meningkatkan kemahiran.doc

11
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DI DALAM DISIPLIN PENULISAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN 4 Oleh : Puan Nor Azila binti Md. Nor Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah membina ayat di kalangan murid di Tahun 4 Bestari . Seramai 11 orang murid terlibat dalam kajian ini. Selain itu , saya juga ingin meningkatkan pemahaman mereka dalam aspek membina ayat yang betul dan lengkap . Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan latihan di dalam buku latihan . Saya dapati terdapat beberapa kesilapan dalam pembinaan ayat iaitu dari segi morfologi dan sintaksis. Saya juga mendapati bahawa murid kurang peka tentang penggunaan kata hubung , pengimbuhan dan tanda baca dalam pembinaan ayat . Untuk mengatasi masalah ini , saya telah menyediakan formula yang mudah untuk murid ini memperbaiki kemahiran membina ayat iaitu murid perlu hafal formula yang diberikan. Hasilnya saya dapati , terdapat peningkatan dalam pembinaan ayat oleh anak-anak murid saya ini. Saya juga berasa teruja untuk meneruskan aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. 1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN: Bahasa Melayu Penulisan terdiri daripada tiga item iaitu Bahagian A , bahagian B dan Bahagian C . Bahagian A membina ayat yang lengkap dan gramatis. Kajian saya berkaitan dengan masalah Bahagian

Upload: amalinaibrahim

Post on 23-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENINGKATKAN KEMAHIRAN.doc

MENINGKATKAN KEMAHIRAN  MEMBINA AYAT DI DALAM DISIPLIN PENULISAN  BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN 4

Oleh :Puan Nor Azila binti Md. Nor

Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya

 ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah membina ayat di kalangan murid  di

Tahun 4 Bestari . Seramai 11 orang murid terlibat dalam kajian ini.  Selain itu , saya juga ingin

meningkatkan pemahaman mereka dalam aspek membina ayat yang betul dan lengkap .

Tinjauan awal  telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan latihan di dalam

buku latihan .  Saya dapati terdapat beberapa kesilapan dalam pembinaan ayat iaitu dari segi

morfologi dan sintaksis. Saya juga mendapati bahawa murid kurang peka tentang penggunaan

kata hubung , pengimbuhan dan tanda baca dalam pembinaan ayat . Untuk mengatasi masalah

ini , saya telah  menyediakan formula yang mudah untuk murid ini  memperbaiki kemahiran

membina ayat iaitu murid perlu hafal formula yang diberikan. Hasilnya saya dapati , terdapat

peningkatan dalam pembinaan ayat oleh anak-anak murid saya ini.  Saya juga berasa teruja

untuk meneruskan aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran saya.

1.0  LATAR BELAKANG KAJIAN:

            Bahasa Melayu Penulisan terdiri daripada tiga item iaitu Bahagian A , bahagian B dan

Bahagian C . Bahagian A membina ayat yang lengkap dan gramatis. Kajian saya berkaitan

dengan masalah Bahagian A .Masalah membina ayat yang lengkap dalam penulisan terutama

dalam penulisan bahagian A akan mengganggu murid mendapat markah yang baik dalam

penulisan Bahasa Melayu. Selain itu , jika murid tidak dapat membina ayat dengan baik ,

menyebabkan murid juga tidak mampu untuk membina sebuah karangan yang baik dalam

penulisan bahagian B dan C. Masalah membina bina ayat ini dikesan semasa saya menyemak

latihan murid di dalam buku latihan penulisan. Saya dapati murid gagal membina ayat dengan

baik. Struktur ayatnya tidak tersusun dengan betul. Murid gemar menggunakan bahasa pasar

semasa menulis ayat.  Tanda bacan yang ditulis  tidak menepati ciri-ciri penulisan yang

sebenar.  Berdasarkan refleksi pengajaran saya , saya dapati murid belum boleh membina ayat

secara gramatis  dengan hanya melalui aktiviti  perbincangan dalam kelas dan perbincangan

melalui kumpulan. Melalui aktiviti pembentangan hasil kerja murid dalam pembinaan ayat juga

Page 2: MENINGKATKAN KEMAHIRAN.doc

tidak banyak membantu murid saya .  Jadi , melalui perbincangan saya dengan rakan sealiran

juga termasuk guru pemeriksa kertas Penulisan Bahasa Melayu , saya disarankan

menggunakan formula SPPA iaitu subjek + predikat + penerangan ayat ( siapa - buat - dimana -

apa / bagaimana ) bagi mengatasi kelemahan murid ini.

