6-kecerdasan dan kebolehan mental

65
Puan Siti Azura Bahadin Jabatan Psikologi Dan Kaunseling Fakulti Pembangunan Sosial Dan Manusia Universiti Utara Malaysia

Upload: denixng

Post on 14-Jun-2015

1.945 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

Puan Siti Azura BahadinJabatan Psikologi Dan Kaunseling

Fakulti Pembangunan Sosial Dan ManusiaUniversiti Utara Malaysia

Page 2: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

KECERDASAN

1. Darjah Kecerdasan (DK), atau Intelligent Quotient (IQ) dipercayai mampu mempengaruhi keupayaan individu dalam mempelajari sesuatu.

2. Perbezaan darjah kecerdasan antara dua individu telah dikenal pasti ada kaitannya dengan tahap kemampuan , kebolehan dan keupayaan.

3. Individu yang mempunyai DK yang tinggi dipercayai lebih mudah memahami sesuatu pembelajaran daripada individu yang mempunyai DK yang rendah.

Page 3: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

3. Menurut Zimbardo (2000), perkembangan urat saraf dan otak mempunyai kaitan yang sangat rapat dalam proses kognitif. Oleh itu, keupayaan proses kognitif bergantung kepada darjah kecerdasan (DK) yang dimiliki oleh seseorang individu itu.

4. Orang yang berotak cerdas akan menggunakan rangsangan dengan lebih berkesan, dapat mengurus maklumat yang diterima untuk membina konsep, dan mampu menyelesaikan masalah dengan lebih cepat, berbanding dengan orang yang kurang cerdas.

Page 4: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

DEFINISI “KECERDASAN”

1. Menurut Kamus Dewan (2003), kecerdasan boleh diertikan sebagai “kesempurnaan akal seperti kepandaian, kepintaran

dan kecerdikan”.

2. Menurut David Wechsler (1975), kecerdasan adalah “kebolehan seseorang individu memahami alam persekitarannya, dirinya dan kepakarannya yang boleh membantunya menghadapi cabaran hidup”.

Page 5: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

3. Alfred Binet (1905) menyatakan bahawa kecerdasan bermaksud “kesanggupan yang membolehkan seseorang itu menyesuaikan diri dan kebolehan dalam memberikan pertimbangan yang kritikal terhadap diri sendiri”.

4. Faktor utama kecerdasan ialah “kebolehan dan keupayaan untuk membuat pentaakulan, pemahaman, dan penilaian terhadap sesuatu situasi dan keadaan yang dihadapi” (Coon, 2003).

5. Galton (1869), Catell (1890) dan Hall (1924) bersetuju bahawa “Kecerdasan adalah diwarisi daripada genetik. Anak yang pandai disebabkan gen ibu bapa pandai”.

Page 6: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

TEORI KECERDASAN

Beberapa ahli psikologi telah berusaha mengkaji tentang kecerdasan.

Hasil daripada kajian dan dapatan mereka, beberapa Teori Kecerdasan (dalam bentuk model) telah berjaya diwujudkan.

Page 7: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

1. MODEL KECERDASAN DWI-FAKTOR SPEARMAN

1.1. Menurut Spearman (1927), kecerdasan mengandungi sifat kebolehan am (atau faktor G) dan sifat kebolehan khas (atau faktor S).

1.2. Faktor yang menjadi asas kepada semua fungsi kecerdasan ialah pengaruh faktor G.

1.3. Oleh sebab manusia mempunyai berbagai-bagai kebolehan, kebolehan ini sebenarnya disebabkan oleh faktor S, iaitu kebolehan khas.

1.4. Sifat kecerdasan dalam model Spearman terdiri daripada dua faktor :-

(a) Faktor umum G adalah asas bagi perlakuan mental seperti berjalan,

(b) Faktor khusus S menjelaskan bahawa fungsi mental yang berfokus kepada sesuatu bidang seperti

matematik.

