midterm bm k1

3
CARA-CARA BELAJAR YANG BERKESAN Menguasai teknik menjawab soalan Belajar secara berkumpulan Membuat nota sendiri Menyusun jadual waktu Sekolah Menengah Yu Yuan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 Bahasa Malaysia (Kertas 1) Junior Satu Tarikh: Masa: Nama : ____________________ No. Kelas: Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Bahagian A mesti dijawab. Bahagian B mempunyai lima pilihan soalan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. Bahagian C mesti dijawab. Bahagian A (Karangan Berpandu) [20 markah] Berdasarkan rajah di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang cara- cara belajar yang berkesan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Upload: dangidang

Post on 20-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

yy ss

TRANSCRIPT

Sekolah Menengah Yu YuanPeperiksaan Pertengahan Tahun 2013Bahasa Malaysia (Kertas 1)Junior Satu

Tarikh:Masa:

Nama : ____________________No. Kelas:

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.

Bahagian A mesti dijawab. Bahagian B mempunyai lima pilihan soalan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. Bahagian C mesti dijawab.

Bahagian A (Karangan Berpandu)[20 markah]

Berdasarkan rajah di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang cara-cara belajar yang berkesan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

CARA-CARA BELAJAR YANG BERKESANMenguasai teknik menjawab soalanBelajar secara berkumpulanMembuat nota sendiriMenyusun jadual waktu

Bahagian B (Karangan Umum)[40 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah ini. Kemudian, tulis suatu karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

1. Sempena sambutan Tahun Baru Cina, keluarga anda telah membuat sambutan besar-besaran dengan mengadakan majlis rumah terbuka. Ceritakan suasana pada masa itu.

2. Tuliskan sebuah karangan bertajuk Aku Sebatang Pen.

3. Anda telah menerima surat daripada pihak sekolah yang meminta anda memberikan sebab dan alasan anda sering datang lewat ke sekolah. Tulis surat kepada Pengetua anda untuk menyatakan alasan tentang kelewatan anda itu.

4. Semasa anda pergi ke pasar malam, anda mendapati banyak cakera padat cetak rompak dijual secara berleluasa. Anda ingin membuat aduan kepada pihak berkuasa tentang perkara tersebut. Tulis surat tersebut selengkapnya.

5. Tuliskan sebuah karangan jenis keperihalan yang bertajuk Aku Sehelai Baju.

Bahagian C (Novel)[10 markah]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

Istana Menanti karya Abd Latip TalibSukar Membawa Tuah karya M.Z ErlyshaBukan Duniaku karya Aida ShahiraHikmah karya Mohd Faris Ikmal

Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.