mengkaji tahap peningkatan kebolehan penguasaan dan ... · pdf filemenggunakan pakej...

12
Muka surat 1/12 Mengkaji tahap peningkatan kebolehan penguasaan dan penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru ETeMS di dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan pakej ‘Easy English’ di dalam mata pelajaran Matematik tingkatan 1. Fatimah A.Rahman 1 Sarimah Kamrin 2 SMK Bandar Tenggara 1,2 Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (Subtema : Kurikulum Dan Pengajaran Pendidikan) ABSTRAK Pakej Easy-English’ adalah merupakan satu alternatif di dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ia disediakan oleh sekumpulan pensyarah dari University College, London dengan diketuai oleh Proffessor A.C Gimson, B.A (pensyarah di bahagian phonetics). Modul ini digunakan khusus untuk memastikan guru-guru EteMS yang bermasalah dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik di dalam Bahasa Inggeris memperbaiki kelemahan dan seterusnya menguasai bahasa ini sehingga tahap optimum. Modul ini mempunyai 8 keping cakera padat dan 4 buah buku iaitu buku panduan, spoken exercise, written exercise serta buku teks. Penilaian keberkesanan modul adalah berdasarkan ujian bulanan ke atas kelas guru terbabit. Dua kajian dilakukan iaitu pada bulan Februari (sebelum perlaksanaan modul) dan bulan April (selepas perlaksanaan modul). Analisis data ujian menunjukkan terdapat peningkatan bilangan pelajar yang lulus berbanding ujian sebelumnya. Ini membuktikan pentingnya satu modul khusus untuk para guru meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris secara optimum. ABSTRACT The Easy English package is an alternative to solve the problem of English proficiency. It has been establish by Prof. A.C. Gimson, a lecturer in phonetic department of College University in London. This module is used especially to the English Teaching in Science and Mathematics (ETeMS) teachers who are having problem in instructional and learning of Mathematics in English by improving their English proficiency. This module consists of eight CDs and four manual books, spoken exercises, written exercises and text book. The efficiency of this module is evaluated by using monthly test done to the class taught by the teacher. Pre-test and post-test have been done in February and April. The result of the tests shows the increase of number of the students pass the post-test compare to the pre-test. This result shows the important of the module design especially to improve and increase the English proficiency among teachers. KATA PENTING : ETeMS, Penguasaan Bahasa Inggeris, pakej ‘Easy English’

Upload: tranhuong

Post on 04-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mengkaji tahap peningkatan kebolehan penguasaan dan ... · PDF filemenggunakan pakej ‘Easy English’ di dalam mata pelajaran Matematik tingkatan 1 ... berdasarkan ujian bulanan

Muka surat 1/12

Mengkaji tahap peningkatan kebolehan penguasaan dan penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru ETeMS di dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan pakej ‘Easy English’ di dalam mata pelajaran Matematik

tingkatan 1.

Fatimah A.Rahman1 Sarimah Kamrin2

SMK Bandar Tenggara 1,2 Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

(Subtema : Kurikulum Dan Pengajaran Pendidikan)

ABSTRAK Pakej ‘Easy-English’ adalah merupakan satu alternatif di dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ia disediakan oleh sekumpulan pensyarah dari University College, London dengan diketuai oleh Proffessor A.C Gimson, B.A (pensyarah di bahagian phonetics). Modul ini digunakan khusus untuk memastikan guru-guru EteMS yang bermasalah dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik di dalam Bahasa Inggeris memperbaiki kelemahan dan seterusnya menguasai bahasa ini sehingga tahap optimum. Modul ini mempunyai 8 keping cakera padat dan 4 buah buku iaitu buku panduan, spoken exercise, written exercise serta buku teks. Penilaian keberkesanan modul adalah berdasarkan ujian bulanan ke atas kelas guru terbabit. Dua kajian dilakukan iaitu pada bulan Februari (sebelum perlaksanaan modul) dan bulan April (selepas perlaksanaan modul). Analisis data ujian menunjukkan terdapat peningkatan bilangan pelajar yang lulus berbanding ujian sebelumnya. Ini membuktikan pentingnya satu modul khusus untuk para guru meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris secara optimum. ABSTRACT The Easy English package is an alternative to solve the problem of English proficiency. It has been establish by Prof. A.C. Gimson, a lecturer in phonetic department of College University in London. This module is used especially to the English Teaching in Science and Mathematics (ETeMS) teachers who are having problem in instructional and learning of Mathematics in English by improving their English proficiency. This module consists of eight CDs and four manual books, spoken exercises, written exercises and text book. The efficiency of this module is evaluated by using monthly test done to the class taught by the teacher. Pre-test and post-test have been done in February and April. The result of the tests shows the increase of number of the students pass the post-test compare to the pre-test. This result shows the important of the module design especially to improve and increase the English proficiency among teachers. KATA PENTING : ETeMS, Penguasaan Bahasa Inggeris, pakej ‘Easy English’

