5 keratan akhbar.docx

25
1. KES ROGOL WANITA INDONESIA Tiga anggota polis, Konst. Remy Anak Dana, 25, Kpl Nik Sin Mat Lazin, 33, dan Konst. Syahiran Romli, 21, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworh di atas pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas seorang wanita warga Indonesia di Berek Balai Polis Perai, di antara 6.40 pagi hingga 7.30 pagi, 9 Nov lepas. Bagi pertuduhan rogol, mereka dituduh mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan manakala pertuduhan persetubuhan luar tabii mengikut Seksyen 376 (1) kanun sama yang memperuntukkan

Upload: visalini

Post on 06-Dec-2015

95 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: 5 keratan akhbar.docx

1. KES ROGOL WANITA INDONESIA

Tiga anggota polis, Konst. Remy Anak Dana, 25, Kpl Nik Sin Mat Lazin, 33, dan Konst. Syahiran Romli, 21, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworh di atas pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas seorang wanita warga Indonesia di Berek Balai Polis Perai, di antara 6.40 pagi hingga 7.30 pagi, 9 Nov lepas.

Bagi pertuduhan rogol, mereka dituduh mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan manakala pertuduhan persetubuhan luar tabii mengikut Seksyen 376 (1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Pemangku Konsulat Indonesia di Pulau Pinang, Sofiana Mufidah yang hadir ke mahkamah memuji tindakan pantas pasukan polis menahan dan menghadapkan tertuduh ke mahkamah.

Sumber: Berita Awani, Astro Awani

Page 2: 5 keratan akhbar.docx

2. KES ROGOL 2 WANITA

 Berita terkini kes rogol 2 pelajar wanita 38 lelaki di Kelantan. Kes melibatkan dua remaja bawah umur dirogol telah menggemparkan negara apatah lagi melibatkan 38 orang lelaki (perogol) dalam insiden berkenaan. Kejadian dipercayai berlaku pada 7.30 malam 20 Mei 2014 di sebuah rumah kosong di Ketereh Kelantan. Salah seorang daripada mangsa telah membuat laporan polis pada 26 Mei 2014 dan terbukti terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa. Hasil siasatan polis terkini telah menahan kumpulan suspek yang merogol mangsa secara bergilir-gilir. Untuk info, kedua-dua mangsa adalah gadis berusia 15 tahun (pelajar Tingkatan 3) dan seorang lagi 17 tahun.

Sumber: Berita Terkini Kes Rogol 2 Wanita 38 Lelaki Di Kelantan | melvister.com

Page 3: 5 keratan akhbar.docx

3. KES CULIK WANITA TAIWAN

KOTA KINABALU - Polis belum menerima sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak berhubung kes penculikan wanita Taiwan dalam kejadian bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Semporna 10 hari lepas.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihaknya yakin wanita berusia 58 tahun itu masih hidup.

“Kita telah mengambil keterangan daripada pekerja di resort terbabit dan polis masih menunggu sebarang tuntutan selain berusaha menjejaki kumpulan yang bertanggungjawab.

“Kita tahu lokasi mereka tetapi kita harus ada bukti kukuh. Apa yang penting mangsa selamat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog khas bersama pemain industri pelancongan di sini semalam.

Dalam pada itu, Hamza turut berharap pemilik dan pengusaha resort di pulau peranginan, terutamanya di pantai timur Sabah, agar memberi kerjasama sebaik mungkin kepada pihak keselamatan yang bertanggungjawab memastikan keselamatan kawasan berkenaan.

Dalam isu keselamatan ini tidak harus ada ada kompromi, katanya.

Dalam kejadian awal pagi 15 November itu, seorang lelaki warga Taiwan ditemui mati dengan kesan tembakan pada tubuhnya, manakala rakan wanitanya dipercayai diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata yang menceroboh bilik penginapan mereka di pulau berkenaan. – Bernama

Page 4: 5 keratan akhbar.docx

4. KES CULIK EMPAT PEKERJA

CULIK: EMPAT PEKERJA SEKURITI DIJATUHI HUKUMAN MATI

Shah Alam, 7 Nov - Empat pekerja sekuriti dijatuhi hukuman mati

oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah atas pertuduhan menculik sepasang suami isteri untuk mendapatkan wang tebusan RM5,000, lebih dua tahun lepas.

