mgt of comm

17
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEM 4103 MANAGEMENT OF COMMUNITY RELATIONS NAMA : ARDIANAH BINTI AMRAN NOMBOR MATRIK : 811107125276002 NO KAD PENGENALAN : 811107-12-5276 E-MAIL : [email protected] NO. TELEFON : 016-441 1577 PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU MEI 2016 1

Upload: milly-hafizah-mohd-kanafia

Post on 07-Jul-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mgt of com

TRANSCRIPT

Page 1: Mgt of Comm

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEM 4103

MANAGEMENT OF COMMUNITY RELATIONS

NAMA : ARDIANAH BINTI AMRAN

NOMBOR MATRIK : 811107125276002

NO KAD PENGENALAN : 811107-12-5276

E-MAIL : [email protected]

NO. TELEFON : 016-441 1577

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

MEI 2016

1

Page 2: Mgt of Comm

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA 4

3.0 PERBANDINGAN ANTARA 2 PROGRAM DARI SEGI 5

OBJEKTIF, AKTIVITI DAN PENGHASILAN PROGRAM

4.0 ANALISIS PENILAIAN PROGRAM 7

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 8

6.0 KESIMPULAN 9

7.0 RUJUKAN 10

2

Page 3: Mgt of Comm

1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh masyarakat. Dengan

kata lain, sekolah merupakan salah sebuah komuniti dalam masyarakat. Maka, perhubungan

sekolah dengan komuniti boleh diibaratkan bagai isi dengan kuku, mereka saling berinteraksi

dan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Oleh sebab komuniti merupakan sebuah masyarakat kecil, jadi sekolah juga diertikan sebagai

masyarakat kecil kerana sekolah merupakan sebahagian daripada masyarakat di mana semua

anggota hidup bersama dalam kawasan sekolah, mengikut peraturan-pertauran dan cara-cara

yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Bukan itu sahaja, sekolah juga berkonsepkan sebagai

suatu sistem sosial iaitu salah satu institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk memenuhi

keperluan anggota-anggota masyarakat supaya membolehkan mereka menguasai ilmu

pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan dan perkembangan diri dan masyarakatnya.

Hari ini, sekolah dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan dan menghasilkan

perubahan positif ke atas pelajar. Oleh itu, sekolah merupakan pengaruh yang utama sebagai

satu aspek alam sekeliling yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan sahsiah

pelajarnya. Seperti yang sedia maklum, kebudayaan masyarakat sentiasa mengalami

perubahan. Justeru itu, pendidikan sekolah tidak memadai lagi dengan penyampaian

pengetahuan dan cara hidup tradisi sahaja malah ia perlu menyediakan ahli-ahli masyarakat

untuk menghadapi dan menerima proses pembaharuan. Oleh itu, sekolah juga memainkan

peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan

kemajuan selari dengan keperluan-keperluan yang telah dinyatakan dalam Matlamat

Pendidikan Negara.

Selain itu, kerjasama di antara sekolah-sekolah adalah lebih diutamakan untuk memupuk

kesefahaman dan perpaduan di antara anggota-anggota yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Maka, di samping meningkatkan kerjasama dalam bidang aktiviti kurikulum dan

kokurikulum di antara sekolah-sekolah daerah, negeri dan negara, konsep sekolah wawasan

pula diperkenalkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia, pada bulan Disember 1995 bertujuan memberi peluang

kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk belajar dan berinteraksi bersama dalam

sesuatu kawasan yang sama demi memupuk dengan lebih awal lagi perpaduan dalam

kalangan anggota masyarakat berbilang kaum.

3

Page 4: Mgt of Comm

Penganjuran program-program yang melibatkan komuniti ini dapat mewujudkan

hubunganbaik dan menggalakkan kesedaran sivik dalam kalangan warga negara masa depan.

Dalam tugasan ini, 2 buah program akan di bandingbeza kan dari segi objektif, organisasi dan

penghasilan program. Seterusnya, satu analisis akan dibuat untuk melihat sejauh mana

keberkesanan program tersebut dalam mencapai objektif yang ditetapkan serta

penambahbaikan yang perlu di lakukan pada masa hadapan.

2.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Terdapat dua jenis kaedah yang saya gunakan untuk membuat pengumpulan data iaitu

melalui kaedah temubual dan juga melalui penelitian dokumen dan rekod.