Page 2: Mengkaji tahap peningkatan kebolehan penguasaan dan ... · PDF filemenggunakan pakej ‘Easy English’ di dalam mata pelajaran Matematik tingkatan 1 ... berdasarkan ujian bulanan

Muka surat 2/12

PENGENALAN Setiap sepuluh tahun, Kementerian Pendidikan akan mengadakan satu penilaian

semula terhadap kurikulum sistem pendidikan di Malaysia bagi memastikan ia sejajar dan relevan dengan perkembangan masa kini. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang dilaksanakan adalah selari dengan perkembangan terkini dalam bidang politik, sosio ekonomi, budaya, sains dan teknologi.

Bermula tahun 2003, Kementerian Pendidikan telah mengubah polisi medium

pengantar pengajaran dan pembelajaran bagi subjek sains dan matematik dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris. Ia sejajar dengan perkembangan bidang tersebut yang menggunakan sepenuhnya Bahasa Inggeris sebagai medium pengantar. Perubahan polisi ini menjadi satu cabaran besar kepada para pendidik yang terlibat yang sebahagian daripadanya mendapat latihan di dalam Bahasa Melayu.

Polisi untuk mengubah medium pembelajaran matematik dan sains dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris adalah satu inovasi yang mempengaruhi pendidik-pendidik di masa kini. Ia merupakan satu cabaran besar bukan sahaja kepada guru-guru yang dilatih di dalam bidang pendidikan sama ada di maktab atau universiti menggunakan medium Bahasa Melayu tetapi juga kepada pendidik yang mempunyai sijil pendidikan berorentasikan Bahasa Inggeris namun sebahagian besar daripada pengalaman mengajar mereka adalah di dalam Bahasa Melayu. Hasil kajian Aziz dan Wahidi (2004) terhadap persepsi guru pelatih terhadap pembelajaran dan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris mendapati bahawa guru pelatih sukar untuk berkomunikasi , menulis dan berbincang dalam Bahasa Inggeris dan sebilangan besar guru pelatih kurang yakin untuk mengajar Sains dalam Bahasa Inggeris. Mereka lebih menggemari proses pengajaran dan pembelajaran di dalam Bahasa Melayu.

Di dalam konteks ini, guru-guru Matematik dan Sains seharusnya meningkatkan kebolehan mereka di dalam penguasaan Bahasa Inggeris bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Tambahan pula segala buku teks, buku rujukan dan perisian pendidikan sekarang sudah sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris. Di samping itu kebolehan guru untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris sudah pasti membantu guru tersebut melakukan proses pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dengan licin dan teratur.

Kementerian Pelajaran telah mengadakan kursus EteMS kepada guru-guru sains dan matematik bagi membantu kelancaran proses pengajran dan pembelajaran. Kursus ETeMS menekankan terhadap pembangunan dan perkembangan bahasa dan ia terpecah kepada tiga bahagian: 1. Language For Accessing Information – Ia bertujuan untuk mengukuhkan

maklumat dalam mendapatkan dan meningkatkan kemahiran terutamanya melalui pembacaan. s

2. Language For Teaching Mathematic and Science – Bahagian ini merupakan komponen terbesar di dalam kursus ETeMS dan ia memfokuskan kemahiran pertuturan dan penulisan serta teknik nahu dan tatabahasa.

