michelangelo di lodovico buonarroti

1
Michelangelo di Lodovico Buonarroti (6 Mac 1475 18 Februari 1564), lebih biasa dikenali dengan mudah sebagaiMichelangelo, ialah seorang pengarca, pelukis, arkitek, dan pemuisi Zaman Pembaharuan Itali. Seorang seniman yang amat serba boleh, beliau sering dianggap sebagai pesaing untuk gelaran "tokoh arketip Zaman Pembaharuan", bersama-sama denganLeonardo da Vinci, pesaing setempatnya di Florentine. Hasil Michelangelo dalam setiap bidang semasa hayatnya yang panjang amat banyak; apabila kesemua surat-menyurat, lakaran, dan rencana kenang-kenangan yang masih wujud juga diambil kira, beliau merupakan seniman abad ke-16 yang didokumenkan dengan paling baik. Dua karyanya yang terkenal, iaitu arca Pieta dan David, dipahat ketika beliau berumur lewat dua puluhan hingga awal tiga puluhan. Walaupun beliau mempunyai anggapan yang buruk terhadap pelukisan, Michelangelo juga mencipta salah dua daripada lukisan fresco yang terpengaruh dalam sejarah seni Barat di siling dan dinding altar di Gereja Kecil Sistine, Rom(Pengadilan Akhirat). Pada lewat hayatnya, beliau mereka bentuk kubah untuk Gereja St Peter yang terletak dalam kota yang sama, dan serupa dengan setiap bidang yang beliau memperoleh kecekapan, merevolusikan seni bina klasik dengan rekaan pilaster jenis raksasanya. Unik bagi seorang seniman Zaman Pembaharuan, dua buah biografi diterbitkan dalam hidup Michelangelo. Salah satunya yang ditulis oleh Giorgio Vasari mengatakan bahawa beliau merupakan puncak pencapaian kesenian sejak permulaan Zaman Pembaharuan, suatu sudut pandangan yang terus tersebar luas dalam sejarah seni selama berabad-abad. Dalam hayatnya, beliau sering dipanggil sebagai "Il Divino" (Yang Ketuhanan; bahasa Inggeris: "the divine one"), satu nama gelaran yang amat sesuai kerana kerohaniannya yang sangat mendalam. Salah satu daripada sifatnya yang paling dikagumi oleh hidup sezamannya ialahterribilità, iaitu ketersergaman yang amat menimbulkan rasa kagum. Adalah disebabkan percubaan- percubaan pelukis-pelukis kemudian yang hendak meniru gaya Michelango yang amat peribadi dan penuh perasaan bahawa Manerisme, sebuah gerakan utama seni Barat yang menyusul Pembaharuan Tinggi, dilahirkan.

Upload: ley5680

Post on 03-Oct-2015

238 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

mic

TRANSCRIPT

Michelangelo di Lodovico Buonarroti(6 Mac147518 Februari1564), lebih biasa dikenali dengan mudah sebagaiMichelangelo, ialah seorangpengarca,pelukis,arkitek, danpemuisiZaman Pembaharuan Itali. Seorang seniman yang amat serba boleh, beliau sering dianggap sebagai pesaing untuk gelaran "tokoh arketipZaman Pembaharuan", bersama-sama denganLeonardo da Vinci, pesaing setempatnya diFlorentine.Hasil Michelangelo dalam setiap bidang semasa hayatnya yang panjang amat banyak; apabila kesemua surat-menyurat, lakaran, danrencanakenang-kenangan yang masih wujud juga diambil kira, beliau merupakan senimanabad ke-16yang didokumenkan dengan paling baik. Dua karyanya yang terkenal, iaituarcaPietadanDavid, dipahat ketika beliau berumur lewat dua puluhan hingga awal tiga puluhan. Walaupun beliau mempunyai anggapan yang buruk terhadappelukisan, Michelangelo juga mencipta salah dua daripada lukisanfrescoyang terpengaruh dalam sejarah seni Barat di siling dan dinding altar diGereja Kecil Sistine,Rom(Pengadilan Akhirat). Pada lewat hayatnya, beliau mereka bentukkubahuntukGereja St Peteryang terletak dalam kota yang sama, dan serupa dengan setiap bidang yang beliau memperoleh kecekapan, merevolusikanseni binaklasik dengan rekaanpilasterjenis raksasanya.Unik bagi seorang senimanZaman Pembaharuan, dua buahbiografiditerbitkan dalam hidup Michelangelo. Salah satunya yang ditulis olehGiorgio Vasarimengatakan bahawa beliau merupakan puncak pencapaian kesenian sejak permulaan Zaman Pembaharuan, suatu sudut pandangan yang terus tersebar luas dalam sejarah seni selama berabad-abad. Dalam hayatnya, beliau sering dipanggil sebagai "Il Divino" (Yang Ketuhanan;bahasa Inggeris: "the divine one"), satu nama gelaran yang amat sesuai keranakerohaniannyayang sangat mendalam. Salah satu daripada sifatnya yang paling dikagumi oleh hidup sezamannya ialahterribilit, iaitu ketersergaman yang amat menimbulkan rasa kagum. Adalah disebabkan percubaan-percubaanpelukis-pelukis kemudian yang hendak meniru gaya Michelango yang amat peribadi dan penuh perasaan bahawaManerisme, sebuah gerakan utama seni Barat yang menyusulPembaharuan Tinggi, dilahirkan.