tugas pentadbir

25
BAHAGIAN C : SENARAI TUGAS PENTADBIR SEKOLAH 1. PENGETUA Senarai Tugas 1.0 Pengajaran Dan Pembelajaran 1.1 Merancang pengajaran tahunan dan disiapkan dalam masa 2 minggu selepas Semester 1 bermula. 1.1 Tugas mengajar 5 - 6 waktu seminggu. 1.2 Rancangan Mingguan disiapkan sebelum hari Isnin tiap-tiap minggu. 1.4 Rancangan Harian mesti disiapkan sehari sebelum pengajaran bermula. 1.5 Menilai secara formatif 1 tugasan setiap minggu. 1.6 Menilai secara berkala 5 kali setahun (termasuk ujian bulanan dan peperiksaan semester). 1.7 Menyemak dan menandai buku kerja/buku nota murid sekurang kurangnya dalam masa 2 minggu selepas latihan diberi. 2.0 Pengurusan Kurikulum Sekolah 2.1 Merancang program tahunan sekolah dan siap sebelum 31 Disember. 2.2 Menyemak setiap panitia mempunyai 2 program rutin dan 1 program pembangunan. 2.3 Menyelia dan menilai pelaksanaan aktiviti-aktiviti program sebulan sekali. 2.4 Menguruskan mesyuarat kurikulum 3 kali setahun 2.5 Mencerap dan menyelia P & P 4 orang guru setiap bulan. 2.6 Menyemak buku latihan pelajar 100 buah buku sebulan. 2.7 Menyemak Buku Persediaan Mengajar semua guru pada hari Jumaat setiap minggu. 3.0 Pengurusan Kurikulum Daerah 3.1 Menjalankan mesyuarat panitia daerah 2 kali setahun. 3.2 Merancang dan melaksanakan 2 aktiviti program Panitia Daerah Segamat. 3.3 Menyelaras penyediaan soalan-soalan Percubaan PMR, SPM dan akhir tahun, setahun sekali.

Upload: iyna-sabrina-saib

Post on 10-Feb-2016

547 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

my

TRANSCRIPT

Page 1: Tugas Pentadbir

BAHAGIAN C :