Page 3: Mengkaji tahap peningkatan kebolehan penguasaan dan ... · PDF filemenggunakan pakej ‘Easy English’ di dalam mata pelajaran Matematik tingkatan 1 ... berdasarkan ujian bulanan

Muka surat 3/12

3. Language For Professional Exchange – Bahagian ini menekankan terhadap kebolehan dan keyakinan guru-guru untuk berkomunikasi dan berinteraksi

di dalam Bahasa Inggeris. Walaupun sudah diberi pendedahan kepada kursus ETeMS, namun terdapat sebilangan guru yang masih bermasalah untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam Bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, satu pendekatan menggunakan modul berupa pakej ‘Easy English’ diperkenalkan kepada guru-guru tersebut. Modul ‘Easy English’ merupakan satu pakej yang mengandungi teknik pembelajaran Bahasa Inggeris dengan gaya mudah. Ia disediakan dalam bentuk media percetakan dan audio. Sebanyak lapan keping cakera padat, lapan keping kaset dan empat buah buku dibekalkan di dalam pakej ini.Modul ini adalah langkah alternatif dalam membantu guru menguasai Bahasa Inggeris semaksima yang mungkin bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran Matematik dijalankan dengan lancar dan berkesan.

1.0 OBJEKTIF kAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk i. Memperbaiki kelemahan guru di dalam penguasaan Bahasa Inggeris. ii. Menambah keyakinan dan motivasi guru untuk menyampaikan pengajaran dan

pembelajaran di dalam Bahasa Inggeris. iii. Meningkatkan prestasi pelajar di dalam ujian dan peperiksaan.

2.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah di Daerah Kulai. Sampel kajian adalah guru yang telah menjalani kursus ETeMS dan sedang mengajar subjek Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan deskriptif menggunakan soal selidik dan temu bual. Tatacara kajian adalah dengan menentukan cadangan bagaimana kajian penguasaan guru dan kursus ETeMS dijalankan serta menentukan sampel yang benar-benar sesuai (guru yang paling bermasalah).

Terdapat dua aspek yang dikaji di dalam bahagian ini iaitu tahap penguasaan guru di dalam Bahasa Inggeris selepas kursus ETeMS yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dan kebolehan meyampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam Bahasa Inggeris. Maklumat tahap penguasaan guru selepas kursus ETeMS merujuk kepada segala maklumat berkaitan penguasaan guru di dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Inggeris, keyakinan berkomunikasi, berinteraksi dan kemahuan untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris serta kesesuaian modul ETeMS membantu guru meningkatkan kemahiran di dalam Bahasa Inggeris. Maklumat tahap penyampaian merujuk kepada temu bual penyelidik kepada guru ETeMS dan pelajar Tingkatan 1B 2 (terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam Bahasa Inggeris). Rajah 1 dibawah menunjukkan kaedah perlaksanaan reka bentuk kajian ini.

Page 4: Mengkaji tahap peningkatan kebolehan penguasaan dan ... · PDF filemenggunakan pakej ‘Easy English’ di dalam mata pelajaran Matematik tingkatan 1 ... berdasarkan ujian bulanan

Muka surat 4/12

Data berkaitan soal selidik dan temu bual guru terhadap ETeMS dianalisa bagi menentukan sejauh mana pertukaran medium pembelajaran Matematik Moden mempengaruhi tahap kecekapan guru. LANGKAH 1 a) Guru yang paling bermasalah diberikan satu pakej ‘Easy English’. Pakej ini mengandungi 8 keping CD (Volume 1 – Volume 8) dan 4 buah buku iaitu i. Easy English – buku panduan

Mengandungi nota panduan dan perbendaharaan kata. Setiap ayat yang ditulis, diserta sekali penerangan mengenai nahu dan tatabahasa yang digunakan (ayat yang terdapat di dalam nota panduan ini sebenarnya adalah ayat yang terdapat di dalam CD yang dibekalkan). Selain itu beberapa kata kerja dan kata benda juga ada diterangkan. Teknik penggunaannya dalam membina ayat dengan beberapa

