bm k1 thn 5

18
Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1 Gambar 1 1. Doktor _____________ lengan pesakit itu untuk memasukkan ubat. A. menjolok C.menikam B. merodok D.menyuntik 2. Jurulatih pasukan itu meminta anak-anak buahnya berkumpul di dewan. ________ mengarahkan __________ membuat empat kumpulan. A. Dia…mereka C. Beliau…mereka B. Dia…kita D. Beliau…kami 3. Pameran kereta ________ itu menarik perhatian para jutawan untuk mengunjunginya. ARAS PEMAHAMAN

Upload: siti-rohayu-rohan

Post on 17-Nov-2015

256 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

BM KERTAS 1

TRANSCRIPT

Soalan 1 hingga Soalan 20Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 11. Doktor _____________ lengan pesakit itu untuk memasukkan ubat. A. menjolokC.menikam B. merodokD.menyuntik

ARAS PEMAHAMAN

2. Jurulatih pasukan itu meminta anak-anak buahnya berkumpul di dewan. ________ mengarahkan __________ membuat empat kumpulan. A. Diamereka C. Beliaumereka B. Diakita D. Beliaukami

3. Pameran kereta ________ itu menarik perhatian para jutawan untuk mengunjunginya. A. senangC. mahal B. kayaD. mewah

ARAS PENGETAHUAN

4. Rusli akan ___________ oleh ibunya selepas tamat waktu sekolah. A. dijemputC. jemputan B. menjemputD. berjemputSoalan 5 berdasarkan Gambar 2

Gambar 25. Adik saya menyorok di __________ katil supaya tidak dapat dilihat kakaknya . A. atasC. sisi B. bawahD.dalam

6. Suara penyanyi itu sungguh ___________hingga membuatkan kebanyakan penonton terpukau. A. lunakC. sebak B. parauD. lemak

ARAS PEMAHAMAN

Soalan 7 berdasarkan Gambar 3

Gambar 37. Datuk ____________ kaki Ahmad yang sakit itu. A. menggaru-garuC. mengurut-urut B. menekan-nekanD. mencakar-cakar

ARAS PENGETAHUAN

Soalan 8 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

8. _______ Siti _________ adiknya, kedua-duanya rajin mengulangkaji pelajaran. A. BaikbaikC. Sedangkanapatah lagi B. BaikmahupunD. Sedangkantambahan pula

ARAS APLIKASI

9. Penyewa rumah itu __________ oleh tuan rumah kerana gagal membayar sewa rumah sejak empat bulan yang lalu. A. dibuangC. dikurung B. dihalauD. dihalang

10. Pembangunan di Bandar Raya Kuala Lumpur amat ______________. A. derasC. cepat B. ligatD. pesat

ARAS PEMAHAMAN

11. Buku latihan Bahasa Malaysia saya ada _______ Irfan. A. padaC. kepada B. keD. untuk

12. Anda perlu membawa kad pengenalan ______ sekeping gambar berukuran pasport. A. laluC. kecuali B. sertaD. hingga

Soalan 13 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

13. Bayi itu ditempatkan di ____________ kerana mengalami masalah kesihatan. A. unit merawat rapiC. unit dirawat rapi B. unit rawatan rapiD. unit rawat rapi

ARAS ANALISIS

Soalan 14 berdasarkan Gambar 6

Gambar 614. _________ beratur di kaunter untuk membuat pembayaran. A. TolongC. Sila B. JemputD. Harap

15. ____________ kecil dia tinggal bersama dengan datuk dan neneknya. A. HinggaC. Daripada B. SejakD. Oleh

Soalan 16 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7

16. _____________ universiti tersebut gembira tatkala menerima ijazah. A. SenimanC. Mahasiswa B. UsahawanD. Olahragawati

17. Puan Siti tidak pernah ______________ terhadap anak-anaknya. A. pilih kasihC. kepalang ajar B. berbelah bagiD. melangkah bendul

ARAS APLIKASI

Soalan 18 berdasarkan Gambar 8

Gambar 818. Fasha ____________ air matanya dengan sapu tangan. A. mencuciC. menggilap B. mengelapD. menggosok

Soalan 19 berdasarkan Gambar 9

Gambar

19. Aduh, cantik ____________ rama-rama ini, kata Zul. A. palingC. amat B. sungguhD. agak

Soalan 20 berdasarkan Gambar 10

Gambar 10

20. A. Bolehkah saya letakkan air kopi ini di sini, ayah? B. Bilakah air kopi ini akan sejuk, ayah? C. Di manakah hendak diletakkan air kopi ini, ayah? D. Adakah kopi ini manis, ayah?

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

21. Di manakah kamu berjumpa dengan Rani? A. Saya telah berjanji untuk berjumpa dengannya. B. Kami berjumpa di perpustakaan. C. Rani berjumpa dengan saya semasa saya bermain dengan kawan. D. Baru sebentar tadi saya berjumpa dengannya.

