mgh2113 - etika pentadbir awam

6
PJJ-UUM GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM Ulasan Jurnal “Strategic Management and Public Service Perfomance” “The Way Ahead” Bahagian A – Maklumat Artikel/Jurnal Tajuk jurnal yang akan ditulis dan dibincangkan dalam penulisan ini adalah “Strategic Management and Public Service Perfomance: The Way Ahead diterbitkan oleh “Public Administration Review” pada Disember 2010 dan disunting semula pada 2012 diterbitkan oleh Palgrave Macmillan, Macmillan Publishers Limited. Ditulis oleh George A. Boyne dari universiti Cardiff, Rhys Andrews dari Sekolah Perniagaan Pengurusan Awam di Cardiff, Jennifer Law pensyarah utama dalam Jabatan Sains Sosial di University of Glamorgan dan Richard M. Walker dari Hong Kong Universiti. Objektif jurnal ini ialah pentingnya pengurusan strategik dalam perkhidmatan awam bagi memantapkan dan meningkatkan prestasi perkhidmatan dalam semua sektor awam. Abstrak : Tema jurnal ini ialah, pengurusan strategik penting dalam menentukan hala tuju dan mempertingkatkan perkhidmatan awam pada masa kini dan akan dating serta selari dengan peredaran masa atau teknologi terkini. Persoalan yang dibincangkan mengapa perlu pengurusan strategik di dalam perkhidmatan awam?. Selaras dengan peredaran masa kini dengan kecanggihan teknologi kini, perkhidmatan awam juga perlu mempertingkatkan kualiti kerjaya supaya dapat memberikan suatu perkhidmatan yang baik kepada 1 NO. MATRIK : 222998

Upload: mohdraiful

Post on 28-Jan-2016

97 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Ulasan Jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: MGH2113 - Etika Pentadbir Awam

PJJ-UUM GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Ulasan Jurnal

“Strategic Management and Public Service Perfomance”

“The Way Ahead”

Bahagian A – Maklumat Artikel/Jurnal

Tajuk jurnal yang akan ditulis dan dibincangkan dalam penulisan ini adalah “Strategic

Management and Public Service Perfomance: The Way Ahead diterbitkan oleh “Public

Administration Review” pada Disember 2010 dan disunting semula pada 2012 diterbitkan oleh

Palgrave Macmillan, Macmillan Publishers Limited. Ditulis oleh George A. Boyne dari

universiti Cardiff, Rhys Andrews dari Sekolah Perniagaan Pengurusan Awam di Cardiff,

Jennifer Law pensyarah utama dalam Jabatan Sains Sosial di University of Glamorgan dan

Richard M. Walker dari Hong Kong Universiti. Objektif jurnal ini ialah pentingnya pengurusan

strategik dalam perkhidmatan awam bagi memantapkan dan meningkatkan prestasi

perkhidmatan dalam semua sektor awam.

Abstrak :

Tema jurnal ini ialah, pengurusan strategik penting dalam menentukan hala tuju dan

mempertingkatkan perkhidmatan awam pada masa kini dan akan dating serta selari dengan

peredaran masa atau teknologi terkini. Persoalan yang dibincangkan mengapa perlu pengurusan

strategik di dalam perkhidmatan awam?. Selaras dengan peredaran masa kini dengan

kecanggihan teknologi kini, perkhidmatan awam juga perlu mempertingkatkan kualiti kerjaya

supaya dapat memberikan suatu perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya. Oleh kerana

itulah pengurusan strategik yang tepat penting dilaksanakan dalam organisasi awam untuk

meningkatkan prestasi perkhidmatannya. Pengkaji ini juga melihat faktor-faktor perubahan

undang-undang dan peraturan, sistem politik, perubahan teknologi dan sasaran pelanggan.

Beberapa pendapat yang telah diambil oleh penulis yang mana ianya menerangkan pentingnya

pengurusan strategik dalam mempertingkatkan prestasi perkhidmatan awam antaranya adalah,

kesimpulannya adalah bahawa kewujudan dan ketepatan pengurusan strategik yang jelas lebih

baik daripada ketiadaan orientasi strategik dikenalpasti ( Inkpen dan Choudhury 1995).

1NO. MATRIK : 222998

Page 2: MGH2113 - Etika Pentadbir Awam

PJJ-UUM GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Secara langsungnya di sektor awam, dengan adanya pengurusan strategic yagn lebih tepat dan

dilaksanakan sebagai penanda aras untuk organisasi dapat meningkatkan prestasi mereka dan

memberikan suatu perkhidmatan yang cemerlang.