Rajah 1

1. Kapasiti guru dalam English Language Skill selepas kursus

5. Sorotan maklumat & penulisan terkini mengenai ETeMS

PENINGKATAN KEBOLEHAN PENGUASAAN DAN PENYAMPAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

GURU ETeMS DI DALAM BAHASA INGGERIS DENGAN MENGGUNAKAN PAKEJ ‘Easy English’ DI DALAM

MATA PELAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 1

2. Bina soal selidik berkaitan ETeMS –edarkan kepada semua guru ETeMS

4. Kumpul maklumat awal : penjadualan, analisis data dari sampel

7. Kenal pasti guru ETeMS yang paling bermasalah – adakan sesi temu bual – kenal pasti punca masalah.

8. Kenal pasti pelajar yang diajar oleh guru bermasalah – adakan sesi temu

bual – kenal pasti punca masalah

6. Tentukan keperluan sumber : guru, masa dan kewangan

3. Cara tinjauan : deskriptif

Pelaksanaan Easy English pada guru bermasalah

16. Laporan

9. Struktur dan pernyataan soalan

Page 5: Mengkaji tahap peningkatan kebolehan penguasaan dan ... · PDF filemenggunakan pakej ‘Easy English’ di dalam mata pelajaran Matematik tingkatan 1 ... berdasarkan ujian bulanan

Muka surat 5/12

contoh yang sesuai diberikan. Satu penerangan khusus mengenai kata kerja, kata benda dan kata ganti, kata sifat dan kata keterangan, masa/waktu dan haribulan

serta abjad di dalam Bahasa Inggeris ada diberikan. Penggunaan masa bagi kata kerja ada ditekankan (present tense, past tense, past participant dan past perfect). Begitu juga dengan bentuk tunggal dan jamak bagi kata benda dan kata ganti (singular, plural, irregular plural, pronouns dan possessive).

ii. Easy English – spoken exercise Terdapat 3 CD di bahagian ini. Setiap CD mengandungi track point dimana sebahagian dari rakaman bermula. Kandungan track point terbahagi kepada tiga bahagian iaitu listen only, listen and repeat dan listen and respond. Penekanan terhadap sebutan dan bunyi diberi perhatian. Teks khusus disediakan oleh sekumpulan pensyarah dari University College.

iii. Easy English – written exercise Mengandungi set ujian bertulis. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu multiple choices dan comprehension. Semua teks soalan adalah berdasarkan kepada 8 keping CD yang dibekalkan.

iv. Easy English – text book Mengandungi teks perbualan yang terdapat di dalam 8 keping CD yang dibekalkan. Penekanan terhadap struktur ayat dan ejaan diberi perhatian yang tinggi.

Pakej ‘Easy English’ ini adalah di bawah penerbitan University College, London dan diketuai oleh Professor A.C Gimson, B.A (pensyarah di bahagian phonetics). Terdapat 11 orang tenaga / krew yang terlibat di dalam pembikinan pakej ini. Tujuan utama pembinaan pakej ini adalah untuk membantu mereka yang tidak tahu langsung bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Ia menekankan penggunaan nahu dan tata bahasa yang betul di dalam pertuturan. Sebutan, nahu dan tatabahasa serta ejaan adalah setaraf dengan British English. b) Guru dibekalkan dengan ‘Teacher Script Book’ yang mengandungi panduan mengajar menggunakan Bahasa Inggeris. Beberapa contoh panduan mengajar Matematik menggunakan Bahasa Inggeris diberikan di dalam buku panduan ini. Selain daripada itu, guru juga dibekalkan dengan buku istilah Matematik dan juga kamus Bahasa Inggeris. LANGKAH 2 Guru yang terlibat dengan kajian ini akan menggunakan pakej ‘Easy English’ selama satu bulan (atau kurang). Pemantauan dilakukan oleh pengkaji dan Ketua Panatia Matematik. Guru yang terlibat akan cuba bertutur di dalam Bahasa Inggeris dengan rakan sejawat, Ketua Panatia dan pelajar-pelajar. Bantuan pertuturan yang betul, nahu dan tata bahasa yang tepat diterima dari guru Bahasa Inggeris. Guru yang terlibat dengan pakej ini akan mengaplikasi teknik pertuturan di dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik kelas 1B2. Pembinaan ayat pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada ‘Teachers’ Script Book’ dan kamus yang dibekalkan. LANGKAH 3 Selepas genap satu bulan penggunaan dan pelaksanaan pakej ‘Easy English’, guru tersebut diuji secara lisan oleh seorang guru Bahasa Inggeris. Soalan yang diberikan

