soalan ujian sk bantayan bm tahun 4 k1

16
SULIT UJIAN PERTENGAHAN BULAN (MAC) TAHUN 2015 S.K. BANTAYAN, TAMPARULI BAHASA MELAYU KERTAS (1) PEMAHAMAN TAHUN 4 50 MINIT NAMA: ____________________________________ TAHUN : 4 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap jawapan, bulatkan satu jawapan yang dipilih. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat, Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak 1

Upload: eyzatul-hanim

Post on 07-Feb-2016

55 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sistem analisis peperiksaan Mac

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Ujian Sk Bantayan Bm Tahun 4 k1

SULIT

UJIAN PERTENGAHAN BULAN (MAC) TAHUN 2015

S.K. BANTAYAN, TAMPARULI

BAHASA MELAYU KERTAS (1)PEMAHAMAN

TAHUN 450 MINIT

NAMA: ____________________________________

TAHUN : 4

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap

jawapan, bulatkan satu jawapan yang dipilih.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat,

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

1

Page 2: Soalan Ujian Sk Bantayan Bm Tahun 4 k1

SULIT

UJIAN PERTENGAHAN BULAN (MAC) TAHUN 2015

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap jawapan,

bulatkan satu jawapan yang dipilih.

Soalan 1 hingga soalan 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Alia dan keluarganya baru pulang dari Pulau Langkawi. ___________ bercuti di sana

selama tiga hari.

A Dia C Kalian

B Kami D Mereka

2. Kami berbincang ___________ percutian kami di Pulau Redang pada cuti sekolah

yang akan datang.

A dengan C akan

B tentang D untuk

3. Kakak _________ adik sepasang baju kurung sempena hari raya yang akan

menjelang tidak lama lagi.

A jahitan C menjahit

B berjahit D menjahitkan

4. Kami ketawa___________ apabila melihat telatah lucu badut itu.A mengilai-ngilai C tersemput-semput B menjerit-jerit D terbahak-bahak

5. Abang duduk bersandar di sebuah kerusi di________sebatang pokok sambil membaca akhbar.A tepiB celahC bawahD tengah

2 [ LIHAT SEBELAH SULIT

Page 3: Soalan Ujian Sk Bantayan Bm Tahun 4 k1

SULIT

UJIAN PERTENGAHAN BULAN (MAC) TAHUN 2015

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah ini.

Gambar 1

6. Puan Norazimah sedang ____________ ubi kayu sebelum membuat kuih talam ubi.A mengikis C mengukurB menyagat D menggentel

7. Kehidupan Mak Som semakin senang sekarang. ___________ setelah kedua-dua orang anaknya bekerja.A Namun begitu C Oleh ituB Di samping itu D Lebih-lebih lagi

8. Petinju itu berjaya __________ kejuaraannya buat kali ketiga berturut-turut.A menetapkanB menjulangkanC mempamerkanD mempertahankan

9. Wanita itu beberapa __________ sate untuk anak-anaknya di pasar malam.A bilahB buahC cucukD batang

3 [ LIHAT SEBELAH SULIT

Page 4: Soalan Ujian Sk Bantayan Bm Tahun 4 k1

SULIT

UJIAN PERTENGAHAN BULAN (MAC) TAHUN 2015

Soalan 10 berdasarkan gambar di sebelah ini.

Gambar 2

10.Encik Ahmad dan isterinya duduk di atas sebuah sofa yang _________ ketika menonton televisyen.A gebu C lembutB empuk D lembik

11. Azimah lari lintang pukang apabila angsa itu hendak_________nya.A menggigit C mencubitB menyudu D membaham

12. “_________Zaid yang memberikan hadiah ini kepada kamu,” kata Tan kepada Rahman.A Agak-agak C Jangan-janganB Rasa-rasa D Baik-baik

13.Setelah mendengar titah Sultan Mansur Syah itu, _________ rakyat Melaka berasa sangat gembira.A berapa B sekalian C setengahD masing-masing

14. “Aduhai, ________ teruk jalan ke kampung kamu!” rungut Zafrul kepada Asman.A benar C nianB betul D begitu

4 [ LIHAT SEBELAH SULIT

Page 5: Soalan Ujian Sk Bantayan Bm Tahun 4 k1

SULIT

UJIAN PERTENGAHAN BULAN (MAC) TAHUN 2015

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah ini.

