu langkah ter-baik dan realistik - tetapi minyaksawit telah membantu ke arahmatlamat itu melalui sifat separapepejalnya yang semula jadi.

Saya pasti ahli-ahli ParlimenEropah yang hadir dalam semi-nar ini dan rakan-rakan merekayang mendengar penjelasan da-ripada para penceramah ini tidaklagi ragu-ragu.

Persoalannya ialah bagaimanauntuk menyalurkan fakta-faktaini kepada orang ramai dan pi-hak-pihak yang berkaitan di se-luruh Eropah?

Kempen anti-minyak sawityang dilakukan oleh pasar rayadan NGO telah menyalurkan ba-nyak maklumat-maklumat yangtidak tepat yang mendorong ke-pada permahaman yang cetektentang minyak sayuran & le-lemak di sesetengah negara se-perti di Perancis.

Pengharaman minyak sawitseperti yang telah dilakukan olehCasino, satu langkah yang tidakbertanggungjawab dan berbaha-ya, akan menjurus kepada pe-ningkatan pengambilan lemaktrans.

Kini, terpulanglah kepada ahli-ahli politik Eropah untuk me-ngolah langkah ke hadapan.

Minyak sawit telah terbuktibermanfaat dalam sektor maka-nan -mungkin kini ahli politik EUboleh memainkan peranan me-reka dalam menjamin kesihatanrakyat mereka pula.

(Artikel ini disunting daripada artikelasal Tan Sri Datuk Dr Yusof Basiron,Ketua Eksekutif Majlis Minyak SawitMalaysia yang bertajuk, Diets high intrans fats pose health risk forEuropean citizens. Sila layariwww.ceopalmoil.com untukmendapatkan salinan asal artikel ini)

SABTU 8 FEBRUARI 201410

Page 10: Min ya k sa wit be rp ot ensi di Pa kis ta n - mpob.gov.my · Sawit Malays ia (MPO C). Pa saran utama sawit Datuk Amar Douglas Ug gah Em-bas berk ata penganjuran PO TS Karachi 2014

118 FEBRUARI 2014 SABTU

Peraduan mengarang esei Berita Sawit Februari 2014Peraduan ini terbuka kepada pe-

lajar sekolah menengah di se-luruh negara. Karangan adalahme-ngenai industri sawit negara danantarabangsa dan ditulis tanganberpandukan tajuk yang diberikandi bawah:

Tajuk: “Minyak sawit sesuaiuntuk pembuatan produk ma-kanan dan bukanmakanan. Hu-raikan”.Peraduan Mengarang Esei Berita

Sawit terbuka kepada semua pe-lajar sekolah menengah Tingkatan1 hingga 5.Tiga pemenang utama setiapbulan akan menerima;Hadiah Pertama : RM250Hadiah Kedua : RM200Hadiah Ketiga : RM150

Esei yang berjaya mendapat tem-pat pertama akan disiarkan dalamBerita Sawit keluaran bulan Mac2014 akan datang.Syarat Penyertaan:1. Terbuka kepada pelajar sekolah

menengah tingkatan 1 hingga 52. Panjang esei di antara 450 - 600

patah perkataan3. Sila nyatakan nama penuh,

alamat sekolah, alamat rumah,nombor kad pengenalan, nombortelefon dan sertakan sekeping gam-bar berukuran pasport (sekiranyaada)4. Keputusan juri adalahmuktamad5. Tarikh tutup penyertaanialah pada 23 Februari 20146. Hantarkan penyertaanke alamat:

Peraduan MengarangEsei Berita SawitIbu Pejabat MPOB

6, Persiaran Institusi,Bandar Baru Bangi,

43000 Kajang, Selangoru/p: Noor Asmawati Abdul Sa-

mad (Unit Komunikasi Korpoorat)Keputusan Peraduan MengarangEsei Berita Sawit Bulan Januari

2014Pemenang:Hadiah PertamaNur Asma Husna Elmi(No K/P: 990710-03-6848)SMK Kampong Chengal16450 Ketereh,Kota Bharu, Kelantan.

Hadiah Kedua dan KetigaTiada pemenang.

Penyelidikan bantupertingkat prestasiindustri sawitIndustri pertanian sawit pada hari

ini semakin meningkat dari se-masa ke semasa sama ada di ne-

gara kita mahupun negara luar. Halini kerana pihak kerajaan telahmem-buat penyelidikan terlebih dahulusebelum mengusahakannya secarabesar-besaran. Cara sebegini perludilakukan oleh pihak-pihak yang ter-tentu. Mereka perlu peka dan telitisemasa melakukan penyelidikan keatas tanaman ini.

Malaysia dan Indonesia adalah ne-gara yang paling kaya dengan tana-man sawit kerana suhu dan tanahyang sesuai untuk tanaman yang me-nguntungkan ini. Para pengusaha sa-wit bekerja memungut buah kelapasawit dan membawanya ke kilang un-tuk diproses menjadi minyak sawit.Selepas itu, minyak sawit akan di-eksport ke negara-negara pengguna.

Pada kebiasaannya, tanaman sa-wit diusahakan di luar bandar. Con-tohnya di Malaysia, ladang kelapasawit kebanyakannya terletak di ne-geri-negeri seperti Sabah, Sarawak,Pahang dan Johor. Hal ini disebabkannegeri berkenaan mempunyai kelua-san tanah yang sesuai untuk pe-nanaman sawit. Selain itu, penye-lidikan dan pembangunan dalam in-dustri sawit perlu dilaksanakansecara berterusan bagi memastikanindustri ini tidak terjejas dan do-minasi akan diambilalih oleh negarapengeluar yang lain.