Page 6: Mengkaji tahap peningkatan kebolehan penguasaan dan ... · PDF filemenggunakan pakej ‘Easy English’ di dalam mata pelajaran Matematik tingkatan 1 ... berdasarkan ujian bulanan

Muka surat 6/12

adalah setara dengan tahap peperiksaan MUET-Speaking (banyak memberi penekanan terhadap kebolehan bertutur dengan struktur ayat dengan nahu dan tata

bahasa yang betul). Soalan-soalan yang diberikan oleh guru Bahasa Inggeris menjurus kepada isi kandungan Matematik dengan penekanan kepada istilah Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Hasil dari ujian lisan menunjukkan bahawa guru tersebut mempunyai peningkatan di dalam penguasaan pertuturan Bahasa Inggeris (di dalam langkah ini, jika pencapaian guru tersebut di dalam Bahasa Inggeris kurang memuaskan, tempoh pembelajaran menggunakan pakej ‘Easy English’ akan dipanjangkan kepada dua bulan). LANGKAH 4 Satu ujian bertulis akan diberikan kepada pelajar (bulan April). Ujian merangkumi topik Whole Number, Number Patterns And Sequence dan Fraction.

Page 7: Mengkaji tahap peningkatan kebolehan penguasaan dan ... · PDF filemenggunakan pakej ‘Easy English’ di dalam mata pelajaran Matematik tingkatan 1 ... berdasarkan ujian bulanan

Muka surat 7/12

PERANCANGAN TINDAKAN Carta aliran perancangan tindakan adalah seperti di Rajah 2.

tidak

ya

Guru menggunakan pakej ini selama 1 bulan

Pakej diaplikasi di dalam P&P

Ujian lisan BI (guru) – dipantau oleh guru BI

Lulus ujian lisan

Ujian Math Bulan April (pelajar)

Lulus ujian Math Guru merujuk kepada guru BI – sruktur soalan

Penggunaan pakej diteruskan

Rajah 2

Pelaksanaan Easy English pada guru bermasalah

Page 8: Mengkaji tahap peningkatan kebolehan penguasaan dan ... · PDF filemenggunakan pakej ‘Easy English’ di dalam mata pelajaran Matematik tingkatan 1 ... berdasarkan ujian bulanan

Muka surat 8/12

3.0 Dapatan Kajian 3.1 Sebelum penggunaan pakej

a) Hasil dapatan soal selidik Peratus keyakinan guru-guru ETeMSNo

. Item 1 % 2 % 3 % 4 % 5 %

1. Saya mampu membaca bahan di dalam Bahasa Inggeris dengan baik 1 1

0 2 20 1 1

0 3 30 3 30

2. Saya mampu bertutur di dalam Bahasa Inggeris dengan baik 1 1

0 1 10 3 3

0 3 30 2 20

3. Saya mampu menulis di dalam Bahasa Inggeris dengan baik 1 1

0 1 10 1 1

0 6 60 1 10

4. Saya mampu memahami bahan dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris dengan baik

1 10 0 0 1 1

0 5 50 3 30

5. Saya mampu menyampaikan bahan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris

1 10 0 0 1 1

0 7 70 1 10

6. Pelajar dapat memahami pengajaran Sains dan Matematik yang saya sampaikan dengan baik 1 1

0 2 20 2 2

0 4 40 1 10

7. Saya mampu bertutur dengan rakan sejawat di dalam Bahasa Inggeris dengan baik 1 1

0 1 10 2 2

0 5 50 1 10

8. Pelajar yakin saya boleh mengajar di dalam Bahasa Inggeris dengan baik 1 1

0 1 10 2 2

0 5 50 1 10

9. Pelajar mampu menjawab soalan-soalan di dalam Bahasa Inggeris selepas sesi pembejalaran dengan baik

1 10 2 2

0 1 10 6 6

0 0 0

10. Saya mampu bertutur dengan pentadbir di dalam Bahasa Inggeris dengan baik 1 1

0 1 10 3 3

0 4 40 1 10

11. Saya mampu menjawab pertanyaan rakan sejawat di dalam Bahasa Inggeris dengan baik 1 1

0 1 10 3 3

0 5 50 1 10

12. Saya mampu menjawab pertanyaan pentadbir di dalam Bahasa Inggeris dengan baik 1 1

0 2 20 2 2

0 5 50 0 0

13. Saya mampu menjawab pertanyaan pelajar di dalam Bahasa Inggeris dengan baik 1 1

0 2 20 2 2

0 4 40 1 10

14.