P.Thinagaran, 27, S.S.Arumugam, 24, C.Krishnakumar, 24, dan V.K.Santirasagaran, 32, didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu di Jalan Merak, Pusat Bandar Puchong, Selangor, kira-kira pukul 4.30 pagi, 4 Mac 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3, Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Nor Azian Shaari dalam penghakimannya berkata kes culik itu telah menyebabkan keresahan dan kebimbangan kepada anggota keluarga terdekat mangsa.

Beliau berkata pihaknya turut menimbangkan faktor keganasan dalam kes itu di mana isteri mangsa dirogol oleh seorang lelaki bernama Shan yang masih bebas dengan gambarnya dirakam oleh keempat-empat tertuduh.

Page 5: 5 keratan akhbar.docx

Katanya, perbuatan itu menyebabkan ketakutan dan trauma yang amat serius kepada suami isteri berkenaan. Mengikut fakta kes, suami isteri berkenaan telah pergi ke tempat kejadian untuk bertemu lelaki bernama Shan sebelum ditarik dan dimasukkan secara tiba-tiba ke dalam kereta jenis Honda yang dipandu Arumugam dan dinaiki tiga tertuduh lain.

Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke sebuah kawasan di Kampung Tan Sri Manikavasagam, Pulau Carey dan telah dikurung di sebuah rumah kosong yang bersambung dengan kontena panjang yang diubah suai.

Isteri mangsa mendakwa beliau turut dirogol oleh Shan semasa dikurung manakala suaminya menjelaskan beliau dipukul oleh Shan.

Kedua-dua mangsa dibebaskan pada hari kejadian iaitu pada 4 Mac 2011 kira-kira pukul 10 malam setelah wang tebusan sebanyak RM1,500 dibayar dalam dua transaksi ke dalam akaun Maybank yang disahkan dimiliki oleh seorang bernama C. Manimavanan, 43.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Md Kamal manakala kesemua tertuduh diwakili peguam V.Thiru Kumar dan Amir Faliq. – BERNAMA

Page 6: 5 keratan akhbar.docx

5. KES CULIK EMPAT DITAHAN DI SINGGAHMATA

4 APR: Seorang lelaki dan tiga wanita di tahan polis di Semporna malam tadi bagi membantu siasatan kes penculikan di sebuah resort dekat Pulau Singgahmata, Rabu lalu.Penahanan itu disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Jumaat.Seorang pelancong wanita berasal dari Shanghai, China berusia 28 tahun dan seorang pekerja wanita warga Filipina resort di Pulau Singgahmata dipercayai diculik sekumpulan tujuh lelaki bersenjata dalam kejadian jam 10.30 malam Rabu lalu.Kes culik terbaru di resort yang jaraknya dua batu nautika dari Semporna, itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan penjenayah yang menjadikan penculikan sebagai kerjaya bagi mendapatkan wang tebusan, kata Hamza semalam. “Ia kelihatan seperti kumpulan penculikan untuk wang tebusan atau ‘kidnap for ransom’ (KFR) yang merupakan dalang kepada insiden ini.Kumpulan ini menculik mangsa dan kemudian menjualnya kepada kumpulan-kumpulan lain,” tegas Hamza.Polis setakat ini telah merekodkan kenyataan daripada 49 pekerja resort dan 61 pelancong (59 warga China, seorang warga Iran dan seorang rakyat Malaysia) bagi membantu siasatan.Polis juga percaya tujuh lelaki bersenjata terbabit mendapat “bantuan orang dalam” berdasarkan keadaan sekeliling resort yang tidak mudah dimasuki terutama pada waktu malam, kerana ia dipasang dengan rentangan tali.“Sesiapa yang ingin memasuki kawasan resort itu perlu dibawa atau dibenarkan masuk oleh kakitangan Singamata Reef Resort. “Resort ini di atas air, macam resort di Kapalai. Ia dikelilingi sistem halangan seperti rentangan-rentangan tali supaya bot-bot tidak mudah masuk.“Hanya orang yang betul-betul mahir (dengan resort itu) sahaja yang tahu dan masuk dengan melalui alur-alur di situ untuk elak enjin bot tersangkut,” kata Hamza.Polis juga, kata Hamza percaya mangsa tidak lagi berada di Semporna atau di Sabah sebaliknya telah berada di sebelah Filipina.-bnbbc.my