Harga purata minyak sawit telahmenurun pada tahun 2013 daripadatahun yang sebelumnya. Proses me-nurun ini mengakibatkan jumlahpendapatan turut berkurang. Usaha-usaha utama seperti membuat pe-nyelidikan perlu digiatkan pada ta-hun-tahun seterusnya. Jikalau usa-ha-usaha seperti ini digiatkan, ne-gara akan maju dan setandingdengan negara lain yang hebat.

NKEA telah membantu para petanimenanam semula sawit dengan be-nih yang bermutu.

Di samping itu, daripada penye-lidikan yang telah dibuatmenyatakanbahawa minyak sawit kaya denganvitamin E. Vitamin E adalah amatpenting kepada tubuh badan manu-sia. Vitamin E juga dapat membantumelambatkan penuaan sel tubuh danmemelihara sistem pembiakan ma-nusia. Minyak sawit selamat diguna-kan berbanding minyak yang lainkerana minyak sawit dapat diguna-kanpada suhuyang tinggi berbandingminyak sayuran lain. Selain itu, hargaminyak sawit juga kompetitif sertamemenuhi bajet pengguna.

Selain itu, pihak MPOB juga me-nganjurkan Seminar PemindahanTeknologi untuk memperkenal danmengkomersialkan teknologi baruhasil R&D kepada industri pada se-tiap tahun. Pada masa ini MPOBtelah melancarkan pelbagai tekno-logi baru dan perkhidmatan untukdikomersialkan dan digunapakaioleh industri. Kini, lebih 500 tek-nologi dan inovasi baru meliputi sek-tor huluan, pertengahan dan hiliranindustri sawit telah dibangunkanolehMPOB untukmeningkatkan pro-duktiviti sawit di Malaysia.

Disamping itu, penciptaan jentera

pemungut buah sawit relai telahmempercepatkan proses memungutbuah sawit relai. Penciptaan tekno-logi ini telah berjaya menggantikankerja memungut buah sawit relaisecara manual iaitu secara meng-gunakan tangan atau pencakar bagimembantu kerja mengutip. Tekno-logi ini mampu mengurangkan ke-rosakan kepada buah sawit relai. Iajuga mampu mengasingkan sampahdan buah sawit relai kepada dualapisan ketika di dalam bekas. Pen-ciptaan teknologi ini mampu me-ningkatkan produktiviti sawit di Ma-laysia disamping memudahkan kerjauntuk mengutip buah sawit relai.

Kini, minyak sawit bukan sahajadigunakan sebagai bahan bio-bahanapimalah sebagai produk untuk pen-jagaan diri, kosmetik dan produkuntuk kegunaan domestik seperti sa-bun dan pencuci pinggan mangkuk.Ini menunjukkan minyak sawit Ma-laysia bukan hanya berpaksikanpenggunaan sebagai produk untukbahan makanan malah sebagai pro-duk untuk penjagaan diri dan bahancucian. Jadi, tidak mustahil sean-dainya minyak sawit Malaysia mam-pu digunakan untuk pelbagai tujuandengan penggunaan teknologi cang-gih yang mampu meningkatkan pro-duktivitinya.

Malaysia perlu menggunakan pel-bagai teknologi dalam industri sawituntuk mempertingkatkan produkti-viti sawit negara. Permintaan globalyang kian meningkat terhadap ko-moditi seperti produk sawit telahmenyebabkan pelbagai teknologi di-hasilkan untuk meningkatkan lagimutu dan produktiviti sawit yangdikeluarkan. MPOB selaku institusipenyelidikan utama berkaitan sawitbanyak menghasilkan inovasi, tek-nologi dan produk baru untuk me-yakinkan negara-negara pengimportbagi menjalankan urus niagaminyaksawit dan produk berasaskan sawitdengan Malaysia.

Kesimpulannya, penyelidikanpenting untuk membantu memper-tingkatkan industri sawit. Setiap ne-gara mempunyai matlamat tersen-diri untuk mencapai sesuatu yangdihajati. Sewajarnya, dalam sese-buah negara semua rakyat seharus-nya bekerjasama dalam pelbagai as-pek bagi memastikan Malaysia men-capai kemajuan.

PEMENANG PERTAMA

No K/P:990710-03-6848SMK KampongChengal, 16450

Ketereh, Kota Bharu, Kelantan

Nur AsmaHusna Elmi

Page 11: Min ya k sa wit be rp ot ensi di Pa kis ta n - mpob.gov.my · Sawit Malays ia (MPO C). Pa saran utama sawit Datuk Amar Douglas Ug gah Em-bas berk ata penganjuran PO TS Karachi 2014

SABTU 8 FEBRUARI 201412

Datuk Amar DouglasUggah Embas melancarkanPocketbook on Palm Oil

Uses di dalam bahasaUrdu dan Parsi sempena

POTS Karachi danTehran 2014. Turut

kelihatan Pengerusi MPOCDato’ Lee Yeow Chor

(kanan), Datuk Dr ChooYuen may (tiga dari kanan)

dan Ketua PegawaiEksekutif MPOC, Tan SriDatuk Dr Yusof Basiron

(kiri).

Pengerusi MPOB, Dato’ Ar Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad berucap semasa majlisperasmian Palm Oil Economic Review and Outlook Seminar 2014. Turut kelihatan TimbalanMenteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Noriah Kasnon (dua dari kanan), KetuaSetiausaha Kementerian, Datuk Seri Normala Abdul Rahim dan Datuk Dr Choo Yuen May (kanan).

Peserta yang menyertaiPOTS Pakistan 2014 di

Karachi, Pakistan.

Datuk Dr Choo Yuen May semasa Hari Keluarga MPOB 2014 diPutrajaya baru-baru ini.

Delegasi pelawat Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMKL) semasa melawat MPOB baru- baruini.