Gambar 3

15. Oleh sebab tidak mendapat kerjasama daripada penduduk, pencemaran air di sungai itu bertambah ____________ .A saratB remehC sempitD buruk

16. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dalam perniagaan____________ .A pasar malam C pasar gelapB pasar tani D pasar borong

17. Pelayan restoran itu sedang _________ sedulang hidangan untuk pengunjung di situ.A membimbitB menatangC mengangkatD menjunjung

5 [ LIHAT SEBELAH SULIT

Page 6: Soalan Ujian Sk Bantayan Bm Tahun 4 k1

SULIT

UJIAN PERTENGAHAN BULAN (MAC) TAHUN 2015

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah ini.

Gambar 4

18. Pak Kamal memikul ______________ pisang manakala cucunya menjinjing ____________ beg plastik.A sebiji………setangkaiB sepikul………sebuahC sesikat………seberkasD setandan…………sebungkus

19. Peserta Kem Jati Diri akan diajar cara-cara memasang khemah selepas mereka menyeberang sungai.

Pilih perkataan seerti bagi memasangA mendirikanB menyiapkanC mengaturkanD menyediakan

20. Hubungan saya dengan Arif rengggang sejak dia berpindah ke Bandar.

Pilih perkataan berlawan bagi renggang.A rapat C kuatB dekat D kukuh

6 [ LIHAT SEBELAH SULIT

Page 7: Soalan Ujian Sk Bantayan Bm Tahun 4 k1

SULIT

UJIAN PERTENGAHAN BULAN (MAC) TAHUN 2015

Soalan 21 – 22 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.

21. I Jangan menulis ayat tergantung dalam karangan.II Acara sukan itu tergantung kerana hujan turun dengan lebat.III Bayaran bil elektrik rumahnya sudah tergantung selama empat bulan.IV Lukisan yang tergantung pada dinding itu dibeli olehnya di Jepun.

A I dan IV sahajaB II dan III sahajaC I, II dan III sahajaD I, II, III dan IV

22. I Pesawat itu terbang tinggi.II Kumar mendapat markah yang tinggi dalam ujian itu.III Kami mendoakan agar cita-citanya yang tinggi itu akan tercapai.IV Walaupun keluarganya kaya, Namun Haziq tidak pernah bersikap tinggi diri.

A I dan II sahajaB I, II dan III sahajaC II, III dan IV sahajaD I, II, III dan IV

23. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah ini.

Mengapakah abang kamu belum balik lagi?

A Ya, dia belum balik lagi.B Mungkin dia akan balik sebentar lagiC Dia ada mesyuarat pengawas di sekolah.D Ayah akan menjemput abang di sekolah petang nanti.

24. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah ini.

Pesakit itu semakin sihat setelah mendapat rawatan di hospital.

A Adakah pesakit itu semakin sihat setelah mendapat rawatan di hospital?B Bagaimanakah keadaan pesakit itu setelah mendapat rawatan di hospital?C Berapa lamakah pesakit itu mendapat rawatan di hospital?D Siapakah yang merawat pesakit itu di hospital?

7 [ LIHAT SEBELAH SULIT

Page 8: Soalan Ujian Sk Bantayan Bm Tahun 4 k1

SULIT

UJIAN PERTENGAHAN BULAN (MAC) TAHUN 2015

Soalan 25 – 26Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25. “ Sila ambil nombor giliran anda di kaunter,” Kata juruacara itu kepada semua peserta.

A Para peserta dikehendaki beratur di kaunter untuk mengambil nombor giliran.B Semua peserta akan diberi nombor giliran di kaunter mengikut arahan juruacara.C Juruacara meminta para peserta supaya mengambil nombor giliran di kaunter.D Juruacara mahu setiap peserta segera mengambil nombor giliran sebelum acara bermula.

26. Ayah melarang saya bermain bola selagi tidak menyiapkan kerja sekolah.

A “Kamu boleh bermain bola sebelum kerja sekolah kamu siapkan,” kata ayah.B “Kamu tidak ayah benarkan bermain bola selagi kamu belum menyiapkan kerja sekolah,” kata ayah.C “selepas bermain bola, barulah kamu siapkan kerja sekolah,” kata ayah.D “Walaupun kerja sekolah kamu telah siap, kamu tidak ayah benarkan bermain bola,” kata ayah.

Soalan 27 – 28Pilih ayat yang betul.