Page 7: 5 keratan akhbar.docx

1. KES PEMBUNUHAN KANAK NURIN JAZLIN

Pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin.

Beliau dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Pelbagai usaha dilakukan melalui media dan orang ramai termasuklah NGO. Misteri kehilangan akhirnya terjawab apabila mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September 2007 dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin.

Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu.[1]

Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan kanak-kanak itu, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematiannya.[2]

Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering" selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali Isnin lepas.

Page 8: 5 keratan akhbar.docx

2. KES CULIK KANAK SHARLINIE

Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=special/sharlinie/index.htm#ixzz3mpsVR3Wf

© Utusan Melayu (M) Bhd

Page 9: 5 keratan akhbar.docx

3. KES ROGOL KANAK 12 TAHUN

Terkejut membaca cerita mengenai kes rogol budak perempuan yang baru berumur 12 tahun telah dirogol dengan kejam oleh 8 orang kawan yang dikenali mangsa di sekolah dan tempat tinggalnya. Kes perkosa sebegini semakin menakutkan kerana melibatkan jumlah suspek yang cukup banyak, semuanya masih dibawah umur sudah berani bertindak mencabul dan meraba mangsa, malah memasukkan kemaluan zakar ke dalam faraj mangsa tanpa rela oleh 8 orang budak sekolah ini.

Apa hendak jadi ya? Berikut merupakan cerita dan fakta kes yang terlibat. Diharap pembaca menjadi ia sebagai pengajaran untuk rujukan anda pada masa hadapan. Awasi tingkah-laku anak-anak anda yang semakin dahsyat dan diluar jangkaan! Kes rogol gadis bawah umur semakin menjadi-jadi!

Kes+Rogol+Gadis+12+Tahun+Oleh+8+Rakan+Sekolah Kes Rogol Gadis 12 Tahun Oleh 8 Rakan Sekolah Isu Rogol Budak Perempuan Umur 12 Tahun Oleh 8 Kawan B/Sentosa Rpt : 5580/13 sek : 376 Kk Pengadu : Suryanis bt Prawito kpt : 010212-14-0486(12 Tahun 7 Bulan) Almt : No 2A Jalan Rampaisari 3C Sg Buaya 48010 Rawang,Sel Pekerjaaan : Darjah 6 Pelajar SK Sg Buaya

RINGKASAN KES PERKOSA BAWAH UMUR -Pada 19/9/13 Jam L/Kurang 0900 Hrs Pengadu telah ponteng dari bersekolah dan pergi kerumah kawannya nama Elisa dijalan Rampaisari Sg Buaya dan lepak di situ sehingga selesai waktu persekolahan kemudian pengadu seorang diri telah merayau2 di kawasan Sg Buaya kerana takut

Page 10: 5 keratan akhbar.docx

untuk pulang ke rumah sehingga waktu malam dan pengadu telah tidur di surau Al Angsa Sg Buaya. Pada Keesokkan harinya(Hari ini) 20/9/13 Jam L/Kurang 7.30 Pagi apabila pengadu bangun dari tidur dan keluar dari surau pengadu lihat 8 Orang Lelaki Melayu yg dikenalinya sedang berkumpul berdekatan kawasan surau tersebut,pengadu telah menghampiri mereka dan mereka telah mengajak pengadu pergi ke sebuah rumah kosong. -Semasa berada di rumah kosong Adam(saspek) telah bertindak menutup Mata Pengadu dengan menggunakan baju T-Shirt. Haikal dan Hafis telah membuka baju Pengadu dan baringkan dilantai rumah kosong tersebut kemudian pengadu telah Dirogol/diraba Oleh 8 Lelaki Melayu yg dikenalinya.