2.1 Kaedah temubual

Kaedah pertama yang gunakan ialah melalui kaedah temubual terhadap dua orang guru yang

mengajar di sekolah yang dikaji. Guru pertama yang saya pilih ialah guru yang telah

berkhidmat selama lebih daripada 10 tahun di sekolah X. beliau telah menyelia dan

melaksanakan program orientasi Darjah 1. Program seperti ini telah dikuatkuasakan bermula

pada tahun 2012.

Guru kedua yang saya pilih ialah daripada sekolah Y dan telah berkhidmat selama hampir 12

tahun. Beliau telah memegang jawatan sebagai penyelaras kelas aliran agama di sekolah

beliau. Selama beliau memegang jawatan itu, mutu pendidikan dalam kelas aliran agama

tersebut perlu di puji.

Saya telah membuat temujanji terhadap dua orang guru tersebut dengan cara menghubungi

mereka melalui panggilan telefon. Masa dan tarikh ditetapkan oleh setiap guru tersebut

mengikut kesediaan guru-guru tersebut. Oleh yang demikian saya telah menyiapkan beberapa

soalan yang berkaitan dengan tajuk tugasan yang diberikan. Antara soalan yang saya ajukan

ialah :

(a) Apakah kepentingan hubungan antara sekolah dan komuniti?

(b) Adakah program yang di jalankan dapat mencapai objektif yang di rancang?

(c) Apakah cadangan puan untuk penambahbaikan program sedia ada?

(d) Berapa banyakkah program yang telah dijalankan di sekolah anda dalam usaha

memupuk hubungan baik antara sekolah dan komuniti?

4

Page 5: Mgt of Comm

Kaedah temubual ini berlangsung dengan baik kerana kaedah gaya bahasa, kemesraan, fokus

dan berhati-hati, tidak mengajukan soalan yang sensitif atau keluar dari tajuk tugasan adalah

kunci utama temubual ini berjaya tanpa sebarang paksaan. Maklumat yang diberikan sangat

baik dan berguna untuk maklumat tajuk tugasan saya.

2.2 Kaedah penyelidikan / penelitian

Kaedah kedua yang saya lakukan untuk mendapatkan maklumat adalah dengan cara

menggunakan kaedah penyelidikan melalui penelitian terhadap dokumen dan rekod. Rekod

dan dokumen yang saya teliti ialah rekod dan dokumen yang berkaitan dengan kertas kerja

bagi program terdahulu yang telah dilaksanakan.

3.0 PERBANDINGAN ANTARA 2 PROGRAM DARI SEGI OBJEKTIF,

AKTIVITI DAN PENGHASILAN PROGRAM

Setiap program di sekolah perlu melibatkan murid-murid secara menyeluruh untuk

mendapatkan keberhasilan program yang dijalankan. Apabila sekolah sekolah

merancang program-program yang memerlukan penyertaan pelajar atau ibu bapa mereka

mesti memastikan bahawa pelajar atau ibu bapa berasa selesa dan teruja untuk terlibat dengan 

program sekolah. Sebagai contoh, ibu bapa akan berasa sangat teruja untuk turut menyertai

dengan pengalaman pembelajaran anak-anak mereka.

Merujuk kepada Tisna Amidjaja (1977) mengatakan bahawa setiap program yang dibuat

haruslah mempunyai tujuan, cara dan sumber bagi menangani masalah-masalah yang

dihadapi. Oleh itu program yang disusun akan dapat dijadikan sebagai alat bimbingan di

sekjolah dengan berkesan. Program yang baik mempunyai perlaksanaan yang efisien dan

efektif.

Dalam tugasan ini, 2 program yang dikenalpasti telah dijalankan dalam tempoh enam bulan

yang lalu iaitu Program 3K memfokuskan kepada Kempen Keselamatan dan juga Program

Anak Angkat yang telah di laksanakan pada 20 Oktober 2015 hingga 21 Oktober bagi

program 3K dan Program Anak Angkat bermula daripad Januari 2016 sehingga Mac 2016.

3.1 Program 3K – Kempen Keselamatan

Program 3K ialah Program Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan. Salah satu program

yang dikelola di bawah program ini ialah Kempen Keselamatan. Kempen Keselamatan yang

5

Page 6: Mgt of Comm

telah dilaksanakan pada 20 Oktober 2015 hingga 21 Oktober 2015 ini melibatkan guru-guru,

ibu bapa dan juga pelajar sekolah. Ia adalah hasil kerjasama dengan Pihak Bomba Malaysia.