SENARAI TUGAS PENTADBIR SEKOLAH

1. PENGETUA

Senarai Tugas

1.0 Pengajaran Dan Pembelajaran

1.1 Merancang pengajaran tahunan dan disiapkan dalam masa 2 minggu selepas Semester 1 bermula.

1.1 Tugas mengajar 5 - 6 waktu seminggu.

1.2 Rancangan Mingguan disiapkan sebelum hari Isnin tiap-tiap minggu.

1.4 Rancangan Harian mesti disiapkan sehari sebelum pengajaran bermula.

1.5 Menilai secara formatif 1 tugasan setiap minggu.

1.6 Menilai secara berkala 5 kali setahun (termasuk ujian bulanan dan peperiksaan semester).

1.7 Menyemak dan menandai buku kerja/buku nota murid sekurang kurangnya dalam masa 2 minggu selepas latihan diberi.

2.0 Pengurusan Kurikulum Sekolah

2.1 Merancang program tahunan sekolah dan siap sebelum 31 Disember.

2.2 Menyemak setiap panitia mempunyai 2 program rutin dan 1 program pembangunan.

2.3 Menyelia dan menilai pelaksanaan aktiviti-aktiviti program sebulan sekali.

2.4 Menguruskan mesyuarat kurikulum 3 kali setahun

2.5 Mencerap dan menyelia P & P 4 orang guru setiap bulan.

2.6 Menyemak buku latihan pelajar 100 buah buku sebulan.

2.7 Menyemak Buku Persediaan Mengajar semua guru pada hari Jumaat setiap minggu.

3.0 Pengurusan Kurikulum Daerah

3.1 Menjalankan mesyuarat panitia daerah 2 kali setahun.

3.2 Merancang dan melaksanakan 2 aktiviti program Panitia Daerah Segamat.

3.3 Menyelaras penyediaan soalan-soalan Percubaan PMR, SPM dan akhir tahun, setahun sekali.

Page 2: Tugas Pentadbir

4.0 Pengurusan Kokurikulum Sekolah

4.1 Merancang program tahunan kokurikulum sekolah dan siap pada 31 Disember.

4.2 Merancang minimum 12 aktiviti setahun.

4.3 Menyelia dan menilai aktiviti-aktiviti kokurikulum 1 kali setiap satu semester.

4.4 Menjalankan mesyuarat kokurikulum 2 kali setahun.

4.5 Menyemak rekod aktiviti-aktiviti dan kehadiran kokurikulum 1 kali setiap 1 semester.

4.6 Mengurus badan-badan beruniform sekolah sepanjang tahun.

4.7 Mengurus kelab/persatuan sekolah sepanjang tahun.

4.8 Mengurus aktiviti permainan/olahraga sekolah sepanjang tahun.

5.0 Pengurusan Kokurikulum Daerah

5.1 Menjalankan mesyuarat Panitia Kokurikulum Daerah 2 kali setahun.

5.2 Merancang dan melaksanakan 2 aktiviti program kokurikulum daerah setahun.

6.0 Pengurusan Persional

6.1 Menguruskan pengesahan jawatan/kenaikan gaji/setiap guru/kakitangan tepat pada masanya.

6.2 Mengurus segala cuti/kakitangan menepati Pekeliling Perkhidmatan.

6.3 Mengurus program perkembangan staff 7 hari setahun dengan kehadiran sekurang-kurangnya 95 peratus.

6.4 Mengurus pendaftaran pelajar, penempatan dan pertukaran sekolah dalam masa 1 hari dari tarikh permohonan.

6.5 Merancang dan melaksanakan program perkembangan persional pelajar 2 kali setahun.

6.6 Mengambil tindakan semua masalah/kebajikan pelajar seperti yuran peperiksaan, biasiswa, pengangkutan, cermin mata, kesihatan, SPBT dapat diselesaikan ke tahap 95 peratus.

6.7 Mengambil tindakan tatatertib menepati Pekeliling Perkhidmatan.

6.8 Menilai semula prestasi tahunan semua guru dan semua pekerja dan siap sebelum 15 Januari tahun berikutnya.

Page 3: Tugas Pentadbir

6.9 Menjelaskan bil-bil kewangan dalam tempoh sebulan dari tarikh pembelian.

7.0 Pengurusan Fizikal Dan Keselamatan Sekolah/Asrama

7.1 Menguruskan bangunan sekolah selamat digunakan dengan diperiksa oleh jurutera bertauliah setahun sekali.

7.2 Menyediakan alat pemadam api yang berfungsi 2 unit pada setiap aras dan 1 unit di setiap bilik makmal/bengkel.

7.3 Memeriksa pendawaian elektrik 1 kali setahun.

7.4 Menjalankan kawad kebakaran 1 kali setiap 1 semester.

7.5 Menyelia rekod Pengawal Keselamatan setiap hari.

7.6 Menyelia supaya tiada kes pencerobohan.

7.7 Mengemas kini stok dalam masa seminggu setelah menerima barang sepanjang tahun.

7.8 Menyemak stok pada akhir tahun.

7.9 Merancang pembangunan dan penyelenggaraan sekolah sekali setahun sebelum 31 Julai pada setiap tahun.

8.0 Pengurusan Kebersihan Dan Keceriaan Sekolah /Asrama

8.1 Mengurus kebersihan dan keceriaan sekolah setiap hari.

8.2 Memeriksa kebersihan kantin dan penyediaan makanan supaya bersih dan selamat setiap hari.

8.3 Mengusahakan supaya sekurang-kurangnya ada sebuah taman dan mural.

9.0 Perhubungan Awam

9.1 Mengadakan 3 majlis sekolah setahun.

9.2 Menghadiri semua majlis rasmi luar sekolah sekurang-kurangnya pada tahap kehadiran 90 peratus.

9.3 Menerima semua perlantikan dan melaksanakan tugas AJK bagi aktiviti di luar sekolah.

9.4 Ada Piagam Pelanggan dan memberi layanan pada tahap maksimum.

9.5 Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG sekurang-kurangnya pada tahap kehadiran 90 peratus.

Page 4: Tugas Pentadbir

2. PENOLONG KANAN

Penolong Kanan bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Penolong Kanan bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid serta menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan tercapai.

Senarai Tugas

1.0 Pengurusan Kurikulum

1.1 Mengajar antara 8 hingga 12 waktu seminggu.

1.2 Menentukan pelaksanaan kursus yang berkaitan dengan kurikulum.

1.3 Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.

1.4 Sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

1.5 Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran.

1.6 Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.

1.7 Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.

1.8 Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih, guru-guru yang baru mengajar di dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.

1.9 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan mencadangkan tindakan susulan.

1.10 Membantu dan merancang serta menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan dan penilaian serta mencadangkan tindakan susulan.

1.11 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.

1.12 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.

1.13 Membantu di dalam penentuan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan buku-buku bacaan lain serta kesesuaiannya

1.14 Menyusun Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian.

1.15 Merancang dan mentadbir perjalanan peperiksaan awam, PMR, SPM, STPM dan ujian bulanan, ujian penggal dan lain-lain.

1.16 Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan awam dan ujian bulanan.

Page 5: Tugas Pentadbir

1.17 Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

2.0 Pengurusan dan Pentadbiran

2.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua

2.2 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.

2.3 Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru sekolah.

2.3 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2.4 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru serta kakitangan bukan guru.

2.5 Menyemak laporan guru bertugas harian dan mingguan.

2.6 Menyelenggarakan semua Buku Stok Sekolah.

2.7 Merancang dan menyelenggarakan bangunan dan keselamatan harta benda sekolah.

2.8 Membantu menyenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat serta perangkaan.

2.9 Membantu merancang Takwim Sekolah.

2.10 Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.