Page 8: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

1.5. Spearman membahagikan faktor G kepada tiga komponen :-

(a) Pendidikan berhubung dengan sesuatu aspek.

(b) Prinsip kualitatif berhubung dengan kognitif.

(c) Perolehan daripada pendidikan, pengalaman dan hubungan manusia dengan alam sekitar.

Page 9: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

2. MODEL HIERARKI KUMPULAN - FAKTOR VERNON

2.1. Berasaskan model Spearman, Burt dan Vernon telah mencipta model kecerdasan yang menyusun faktor S dan faktor G dalam hierarki.

2.2. Mereka membahagikan faktor G kepada dua (2) bahagian utama, iaitu :-

(a) Bahagian Verbal (ada kaitannya dengan penguasaan bahasa),

(b) Bahagian Bukan Verbal (ada kaitannya dengan penguasaan matematik dan psikomotor).

Page 10: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

3. MODEL KUMPULAN FAKTOR

3.1. Thurstone (1935) membahagikan kecerdasan kepada beberapa kebolehan mental asas.

3.2. Ertinya satu kebolehan, atau kemahiran, yang melibatkan gabungan berbagai-bagai kebolehan mental.

3.3. Dengan menggunakan teknik analisis faktor, Thurstone mendapati bahawa kecerdasan boleh terdapat dalam banyak bentuk, selain S dan G.

Page 11: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

3.4. Thurstone mencadangkan bahawa kecerdasan adalah terdiri daripada tujuh (7) kebolehan mental yang asas iaitu :-

(a) pentaakulan,

(b) ketepatan persepsi,

(c) memori,

(d) ruang,

(e) nombor,

(f) kelancaran perkataan, dan

(g) pertuturan.

Page 12: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

4. MODEL STRUKTUR-INTELEK GUILDFORD

4.1. Menurut Guildford (1959), beliau telah mencadangkan satu model tiga (3) dimensi iaitu :-

(a) Dimensi Operasi

(b) Dimensi Kandungan

(c) Dimensi Hasil

Page 13: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

4.2. Guildford berpendapat :

(a) Kecerdasan merupakan beberapa faktor yang bergantung dalam satu kesatuan.

(b) Satu-satu faktor itu memiliki kebolehan yang unik.

(c) Gabungan itu dinamakan “4 x 5 x 6 factor”.

Page 14: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

4.3. Gabungan ketiga-tiga dimensi ini menjadikan kecerdasan adalah terdiri daripada 120 ‘kebolehan intelek’.

Page 15: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

(a) Dimensi Operasi

Ia mengandungi 5 aspek iaitu :-

(i) Ingatan,

(ii) Kebolehan kognitif,

(iii) Penghasilan bercapah,

(iv) Penghasilan berfungsi, dan

(v) Penilaian.

Page 16: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

(b) Dimensi Kandungan

Dimensi ini pula terdiri daripada 4 aspek, iaitu :-

(i) Kandungan angka,

(ii) Lambang,

(iii) Makna, dan

(iv) Tingkahlaku.

Page 17: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

(c) Dimensi Hasil

Ia terdiri daripada 6 aspek, iaitu :-

(i) Maklumat unit,

(ii) Kelas pertalian,

(iii) Implikasi,

(iv) Transformasi, dan

(v) Sistem.

Page 18: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

5. TEORI KECERDASAN BEKU (Crystallized) dan BENDALIR (Fluid)

5.1. Cattel (1963) telah membahagikan faktor G kepada :-

(a) crystallized (beku), dan

(b) fluid (cecair).

5.2. Kecerdasan yang berbentuk cecair (fluid) adalah kecerdasan yang diwarisi dan bersifat sejagat, dan tidak dipengaruhi oleh faktor budaya, pengalaman ataupun pendidikan.

Page 19: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

5.3. Kecerdasan berbentuk beku (crystallized) adalah kecerdasan yang dipengaruhi oleh faktor

kebudayaan, pengalaman dan pendidikan.