3.1.1 Objektif Pelaksanaan Kempen Keselematan

Dalam kempen ini, objektif yang ingin di capai ialah:

1. Mendedahkan kepada orang ramai akan bahaya sekiranya tidak berhati-hati ketika

menggunakan barangan elektrik, membakar secara terbuka dan lain-lain.

2. Memberi pendidikan kepada orang ramai akan cara-cara menyelamat sebelum

bantuan tiba.

3.1.2 Aktiviti yang Dijalankan sepanjang Kempen Keselamatan

Kempen ini berjalan selama 2 hari. Sepanjang 2 hari ini, pelbagai aktiviti yang telah

dijalankan. Pada hari pertama, beberapa orang pegawai daripada Pihak Bomba Malaysia

telah dijemput bagi memberikan seminar kepada ibu bapa, guru dan pelajar berkaitan

kepentingan menjaga keselamatan terutamanya berkaitan dengan kebakaran. Terdapat

juga pameran-pameran yang berkaitan dengan keselamatan di buka sepanjang 2 hari ini.

Hari kedua pula ialah Pihak Bomba menunjukkan demonstrasi menyelamat ketika

bantuan belum tiba pada situasi kebakaran. Demonstrasi ini menerangkan tentang

langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi meminimakan kerugian serta mengelakkan

kemalangan jiwa ketika berlakunya kebakaran. Salah satu aktiviti yang dijalankan pada

hari kedua ini ialah pihak Bomba menunjukkan bagaimana untuk memadamkan api

menggunakan alat pemadam api. Selain itu, pihak Bomba juga menunjukkan kaedah

melakukan bantuan pernafasan (CPR) bagi mangsa yang lemas kerana asap tebal.

3.1.3 Penghasilan Program

Untuk mendapatkan maklumbalas daripada program yang dijalankan, ibu bapa dan

pelajar telah diberikan borang soal selidik untuk mengetahui sejauh mana tahap kesedaran

mereka setelah mengikuti program ini. Selain itu, soal selidik ini juga bertujuan untuk

mengetahui tahap kefahaman mereka terhadap proses awal menyelamat apabila bantuan

belum tiba.

6

Page 7: Mgt of Comm

3.2 Program Anak Angkat

Kementerian Pelajaran Malaysia berpendapat bahawa satu pendekatan yang bersepadu perlu

dilaksanakan agar masalah literasi dan numerasi dapat dikesan seawal tahap 1. Hal ini kerana

murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko

keciciran dan berhadapan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

Program ini adalah anjuran daripada pihak sekolah dan PIBG.

3.2.1 Objektif Pelaksanaan Program Anak Angkat

Program Anak angkat Murid Linus Tahun 2 dan Tahun 3 ini bertujuan untuk

membantu murid-murid sasaran agar dapat menguasai kemahran 3M dengan lebih

cepat dan berkesan. Murid-murid ini akan diberi tunjuk ajar secara individu oleh guru

angkatnya.

3.2.2 Aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Anak Angkat

Terdapat pelbagai program yang telah disediakan oleh pihak penganjur untuk program

ini. Aktiviti yang di rancang adalah dengan objektif utamanya. Antara aktiviti yang

dijalankan ialah seperti melakukan perkemahan 2 hari 1 malam di sekolah. Tujuan

aktiviti ini ialah supaya ibu atau ayah angkat murid-murid ini yang terdiri daripada

kalangan guru dapat meluangkan masa yang lebih untuk memberikan didikan

berkaitan 3M. Selain itu, ibu bapa angkat ini juga akan meluangkan masa selama 1

jam dalam 3 hari seminggu untuk memberi bimbingan kepada anak angkat mereka.

3.2.3 Penghasilan program

Hasil daripada program ini, bilangan murid yang belum menguasai 3M iaitu seramai

25 orang telah berkurang kepada 10 orang sahaja. Bagi 10 orang ini, program anak

angkat diteruskan lagi sehingga penghujung Mac 2016.

4.0 ANALISIS PENILAIAN PROGRAM

Kedua-dua program ini telah pun dilaksanakan di sekolah dengan objektif masing-masing.

Bagi menilai keberkesanan sesuatu program adalah dengan menilai sama ada objektif telah di

capai atau tidak.

Untuk program pertama iaitu Program 3K yang memfokuskan kepada kempen keselamatan,

objektif utama ialah untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga

7

Page 8: Mgt of Comm

keselamatan walau di mana kita berada. Dalam program ini, penekanan diberikan kepada

kejadian kebakaran memandangkan pada tahun lalu, terdapat banyak kes kebakaran di sekitar

Tawau.