27. A Kakak saya memasak lantas bernyanyi. B Orang itu miskin serta berbahagia. C Bayi itu lapar walaupun dia menangis. D Petani itu bertanam jagung dan berternak ayam.

28. I Lelaki dalam gambar itu ialah bapa saya.II Ahmad rajin bekerja demi untuk menyara keluarganya yang susah.III Siti Hajar lebih pandai dari Lai Meng.IV Pakaian-pakaian ini adalah untuk mangsa tsunami.

A I dan II sahajaB I dan IV sahaja.C I, II dan III sahaja.D II, III dan IV sahaja.

8 [ LIHAT SEBELAH SULIT

Page 9: Soalan Ujian Sk Bantayan Bm Tahun 4 k1

SULIT

UJIAN PERTENGAHAN BULAN (MAC) TAHUN 2015

Soalan 29 – 30Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29. Budak yang _________ itu sering membantu ibunya membuat kerja-kerja rumah.A tajam akal C ringan tulangB telinga lintah D tangkai jering

30. Cikgu Ramlan menasihati kami supaya rajin membaca akhbar untuk meluaskan pengetahuan. Beliau tidak mahu kami ________________.A seperti katak di bawah tempurung.B seperti ika di dalam belat.C seperti kera sumbang.D seperti rusa masuk kampung.

Soalan 31 – 35

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

9 [ LIHAT SEBELAH SULIT

“ Kalau awak mempunyai basikal, bolehlah kita bersiar-siar di sekitar kampung.” Kata-kata Zahid itu menerbitkan rasa cemburu di hati Adli. Dia cemburu kerana kawan-kawannya memiliki basikal.

Dia pernah meminta dibelikan basikal. Alasannya, dia ingin berdikari untuk ke sekolah. Dia kasihan akan ayahnya yang terpaksa ke sekolah pada waktu tengah hari semata-mata untuk menghantarnya untuk pulang ke rumah. Namun, permintaannya itu seperti menangkap bayang-bayang sahaja.

Selepas makan pada malam itu, ayahnya bersuara, “Adli bersempena dengan hari jadi kamu esok, ayah akan membawa kamu makan angina di Pulau Langkawi pada minggu depan.” “Adli ikut sahaja,” balas Adli dengan nada kecewa. Harapannya untuk memiliki basikal sempena hari jadinya tahun ini berkecai.

Pasa keesokan harinya, Adli terpaksa menunggu ayahnya lebih lama daripada biasa. Sudahlah begitu, di sepanjang perjalanan pulang ayahnya hanya berdiam diri sahaja. “Adakah ayah berkecil hati denganku kerana aku asyik memintanya membelikanku basikal?” bisik hati Adli.

Sesampainya di rumah, Adli terus masuk ke dalam biliknya untuk menukar pakaian. Alangkah terkejutnya Adli apabila terlihat sebuah basikal baru di dalam biliknya. “Selamat hari jadi Adli,” ucap ibu dan ayah Adli serentak dari belakang. Adli terus meluru kea rah ayah dan ibunya lantas memeluk mereka. “Terima kasih, ayah, ibu,” ucap Adli dengan bersemangat sekali.

Page 10: Soalan Ujian Sk Bantayan Bm Tahun 4 k1

SULIT

UJIAN PERTENGAHAN BULAN (MAC) TAHUN 2015

31. Bagaimanakah perasaan Adli apabila kawan-kawannya memiliki basikal sendiri?A senang hati C berat hatiB kecil hati D iri hati

32. Yang berikut ialah alasan Adli meminta ayahnya membelikannya sebuah basikal, kecuali……A dia ingin pulang dari sekolah dengan berbasikal.B dia kasihan melihat ayahnya yang terpaksa menjemputnya untuk pulang dari sekolah.C dia mahu berdikari untuk ke sekolah.D dia ingin berbasikal mengelilingi kampung.

33. Mengapakah Adli berasa kecewa apabila ayahnya hendak membawanya ke Pulau Langkawi bersempena dengan hari jadinya?A kerana ayahnya hanya mengajaknya makan angina sahaja.B kerana Pulau Langkawi bukanlah destinasi pilihannya.C kerana dia mengharapkan hadiah sebuah basikal.D kerana dia lebih gemar meraikan hari jadinya di rumah.