Bahagian B – Isi-isi Penting/Isi Kandungan

Pengurusan strategik adalah merupakan satu pendekatan yang bersistem untuk

menentukan arah masa tuju sesebuah organisasi pada masa kini dan akan datang. Pengurusan ini

adalah bertujuan untuk menetukan cara sesebuah organisasi meningkatkan prestasi dan

seterusnya memberikan satu perkhidmatan awam yang baik di dalam persekitaran yagn tidak

menentu dan berubah (Ahmad Atory, 1996). Menurut Lesserre dan Putti (1986), Pengurusan

strategik memberikan tumpuan rancangan untuk mencapai prestasi yang berkesan. Bagi

memastikan pengurusan strategik yang dilaksanakan ini Berjaya meningkatkan prestasi

perkhidmatan awam, perlulah diwujudkan perancangan strategik. Perancangan Strategik adalah

satu proses yang menyatukan semua sumber sesebuah organisasi bertujuan untuk mencapai

matlamatnya. Perancangan strategik melibatkan beberapa proses perancangan, penyusunan,

pengarahan, pelaksanaan dan pengawalan kegiatan atau perkhidmatan yang diberikan

bersesuaian dengan perkembangan dan perubahan persekitaran luarannya (Juhary dan Ishak,

2004).

Melihat kepada perkhidmatan awam di Malaysia, pengurusan strategik ini telah

dilaksanakan di dalam memberikan perkhidmatan dan meningkatkan produktiviti perkhidmatan

di dalam sesebuah jabatan kerajaan. Oleh tindakan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia ialah

telah mengeluarkan satu Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 6 Tahun 1991

bertajuk Panduan Meningkatkan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam. Di dalam pekeliling

ini menekankan beberapa aspek yang perlu diambil untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan

awam. Antara aspek yang diberikan adalah seperti :

Tenaga Manusia

Sistem dan Prosedur Perkhidmatan Jabatan atau Bahagian

Struktur Organisasi

Gaya Pengurusan2

NO. MATRIK : 222998

Page 3: MGH2113 - Etika Pentadbir Awam

PJJ-UUM GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Persekitaran Kerja

Teknologi

Bahan-bahan

Kelengkapan Modal

Aspek diatas inilah telah dititik beratkan dalam meningkatkan prestasi kerja di dalam

perkhidmatan awam. Aspek ini jugalah membolehkan pengurusan awam di Malaysia di

transformasikan daripada satu tahap kepada tahap perkhidmatan yang baik dan tinggi. Sebagai

contoh, kita boleh lihat dengan kewujudan pengurusan strategik di dalam perkhidmatan kerajaan

masa kini di Jabatan Imigresen Malaysia, proses permohonan passport antarabangsa pada masa

dulu mengambil masa hamper 3 bulan untuk menyiapkan satu permohonan, tetapi kini dalam

tempoh 2 jam sahaja satu permohonan passport antarabangsa dapat disiapkan.

Bahagian C - Ulasan/ Komen/Rumusan

Secara kesimpulannya, pengurusan strategik adalah alat penting atau adalah sebagai

mastermind yang berperanan penting dalam meningkatkan prestasi dan produktiviti di dalam

perkhidmatan awam. Pengurusan strategi ini diyakini adalah satu penetapan arah bagi upaya

kolektif, memfokuskan usaha kea rah matlamat yang dibentuk dan pengemaskinian dalam

tindakan pengurusan dari masa ke masa di semua organisasi awam mahupun swasta. Tujuannya

adalah bahawa kehadiran strategi yang jelas dan tepat lebih baik daripada ketiadaan orientasi

strategik dikenalpasti.

Sesuatu proses pengurusan strategik yang jelas merupakan pembolehubah penting yang

mempengaruhi prestasi. Oleh yang demikian, pengurusan strategik akan berjaya meningkatkan

prestasi perkhidmatan awam dengan penekanan dan pembaharuan sentiasa dilaksana dan

dikemaskini dari aspek tenaga manusia, sistem dan prosedur perkhidmatan jabatan atau

bahagian, struktur organisasi, gaya pengurusan, persekitaran kerja, teknologi, bahan-bahan,

kelengkapan modal.

3NO. MATRIK : 222998

Page 4: MGH2113 - Etika Pentadbir Awam

PJJ-UUM GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

RUJUKAN

Dr. Ahmad Atory Hussain (1996). Pengurusan Sumber Dalam Organisasi Awam dan Swasta.

Utusan Publications & Distributors Sdb Bhd.

George A. Boyne, Richard M. Walker, 2010. Strategic Management and Public Service

Perfomance: The Way Ahead. Public Administration Review.

George A. Boyne, Richard M. Walker, Jennifer Law, Rhys Andrews, 2012. Strategic

Management and Public Service Perfomance. Public Administration Review.

Juhary Haji Ali dan Ishak Ismail, 2004. Prinsip dan Amalan Pengurusan: Edisi Kedua. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kerajaan Malaysia, 1991. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 6, Kuala Lumpur:

Jabatan Perdana Menteri.

Lessere and Putti, 1986. Business Strategy dan Management Text and Casses for Managers in

Asia. Singapore Institute of Management.

4NO. MATRIK : 222998