Untuk mengetahuo keberkesanan program ini, satu borang soal selidik telah diserahkan

kepada ibu bapa dan pelajar yang hadir. Tujuan dan kandungan borang soal selidik ini ialah

untuk melihat sejauh mana mereka memahami apa yang telah dihuraikan dan

didemonstrasikan semasa kempen berjalan.

Borang yang diedarkan sebanyak 50 borang dan yang dikembalikan sebanyak 40 borang.

Berdasarkan borang soal selidik yang diperolehi, dicatatkan 89% daripada peserta kempen

berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu memahami konsep dan demonstrasi yang di

sampaikan sepanjang sesi kempen di jalankan. Manakala 15% kurang pasti dan selebihnya

tidak faham. Walau bagaimanapun, kempen ini di anggap berjaya kerana telah memperolehi

89% peserta kempen yang mencapai objektif yang disasarkan.

Bagi program kedua pula iaitu Program Anak Angkat. Penilaian di buat berdasarkan ujian

linus yang dijalankan pada awal bulan Mac 2016. Jika sebelum ini, murid-murid linus adalah

seramai 25 orang. Namun semasa ujian linus pada bulan Mac 2016, mendapati bahawa

seramai 15 orang telah melepasi semua ujian. Manakala 10 orang lagi pula walaupun tidak

lulus, tetapi mereka menunjukkan peningkatan daripada sebelum ini.

Manakala penilaian dari segi hubungan antara sekolah dan komuniti, dapat dilihat bahawa

wujudnya satu hubungan baik antara warga sekolah dengan pihak Bomba Malaysia dan juga

antara guru dan golongan ibu bapa (PIBG). Perhubungan yang baik ini adalah pemangkin

kepada melahirkan generasi baru yang cemerlang dan berdaya saing.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Program yang dijalankan oleh sekolah ini, walaupun lebih daripada separuh berjaya mencapai

objektif. Namun terdapat juga beberapa orang lagi yang tidak mencapai objektif yang

ditetapkan. Bagi mendapatkan pencapaian objektif 100% pada masa akan datang, berikut

beberapa cadangan penambahbaikan program-program yang akan di anjurkan selepas ini.

5.1 Mengenalpasti Audiens

Ketika program seminar berkaitan keselematan di jalankan, ibu bapa dan pelajar daripada

berbeza latar belakang telah hadir. Sesetengah daripada ibu bapa ini ada yang tidak tahu

8

Page 9: Mgt of Comm

membaca dan menulis. Mereka juga adalah datang daripada keluarga yang susah iaitu tidak

mempunyai bekalan api yang menyebabkan mereka tidak pernah melihat dunia luar menerusi

kaca televisyen Oleh yang demikian, tahap pemahaman mereka lebih perlahan berbanding

yang lain. Pada masa akan datang, program seperti ini haruslah di jalankan dengan

mengenalpasti audiens terlebih dahulu. Ia untuk memudahkan panel menggunakan Bahasa

dan penerangan yang baik semasa sesi seminar di jalankan.

5.2 Gaya Kepimpinan

Seterusnya ialah dengan gaya kepimpinan. Pemimpin yang dijelaskan di sini sama ada

pemimpin pelaksana program atau penasihat program selaku guru besar atau penyelia

hendaklah menukar gaya kepimpinan yang lebih kepada demokratik. Ini kerana gaya kerja ini

disukai oleh staf bawahan kerana sentiasa menjalankan perbincangan dengan ahli

jawatankuasa organisasi dalam memutuskan keputusan yang sesuai bagi menggalakkan

pelajar menyertai program anjuran sekolah. Selain itu, boleh juga menggunakan gaya

kepimpinan yang sesuai dengan situasi yang berbeza. Merujuk kepada Blanchard dan Hersey

(1969), mengatakan bahawa gaya kepimpinan dalam dimensi mengarah dan sokongan yang

diberi kepada pengikutnya dan menghasilkan satu interaksi yang positif dan sihat dalam

organisasi.

Dua cadangan ini adalah berdasarkan capaian objektif kedua-dua program yang telah

dijalankan.