Saya merujuk kepada modul kursus bagi memperbaiki kebolehan saya bertutur di dalam Bahasa Inggeris semasa pengajaran dan pembelajaran.

1 10 0 0 1 1

0 5 50 3 30

15. Modul yang diberikan di dalam kursus sangat membantu saya mengajar Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris

1 10 0 0 2 2

0 4 40 3 30

Modul ETeMS di bawah sangat membantu saya mengukuhkan pertuturan dan penyampaian di dalam Bahasa Inggeris semasa pengajaran dan pembelajaran a) Icebreaking 1 1 1 1 3 3 3 3 2 20b) Change management 1 1 1 1 2 2 4 4 2 20c) Trying it out 1 1 1 1 2 2 4 4 2 20d) Simulation 1 1 1 1 1 1 5 5 2 20e) Reading circles 1 1 1 1 1 1 4 4 3 30f) Countdown 1 1 1 1 2 2 4 4 2 20

16

g) Scripting 1 10 1 1

0 2 20 4 4

0 2 20

Page 9: Mengkaji tahap peningkatan kebolehan penguasaan dan ... · PDF filemenggunakan pakej ‘Easy English’ di dalam mata pelajaran Matematik tingkatan 1 ... berdasarkan ujian bulanan

Muka surat 9/12

17. Jika diberi peluang, saya ingin mengikuti kursus ETeMS sekali lagi 1 1

0 0 0 4 40 4 4

0 1 10

Purata Jumlah 10 1

0

19.13

44.78

16.52

Hasil soal selidik mendapati 61.3% berpendapat kursus ETeMS yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan sangat membantu guru mengajar dengan baik di dalam Bahasa Inggeris. Namun begitu terdapat sebilangan guru (10%) merasakan kursus ini tidak dapat langsung membantu penguasaan mereka di dalam Bahasa Inggeris dan yang agak memeranjatkan ialah hampir 20% guru-guru yang terlibat dengan kursus ETeMS ini tidak pasti apa sebenarnya yang boleh mereka perolehi daripada kursus yang diikuti (boleh dikatakan 38.7% tidak memperolehi apa-apa faedah dari kursus ETeMS yang diberikan).

b) Hasil temubual dengan guru

Pendapat guru-guru yang terlibat dengan ETeMS ialah 1.Sangat sukar untuk bertutur di dalam Bahasa Inggeris kerana sudah terlalu

lama di dalam medium Bahasa melayu. 2.Tidak pasti sama ada objektif pembelajaran tercapai atau tidak. 3.Sukar untuk menerangkan konsep matematik di dalam Bahasa Inggeris. 4.Guru tidak dapat menjawab soalan pelajar dengan baik di dalam Bahasa

Inggeris. 5.Sukar untuk mengendalikan ‘course ware’ ( di dalam Bahasa Inggeris)

yang dibekalkan oleh kementerian.

c) Hasil temubual dengan pelajar Pendapat pelajar-pelajar yang terlibat dengan ETeMS ialah 1. Tidak memahami laras bahasa penyampaian guru yang mengajar. 2. Guru sukar menjawab persoalan yang diberikan oleh pelajar di dalam

Bahasa Inggeris dengan baik. 3. Guru kelihatan gugup dan tidak yakin bertutur di dalam Bahasa Inggeris

semasa pengajaran dan pembelajaran. 4. Guru asyik melihat teks ucapan semasa mengajar. 5. Guru kurang cekap menggunakan ‘course ware’ Matematik (dibekalkan

oleh kementerian).

d) Keputusan ujian matematik Bulan Febuari bagi pelajar terlibat

Gred Bil pelajar Peratus A 0 0 B 3 8.57 C 6 17.14 D 10 28.57 E 16 45.71

% Lulus 54.29

Page 10: Mengkaji tahap peningkatan kebolehan penguasaan dan ... · PDF filemenggunakan pakej ‘Easy English’ di dalam mata pelajaran Matematik tingkatan 1 ... berdasarkan ujian bulanan

