merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling_4eb245ff765cb

Upload: ubdksmkam-smkam

Post on 01-Nov-2015

242 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

A. MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. INFRASTRUKTUR BILIK 2. LATIHAN PROFESIONAL GBKSM DAN GURU LAIN2.1 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING2.2 KETERAMPILAN DIRI 3. PROGRAM-PROGRAM MURID3.1 PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH 3.2 PROGRAM PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL3.3 PROGRAM PEMBANGUNAN KAREKTOR MURID DAN KERJAYA 3.4PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS)3.5MENTOR MENTEE3.6PROGRAM BERSAMA AGENSI LUAR4. OUT REACH PERKHIDMATAN4.1 PEMBINAAN BLOG 4.2 FACE BOOK4.3 VIDEO KOPORAT4.4 PROGRAM BERTEMU PELANGGAN 5. PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TRANSCRIPT

MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

A. MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. INFRASTRUKTUR BILIK 2. LATIHAN PROFESIONAL GBKSM DAN GURU LAIN2.1 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING2.2 KETERAMPILAN DIRI 3. PROGRAM-PROGRAM MURID3.1 PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH 3.2 PROGRAM PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL3.3 PROGRAM PEMBANGUNAN KAREKTOR MURID DAN KERJAYA 3.4PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS)3.5MENTOR MENTEE3.6PROGRAM BERSAMA AGENSI LUAR4. OUT REACH PERKHIDMATAN4.1 PEMBINAAN BLOG 4.2 FACE BOOK4.3 VIDEO KOPORAT4.4 PROGRAM BERTEMU PELANGGAN 5. PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

B. PANDUAN PELAKSANAAN

1. INFRASTRUKTUR BILIK

Bilik kaunseling merupakan tempat utama perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Bilik-bilik ini perlu memenuhi keperluan perkhidmatan kaunseling individu, kaunseling kelompok dan pengurusan . Suasana bilik hendaklah memenuhi ciri-ciri teraputik, kondusif, bermaklumat, menarik serta mempunyai ciri-ciri mengikut spesifikasi berdasarkan buku panduan perkhidmatan b&K KPM 2009.(Rujuk lampiran 1.)

2. PROFESIONAL GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM) DAN GURU LAIN

2.1 Latihan Profesional Latihan professional adalah penting kepada semua guru di sekolah bagi meningkatkan kemahiran insaniah yang merangkumi bidang-bidang berikut:a. Kemahiran-kemahiran asas kaunseling - Kemahiran membina hubungan - Kemahiran mendengar- Kemahiran menyoal - Dll.b. Psikologi Kanak-kanak dan remajac. Kemahiran komunikasi berkesan ( CUT APPLE ABR )

2.2 Keterampilan diri Guru sebagai role model yang harus menunjukkan personaliti terpuji dari segi penampilan dan sahsiah diri

3. PROGRAM-PROGRAM MURID

3.1 Program Pembangunan Sahsiah a. Kaunseling Berfokus Program kaunseling berfokus wajib dilaksanakan disetiap sekolah dengan memberi penekanan dalam bidang disiplin yang berkaitan dengan ponteng, buli , bergaduh dan masalah disiplin yang lain berdasarkan keperluan sekolah.b. Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Melaksana 6 bidang utama modul perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, pembangunan diri murid, keibubapaan dan pendidikan pencegahan.Modul ini dilaksanakan semasa kelas ganti 2 waktu sehari bagi setiap orang GBKSM.

3.2 Program psikososial dan kesejahteraan mentalMelaksanakan program berasaskan keperluan utama sekolah seperti program-program berkaitan pembinaan karektor murid, keterampilan murid, kesihatan mental, pengurusan stress dan emosi , kemahiran asertif , penyelesaian masalah, komunikasi berkesan dan lain-lain

3.3 Program Pembangunan Kerjaya Melaksanakan program berkaitan pembangunan dan pembentukan halatuju pendidikan dan kerjaya murid seperti inventori kerjaya, kemahiran penyediaan temu duga (resume, personaliti, soal jawab temu duga )

3.3 Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS)Melaksanakan program PRS berasaskan modul yang terkini, berdasarkan peringkat- peringkat tertentu seperti PRS Bongsu ( thn 4-6 ), PRS Muda ( Ting 1-2 ), PRS Sulung (Ting 3-4) , PRS Bestari ( Ting 5 6). PRS juga akan dinilai dan diberi penghargaan sama seperti badan pengawas dengan markah merit kokurikulum

3.4 Mentor menteeMewajibkan pelaksanaan program mentor mentee bagi pelajar yang memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berdasarkan kes-kes salah laku murid. Sistem pementoran akan melibatkan sama ada guru dengan murid atau murid dengan rakan sebaya .

3.5 Program bersama agensi luarMelaksanakan program sokongan dengan agensi luar yang signifikan dengan perkhidmatan pembangunan insan murid seperti Kementerian Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK) , Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Kementerian Dalam Negeri ( PDRM, Penjara )

4. OUT REACH PERKHIDMATANMelaksanakan perkhidmatan kaunseling melalui promosi dengan menggunakan medium yang sesuai dengan keperluan semasa dan minat murid seperti berikut :4.1 Pembinaan blog 4.2 Face book4.3 Video korporat4.4 Program bertemu pelanggan 4.5 PRS sebagai duta

5. PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Melaksanakan sistem pengurusan e-kaunseling bagi pengurusan pelaporan perkhidmatan dan program bimbingan dan kaunseling seperti pelaporan perkhidmatan kaunseling individu, kaunseling kelompok, program bimbingan , sistem profil murid .

B PANDUAN PELAKSANAAN

1. Menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana 2. Menyediakan Kertas Cadangan 3. Melaksanakan Program 4. Pemantauan Program 5. Pelaporan dan Penilaian Program .

Seramai 60 guru kaunseling daripada sekolah menengah berasrama telah menghadiri Kursus Pengurusan Asrama kepada Kaunselor dari 26 hingga 29 Julai 2010, bertempat di Hotel Langkasuka, Pulau Langkawi.

Objektif kursus ini mendedahkan kepada kaunselor input-input penting seperti: 1. Fokus Utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 - 2010)NKRA.KPI2. Memahami tanggung jawab sebagai kaunselor di sekolah- mengadakan program untuk memperkasakan pelajar. 3. Meningkatkan Kualiti Program Kecemerlangan Asrama.4. Meningkatkan Pengetahuan dan kemahiran Kaunselor pengurusan pelajar asrama.

Mengupas isu semasa terhadap kebajikan, keselamatan dan kecemerlangan pelajar-pelajar asrama. En. Abdul Rahman Zakaria, Ketua Unit HEM JPN Pulau Pinang dan beberapa Fasilatator lain telah menyampaikan slot-slot di kursus ini.

Kursus Pengurusan Asrama telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Osman bin Hussain, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dari Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.