5.4. Persekitaran dianggap penting dalam pembentukan kecerdasan individu.

Page 20: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

6. TEORI TIGA (3) JENIS PEMPROSESAN MAKLUMAT STERNBERG

6.1. Sternberg (1958) mencipta teori kecerdasan mental berpandukan kepada “cara manusia memproses maklumat yang diperolehi”. Kebanyakan ahli

psikologi kognitif bersetuju dengan teori ini.

6.2. Teori Sternberg terbahagi kepada 3 bahagian :-

(a) Kecerdasan Komponen

(b) Kecerdasan Kontekstual

(c) Kecerdasan Eksperiental

Page 21: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

6.3. Kecerdasan Komponen

Ia melibatkan mekanisme mental.

Mekanisme mental digunakan oleh manusia untuk merancang dan

melaksanakan tugasan.

Komponen ini berbentuk kebolehan verbal dan penaakulan secara

deduktif.

Page 22: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

6.4. Kecerdasan Kontekstual

Ia wujud dalam tiga (3) keadaan :-

(a) Adaptasi, iaitu mampu menyesuaikan seuatu perkara dalam masyarakat.

(b) Pemilihan, iaitu mampu memilih ruang yang tepat dalam persekitaran.

(c) Pembentukan, iaitu membentuk sesuatu dengan keperluan kehidupan

harian.

Page 23: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

6.5. Kecerdasan Eksperiental

Ia melibatkan cara individu bertidakbalas dengan situasi.

Page 24: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

7. TEORI KECERDASAN NEUROPSIKOLOGIKAL

7.1. Howard Gardner (1983) pula mencadangkan bahawa penekanan kepada faktor G dan S dalam memahami kecerdasan adalah terlalu sempit dan kurang tepat. Beliau meragui kebenaran ukuran darjah kecerdasan daripada teori itu.

Page 25: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

7.2. Beliau telah mencadangkan konsep kecerdasan pelbagai atau Multiple Intelligence yang

mengkelaskan kecerdasan kepada tujuh (7) jenis :-

(a) Linguistik,

(b) Logikal-Matematik,

(c) Spatial (teknikal),

(d) Bodily Keinestetic,

(e) Muzik,

(f) Interpersonal, dan

(g) Intrapersonal.

Page 26: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

PENGUKURAN KECERDASAN

1. Pengukuran kecerdasan sering digunakan untuk membuat diagnosis, pemilihan

kerjaya dan penempatan.

Page 27: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

2. Umumnya pengukuran kecerdasan adalah rumit dan sukar kerana ia melibatkan penggabungan dalam ketiga-tiga aspek tingkahlaku iaitu (a) kecerdasan sosial, (b) kecerdasan konkrit, dan (c) kecerdasan abstrak (Zimbardo,2000).

3. Disebabkan kesukaran itu, maka ujian kecerdasan cuma boleh ditadbir oleh mereka yang mempunyai latihan, kelayakan dan kemahiran khusus.

Page 28: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

4. Pembentukan ujian kecerdasan melibatkan proses yang rumit , sukar dan memakan masa yang lama, terutamanya apabila hendak membentuk soalan-soalan.

4.1. Soalan-soalan yang hendak disediakan perlulah sesuai terutama dari segi umur dan budaya.

4.2. Selain itu, soalan-soalan perlu disusun dari peringkat mudah kepada susah.

4.3. Untuk kanak-kanak pada usia permulaan, soalan yang diberi adalah mudah, berbanding dengan kanak-kanak yang hampir kepada usia remaja.

Page 29: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

5. Ujian untuk mengukur kecerdasan umumnya boleh dibahagi kepada 2 jenis iaitu:-

(a) Ujian Tadbir Individu, dan

(b) Ujian Tadbir Sendiri Secara Berkumpulan

Page 30: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

5.1. Ujian Tadbir Individu

Antaranya ialah :

(a) Wechsler Adult Intelligence Scale (WAIS),

(b) Wechsler Intelligent Scale for Children (WISC), dan

(c) Stanford-Binet Intelligence Scale.