SENARAI NAMA SASPEK DAN PERANAN DALAM KES ROGOL 1) Muhd Adam 14 thn (Menutup Mata pengadu/masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu) 2) Mohd Haikal 12 thn (baringkan mangsa/masukkan Kemaluan dalam kemaluan pengadu) 3) Norhafis Azuan 14 thn (baringkan mangsa/masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu) 4) Muhd Ashraf 12 thn (Raba mangsa) 5) Muhd Firdaus 14 thn (masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu) 6) Zariq Haikal 14 thn (masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu) 7) Norhafis Azuan 14 thn (masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu) 8) Syed Muhammad Hakim 14 thn(masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

TINDAKAN PDRM 1) Tahan 8 lelaki Melayu (Seperti nama pgakuan diatas) bawa balik ke balai Sentosa untuk siasatan awal dan Jalankan Tangkapan 2) Kesemua 8 OKT adalah bawah umur dan pg ni akan reman. 3) Mangsa tlh dhantar ke Hospital Selayang utk pmeriksaan doktor, dimana sahkan ada koyakan baru pd kmaluan mangsa & tahan wad. 4) Team Forensik diketuai oleh Insp Nawawi siasat tpt kejadian tlh menemui rambut/bulu kesan air & 1 baju. 4) Siasatan diteruskan. Tk Tn. Cc T/Kjsj(SP)T/Kjsj(RO), PT D11, Kpd, T/Kpd. KES ROGOL GADIS 12 TAHUN OLEH 8 RAKAN SEKOLAH

Page 11: 5 keratan akhbar.docx

4. KES PEMBUNUHAN KANAK NURSYAFIQAH

16 Januari 2014 : Zamri Gomeng telah menyewa Kereta myvi putih No TBJ 6264 pukul 3 petang, atas permintaan Pian. Setelah menyewa Zamri serahkan kepada Pian.

17 Januari 2014 : Pukul 11 pagi Pian telah membawa simati (Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah) keluar dari rumah, atas kebenaran Beah. Sehingga pukul 3 petang, Pian tidak pulang rumah. Beah telah berusaha untuk mencari. Waktu petang Beah minta bantuan Faizal Bongkok untuk cari Pian tetapi tidak jumpa. Pada pukul 10:30 pagi, Beah nampak Pian ditepi jalan. Pian beritahu simati (Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah) ada. Beah, Faizal (naik motosikal) pulang ke rumah diekori Pian. Sampai di rumah Pian parking Kereta jauh sikit dan berjalan kaki pulang ke rumah. Pian panggil Faizal keluar dari rumah dan beritahu simati dah hilang. Faizal beritahu Beah. Selepas itu ketiga mereka pergi mencari Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah tetapi tidak jumpa dan ada jumpa bomoh. Lepas balik tidur. 18 Januari 2014 : Pukul 8 pagi, Pian dan Faizal keluar cari dadah. Sampai sebelum tengahari, Beah cari mereka dan jumpa dekat jambatan. Selepas itu buat repot di balai polis Paka. Pian suruh buat repot palsu (Repot:119/14, KEP:01/14) dengan mengatakan pada 17/01/14 pukul 7:30 malam anaknya telah hilang semasa beliau tinggalkan anaknya di dalam kereta untuk berjumpa dengan kawannya di hadapan Restoran Ikan Bakar, Kuala Paka, Paka. Selepas itu pergi Dungun, Kerteh dan balik

