mengingati kebaikan orang lain walaupun sedikit

2
MENGINGATI KEBAIKAN ORANG LAIN WALAUPUN SEDIKIT Imam al-Syafi i telah berkata: Orang yang merdeka itu ialah mereka yang mejaga kemesraan dan kasih sayang yang diperolehi daripada orang lain walaupun tidak lama dan manganggap dirinya sebagai murid kepada orang yang memberi faedah dan ilmu kepadanya walaupun dengan sepatah kalimah.Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang bermaksud: Orang yang menjaga perjanjian itu ialah tanda orang yang beriman.”(Riwayat al-Tabarani) Tidak dapat dinafikan betapa kita mudah lupa kebaikan dan jasa seseorang terhadap kita. Hanya dengan sedikit kesilapan dan keburukan yang terjadi, segala kebaikan lain yang sebenarnya lebih banyak dan besar berbanding kesilapan itu akan terhapus dan dilupakan sama sekali. Manusia mudah lupa dan ingkar dengan nikmat yang didapatinya. Benar sekali kata pepatah Panas setahun akan hilang dek kerana hujan sehari. Sebaiknya kita renung kembali dan cermin diri kita sendiri, adakah kita pernah melakukan kekhilafan, apakah sudah cukup kebaikan yang kita beri pada seseorang itu. Insafilah diri sendiri dahulu, sebelum menuding jari kepada orang lain. Adakalanya orang menganggap kita seorang yang baik hati nya, tulus budinya. Itu hanyalah penilaian secara luaran sahaja. Namun demikian, orang yang lebih rapat dan mengenali diri kita lebih mengetahui siapakah diri kita yang sebenarnya. Kita sebenarnya haruslah beringat, tatkala kita dalam kesusahan, siapakah orang yang selalu bersama dengan kita, membantu kita tidak kira walau apa jua keadaannya. Seseorang itu sanggup berkorban untuk kita demi untuk menggembirakan dan membahagiakan hidup kita. Acapkali juga seseorang itu sanggup mengabaikan kepentingan diri sendiri, demi melihat diri kamu tidak dirundung kesedihan dan kekecewaan. Apabila kita telah merasai kesenangan hidup, janganlah kita alpa pada kebaikan seseorang hamba itu kepada kita. Janganlah jadi seperti orang yang mengambil kesempatan di atas kesempitan yang kita alami. Ini kerana apabila hari ini kita di atas, tidak selamanya kita akan berada di atas juga. Semua yang kita perolehi kini, hanyalah sementara dan pinjaman semata-mata. Janganlah alpa di atas nikmat dunia yang kita perolehi. Semoga Allah S.W.T memberi hidayah dan inayat-Nya agar kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur atas nikmat dan rahmat Tuhannya serta tidak lupa terhadap jasa dan kebaikan sesama hamba yang lain. Mohonlah kemaafan dan selalulah mendoakan orang yang telah banyak berjasa dan memberi kebaikan kepada kita. Walluhu a alam.

Upload: mariena

Post on 07-Nov-2015

11 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

peringatan buat semua

TRANSCRIPT

MENGINGATI KEBAIKAN ORANG LAIN WALAUPUN SEDIKITImam al-Syafii telah berkata: Orang yang merdeka itu ialah mereka yang mejaga kemesraan dan kasih sayang yang diperolehi daripada orang lain walaupun tidak lama dan manganggap dirinya sebagai murid kepada orang yang memberi faedah dan ilmu kepadanya walaupun dengan sepatah kalimah.

Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang bermaksud: Orang yang menjaga perjanjian itu ialah tanda orang yang beriman.(Riwayat al-Tabarani)

Tidak dapat dinafikan betapa kita mudah lupa kebaikan dan jasa seseorang terhadap kita. Hanya dengan sedikit kesilapan dan keburukan yang terjadi, segala kebaikan lain yang sebenarnya lebih banyak dan besar berbanding kesilapan itu akan terhapus dan dilupakan sama sekali. Manusia mudah lupa dan ingkar dengan nikmat yang didapatinya. Benar sekali kata pepatahPanas setahun akan hilang dek kerana hujan sehari. Sebaiknya kita renung kembali dan cermin diri kita sendiri, adakah kita pernah melakukan kekhilafan, apakah sudah cukup kebaikan yang kita beri pada seseorang itu. Insafilah diri sendiri dahulu, sebelum menuding jari kepada orang lain. Adakalanya orang menganggap kita seorang yang baik hati nya, tulus budinya. Itu hanyalah penilaian secara luaran sahaja. Namun demikian, orang yang lebih rapat dan mengenali diri kita lebih mengetahui siapakah diri kita yang sebenarnya. Kita sebenarnya haruslah beringat, tatkala kita dalam kesusahan, siapakah orang yang selalu bersama dengan kita, membantu kita tidak kira walau apa jua keadaannya. Seseorang itu sanggup berkorban untuk kita demi untuk menggembirakan dan membahagiakan hidup kita. Acapkali juga seseorang itu sanggup mengabaikan kepentingan diri sendiri, demi melihat diri kamu tidak dirundung kesedihan dan kekecewaan. Apabila kita telah merasai kesenangan hidup, janganlah kita alpa pada kebaikan seseorang hamba itu kepada kita. Janganlah jadi seperti orang yang mengambil kesempatan di atas kesempitan yang kita alami. Ini kerana apabila hari ini kita di atas, tidak selamanya kita akan berada di atas juga. Semua yang kita perolehi kini, hanyalah sementara dan pinjaman semata-mata. Janganlah alpa di atas nikmat dunia yang kita perolehi.

Semoga Allah S.W.T memberi hidayah dan inayat-Nya agar kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur atas nikmat dan rahmat Tuhannya serta tidak lupa terhadap jasa dan kebaikan sesama hamba yang lain. Mohonlah kemaafan dan selalulah mendoakan orang yang telah banyak berjasa dan memberi kebaikan kepada kita.

Walluhu aalam.-PAHROL MOHD JUOI