Ujian kecerdasan ini berkos agak tinggi untuk dikendalikan dan lambat serta cuma boleh ditadbir oleh ahli psikometrik yang diiktiraf.

Page 31: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

6.1. Ujian Tadbir Sendiri Secara Berkumpulan

(i) Biasanya lebih cepat dikendalikan dan tidak semestinya dikendalikan oleh pakar serta kosnya lebih murah berbanding Ujian Tadbir Individu.

(ii) Antaranya ialah :-

(a) California Mental Maturity Test (CMMT), dan

(b) Otis-Lennon Mental Ability Test.

(iii) Walau bagaimanapun wujud kontroversi dalam ujian ini dari segi kebolehpercayaan dan kesahannya

berbanding dengan ujian tadbir secara individu (Zimbardo,2000).

Page 32: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

7. Darjah Kecerdasan (IQ)

Darjah Kecerdasan (IQ) adalah suatu “Indeks Kecerdasan” yang didefinisikan sebagai Umur Akal (Mental Age) dibahagi dengan Umur

Kronologi (Chronological Age) dan didharabkan dengan 100.

Page 33: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

8. Pengiraan Darjah Kecerdasan (IQ)

(i) Umur Kronologi (UK)

Bagi mendapatkan nilai Darjah Kecerdasan (DK) seseorang, Umur Kronologi (UK)

(Chronological Age [CA]), atau umur fizikal, individu perlu diketahui terlebih dahulu.

Page 34: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

(ii) Umur Akal (UA)

Umur Akal (UA) (Mental Age [MA]) diperolehi setelah individu menjalani ujian kecerdasan berdasarkan jumlah jawapan yang betul daripada soalan untuk satu-satu peringkat umur.

Page 35: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

Formula Pengiraan Darjah Kecerdasan (DK)

Menurut Lewis Terman (1916), nilai DK dikira mengikut formula ini :

UA / UK x 100 = DK

Contoh:

(i) Siti berusia 10 tahun. Umur Akalnya ialah 12. Jadi, DK Siti ialah :

12 / 10 x 100 = 120 (DK)

(ii) Aini pula berusia 12 tahun. Umur Akalnya juga 12. Maka DK Aini ialah :

12 / 12 x 100 = 100 (DK)

Page 36: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

Kesimpulannya

(i) DK telah menunjukkan bahawa Siti (10 tahun) lebih bijak jika dibandingkan dengan Aini (12 tahun), walaupun

kemahiran kecerdasan mereka adalah lebih kurang sama.

(ii) DK seseorang individu itu adalah 100 apabila UA dan UK individu tadi adalah sama. Oleh itu, skor DK 100 adalah

didefinisikan sebagai “Kecerdasan Sederhana”.

Page 37: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

9. Purata DK Manusia

Daripada banyak kajian yang dilakukan oleh ahli psikometrik, purata DK manusia ialah 100 dengan sisihan piawai (standard deviation) 15.

Page 38: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

10. Klasifikasi Kecerdasan Manusia

Merujuk kepada David Wechsler (1958), kecerdasan manusia dapat dikelaskan kepada empat (4) golongan :-

(a) Profoundly Mentally Retarded

(b) Moderately Mentally Retarded

(c) Borderline Mentally Retarded

(d) Gifted

Page 39: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

10.1. Profoundly Mentally Retarded

(a) Masalah terencat akal berlaku kepada orang yang mempunyai DK 35 dan ke bawah.

(b) Mereka yang mengalaminya terlalu bergantung kepada orang lain.

(c) Dipercayai bahawa seorang daripada 1000 manusia akan menjadi terencat akal.

Page 40: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

10.2. Moderately Mentally Retarded

(a) Individu yang memiliki DK 35-50 boleh dibantu untuk meningkatkan kecerdasan mentalnya.