Page 12: 5 keratan akhbar.docx

Paka. 21 Januari 2014 : Pada waktu pagi, Pian tinggalkan Beah dalam rumah dan mengunci rumah. Pukul 10 pagi, Beah terima panggilan telefon daripada kakak menyatakan anaknya Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah telah mati. Beah terjun daripada tingkap dan pergi ke rumah adik. Setelah itu, polis telah sampai. Pada pukul 10 pagi juga, penyewa Kereta (Bob) mendapati Kereta Myvi parking dlm keadaan tidak berkunci dan seat belt dipotong. Bob terus jumpa Zamri dan Zamri bawa Bob dan kawannya pergi ke rumah nenek Pian. Bob jumpa Pian. Pian telah dipukul dan dibawa ke Kuala Paka dan diserahkan kepada polis. Kereta Myvi telah dirampas. (mohon bantuan unit forensik utk pemeriksaan) Pian masih belum stabil. Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada Pian. (Terdapat juga keraguan samada Arif terlibat atau tidak)

Page 13: 5 keratan akhbar.docx

5. KES CULIK KANAK –KANAK PEREMPUAN

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menempuh saat tragis dalam hidupnya apabila dirogol seorang lelaki tidak dikenali ketika keluar membeli ais di kedai tidak jauh dari rumah, di Kampung Pauh 2, Banggu, di sini. Kejadian Selasa lalu itu disedari pengadu iaitu sepupu mangsa yang berusia 22 tahun ketika dia berada di rumah dan mangsa pulang dalam keadaan menangis serta mengadu kesakitan, pada jam 1.30 petang. Pengadu melihat terdapat kesan darah pada kain mangsa dan ibu saudara pengadu kemudian membuka kain yang dipakai kanak-kanak itu sebelum melihat kemaluannya berdarah. Apabila ditanyakan kepada sepupunya itu, mangsa memberitahu, semasa dia pergi ke kedai untuk membeli ais, tiba-tiba datang seorang lelaki mengajaknya pulang dan dia menaiki motosikal bersama lelaki tersebut. Suspek kemudian membawa dia ke dalam hutan dan merogolnya. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan meminta bantuan daripada masyarakat setempat untuk menyalurkan maklumat dalam usaha mengesan suspek.Kami amat-amat memerlukan bantuan orang awam kerana suspek masih bebas dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.“Saya juga menasihatkan kepada ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan anak-anak kecil tanpa pengawasan orang dewasa bagi mengelak sebarang perlakuan jenayah seperti ini berlaku,” katanya.

Page 14: 5 keratan akhbar.docx

1. KES ROGOL ORANG KURANG UPAYA

SABAK BERNAM – Seorang pengawal keselamatan sanggup menculik seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dan merogolnya di stor bangunan sebuah sekolah di daerah ini, kelmarin.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, suspek berusia 23 tahun dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu selepas menculik mangsa, 33, di rumahnya di Sungai Nibong, SekinchaNGMenurutnya, kejadian kira-kira jam 9 pagi itu disedari bapa mangsa, 72, apabila dia didatangi seorang lagi wanita berusia 42 tahun bersama suspek yang kemudiannya bertindak melarikan anak perempuannya dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback.“Suspek bersama seorang wanita datang ke rumah bapa mangsa sebelum bertindak menarik anak perempuannya itu ke dalam sebuah kereta secara paksa sebelum dilarikan,” katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, berang dengan perbuatan kedua-dua suspek, bapa mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Sekinchan berhubung dengan kes culik terbabit.Susulan kejadian itu katanya, kira-kira jam 4.30 petang, wanita terbabit memulangkan semula anak mangsa itu di Balai Polis Sekinchan dan membuat pengakuan bahawa wanita yang dikategorikansebagai lembam itu dirogol suspek lelaki di sebuah stor sekolah.

Page 15: 5 keratan akhbar.docx

“Suspek wanita itu turut mengaku menculik mangsa dan berada di tempat lokasi wanita itu dirogol,” katanya. Noor Mushar berkata, polis yang menerima maklumat daripada suspek wanita yang turut menjual cincin yang dipakai mangsa terus bertindak ke lokasi kejadian dan pemeriksaan di pondok pengawal

keselamatan di sekolah terbabit menjumpai kad pekerja milik suspek terbabit.