ARAS ANALISIS

Pilih kata berlawan bagi kata yang bergaris.22. Jalan raya itu sibuk sekali. A. bisingC. riuh B. diamD. lengang

Soalan 23 hingga Soalan 25Pilih ayat yang betul.23. A. Wah, anak-anakku, belajarlah bersungguh-sungguh! B. Cis, rupa-rupanya kamu yang menelefon saya semalam! C. Nah, malang sungguh nasib kami! D. Ah, saya tak mahu!

ARAS ANALISIS

24. A. Buku ini tebal agak. B. Perigi itu sangat dalam. C. Pasukan hoki sekolah itu paling terhandal sekali di daerah Muar. D. Filem yang ditayangkan itu sungguh benar menarik.

25. A. Ayah akan berkursus kelmarin. B. Ali belum pernah tinggal di Kota Kinabalu semasa kecil dulu. C. Saya masih telah berkenalan dengan jiran baru saya itu. D. William sudah lama duduk di situ.

Soalan 26 dan Soalan 27Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.

26. Wang yang dikumpulkan sejak setahun lalu itu akan dimasukkan ke dalam bank.. A. Sejak setahun yang lalu wang telah dikumpulkan di dalam bank. B. Setahun yang lalu bank telah mengumpulkan wang yang akan dimasukkan. C. Bank telah memasukkan wang yang telah dikumpulkan sejak setahun yang lalu. D. Sejak setahun yang lalu wang telah dikumpulkan, kemudian akan dimasukkan ke dalam bank.

ARAS SINTESIS

27. Berapa harga sekilo ikan bilis? tanya ibu kepada pekedai itu. A. Ibu bertanya kepada pekedai itu tentang harga sekilo ikan bilis. B. Ibu memberitahu pekedai itu bahawa harga sekilo ikan bilis murah. C. Ibu dan pekedai itu bertanya tentang harga sekilo ikan bilis. D. Pekedai itu bertanya kepada ibu tentang harga sekilo ikan bilis.

Soalan 28 hingga Soalan 30Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata bergaris dengan betul.

28. I. Diam jutawan yang terletak di atas bukit itu besar sekali. II. Budin diam diri walaupun dia mengeahui perkara yang sebenar. III. Sudah hampir sebelas tahun lamanya kami diam di sini, kata Akif dan Aisyah kepada Raju. IV. Kami diminta diam sebaik saja masuk ke bilik pameran itu. A. I dan II sajaC. III dan IV saja B. II dan IV sajaD. I, II dan III saja

29. I. Kami pergi ke Johor pada minggu lepas. II. Kambing-kambing itu sudah lepas dari kandang. III. Lepas makan mereka mengulangkaji pelajaran. IV. Lupakanlah perkara yang telah lepas, kata nenek. A. I dan III sajaC. I, II dan III saja B. II dan IV sajaD. I, II, III dan IV

30. I. Yuran sekolah saya sudah dijelaskan oleh ayah. II. Peraturan bari itu akan dijelaskan oleh guru kelas masing-masing. III. Tulisan doktor itu tidak begitu dijelaskan. IV. Kami memerlukan dijelaskan yang lebih lanjut tentang hal itu. A. III sajaC. I, II dan IV saja B. I dan II sajaD. II, III dan IV saja

ARAS PENILAIAN Soalan 31 hingga Soalan 35Baca petikan dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Setiap pagi sarapan dihidangkan untuk anda. Ada nasi lemak, mi goreng, roti canai, roti bakar, dan bermacam-macam lagi hidangan yang bersilih ganti setiap hari. Malah, ibu anda akan berleter panjang sekiranya anda enggan menjamah hidangan tersebut. Mengapa, ya? Apa agaknya yang akan terjadi sekiranay anda tidak bersarapan?Anda diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan kerana sarapan penting untuk kesihatan anda. Janagan biarkan perut anda kosong. Makanlah sedikit makanan sebagai alas perut. Jika tidak, anda akan sakit. Anda mungkin juga akan diserang penyakit gastrik. Jika hal ini berlaku, sudah tentu anda tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Tugas-tugas anda yang lain akan terganggu juga.Sesetengah orang sanggup meninggalkan sarapan keranan ingin kurus. Ada juga yang berbuat demikian kerana ingin berjimat cermat. Tetapi tindakan tersebut adalah berbahaya. Jangan ikat perut. Tahukah anda bahawa perut yang kosong tidak dapat membekalkan tenaga kepada anda? Badan anda akan menjadi lemah. Asid di dalam perut pula akan menghakis lapisan perut anda menyebabkan perut anda sakit. Hal ini demikian kerana tidak ada makanan yang dapat diproses oleh asid tersebut untuk disalurkan ke seluruh bahagian tubuh.Oleh itu, bersarapanlah sebelum anda memulakan hari anda. Mudah-mudahan kesihatan anda terjaga dan terang hati anda ketika menghadapi pelajaran. Namun begitu, anda tidak seharusnya makan terlalu banyak kerana dikhuatiri anda akan kekenyangan dan berasa mengantuk. Makanlah dalam kuantiti yang sederhana kerana banyak makan akan mendatangkan penyakit juga. Jadi, beringat-ingatlah. Kata orang, perut punca segala penyakit.