2.11 Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.

2.12 Menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.

2.13 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.

2.14 Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.

2.15 Menyelaras semua aktiviti sekolah seperti Hari Ucapan, Mesyuarat Agung PIBG dan lain-lain.

3.0 Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan

3.1 Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan sekolah.

3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Pengetua.

Page 6: Tugas Pentadbir

3.3 Bersama-sama dengan Pengetua, merancang dan melaksanakan Latihan Mencegah Kebakaran/Latihan Kebakaran serta kegiatan-kegiatan seumpamanya.

4.0 Perpustakaan Pusat Sumber

4.1 Merancang, melaksana dan menyelia perjalanan dan kegiatan perpustakaan sumber sekolah.

4.2 Memilih dan mengklasifikasikan bahan-bahan, buku;buku dan lain-lain bagi kegunaan Pusat Sumber Sekolah.

4.3 Mewujudkan satu suasana budaya membaca.

4.4 Menguruskan buku-buku Stok alat-alat Pusat Sumber.

4.5 Menyelaraskan keperluan alat bantuan mengajar termasuk alat/bahan elektronik semua mata pelajaran.

4.6 Menilai kesesuaian bahan pengajaran. Menyelia penggunaan dan penyimpanan alat/bahan pengajaran dan mengesan rekod penggunaannya.

4.7 Menyelia Pusat Sumber Sekolah seperti penyediaan Jadual penggunaan.

4.8 Merancang dan mencadangkan pembelian bahan-bahan Pusat Sumber.

4.9 Menyediakan anggaran belanjawan perpustakaan sumber.

4.10 Mengatasi maslah semasa dan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke masa.

5.0 Perkembangan Staff

3.1 Merancang, melaksana program perkembangan staff.

3.2 Merancang mengadakan In house training untuk kakitangan.

6.0 Tugas-Tugas Lain

6.1 Menganggotai Ahli Jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari masa ke masa.

6.2 Melaksanakan arahan-arahan lain dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari masa ke masa

Page 7: Tugas Pentadbir

3. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab mempertingkatkan kebajikan murid, aktiviti kokurikulum dan penerapan nilai-nilai murni.

Senarai Tugas

1.0 Pengurusan Kurikulum

1.1 Mengajar antara 10 hingga 16 waktu seminggu.

1.2 Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.

1.3 Sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

1.4 Membuat perancangan dan menguruskan hal ehwal berkaitan buku-buku.

1.5 Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

2.0 Pembangunan Diri Pelajar

2.1. Disiplin

2.1.1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murn.i

2.1.2. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.

2.1.3. Menjadi guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

2.1.4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.

2.1.5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar.

2.1.6. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dan ibu bapa/penjaga.

2.2. Bimbingan Dan Kaunseling

2.2.1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling

2.2.2. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling pelajar serta menyediakan laporan yang diperlukan

2.2.3. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran belajar dalam kalangan murid.

Page 8: Tugas Pentadbir

2.2.4. Merancang dan melaksanakan program dan prestasi bagi pelajar-pelajar baru.

2.3. Program Pelindungan Pelajar

2.3.1. Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah.

2.3.2. Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan.

2.4. Kesihatan

2.4.1 Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.

2.4.2. Memastikan program-program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna.

2.4.3. Mengurus kad 001, Kad Tenaga Asas dan lain-lain.

2.4.4. Menyelaras penyeliaan kantin sekolah.

2.4.5. Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.

2.5. Skim Pinjaman Buku Teks

2.5.1. Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira buku teks.

2.5.2. Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.

2.5.3. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.

2.6 Biasiswa dan Bantuan

2.6.1. Menyelenggarakan perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.

2.6.2. Mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan.

2.6.3. Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa pelajar.

3.0 Pengurusan dan Pentadbiran

3.1. Menguruskan dan mengemas kini buku rekod pendaftaran pelajar.

3.2. Menguruskan kemasukan dan pemantauan pelajar.

Page 9: Tugas Pentadbir

3.3. Menguruskan pertukaran pelajar.

3.4. Menyemak buku kedatangan harian pelajar sidang pagi.

3.5. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.

3.6. Menyemak buku/kad kemajuan pelajar/kad 001.

3.7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

3.8. Membantu merancang takwim sekolah.

4.0 Kokurikulum

4.1. Sukan dan Permainan

4.2 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.

4.2 Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

4.2. Kelab dan Persatuan

4.1.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

4.3. Unit Beruniform

4.3.1 Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit beruniform.

4.3.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah.

4.4. Koperasi Sekolah

4.4.1 Memastikan koperasi sekolah dapat diuruskan mengikut garis panduan koperasi sekolah.

5.0. Pembangunan Organisasi dan Pembangunan Kendiri (Personal Development)

5.1.1. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga.

5.1.2. Mengadakan kursus/latihan untuk personal

Page 10: Tugas Pentadbir

5.1.3. Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.

5.1.4. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.

5.1.5. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R & D).