“Polis turut merampas dua telefon bimbit jenama Nokia milik suspek wanita dan mangsa; satu resit pajak gadai emas dan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback,” katanya.

Menurutnya, Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dikerah ke tempat kejadian bagi tujuan pengesanan sementara mangsa dihantar ke Hospital Klang bagi menjalani

pemeriksaan lanjut.

“Polis turut menahan suspek lelaki berkenaan dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Page 16: 5 keratan akhbar.docx

2. KES CULIK ORANG KURANG UPAYA

SABAK BERNAM – Seorang pengawal keselamatan sanggup menculik seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dan merogolnya di stor bangunan sebuah sekolah di daerah ini, kelmarin.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, suspek berusia 23 tahun dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu selepas menculik mangsa, 33, di rumahnya di Sungai Nibong, Sekinchan. Menurutnya, kejadian kira-kira jam 9 pagi itu disedari bapa mangsa, 72, apabila dia didatangi seorang lagi wanita berusia 42 tahun bersama suspek yang kemudiannya bertindak melarikan anak perempuannya dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback.“Suspek bersama seorang wanita datang ke rumah bapa mangsa sebelum bertindak menarik anak perempuannya itu ke dalam sebuah kereta secara paksa sebelum dilarikan,” katanya.

Beliau berkata, berang dengan perbuatan kedua-dua suspek, bapa mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Sekinchan berhubung dengan kes culik terbabit.Susulan kejadian itu katanya, kira-kira jam 4.30 petang, wanita terbabit memulangkan semula anak mangsa itu di Balai

Page 17: 5 keratan akhbar.docx

Polis Sekinchan dan membuat pengakuan bahawa wanita yang dikategorikan sebagai lembam itu dirogol suspek lelaki di sebuah stor sekolah.“Suspek wanita itu turut mengaku menculik mangsa dan berada di tempat lokasi wanita itu dirogol,” katanya.Noor Mushar berkata, polis yang menerima maklumat daripada suspek wanita yang turut menjual cincin yang dipakai mangsa terus bertindak ke lokasi kejadian dan pemeriksaan di pondok pengawal keselamatan di sekolah terbabit menjumpai kad pekerja milik suspek terbabit.“Polis turut merampas dua telefon bimbit jenama Nokia milik suspek wanita dan mangsa; satu resit pajak gadai emas dan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback,” katanya.Menurutnya, Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dikerah ke tempat kejadian bagi tujuan pengesanan sementara mangsa dihantar ke Hospital Klang bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

“Polis turut menahan suspek lelaki berkenaan dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. – Sinar Harian

Page 18: 5 keratan akhbar.docx

3. KES CULIK ORANG KURANG UPAYA

Berita terkini kes budak OKU dikurung hingga kurus kering di Rumah Pangsa Taman Semarak. Operasi menbanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) pada awal 2 pagi 21 Jun 2014 di rumah pangsa di Taman Semarak Nilai membawa kepada penemuan seorang budak lelaki OKU dalam keadaan tragis. Budak OKU yang dipercayai berusia 15 tahun itu ditemui dengan keadaan kurus kering dan mengenakan baju yang hampir reput. Difahamkan budak OKU itu telah dikurung dalam salah satu bilik rumah tersebut tanpa diberi makan dan minum. Manakala suasana rumah itu juga penuh dengan najis dan bau yang kurang menyenangkan. Susulan itu, ibu kepada remaja OKU tersebut yang dipercayai berasal dari Sabah ditahan untuk siasatan lanjut. Remaja lelaki OKU yang berusia 15 tahun itu dikenali sebagai Muhammad Firdaus Dullah dan merupakan seorang warganegara Malaysia. Ibunya yang berasal dari Sabah merupakan ibu tunggal setelah berpisah dengan suami. Penyakit yang dihidapi remaja OKU tersebut dikenali sebagai ‘celebral palsy’ iaitu penyakit kegagalan bahagian otak untuk mengawal pergerakan otot.

Sumber: Berita Terkini Budak OKU Dikurung Hingga Kurus Kering | melvister.com