34. Apakah tanggapan Adli apabila ayahnya hanya berdiam diri sahaja sewaktu mengambilnya pulang dari sekolah?A ayahnya mungkin berasa letih kerana terpaksa menjemputnya di seolah setiap hari.B ayahnya mungkin benci akan sikapnya.C ayahnya mungkin tersinggung oleh sikapnya.D ayahnya mungkin menghadapi tekanan di tempat kerja.

35. Maksud rangkai kata makan angin dalam pertikan tadi ialah…A bersantaiB melancongC berkelahD makan bersama-sama

10 [ LIHAT SEBELAH SULIT

Page 11: Soalan Ujian Sk Bantayan Bm Tahun 4 k1

SULIT

UJIAN PERTENGAHAN BULAN (MAC) TAHUN 2015

Soalan 36 – 40

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

36. Apakah yang berlaku di Kuala Selangor?A penduduk dari 12 kampung mengalami sesak nafas.B beberapa orang mengalami gatal-gatal kulit.C keadaan jerebu melebihi paras bahaya.D Kuala Selangor diisytiharkan kawasan darurat.

11 [ LIHAT SEBELAH SULIT

KUALA SELANGOR. Isnin – sebanyak 12 orang penduduk dari Kampung Muhibah di sini telah dimasukkan ke Hospital Kuala Selangor kerana mengalami sesak nafas. Hal ini dipercayai berpunca dariapda jerebu yang sedang melanda Negara.

Walau bagaimanapun, sepuluh mangsa yang etrbabit telah dibenarkan keluar dari hospital setelah tahap kesihatan mereka disahkan berada dalam keadaan yang memuaskan. Sementara itu, dua mangsa lagi terpaksa ditahan untuk beberapa hari lagi. Kesemua mangsa merupakan nelayan dan telah terdedah terlalu lama pada udara yang berjerebu ketika menangkap ikan di laut dalam.

Menurut seorang mangsa, Dolah bin Sulaiman, mereka tidak memakai penutup hidung selama dua hari berada di laut. Dia telah mengalami batuk yang agak teruk dan sukar untuk bernafas. Walau bagaimanapun, doktor memaklumkan bahawa keadaan mangsa tidak begitu serius.

Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Alam Sekitar mengesahkan bahawa jerebu yang melanda Kuala Selangor berada pada tahap yang berbahaya. Menurut ketua jabatannya, Tuan Haji Rahmat bin Mohd Noor, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dicatat setakat semalam di kawasan tersebut ialah 500 dan melepasi tahap bahaya.

Menurutnya lagi, bacaan IPU yang melebihi 400 dapat memudaratkan kesihatan manusia. Orang ramai berisiko tinggi menghidap penyakit seperti sakit tekak, gatal-gatal pada kulit dan sakit mata. Oleh itu, orang ramai dinasihati supaya memakai penutup hidung dan mulut supaya dapat menapis udara dan mengelakkan jerebu daripada masuk ke dalam tubuh.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar serta banyak minum air sebagai langkah untuk menghindari penyakit yang berkaitan dengan jerebu.

Page 12: Soalan Ujian Sk Bantayan Bm Tahun 4 k1

SULIT

UJIAN PERTENGAHAN BULAN (MAC) TAHUN 2015

37. Mengapakah pihak hospital membenarkan sebahagian daripada mangsa terbabit pulang?A mereka telah diberi rawatan dan ubatB mereka telah meneriam rawatan doktor pakarC doktor mengesahkan bahawa jerebu di kawasan tersebut telah pulihD tahap kesihatan mereka memuaskan

38. Orang ramai digalakkan memakai penutup hidung dan mulut kerana…A penutup hidung tersebut dapat melindungi muka daripada dikenali.B penutup hidung tersebut dapat menyihatkan tubuh badan.C penutup hidung tersebut dapat menapis udara yang tercemar.D penutup hidung tersebut dapat mengelakkan gatal-gatal pada kulit.

39. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.A Jerebu di Kuala Selangor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 400.B Orang ramai dinasihati supaya memakai penutup hidung dan mulut.C Batuk, sakit tekak dan gatal-gatal berpunca daripada jerebu.D Aktiviti riadah perlu dikurangkan bagi mengelakkan diri daripada terdedah pada jerebu.

40. Frasa berisiko tinggi dalam petikan di atas membawa maksud….A berkemungkinan besar mendapat bahayaB selamat daripada bahayaC berkemungkinan akan mendapat keuntunganD berkemungkinan kecil mendapat bahaya

KERTAS SOALAN TAMAT

12 [ LIHAT SEBELAH SULIT