(b) Dipercayai bahawa 3 daripada 1000 orang mengalami tahap sedemikian.

Page 41: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

10.3. Borderline Mentally Retarded

(a) Individu yang mempunyai DK 50-70 boleh diajar dengan latihan khusus dan boleh

berdikari.

(b) Mereka ini digolongkan sebagai individu yang memiliki mental tahap sederhana.

Page 42: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

10.4. Gifted

(a) Manusia yang memiliki DK 140 dan ke atas digolongkan sebagai manusia yang memiliki kecerdasan mental yang istimewa.

Page 43: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

11. PENENTUAN KECERDASAN

• Galton (1869), Catell (1890) dan Hall (1924) bersetuju bahawa penentu kecerdasan adalah diwarisi daripada genetik.

• Namun kemudian, Cattel (1963) mengakui bahawa penentu kecerdasan juga adalah berkaitan dengan faktor persekitaran seperti budaya masyarakat.

Page 44: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

12. PENDEKTAN-PENDEKATAN TEORI KECERDASAN

Sebenarnya, ahli-ahli psikologi memberikan kenyataan yang tersendiri mengenai penentu kecerdasan ini dan kenyataan tersebut dapat diketahui melalui pendekatan teori kecerdasan antaranya seperti berikut :-

(a)Pendekatan Behaviorisme

(b)Pendekatan Psikobiologi

(c) Pendekatan Kognitif

Page 45: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

12.1. PENDEKATAN BEHAVIORISME

(a) Menurut John B. Watson (1924), tahap kecerdasan manusia boleh dipertingkatkan, atau dikurangkan, dengan cara memanipulasi alam sekitar, tetapi tidak melibatkan unsur- unsur biologi yang terdapat dalam tubuh manusia.

Page 46: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

(b) Pakar-pakar behaviorisme percaya bahawa jika seseorang anak diasuh dengan

rangsangan “kecerdasan”, maka anak berkenaan akan menjadi cerdas kelak (Mahmood Nazar Mohamed,1990).

Page 47: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

(c) Dalam pendekatan ini, faktor pemakanan dan kesihatan adalah penting. Anak-anak yang kurang mendapat zat makanan yang secukupnya akan menyebabkan

pertumbuhan mentalnya terbantut.

Page 48: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

(d) Selain itu, beberapa ciri persekitaran yang positif, seperti suasana tempat tinggal,

sosioekonomi dan hubungan sosial, dapat merangsang perkembangan mental kanak-kanak.

Page 49: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

12.2. PEDEKATAN PSIKOBIOLOGI

(a) Pakar-pakar psikobiologi pula percaya bahawa penentu kecerdasan sangat berkait dengan baka, atau genetik (Mahmood Nazar Mohamed,1990).

Seorang anak akan menjadi cerdas jika ibu bapanya cerdas.

Page 50: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

(b) Pakar-pakar psikobiologi menjalankan penyelidikan ke atas adik-beradik dan adik-beradik kembar, dari satu (1) pasangan ibu bapa dan beberapa

variasi pasangan-pasangan lain.

Page 51: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

(c) Mereka mendapati bahawa memang wujud pengaruh genetik terhadap kecerdasan individu, tetapi menurut mereka, faktor persekitaran juga memberi sumbangan terhadap kecerdasan manusia.

Page 52: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

12.3. PENDEKATAN KOGNITIF

(a) Menurut Sternberg (1958), penentu kecerdasan berpandukan kepada cara manusia memproses maklumat yang diperolehi. Kebanyakan ahli psikologi kognitif bersetuju dengan teori yang dikemukakan beliau iaitu Teori Triartrik Sternberg.

Page 53: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

(b)Teori Triartrik Sternberg

Teori ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian, iaitu

(i) Kecerdasan Komponen,

(ii) Kecerdasan kontekstual, dan

(iii) Kecerdasan Eksperiential.