2.0  FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Saya memilih isu ini kerana berdasarkan tinjauan awal saya, saya dapati bahawa 11 orang

murid ini tidak boleh menulis ayat dengan baik sedangkan bacaan dan lisan yang dijalankan di

dalam kelas tidak mempunyai banyak masalah. Cuma apabila mereka mula menulis , mereka

gagal menyusun struktur dengan baik selain penggunaan kata yang kurang tepat. Oleh yang

demikian , saya terpanggil untuk membantu 11 orang murid ini memperbaiki kemahiran  dalam

pembinaan ayat agar murid-murid  ini tidak terus tercicir dalam aspek penulisan.

3 .0 OBJEKTIF KAJIAN

            Selepas kajian tindakan ini dijalankan , diharapkan agar dapat mencapai objektif

tersebut:

            3.1 )  Objektif Am

      Meningkatkan kemahiran murid untuk membina ayat  dengan lengkap dan gramatis.

           3.2 )  Objektif Khusus

       Murid dapat memilih penggunaan kata yang sesuai untuk membina ayat.

      Murid boleh membezakan penggunaan tanda baca dalam ayat.

      Murid boleh menulis ayat yang lengkap serta gramatis berdasarkan kata kerja / rangkaikata

yang diberikan dengan baik.

4.0  KUMPULAN SASARAN

            Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 11 orang murid Tahun 4

Bestari . 7 orang murid India dan 4 orang murid Melayu.  Kumpulan sasaran ini terdiri daripada

6 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.

5.0  PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Awal Masalah

Page 3: MENINGKATKAN KEMAHIRAN.doc

Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian tindakan , tinjauan

awal terhadap masalah yang dikenalpasti, Langkah-langkah telah dilakukan berdasarkan

pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra.

i ) Pemerhatian :

Saya telah memerhatikan tingkahlaku murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Saya mendapati murid mempunyai masalah membina ayat secara gramatis. Pada

awalnya, saya merasakan murid belum biasa membina ayat secara gramatis kerana mereka

baru berada di tahap 2. Tetapi selepas beberapa minggu , murid masih lagi belum menguasai

cara untuk membina ayat secara gramatis.

ii ) Pemeriksaan buku latihan.

Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran , murid akan menyerahkan buku latihan

kepada saya. Setelah disemak , saya dapati murid belum dapat menguasai cara untuk

membina ayat secara gramatis. Mereka membina ayat selapis dan kadangkala ayat yang dibina

tiada kaitan dengan gambar yang diberkan ,

iii)  Ujian pra.

Satu ujian diagnostik telah dijalankan kepada murid-murid tahun 4. Ia bertujuan menguji tahap

penulisan murid. Saya dapati hasil daripada ujian tersebut , murid tidak mahir untuk membina

ayat dengan baik. Kemudian , murid telah diberi uiian bulanan , namun 11 orang murid ini masih

gagal membina ayat secara gramatis.

5.2  Analisis Tinjauan Masalah

 Hasil pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra dapat dilihat melalui jadual data

yang di sediakan.

Senarai Rekod Pencapaian. (Jumlah markah = 10 M)

BIL NAMA MURID Ujian Ujian

Page 4: MENINGKATKAN KEMAHIRAN.doc

Diagnostik bulan Feb1 Basker a/l Subramaniam 3 4

2 Danny Dave a/l Raman 4 4

3 Jaynishia a/p Bala 3 4

4 Justin a/l  Fernendez 4 5

5 Kapil a/l Jaynesan 3 4

6 Kirthana a/p Vinod Kumar 4 4

7 Muhammad Isma bin Kamsan 4 5

8 Nurul Alina binti Yusof 4 4

9 Nurul Fatehah binti Fauzi 5 5

10 Sabrina a/p Ramandran 3 4

11 Zaidi bin Harun 3 4

Rajah  1 menunjukkan hasil ujian pra yang dijalankan kepada murid-murid. Data tersebut dibuat

sebelum pelaksanaan tindakan saya. Saya mendapati tahap penguasaan murid dalam

membina ayat gramatis masih lemah walau pun telah menjalani dua kali latihan.

5.3 Tindakan yang dijalankan.

            Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dalam tempoh

tiga bulan melibatkan 11 orang murid khasnya dan 27 orang murid amnya. Pengajaran dan

pembelajaran ini dijalankan setiap hari Isnin kerana mempunyai 2 waktu bekembar.