Muka surat 10/12

3.2 Selepas penggunaan modul/pakej a) Hasil temubual dengan guru

Pendapat guru-guru selepas penggunaan pakej ialah 1. Lebih yakin untuk bertutur dan mengajar di dalam Bahasa Inggeris. 2. Lebih mudah menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pelajar. 3. Lebih mudah mengendalikan ‘courseware’ ( di dalam Bahasa Inggeris)

yang dibekalkan oleh kementerian. 4. Yakin bahawa objektif pembelajaran tercapai berdasarkan keputusan

ujian dan respon dari pelajar. 5. Lebih mudah untuk menerangkan konsep matematik di dalam Bahasa

Inggeris.

b) Hasil temubual dengan pelajar Pendapat pelajar-pelajar selepas guru menggunakan pakej ini 1. Lebih mudah memahami laras bahasa penyampaian guru yang mengajar

(bahasa yang digunakan guru lebih mudah dan ringkas). 2. Guru lebih mudah menjawab persoalan yang diberikan oleh pelajar di

dalam Bahasa Inggeris dengan baik. 3. Guru kelihatan lebih yakin bertutur di dalam Bahasa Inggeris semasa

pengajaran dan pembelajaran. 4. Guru tidak lagi asyik melihat teks ucapan semasa mengajar. 5. Guru lebih cekap menggunakan ‘course ware’ Matematik (dibekalkan

oleh kementerian).

c) Perbandingan keputusan ujian matematik Bulan Febuari dan Bulan April bagi pelajar terlibat

Bulan Febuari Bulan April Gred Bil pelajar Peratus Bil pelajar Peratus A 0 0 0 0 B 3 8.57 18 51.43 C 6 17.14 10 28.57 D 10 28.57 3 8.57 E 16 45.71 4 11.23 % Lulus 54.29 88.77

4.0 PENILAIAN DAN REFLEKSI

Ujian bulan April menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian pelajar di dalam subjek Matematik biar pun medium pengantara dikekalkan di dalam Bahasa Inggeris. Peningkatan peratus kelulusan bagi bulan April bertambah sebanyak 34.48% berbanding bulan Febuari dengan bilangan yang mendapat B meningkat (51.43%). Bagi pelajar yang gagal pula, jumlahnya telah menurun menjadi 11.23% sahaja berbanding 45.71% di bulan Febuari. Analisis temu bual dengan pelajar menunjukkan bahawa pelajar tidak memahami apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh guru. Ini membuktikan terdapat masalah di dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik bermedium English. Pelajar melihat guru kurang berkeyakinan semasa menyampaikan pengajaran (ayat guru terputus-putus, penggunaan Bahasa Inggeris yang tidak lancar dan gugup). Situasi ini menimbulkan rasa bosan dan mengantuk di kalangan pelajar.

Page 11: Mengkaji tahap peningkatan kebolehan penguasaan dan ... · PDF filemenggunakan pakej ‘Easy English’ di dalam mata pelajaran Matematik tingkatan 1 ... berdasarkan ujian bulanan

Muka surat 11/12

Analisis temu bual dengan guru pula menunjukkan bahawa terdapat

masalah di dalam penyampaian pangajaran dan pembelajaran Matematik bermedium Bahasa Inggeris meski pun guru tersebut telah di berikan kursus Bahasa Inggeris melalui program ETeMS. Soal selidik menunjukkan 38% tidak berpuas hati dengan isi kandungan kursus ETeMS yang diberikan. Salah satu faktor yang menyebabkan kewujudan masalah ini adalah andaian awal kepada guru-guru yang terlibat dengan kursus ETeMS bahawa mereka telah mempunyai tahap asas pengetahuan Bahasa Inggeris yang diterima di sekolah dan universiti sedangkan tidak semua guru yang terlibat mampu bertutur di dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Guru di dapati masih bermasalah di dalam pertuturan harian (daily sentence) dan penggunaan nahu serta tata bahasa yang betul. Kelemahan yang dihadapi oleh guru ini telah mengurangkan keyakinan untuk mengajar subjek ini biar pun mereka menguasai segala konsep dan aplikasi dengan baik.