31. Mengapakah kita diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan? A. kerana ibu akan berleter jika kita tidak makanB. kerana sarapan penting untuk kesihatanC. kerana banyak makanan lazat dihidangkanD. keana kita tidak dapat belajar dengan baik

ARAS ANALISIS32. Apakah akibatnya jika kita tidak bersarapan?A. kita akan diserang penyakit gastrikB. kita tidak akan bersemangat untuk belajarC. kita akan menghadapi masalakh kesihatanD. kita akan dapat menguruskan badan

ARAS PENILAIAN

33. Apakah salah satu punca sakit perut?A. terlalu banyak makan ketika laparB. penyakit gastrik menyerang apabila kita tidak makanC. tiada tenaga yang dibekalkan oleh perut yang kosongD. lapisan perut dihakis oleh asid kerana tiada makanan untuk diproses

ARAS ANALISIS

34. Nyatakan maksud simpulan bahasa ikat perut.A. tidak ada selera makanB. menahan lapar kerana ingin berjimatC. makan sedikit sebabgai alas perutD. berpuasa kerana ingin meguruskan badan

ARAS SISTESIS

35. Pada pendapat anda, apakah tujuan kita makan?A. untuk mengelakkan rasa lapar yang berpanjanganB. untuk menikmati makanan yang lazat dan pelbagaiC. untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badanD. untuk mengawal berat badan yang semakin kurang

ARAS PENILAIAN

Soalan 36 hingga soalan 40Baca dialog dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sang Kancil sedang berehat di tepi sungai. Tiba-tiba dia terdengar bunyi dengung di atas kepalanya. Apabila sang kancil mendongak, dia terlihat seekor agas sedang mengelilinginya.Sang Kancil: Benda apakah yang berbunyi, Sang Agas?Sang Agas: Perut hambalah yang berbunyi, Sang Kancil.Sang Kancil: Eh, bagaimana pula perut tuan hamba dapat berbunyi?Sang Agas: Pagi tadi badan hamba tergesel pada badan Sang Kerbau. Kebetulan ada duri yang melekat pada badan Sang Kerbau itu. Sebagai akibatnya, duri tersebut tertikam pada perut hamba dan menyebabkan perut hamba berbunyi.Sang Kancil : Oh, kasihan! Tentu sakit perut tuan hamba.Sang Agas :Sudah tentu. Tambahan pula, duri yang tertikam dalam badan hamba ini sejari besarnya.Sang Kancil: (Mengejek) Janganlah tuan hamba cuba membohongi hamba. Mana mungkin duri sebesar jari dapat masuk ke dalam badan tuan hamba itu.Sang Agas: Mengapa tuan hamba berkata demikian?Sang Kancil: Bukankah badan tuan hamba hanya sebesar jarum? Jadi, tentulah mustahil duri yang besar dapat masuk ke dalam badan tuan hamba itu.Sang Agas: Hai, Sang Kancil! Yang hamba maksudkan sejari itu ialah ukuran jari hamba sendiri, bukannya ukuran jari tuan hamba (sambil tertawa). Tampaknya badan tuan hamba saja yang besar, tetapi akal tuan hamba lebih kecil daripada badan hamba ini.Sang Kancil terdiam. Dia berasa malu sendiri. Dalam hatinya, Sang Kancil mengakui kebijaksanaan Sang Agas.

36. Apakah yang mengganggu Sang Kancil ketika dia sedang berehat?A. teguran Sang AgasC. bunyi dengung di atas kepalanyaB. jeritan Sang AgasD. cerita Sang Agas tentang perutnya

37. Apakah punca bunyi tersebut?A. duri di perut Sang Agas menyebabkan perutnya berbunyiB. perut Sang Agas kosong menyebabkan perutnya berbunyiC. perut Sang Agas berbunyi kerana tergesel jarum pada badan Sang KerbauD. tusukan jarum pada perut Sang Agas menyebabkan perutnya berbunyi

38. Mengapakah Sang Kancil menuduh Sang Agas berbohong?A. kerana Sang Agas memang suka berbohongB. kerana Sang Kancil tidak nampak apa-apa yang mencucuk badan Sang AgasC. kerana badan Sang Agas lebih kecil daripada badan Sang KerbauD. kerana mustahil duri sebesar jari Sang Kancil dapat masuk ke dalam badan Sang Agas

39. Penyataan yang berikut adalah benar tentang dialog tadi, kecualiA. perut Sang Agas tertikam duri semasa bergesel dengan Sang KerbauB. badan Sang Agas hanyalah sebesar jarumC. duri yang melekat pada badan Sang Kerbau mengeluarkan bunyiD. Sang Kancil tidak menduga bahawa Sang Agas binatang yang bijak

40. Pada pendapat anda, apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan watak Sang Agas?A. seperti katak di bawah tempurungB. seperti harimau menyembunyikan kukunyaC. seperti tikus membaiki labuD. seperti mengajar itik berenang