Page 54: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

(i) Kecerdasan Komponen

Kecerdasan Komponen melibatkan mekanisme mental. Mekanisme mental digunakan oleh

manusia untuk merancang dan melaksanakan tugasan.

Komponen ini berbentuk kebolehan verbal dan penaakulan secara deduktif.

Page 55: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

(ii) Kecerdasan Kontekstual

Kecerdasan Kontekstual pula wujud dalam tiga (3) keadaan :

1. Adaptasi, iaitu mampu menyesuaikan sesuatu perkara dalam masyarakat.

2. Pemilihan, iaitu mampu memilih ruang yang tepat dalam persekitaran.

3. Pembentukan, iaitu membentuk sesuatu dengan keperluan kehidupan harian.

Page 56: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

(iii) Kecerdasan Eksperiential

Kecerdasan Eksperiential melibatkan cara individu bertidak balas dengan situasi.

Individu yang memiliki kecerdasan ini ialah mereka yang celik akal dan amat berkebolehan membentuk idea-idea baru dan asli.

Mereka boleh melihat sesuatu fenomena daripada pelbagai sudut dan faham dengan cepat.

Page 57: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

13. KECERDASAN LUAR BIASA

13.1. Menurut Coon (2003), individu yang dikatakan cerdas luar biasa ini lazimnya dikenali sebagai “genius”. Terdapat kurang daripada 10%

manusia yang mendapat nikmat itu.

13.2. Beberapa ahli psikologi percaya bahawa individu yang genius akan mendapat skor yang lebih daripada 140 dalam ujian IQ.

Page 58: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

14. KANAK-KANAK GENIUS

14.1. Persoalan wujud mengenai sama ada kecerdasan yang dimiliki oleh kanak-kanak ini akan kekal sehingga dewasa atau sebaliknya.

Page 59: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

14.2. Lewis M. Terman (1920) telah melakukan kajian terhadap 1500 kanak-kanak yang tahap IQ mereka 140 dan

ke atas.

(a) Beliau mengikuti perkembangan umur mereka dan mendapati bahawa kebanyakan daripada kanak-

kanak ini kekal genius ketika mereka dewasa.

(b) Ramai daripada mereka yang telah berjaya menamatkan pengajian, mendapat ijazah lanjutan dan menjawat kerjaya profesional..

Page 60: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

14.3. Walaupun begitu, realitinya skor yang tinggi bukanlah penentu sebenar kejayaan seseorang.

Secara umumnya, apabila kecerdasan individu itu di tahap luar biasa, peluang

mereka untuk berjaya dilihat lebih baik.

Page 61: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

14.4. Tidak semua manusia yang genius boleh menjamin kejayaan. Ada yang gagal,

seperti menjadi penjenayah, penganggur dan mengalami gangguan emosi.

Page 62: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

14.5. Tidak dinafikan bahawa kebanyakan individu yang genius ini mendapat

peneguhan (berbentuk sokongan) daripada persekitaran bagi membentuk mereka menjadi insan yang berjaya (Coon, 2003).

Contohnya didikan dan galakan ibu bapa.

Page 63: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

14.6. Tanda-tanda awal menunjukkan kanak-kanak itu genius ialah apabila mereka :-

(a) mendapat skor yang tinggi dalam ujian psikometrik, atau

(b) menunjukkan bakat dan kemahiran tertentu.

Page 64: 6-kecerdasan dan kebolehan mental

14.7. Menurut Coon (2003), mereka juga mampu untuk melakukan perkara-perkara berikut,

antaranya :-

(a) menyelesaikan masalah yang diberi dengan amat baik,

(b) boleh bertutur dengan lancar dalam usia 2-3 tahun,

(c) memiliki memori yang kuat,

(d) berbakat dalam seni, muzik, nombor, (e) minat membaca, dan

(f) suka bekerjasama dengan orang lain.

Page 65: 6-kecerdasan dan kebolehan mental