            Saya telah melaksanakan pengajaran kaedah bina pelan maklumat berdasarkan

gambar yang diberi dan kaedah  kata tanya. Saya telah menggunakan kaedah ini semasa sesi

pengajaran selama 60 minit. . Saya menggunakan 1 waktu untuk murid memahami  gambar ,

mencari maklumat atau kata kerja berkaitan gambar , bulatkan gambar dan catatkan kata kerja

yang sesuai dengan gambar. Kaedah ini saya panggil Kaedah Bulat dan Tarik .  Dalam kaedah

ini ,murid perlu cari fahamkan situasi gambar , kemudian perlu cari aktiviti yang terdapatkan

dalam gambar. Kemudian , setelah kenalpasti maklumat , murid perlu bulatkan gambar dan

catat maklumat berkaitan gambar. Contoh : membajak , mengubah dan sebagainya. Pada

waktu yang kedua , guru , membimbing murid membina ayat menggunakan kata tanya ( siapa .

buat apa , di mana , bila / bagaimana )

            Saya telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran berkaitan

kaedah ini. Saya sediakan Rancangan Pengajaran bagi aktiviti ini.

Page 5: MENINGKATKAN KEMAHIRAN.doc

Set Induksi      : Beri penerangan tentang jenis gambar, kemudian bincang berkaitan gambar

yang ditunjukkan

Langkah 1       : Murid teliti keseluruhan gambar dan soal jawab berkaitan gambar

Langkah 2       : Murid mencari  5 kata kerja / aktiviti  yang ada kaitan dengan kehendak soalan .

Kemudian bulatkan gambar tersebut serta catatkan pada gambar aktiviti yang telah

dikenalpasti.

Langkah 3       : Murid bina rangkaikata menggunakan kata tanya ( siapa , buat apa , di mana .

bila / bagaimana )

Langkah 4       : Latihan bina ayat gramatis perpandukan pelan maklumat yang telah dibina.

Penutup           : Menyemak ejaan , struktur ayat dan kosa kata yang digunakan.

            Berdasarkan rancangan harian , saya memulakan pengajaran dengan menyatakan

jenis gambar yang akan murid temui. Bincangkan secara ringkas sebagai pengenalan murid.

            Seterusnya pada langkah yang pertama , saya meminta murid meneliti keseluruhan 

gambar dan fahamkan situasi gambar. Kemudian, murid mencari 5 perbuatan / aktiviti yang ada

kaitan dalam gambar. Bulatkan gambar tersebut dan catatkan kata kerja yang sesuai dengan

gambar.

            Langkah seterusnya , saya telah meminta murid membina rangkaikata berpandukan

kata kerja ( siapa - buat apa - di mana - bila /bagaimana )

Contoh: soalan            : siapa di dalam gambar ?

              jawapan         : Pak Kassim

              soalan            : sedang buat apa ?

              jawapan         : membanting padi.

              soalan            : di mana ?

            jawapan           :  di sawah padi / di bendang

              soalan           : bila ?

              jawapan         : di musim menuai.

Langkah yang terakhir , saya telah memberi latihan untuk menulis ayat secara gramatis kepada

murid-murid. Kami juga membimbing murid ini secara individu dari segi pemilihan kosa kata

yang sesuai dan tepat agar ayat yang dibina lebih gramatis.. Setelah siap membina 5 ayat ,

murid diminta menyemak ejaan , tanda baca dan sebagainya.

Contoh ayat gramatis : Pak Kasim sedang membanting padi yang sudah masak di

                                     bendang semasa musim menuai.

Page 6: MENINGKATKAN KEMAHIRAN.doc

            Saya telah melaksanakan kaedah ini setiap kali menjalankan sesi pengajaran dan

pembelajaran yang berkaitan dengan penulisan bahagian A mulai penghujung Julai 2012

sehinggalah penghujung bulan Oktober 2012. Sepanjang tempoh itu , saya telah mengadakan 3

kali siri ujian. Ujian ini dijalankan pada setiap penghujung bulan dalam tempoh pelaksanaan

kajian ini. Ia bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan bagi mencapai

objektif kajian dalam penulisan Bahasa Melayu.

5.4 Dapatan Kajian

Saya telah mengumpul pengskoran markah murid hasil daripada 3 siri ujian yang telah

dijalankan. Markah-markah tersebut telah dicatatkan dalam jadual yang disediakan. Jadual ini

merupakan borang Analisa berkaitan dengan hasil ujian murid.