6.0 KESIMPULAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia

dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya

menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip

dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada

peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK

9

Page 10: Mgt of Comm

menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan

selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab

yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas

dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung

merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita

negara.Setiap jenis penglibatan di atas memerlukan pendekatan yang berbeza. Setiap satunya

mempunyai cabaran tersendiri yang perlu ditangani supaya penglibatan sepenuhnya dapat

diwujudkan. Selain itu, pengubahsuaian aspek-aspek tertentu amat perlukan supaya

penglibatkan yang dilakukan bersesuaian dengan latar belakang keluarga dan masyarakat

setempat. Setiap jenis penglibatan akan membawa kesan yang berbeza sama ada terhadap

pelajar, ibu bapa, amalan pengajaran guru dan iklim sekolah. Sehubungan itu, pihak sekolah

perlulah membuat pilihan yang tepat supaya penglibatan ibu bapa dan masyarakat dapat

membantu pencapaian matlamat utama sekolah dengan lebih bermakna.

Dengan menjadi menjadi rakan kongsi yang baik, diharapkan penglibatan pihak ibu bapa dan

komuniti setempat akan dapat membantu pihak sekolah meningkatkan pembelajaran anak-

anak mereka di sekolah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah di siplin di

sekolah. Ini kerana tugas bagi penambahbaikan pendidikan anak-anak bukan sahaja menjadi

tanggungjawab pihak sekolah tetapi juga melibatkan pihak keluarga dan komuniti setempat.

Dua program yang dijalankan di sekolah ini telah memberi kesan kepada lebih daripada

spearuh pengikutnya. Lebih-lebih lagi terhadap perhubungan antara komuniti dan sekolah.

Hal ini adalah sangat penting bagi memastikan generasi baru dalam keadaan bersedia

menghadapi cabaran yang kian sukar hari demi hari. Di harapkan program-program seperti

ini akan diperbanyakkan lagi dengan input-input yang lebih baik dan juga berjaya mencapai

100% kejayaan.

(2502 patah perkataan)

7.0 RUJUKAN

Ahmad Kilani Mohamed. (2003). Pengurusan pendidikan di sekolah, huraian menurut

perspektif Islam. Skudai, Johor: UTM.

Ardelt, M., & Eccles, J. S. (2001). Effects of mothers' parental efficacy beliefs and promoting

parenting strategies on inner-city youth. Journal of Family Issues, 22(8), 944-972.

10

Page 11: Mgt of Comm

Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: Freeman.

Bandura, A., Barbaranelli, C., Caprara, G. V., & Pastorelli, C. (1996). Multifaceted impact of

self-efficacy beliefs on academic functioning. Child Development, 67(3), 1206- 1222.

Berger, F. H. (1983). Beyond the classroom: Parents as partners in education. St. Louis:

Thomas & Manning. Driebe, N. M., & Cochran, M. M. (1996, Jun). Barriers to parent

involvement in Head Start programs. Kertas yang dibentangkan di The Head Start

National Research Conference, Washington, DC.

Gallagher, D. R., Bagin, D., & Moore, E. H. (2005). The school and community relations.

Boston: Pearson.

Goldenberg, C., Reese, L., & Gallimore, R. (1992). Effect ofliteracy materials from school on

Latino children's home experiences and early reading achievement. American Journal

of Education, 100(4),497-536.

Gonder, P. O. (1981). Exchanging school and community resources. Dalam D. D. Davies

(Ed.), Communities and their schools (hlm. 297-329). New York: McGraw-Hill.

Hargreaves, D. (1995). Improving secondary schools. Dalam Early childhood education

issues and concerns. Dublin: INTO.

Hoover-Dempsey, K. V., & Sandler, H. M. (1995). Parental involvement in children's

education: Why does it make a difference? Teachers College Record, 97(2), 310- 331.

Hoover-Dempsey, K. V., & Sandler, H. M. (1997).Why do parents become involved in their

children's education? Review of Educational Research, 67(1),3-24.

Hughes, P., & MacNaughton, G. (2003). Building meaningful partnerships between staff and

families: Enhancing children’s development. Victoria, Australia: Tertiary Press.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Pembangunan pendidikan 2001-2010. Kuala

Lumpur: Penulis.

Lareau, A. (1989). Home advantage: Social class and paternal intervention in elementary

education. New York: Falmer Press.

11

Page 12: Mgt of Comm

Poston, W. K., Jr., Stone, M. P., & Muther, L. (1992). Making schools work: Practical

management of support operation, vol. 7. Thousand Oaks, CA: Corwin Press

Queensland

School Curriculum Council. (1998). Preschool curriculum guidelines. Brisbane: Penulis.

Solomon, D., Battishich, v., Watson, M., Schaps, E., & Lewis, C. (2000). A six-district

study of educational change, Direct and mediated effects of the child development

project. Social Psychology of Education, 4, 3-51.

12