5.1.6. Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.

5.1.7. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.

5.1.8. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.

6.0. Pengawasan Asrama (Jika Ada)

6.1.1. Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.

6.1.2. Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden.

6.1.3. Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama.

6.1.4. Menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.

6.1.5. Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.

6.1.6. Menyelaras pengurusan hal-hal kesihatan penghuni asrama.

6.1.7. Membantu dalam urusan sebut harga/tender makanan asrama sekolah.

6.1.8. Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum.

6.1.9. Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama.

6.1.10. Penasihat Lembaga Pengawas Asrama.

7.0. Tugas-tugas lain

7.1. Membantu mengenal pasti guru-guru yang berpotensi dalam kegiatan kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.

7.2. Merancang kegiatan-kegiatan kokurikulum untuk murid-murid semasa cuti sekolah.

7.3 Melaksanakan arahan-arahan lain dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari masa ke masa.

Page 11: Tugas Pentadbir

4. PENOLONG KANAN PETANG

Penolong Kanan Petang bertanggungjawab kepada Pengetua mentadbirkan sidang petang sekolah.

Senarai Tugas

1.0. Kurikulum

1.1. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.

1.2. Membantu di dalam hal pengajaran dan pembelajaran bagi sidang petang.

1.3. Menyusun Jadual Waktu Kelas dan guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian.

1.4. Menyelaras penggunaan Pusat Sumber, Program Radio dan Televisyen dan sebagainya.

1.5. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.

1.6. Menyelaras di dalam pengurusan ujian dan peperiksaan sekolah.

1.7. Membantu merancang program tahunan kurikulum sekolah.

1.8. Merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Pelajaran, Sukan Tahunan Sekolah dan sebagainya.

1.9. Menyemak buku-buku persediaan mengajar guru.

1.10. Menentukan guru-guru mempunyai sukatan pelajaran, buku panduan mata pelajaran, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, buku-buku teks dan buku-buku panduan yang lain.

1.11. Mengadakan bahan-bahan pembelajaran asas pelajar bagi pelajar yang tidak mempunyainya seperti buku latihan, pensel, getah pemadam dan sebagainya.

1.12. Menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memastikan penggunaan kaedah pengajaran yang betul, penggunaan bahan-bahan bantu mengajar, pengguna benda-benda maujud dan lain-lain.

1.13. Menyemak buku latihan/lembaran kerja pelajar.

1.14. Membantu penyediaan kemudahan-kemudahan perlu dan asas yang boleh menggalakkan perwujudan daya membaca di kalangan pelajar.

1.15. Membantu menyelaras aktiviti-aktiviti, ucapan atau majlis yang diadakan di sekolah seperti Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Pelajaran, Sukan Tahunan Sekolah dan sebagainya.

1.16. Menyelia pentadbiran Skim Pinjaman Buku Teks.

Page 12: Tugas Pentadbir

1.17. Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Kokurikulum

2.1. Menyelaras kegiatan kokurikulum, pakaian seragam, persatuan dan kelab sukan dan permainan.

2.2. Membuat jadual kegiatan kokurikulum seperti sukan dan permainan, pasukan unit beruniform dan persatuan /kelab.

2.3. Menentukan pelaksanaan kegiatan kokurikulum.

2.4. Membantu menyediakan segala kemudahan yang diperlukan bagi menjayakan pelaksanaan segala kegiatan kokurikulum.

3.0 Hal Ehwal Murid

3.1. Menyelaras semua jenis tindakan disiplin.

3.2. Menyelaraskan aktiviti bimbingan dan kaunseling.

3.3. Melaksanakan Peraturan-Peraturan dan Undang-Undang Sekolah serta mengawas Keselamatan murid sidang petang.

3.4. Menyelaraskan program mencegah penyalahgunaan najis dadah dan program-program lain di peringkat sekolah.

3.5. Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.

3.6. Melaksanakan pemilihan dan perlantikan jawatan-jawatan bertanggungjawab bagi pelajar-pelajar.

3.7. Mengesan dan menguruskan masalah pembelajaran pelajar.

3.8. Mengenal pasti dan mengadakan rancangan untuk menentukan dan menyelesaikan masalah-masalah kesihatan seperti rabun, pekak, rabun warna, speech defect, malnutrition, physical coordination dan sebagainya.

3.9. Menyelaras supaya pelajar-pelajar dapat menggunakan kemudahan persekolahan di dalam dan di luar bilik darjah seperti perpustakaan, bilik khas, tv, radio, bilik sembahyang dan lain-lain.

3.10. Menjauhkan pelajar-pelajar dari pengaruh tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, tidak sembahyang lima waktu (bagi pelajar-pelajar Islam), keruntuhan akhlak dan lain-lain.

3.11. Menyediakan kemudahan-kemudahan dan latihan untuk menghadapi masa kecemasan seperti kebakaran, banjir, kecemasan seperti sakit atau pitam, warden lalu lintas, hari hujan (pelajar basah dan lain-lain).