BIL NAMA MURIDJENIS UJIAN

Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3

1 Basker a/l Subramaniam 5 7 9

2 Danny Dave a/l Raman 6 6 9

3 Jaynishia a/p Bala 6 7 10

4 Justin a/l  Fernendez 7 8 10

5 Kapil a/l Jaynesan 5 7 8

6 Kirthana a/p Vinod Kumar 4 5 7

7 Muhammad Isma bin Kamsan 7 8 10

8 Nurul Alina binti Yusof 6 7 9

9 Nurul Fatehah binti Fauzi 7 8 10

10 Sabrina a/p Ramandran 7 7 9

11 Zaidi bin Harun 7 8 10

Berdasarkan jadual pengskoran ini , saya dapati ada peningkatan markah bagi murid-murid

tersebut. Seramai 10 orang iaitu  91% murid berada ditahap cemerlang manakala hanya

seorang murid sahaja iaitu 9 % berada di tahap baik. Ini menunjukkan satu peningkatan yang

amat ketara,

            Saya juga menemubual dua orang murid berkaitan hasil pengajaran -pembelajaran yang

telah dijalankan.

Cikgu       : Fatehah , cikgu lihat , skor markah kamu sangat cemerlang dan                      

meningkat setelah  belajari melalui kaedah dan teknik ini.

Page 7: MENINGKATKAN KEMAHIRAN.doc

Fatehah  : Ya cikgu . Saya semakin faham bagaimana hendak membina ayat      

                 dengan baik. Kaedah ini sangat membantu saya , cikgu!

Cikgu      : Kirthana , nampaknya skor awak pada tahap baik berbanding rakan-rakan

                 kamu yang berada di skor cemerlang.  Awak masih ada masalah dengan        

penggunaan kaedah ini ? 

Kirthana : Tidak cikgu, Saya faham bagaimana untuk membina ayat dengan lebih baik.              

Cuma kosa kata saya sahaja yang masih lagi kurang.

Cikgu     : Tidak mengapa Kirthana , apa yang penting , kamu perlu banyak membaca

                 untuk menambahkan kosa kata kamu.

5.5  Refleksi   Kajian.    

Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas murid , kaedah yang telah  dilaksanakan dalam

pengajaran dan pembelajaran itu telah memberikan suatu impak yang positif. Peningkatan skor

markah murid ketara meningkat. Ini menunjukkan kaedah yang dilaksanakan sangat

bersesuaian danberkesan. Murid semakin yakin untuk membina ayat yang gramatis. Daripada

tinjauan yang dibuat , murid telah mengikut kaedah yang dipelajari.Murid tidak lagi memerlukan

masa yang lama untuk mendapatkan maklumat dan membina ayat yang gramatis. Saya juga

melihat murid seronok apabila saya menyatakan bahawa hari ini saya akan membuat latihan

penulisan bahagian A. Tiada lagi rungutan yang kurang ebak didengari daripada nmurid-murid

saya.

            Sebagai seorang guru , saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila saya

melihat peningkatan skor murid-murid saya yang lemah. Kajian dan strategi serta kaedah yang

diberikan sangat bersesuaian dengan murid . Pada pandangan saya , murid ini mampu

melakukan sesuatu perkara itu dengan baik asalkan mereka mendapat panduan dan cara yang

betul untuk membina ayat dengan baik.  Saya juga telah dapat membaiki kelemahan saya

dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.6  Cadangan Kajian Tindakan Seterusnya.

Secara keseluruhan , kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian murid

semakin baik walaupun bukan 100%. Namun begitu , usaha diteruskan agar murid mahir

sehingga mereka boleh membina ayat dengan gramatis semasa UPSR nanti. Saya juga akan

menggunakan pendekatan ini untuk membimbing murid dalam penulisan bahagian B.  Ini

kerana langkah dan caranya sama iaitu untuk membina ayat dengan baik.

Page 8: MENINGKATKAN KEMAHIRAN.doc

Sebagai kesimpulan , kajian tindakan yang saya lakukan ini sangat memberi manfaat kepada

murid untuk meningkatkan prestasi khususnya dan memberi kelebihan kepada guru untuk

memperbaiki pengajaran amnya. Saya berharap hasil kajian saya ini boleh diguna pakai oleh

rakan-rakan saya nanti.

Rujukan :

Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 ) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS

            Profesional Publishing Sdn Bhd.

Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia , Modul Kajian

            Tindakan Teknologi Pendidikan

Bahagian Perancangan , Penyelidikan Dasar Pendidikan : Panduan Asas Menulis

             Laporan Kajian Tindakan , Kementerian Pelajaran Malaysia

Sulaiman Masri , Abdullah Yusof , Mohd Ra’in Shaari (2006), Bahasa Melayu : Dimensi

             Pengajaran dan Pembelajaran ,Kuala Lumpur , Utusan Publication & Distributor

             Sdn Bhd.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) Pengajaran , Teknologi dn Penaksiran 2 KPD

             3026.

http:// pengajaranbahasamelayu.blogspot.com

http:// mariasalamperpaduan .blogspot.com