Kesediaan belajar adalah faktor terpenting yang mendorong pelajar kearah menjalankan aktiviti pembelajaran dengan mudah, seronok dan berkesan. Seseorang guru pula harus memahami dan menggunakan kesediaan belajar murid-muridnya untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan sepadan dengan kebolehan muridnya. Namun begitu, jika seorang guru itu tidak mampu bertutur di dalam Bahasa Inggeris dengan lancar dan sempurna sudah pasti set induksi yang merupakan fasa pertama (amat penting) pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang menarik dan hambar. Natijahnya, minat dan kesungguhan seseorang pelajar menurun sekaligus menghilangkan tumpuan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Ini turut menyukarkan guru di dalam proses kawalan kelas kerana kurang tumpuan dan kerjasama dari pelajar. Oleh itu, amat wajar masalah komunikasi ini diselesaikan terlebih dahulu agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalan dengan lancar dan berkesan.

Pelaksanaan ‘Easy English’ di dapati memberi impak yang positif kepada guru-guru yang terlibat. Ini sekali gus meningkatkan motivasi dan keyakinan guru untuk terus mengajar Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Sejajar dengan Model Pengajaran Sim yang menitik beratkan interaksi diantara guru dan murid, peningkatan motivasi dan keyakinan guru mampu menimbulkan minat dan tumpuan di dalam bilik darjah.

5.0 CADANGAN DAN PENUTUP

Pelaksanaan modul ‘Easy English’ kepada guru-guru ETeMS yang bermasalah hendaklah dijalan secara berterusan agar penguasaan yang optimum dapat diperolehi. Bukan itu sahaja, modul ini juga diharap dapat diperkembangkan kepada guru-guru bukan ETeMS agar bilangan guru mampu menguasai Bahasa Inggeris meningkat. Selain itu, pelajar-pelajar yang lemah di dalam Bahasa Inggeris juga wajar diberikan modul ini agar penguasaan Bahasa Inggeris mereka meningkat sekali gus meningkatkan dan melancarkan interaksi dua hala di dalam dan di luar bilik darjah. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris bagi guru-guru ETeMS yang menghadapi masalah komunikasi dapat dipertingkatkan melalui penggunaan modul ‘Easy English’. Begitu juga dengan keyakinan guru untuk bercakap dan berinteraksi dengan para pelajar di dalam kelas. Namun begitu kejayaan yang dicapai turut

Page 12: Mengkaji tahap peningkatan kebolehan penguasaan dan ... · PDF filemenggunakan pakej ‘Easy English’ di dalam mata pelajaran Matematik tingkatan 1 ... berdasarkan ujian bulanan

Muka surat 12/12

melibatkan beberapa faktor penting seperti kesungguhan guru mengikuti modul ‘Easy English’ yang diberikan dan keberanian untuk berinteraksi di medan awam

apatah lagi jika pihak atasan memberi sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bagi kepada guru-guru ETeMS yang bermasalah.

BIBLIOGRAFI

1. Aziz Nordin dan Wahidi Rosni (2004). Pandangan guru pelatih terhadap pembelajaran dan pengajaran sains dalam bahasa inggeris. Buletin Persatuan Sains dan Matematik Johor. 13(1) , m.s 64

2. Syed Arabi Idid (2002). Kaedah Penyelidikan Komunikasi Dan Sains Sosial. Hulu Kelang, Selangor : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Ahmad Mahdzan Ayob (1985). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Mok Soon Sang (2002). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus perguruan Lepasan Ijazah). Kuala Lumpur : Percetakan Seasons Sdn. Bhd.

5. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. Pedagogi Untuk Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Percetakan Sentosa (KL) Sdn. Bhd.

6. Shahabudin Hashim, Dr. Rohizizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. Pedagogi : Strategi Dan Teknik Dan Mengajar Dengan Berkesan. Shah Alam, Selangor : Malindo Printers Sdn. Bhd.

7. http://www.moe.com.my. EteMS. 8. http://edugreen.teri.res.in/misc/poem.htm.p. Boukling, K.E The World is Finite

and The Web Of Life in Module 3 TLI PRI.