3.12. Mengadakan kemudahan bilik sakit, ubat rawatan, giliran membawa pelajar ke hospital dan lain-lain.

Page 13: Tugas Pentadbir

3.13. Menyelidik tentang ketidakhadiran dan kelewatan pelajar serta mencari jalan untuk memperbaiki keadaan ini.

3.14. Menolong pelajar yang ingin bertukar sekolah dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi melicinkan proses pertukaran pelajar.

3.15. Mengadakan sistem hubungan yang efektif dengan pelajar, sesama pelajar dan di antara semua pihak (luar dan dalam).

3.16. Menjaga disiplin pelajar seperti merotan pelajar, memberi pelajar nasihat dan panduan dan panduan mendampingi pelajar dan lain-lain.

3.17. Menyelenggarakan pelajar-pelajar yang menerima bantuan SPBT, Biasiswa, Tabung Amanah dan lain-lain.

3.18. Meneliti dan menilai kerja pelajar.

3.19. Menggalakkan daya cipta di kalangan pelajar serta perkembangan naluri ingin tahu mereka seperti melukis dan mewarnai seperti mural sekolah, membina pintu gerbang, menternak, berkebun, membela ikan dan lain-lain.

3.20. Melibatkan pelajar secara aktif dalam kegiatan-kegiatan dan perayaan seperti penerbitan majalah sekolah, Hari Guru, perayaan Maulidur Rasul, Tadarus al-Quran dan sebagainya.

3.21. Menggalakkan pelajar menggunakan perpustakaan sepenuhnya

3.22. Mengadakan orientasi dan memberi penerangan kepada pelajar-pelajar mengenai cara menggunakan tandas dengan baik, pakaian sekolah, perpustakaan dan lain-lain.

3.23. Menyelaraskan pertandingan kelas bagi siding petang seperti kebersihan kelas, disiplin kelas, kekemasan pakaian, kerosakan alatan dan lain-lain.

3.24. Menyelia pengurusan kantin sebelah petang.

4.0 Pengurusan dan Pentadbiran

4.1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua, Penolong Kanan dan Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid).

4.2. Bertanggungjawab kepada Pengetua di dalam mentadbir semua aspek pengurusan sekolah bagi sidang petang.

4.3. Membantu Pengetua dalam aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

4.4. Merekodkan segala jenis cuti yang diambil oleh guru-guru sidang petang.

4.5. Menyelaras pungutan yuran, derma dan jenis pungutan yang lain.

4.6. Menyelaras kerja-kerja kakitangan pejabat, makmal/bengkel dan pekerja am sekolah bagi sidang petang.

Page 14: Tugas Pentadbir

4.7. Membantu merancang Takwim Sekolah.

4.8. Membantu merancang menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah

4.9. Menyemak buku kedatangan murid sidang petang.

4.10. Menguruskan hal-hal kemasukan dan pertukaran murid sidang petang.

4.11. Menguruskan hal-hal pinjaman buku teks yang berkaitan dengan pengagihan dan pemulangan.

4.12. Menguruskan hal-hal biasiswa yang berkaitan dengan mengedar borang permohonan.

4.13. Membantu di dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan, keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah bagi sidang petang.

4.14. Menyediakan Penyata Bulanan.

4.15. Menyelia penyimpanan alat-alat stationary seperti kertas, kapur, majalah, stensil dan sebagainya.

5.0. Pentadbiran Kewangan Sekolah

5.1. Membantu penyediaan Belanjawan Sekolah.

5.2. Menyelaras pengutipan wang yuran sekolah.

5.3. Menerima borang-borang pesanan.

5.4. Membantu penyelenggaraan buku-buku stok sekolah.

5.5. Membantu pengurusan proses hapus kira barang-barang yang rosak, hilang atau luput.

6.0 Keadaan Fizikal Sekolah

6.1. Mengawas bangunan dan kawasan sekolah supaya ianya bersih.

6.2. Mengambil langkah untuk menjaga keselamatan harta benda sekolah.

6.3. Menolong mengindahkan bangunan dan kawasan sekolah menerusi usaha kreatif guru-guru, pekerja-pekerja dan pelajar-pelajar seperti melukis mural, menanam pokok bunga dan sebagainya.

6.4. Menyelenggarakan pengawasan alatan-alatan dan perabot di bilik darjah, Bilik Rawatan, Bilik Rawatan, Bilik Guru, Bilik Sumber, Makmal Sains, Bilik Ekonomi Rumah tangga, Bengkel Seni Perusahaan, Stor Pertanian, Stor Sukan dan sebagainya.

Page 15: Tugas Pentadbir

6.5. Menyelenggarakan pengawasan alatan-alatan dan perabot di kantin, dewan, bilik pengawas dan sebagainya.

6.6. Memeriksa dari masa ke masa alat keselamatan, alat pemadam api seperti baldi air/pasir, peti kecemasan dan lain-lain.

