menyemai pokok tin dari keratan

Upload: taj-din

Post on 08-Mar-2016

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tin

TRANSCRIPT

Menyemai pokok tin dari keratan (Kaedah Sdr. Azlan Abdullah)Tidak rugi untuk mencuba. Baca teori, fahamkan konsep serta tatacaranya dan terus buat eksperimen. Nampaknya berjaya. Jadi kongsi pulalah dengan kawan-kawan, terutamanya newbies serta mereka yang pernah mengalami situasi tunas ada tetapi akar tiada bila cuba mencambah keratan "hardwood" dan tidak ingin mencuba lagi.Harap maklum eksperimen ini menggunakan keratan "hardwood" segar dari pokok tin saya sendiri. Bahan-bahan yang diperlukan;1. Keratan segar yang mempunyai tiga atau empat "nodes", lebih kurang 6 inci panjangnya.2. "Kitchen towel" atau tisu tebal yang selalunya digunakan di dapur.3. Plastik "ziploc" iaitu plastik yang biasa digunakan untuk menyimpan ikan atau daging sebelum meletakkannya ke dalam peti sejuk.4. "Plastic cup".5. Bekas plastik yang bersaiz kecil.6. Jug minuman untuk dijadikan sungkupan7. Media tanaman - saya menggunakan Green Mary 6-in-1.Caranya:1. Buat beberapa keratan "hardwood" dari pokok tin, saiz minima seperti batang pensil.2. Ambil "kitchen towel", lipat dua dan spray air untuk melembapkannya.3. Ambil keratan, balut dengan "kitchen towel" dan gulungkan. Jika ada, boleh tambah lagi keratan dan balut menggunakan "kitchen towel" yang sama.4. Masukkan keratan yang sudah dibalut ke dalam plastik "ziploc". Hembuskan sedikit udara ke dalamnya dan tutup sepenuhnya.5. Masukkan plastik "ziploc" yang berisi keratan ke dalam bekas plastik.6. Letakkan bekas itu di tempat yang boleh mendapat suhu 30C. Pantau selepas 2 hari dan jika plastik "ziploc" sudah mula berpeluh, itu petanda baik.7. Biarkan plastik "ziploc" berisi keratan itu di dalam bekas plastik selama berapa hari dan terus pantau8. Jika tunas daun sudah muncul, keluarkan keratan dari "kitchen towel". Sepatutnya beberapa akar juga sudah muncul juga. Jika belum lagi, balutkan semula keratan dan ulangi proses.9. Jika sudah pasti tunas dan akar sudah mula keluar, pindahkan keratan ke dalam "plastic cup".10. Isi 1/3 cup dengan media 6-in-1, masukkan keratan dan kemudian isi lagi media di sekeliling keratan dengan perlahan dan lembut. Biarkan sekurang-kurangnya 2 tunas daun berada di luar media. Jika ada lagi tunas yang tertanam, biarkan.11. Spray air supaya media jadi lembap. Ingat - lembap, bukan basah.12. Masukkan keratan dan "plastic cup" ke dalam jug dan sungkup.13. Buka sedikit lubang penutup untuk tujuan pengudaraan.14. Letakkan jug di tempat yang mendapat cahaya matahari secara "indirect" seperti di bilik mandi atau tempat redup.14. Pantau. Jika jug mula berpeluh, itu petanda baik. Tumbesaran tunas daun dan akar sepatutnya mempunyai tanda-tanda yang positif.15. Jika akar timbul ke permukaan media, tambah media ke atasnya.PERHATIAN -1. Buat kerja dengan perlahan dan lembut. Tunas daun dan akar muda amat sensitif.2. Biasanya dalam tempoh 2 minggu sudah nampak hasilnya. JANGAN lakukannya jika anda bukan seorang yang lembut dan sabar. Hahahaha..Selamat mencuba. Semoga dipermudahkan Allah.