6.7. Memeriksa keadaan bangunan, wayar elektrik, paip gas, mesin-mesin dan lain-lain dari masa ke masa supaya ianya dalam keadaan yang memuaskan.

6.8. Menyelaras latihan kawat kecemasan dan memastikan segala peraturan kecemasan dipatuhi.

7.0 Perhubungan Luar

7.1. Menerangkan dasar, aturan dan peraturan sekolah kepada ibu bapa dan anggota komuniti.

7.2. Memberitahu ibu bapa mengenai program dan aktiviti sekolah.

7.3. Dari masa ke masa memberitahu ibu bapa mengenai kemajuan anaknya.

7.4. Bekerjasama dengan guru-guru untuk mencari penyelesaian kepada masalah perhubungan sekolah dan masyarakat.

7.5. Bekerjasama dengan ibu bapa dan guru-guru untuk memberi kesedaran di kalangan ibu bapa akan peranan mereka mengawasi pembelajaran anak mereka.

7.6. Berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi keluarga yang memerlukan bantuan.

7.7. Menggalakkan anggota staff dan pelajar-pelajar untuk memahami dan menghormati kebudayaan suku-suku etnik dalam komuniti negara.

7.8. Menggalakkan anggota staff dan pelajar-pelajar untuk mengambil bahagian dalam projek komuniti.

7.9. Menjemput ibu bapa dan orang ramai datang ke sekolah sewaktu mengadakan perayaan.

7.10. Bekerjasama dengan PIBG untuk merangka dan melaksanakan program yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah.

7.11. Menggalakkan ibu bapa dan guru-guru untuk mengambil bahagian dalam projek dan aktiviti PIBG.

7.12. Mewujudkan kerjasama dan perhubungan yang baik antara sekolah-sekolah.

7.13. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat sesuai dengan etnik perkhidmatan dan tatasusila perguruan seperti bekerjasama dalam projek-projek masyarakat.

Page 16: Tugas Pentadbir

8.0 Tugas-tugas lain

8.1. Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa tertentu yang diarah oleh Pengetua.

8.2. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari masa ke masa.

5. PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Senarai Tugas

1.0 Pengurusan Kurikulum

1.1 Merancang pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran yang diajar.

1.2 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan kemahiran yang ada padanya.

1.3 Menggunakan ABM dengan cara yang betul dan bersistematik.

1.4 Menentukan pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan dengan lancar.

1.5 Merancang program unjuran keluar bilik darjah.

2.0 Kokurikulum (Sukan, Permainan, Pasukan Beruniform, Persatuan dan Kelab)

2.1 Merancang takwim kegiatan sekolah.

2.2 Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit sekolah.

2.3 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.

2.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.

2.5 Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian pelajar.

3.0 Pengurusan

3.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.

3.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.

3.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil penjelasan.

3.4 Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah.

Page 17: Tugas Pentadbir

3.5 Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah.

3.6 Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/ rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.

3.7 Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.

3.8 Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik.

3.9 Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan program khas untuk mereka.

4.0 Pembangunan Diri Stafff

4.1 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.

4.2 Menganggotai JK Kurikulum/kokurikulum yang dibentuk oleh pihak sekolah bagi kemudahan pelajar.

4.3 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.

4.4 Menyelaras kurikulum/ kokurikulum bersepadu.

5.0 Pembangunan Diri Pelajar

5.1 Menyertai kursus ko-kurikulum.

5.2 Menyertai kempen/ perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar.

5.3 Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang tertentu.

6.0 Sukan dan Permainan

6.1 Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan/ permainan di semua peringkat.

6.2 Merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

7.0 Kelab/ Persatuan

7.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

8.0 Pasukan Pakaian Seragam

8.1 Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian seragam.

8.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah.

Page 18: Tugas Pentadbir

9.0 Setiausaha Sukan Sekolah

9.1 Merancang kegiatan sukan untuk dua tahun ke hadapan.

9.2 Menjaga dan membina kemudahan/ kelengkapan peralatan sukan, mengadakan stor, buku stok, menyimpan rekod kejohanan dan piala pusingan.

9.3 Mengadakan tabung sukan, kutipan yuran sukan sekolah, MSSM serta menentukan anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan.

9.4 Kegiatan tabung anugerah MSSM dari Tahun 1 serta kutipan yang diarahkan oleh Jabatan atau Kementerian.

9.5 Menyertai pertandingan MSS daerah atau negeri.

9.6 Mengadakan jadual latihan sukan/ olahraga/ permainan untuk murid sekolah.

9.7 Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan sukan sekolah/ MSSD/ MSST/ MSSM.

9.8 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke masa.

6. GURU KANAN MATA PELAJARAN

Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai tugas dan tanggungjawab serta peranan untuk semua Guru Kanan Mata Pelajaran yang dilantik menjawat jawatan tersebut di Sekolah Menengah. Panduan ini hendaklah dibaca dengan teliti dan diikuti. Jika perlu, Pengetua hendaklah membuat penyesuaian mengikut keadaan di sekolahnya.

Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah bertanggungjawab kepada Pengetua dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, dan memainkan peranan positif berkaitan dengan jenis mata pelajaran di bawah kawalannya.

Untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, bersesuaian dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara, Guru Kanan Mata Pelajaran wajib memainkan peranan utama bagi menentukan matlamat dan objektifnya tercapai melalui KBSM.

Guru Kanan Mata Pelajaran bertanggungjawab mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran pelajar di sekolah serta menyediakan khidmat bantu yang secukupnya di samping menjadikan iklim dan budaya pengajaran dan pembelajaran di dalam sistem pendidikan sekolah berjalan lancar.

Mata Pelajaran di bawah bidang kelolaan Guru Kanan Mata Pelajaran adalah seperti yang berikut:

Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Bahasa

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

Page 19: Tugas Pentadbir

Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain yang diajar Kesusasteraan Melayu Kesusasteraan Dalam Bahasa Inggeris Pengajian Am

Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Kemanusiaan

Geografi Sejarah Pendidikan Islam/Pendidikan Moral Pendidikan Seni Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Sains dan Matematik

Sains Sains Tambahan Fizik Kimia Biologi Matematik Matematik Tambahan

Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Vokasional dan Teknologi

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Menengah Atas Ekonomi Rumah Tangga Sains Pertanian Perdagangan Prinsip Akaun Ekonomi Asas Ekonomi Lukisan Kejuruteraan Teknologi Kejuruteraan Dan mata-mata pelajaran lain yang diperkenalkan

Senarai Tugas

1.0 Kurikulum

1.1. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.

1.2. Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal, Mingguan, Harian dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.

1.3. Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin perjalanan panitia-panitia mata pelajaran di bawah kawalannya.

1.4. Menjalankan Penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Page 20: Tugas Pentadbir

1.5. Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggarakan dengan berkesan.

1.6. Membantu dan membimbing guru-guru pelatih dalam latihan mengajar, guru-guru yang baru dan guru-guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka.

1.7. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya dan mengambil tindakan sewajarnya.

1.8. Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan pengayaan.

1.9. Membantu dalam perancangan program dan penyelarasan kegiatan kurikulum yang dijalankan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian,Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.10. Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan lain-lain bahan sumber pendidikan.

1.11. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan lain-lain jawatankuasa yang diarahkan oleh Pengetua.

1.12. Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan, dan perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan staff.

1.13. Mendapat dan menyebarkan maklumat-maklumat terbaru mengenai kaedah dan pendekatan-pendekatan pengajaran yang berkesan kepada guru-guru.

1.14. Menjalankan usaha mempertingkatkan dan memperluaskan amalan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang merentas kurikulum.

1.15. Mengenal masalah-masalah kelemahan pelajar dan masalah disiplin serta mencari langkah-langkah mengatasinya.

2.0 Kokurikulum

2.1. Merancang, menyelaras dan melaksana segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik yang membantu meningkatkan kecemerlangan akademik berkaitan dengan bidangnya.

2.2. Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan yang berkaitan dengan bidangnya.

3.0 Pengurusan dan Pentadbiran

Page 21: Tugas Pentadbir

3.1. Membantu menentukan dan mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang serta kawalannya.

3.2. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru-guru.

3.3. Membantu menyelenggarakan dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.

3.4. Membantu merancang Takwim Sekolah.

3.5. Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang dan kawalannya.

3.6. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan.

3.7. Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.

3.8. Menjaga dan menyemak stok serta inventori segala peralatan, barang atau bahan yang berkaitan dengan bidangnya.

3.9. Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalannya berlaku di bilik darjah dan di sekolah.

3.10. Menentukan pelajar-pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga keselamatannya.

4.0 Tugas-tugas lain

4.1. Berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian dan pusat sumber Pendidikan Negeri mengenai apa juga maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru-guru.

4.2. Berhubung dengan Guru Kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan.

4.3. Melengkapkan Bilik Gerakan Sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil.

4.4. Membantu pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan, penyediaan jadual waktu sekolah, dan urusan Pusat Sumber.

4.5. Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberikan oleh Pengetua dari masa ke masa.

7. GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

Page 22: Tugas Pentadbir

Senarai Tugas

1. Menyelaraskan semua program yang dirancang.

2. Membentuk Lembaga Pusat Sumber dan perpustakaan serta mengadakan mesyuarat.

3. Menyediakan jadual kerja bagi Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber dan Perpustakaan.

4. Menyediakan undang-undang dan peraturan Pusat Sumber dan Perpustakaan.

5. Menceriakan PSS.

6. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya.

7. Membantu melaksanakan program Perkembangan Staff.

8. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti PSS.

9. Menyediakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek.

10. Memperbanyakkan koleksi PSS dan Mempertingkatkan kelengkapan PSS.

11. Memastikan kelengkapan PSS mencukupi untuk keperluan pelajar dan guru.

12. Memastikan keselesaan pengguna PSS.

13. Memastikan pengurusan PSS berjalan lancar.

14. Pengagihan beban tugas.

15. Merancang kursus dan bengkel dalam dan luar untuk guru dan pelajar.

16. Penyebaran maklumat kepada guru dan pelajar mengenai PSS dan penggunaannya.

17. Memastikan buku stok kemas kini.

18. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS.

19. Memastikan peraturan PSS dilaksanakan dan dipatuhi.

20. Merancang aktiviti dan melaksanakannya.

21. Menilai perjalanan PSS dan membuat tindakan susulan.

8. GURU DATA

Page 23: Tugas Pentadbir

Senarai Tugas

1. Menyediakan data kemasukan pelajar mengikut tingkatan, kelas, kaum dan jantina.

2. Menyediakan data/maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori , opsyen dan lain-lain.

3. Menyediakan penyata bulanan pelajar dan penyata butiran guru.

4. Menyediakan data tentang latar belakang pelajar mengenai ekonomi, tempat tinggal penjaga dan pendidikan penjaga. jenis pengangkutan ke sekolah, agama yang dianuti dan lain-lain.

5. Menyediakan carta atau graf pencapaian akademik pelajar.

6. Menyediakan data pelajar yang menerima biasiswa.

7. Menyemak jadual kedatangan kelas pada setiap hujung minggu.

8. Memastikan buku pendaftaran pelajar dijaga dengan rapi.

9. Memastikan setiap pelajar baru diberi nombor pendaftaran sekolah.

10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

9. GURU PENYELARAS BESTARI

Senarai Tugas

1. Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.

2. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.

2.1 Guru Penyelaras Bestari menjadi sumber penting penyalur semua maklumat dan maklum balas kepada semua perlakuan perisian yang dibekalkan.

3. Mengurus dan menyenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikall yang mungkin timbul.

3.1 Memastikan kemudahan infrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal atau kontraktor memenuhi spesifikasi seperti ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.

3.2 Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router, hub dan sebagainya.

3.3 Memastikan kesemua infrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.

Page 24: Tugas Pentadbir

.4 Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan infrastruktur teknologi ditempatkan.

4. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.1 Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang diperlukan oleh pihak pengguna.

4.2 Mengurus keperluan infrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah.

4.3 Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru seperti sidang video, penggunaan LCD projektor, TV connector dan sebagainya.

5. Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

5.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi seperti Bahan Pengajaran dan Pembelajaran.

5.2 Memastikan audit penggunaan kemudahan ICT dijalankan untuk menentukan keberkesanan penggunaan tersebut.

6. Melatih staff menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.

6.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengurus sistem komputer (hardware & software) dan aplikasi perisian.

6.2 meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.

6.3 memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School Management System atau SSMS) dalam pengurusan sekolah beroperasi dengan baik.

7. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.

7.1 menilai perisian Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan lain-lain perisian yang dibekalkan.

8. Sebagai pengurus e-mel.

Page 25: Tugas Pentadbir

8.1 Mengurus akaun dan e-mel warga sekolah.

9. Memastikan integriti dan keselamatan data.

9.1 Memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

9.2 Memastikan keselamatan kemudahan infrastuktur teknologi dengan langkah-langkah seperti berikut:

9.2.1 Memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak komputer.

9.2.2 Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja.

9.2.3 Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.

9.2.4 Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat-tempat yang telah dikenal pasti.

9.3 Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah berikut:

9.3.1 Memastikan konfigurasi sistem beroperasi dengan baik dan lancar.

9.3.2 Memastikan komputer bebas dari virus.

9.3.3 Membuat backup dan replikasi maklumat mengikut jadual yang disyorkan.

10. Sebagai pakar rujuk dan pengawal sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa mengikut perkembangan ICT semasa.

10.1 Memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang menghadapi masalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan perisian seperti Windows, SSMS, MS Office, E-mail, Internet, Printer, dan lain-lain lagi.

10.2 Mengenalpasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan perkakasan, sistem pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian seperti Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

10.3 Menentukan kelancaran perjalanan sistem rangkaian secara keseluruhan dan sentiasa memastikan bahawa pengguna (enduser) dapat menggunakan sistem dan aplikasi secara optimum.

Page 26: Tugas Pentadbir

11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada pihak yang berkenaan.

11.1 Menjalankan Configuration Management Audit mengikut jadual yang ditetapkan.

11.2 Menjalankan pemantauan dan menyediakan laporan terhadap kecekapan rangkain tahap penggunaan komponen Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari supaya membantu perancangan menaik taraf kemudahan ICT sekolah.

11.3 Membantu menyediakan belanjawan keperluan ICT untuk sekolah.

12. Meningkatkan budaya ICT di sekolah.

12.1 Menyediakan garis panduan/ peraturan/ tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi.

12.2 Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah.

13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke masa.

13.1 Memberi penerangan kepada para pelawat sama ada dalam negeri dan luar negara mengenai Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari.