menghadapi perubahan semasa akil baligh€œsemasa akil baligh, saya selalu mem-bongkok dan pakai...

4
KAUM MUDA BERTANYA LEMBARAN KERJA Menghadapi Perubahan semasa Akil Baligh Perubahan yang dialami semasa akil baligh adalah seperti menaiki roller-coaster, dan ada kalanya tidak begitu seronok. Adakah kamu perlukan bantuan? Bacalah komen-komen berikut, dan jawab soalan-soalan yang tertera. “Bagi remaja perempuan, masa akil baligh merupakan saat yang . . . mengelirukan. Semuanya menjadi tidak kena!”—Oksana. Adakah akil baligh dan alam dewasa mem- buat kamu rasa TERUJA, TAKUT, atau KEDUA-DUANYA? Apakah perkara yang paling merisaukan kamu mengenai akil baligh? “Sekejap saya rasa gembira, tetapi kemudiannya saya rasa sedih pula. Saya tidak pasti jika itu sesuatu yang biasa terjadi bagi lelaki, tapi itulah yang saya alami.”—Brian. Adakah mood kamu berubah-ubah semasa akil baligh? Cuba jelaskan perasaan yang kamu alami. Apakah langkah yang boleh kamu ambil untuk mengawal emosi kamu? s 1 2 www.jw.org/ms 2016 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania Muka 1 daripada 4

Upload: phamphuc

Post on 09-May-2018

259 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menghadapi Perubahan semasa Akil Baligh€œSemasa akil baligh, saya selalu mem-bongkok dan pakai baju yang longgar. Perubahan fizikal yang saya alami me-nyebabkan saya rasa tidak

KAUM MUDA BERTANYA � LEMBARAN KERJA

Menghadapi Perubahansemasa Akil BalighPerubahan yang dialami semasa akil baligh adalah seperti menaiki roller-coaster,dan ada kalanya tidak begitu seronok. Adakah kamu perlukan bantuan? Bacalahkomen-komen berikut, dan jawab soalan-soalan yang tertera.

“Bagi remaja perempuan, masa akilbaligh merupakan saat yang . . .mengelirukan. Semuanya menjaditidak kena!”—Oksana.

Adakah akil baligh dan alam dewasa mem-buat kamu rasa

TERUJA, TAKUT, atau KEDUA-DUANYA?

Apakah perkara yang paling merisaukankamu mengenai akil baligh?

“Sekejap saya rasa gembira, tetapikemudiannya saya rasa sedih pula.Saya tidak pasti jika itu sesuatuyang biasa terjadi bagi lelaki, tapiitulah yang saya alami.”—Brian.

Adakah mood kamu berubah-ubah semasa akil baligh? Cuba jelaskanperasaan yang kamu alami.

Apakah langkah yang boleh kamu ambil untuk mengawal emosi kamu?

s

1

2

www.jw.org/ms � 2016 Watch Tower Bible and Tract Society of PennsylvaniaMuka 1 daripada 4

Page 2: Menghadapi Perubahan semasa Akil Baligh€œSemasa akil baligh, saya selalu mem-bongkok dan pakai baju yang longgar. Perubahan fizikal yang saya alami me-nyebabkan saya rasa tidak

“Semasa akil baligh, saya selalu mem-bongkok dan pakai baju yang longgar.Perubahan fizikal yang saya alami me-nyebabkan saya rasa tidak selesa danmalu, biarpun saya tahu sebabnya sayamengalami perubahan ini.”—Janice.

Apakah perubahan fizikal yang kamu alami semasa akil baligh?

Apakah pandangan yang seimbang terhadap perubahansedemikian?

“Dulu saya tidak suka budak lelaki.Tapi sekarang saya sedar ada antaramereka yang kacak dan saya rasaseronok juga untuk bercinta. Sebe-narnya, itulah topik perbualan yangpopular dalam kalangan kami.”—Alexis.

Bagaimanakah akil baligh mempengaruhi pandangan kamu terhadaporang yang berlawanan jantina?

Bible menyatakan, “Jauhkanlah diri kamu daripada perbuatanseks yang tidak bermoral!” (1 Korintus 6:18) Mengapakah perin-tah ini bijak? Bagaimanakah kamu boleh menguatkan tekad untukmengikut nasihat ini?

3

4

www.jw.org/ms � 2016 Watch Tower Bible and Tract Society of PennsylvaniaKAUM MUDA BERTANYA � Menghadapi Perubahan semasa Akil Baligh � Muka 2 daripada 4

Page 3: Menghadapi Perubahan semasa Akil Baligh€œSemasa akil baligh, saya selalu mem-bongkok dan pakai baju yang longgar. Perubahan fizikal yang saya alami me-nyebabkan saya rasa tidak

“Saya suka pendam perasaan sen-diri. Alangkah baiknya jika dahulusaya lebih banyak berkomunikasidengan ibu bapa saya. Jika sayabuat begitu, saya tentu akan lebihmenikmati zaman remaja saya.”—Jeremy.

Walaupun kamu berasa tidak selesa, mengapakah kamu harusbercakap dengan ibu bapa (atau orang dewasa yang boleh di-percayai) mengenai cabaran yang kamu hadapi semasa akilbaligh?—Baca Amsal 17:17.

Siapakah orang dewasa yang akan kamu pilih untuk meluahkanisi hati kamu?

“Zaman akil baligh menyebabkan sayaberasa kekok. Saya bersyukur atasbantuan ibu bapa saya. Ibu berkatadia akan sentiasa sokong saya, dansaya boleh minta bantuannya bila-bilamasa saja.”—Karina.

Setakat ini, bagaimanakah ibu bapa kamu membantu kamu mena-ngani perubahan yang dialami semasa akil baligh?

Apakah perkara lain yang kamu ingin ibu bapa lakukan untuk kamu?

5

6

www.jw.org/ms � 2016 Watch Tower Bible and Tract Society of PennsylvaniaKAUM MUDA BERTANYA � Menghadapi Perubahan semasa Akil Baligh � Muka 3 daripada 4

Page 4: Menghadapi Perubahan semasa Akil Baligh€œSemasa akil baligh, saya selalu mem-bongkok dan pakai baju yang longgar. Perubahan fizikal yang saya alami me-nyebabkan saya rasa tidak

“Saya ingin beritahu mereka yang sedangmengalami akil baligh bahawa hal itu nam-paknya susah, tapi jangka masa akil balighsebenarnya sangat pendek jika dibanding-kan dengan seluruh kehidupan kamu. Se-lepas itu, kamu akan menjadi orangdewasa.”—David.

Apakah nasihat yang ingin kamu beri kepada orang yang barumenghadapi akil baligh?

Tanyalah Ibu BapaPada suatu ketika dahulu, ibu bapa kamu juga mengalami perubahan yang kamu lalui sekarang. Apakah duasoalan yang ingin kamu tanya mereka mengenai cara mereka mengatasi perubahan semasa akil baligh?Tuliskan soalan. Guntingkan kotak. Tunjukkan kepada ibu bapa.

7

1 2

www.jw.org/ms � 2016 Watch Tower Bible and Tract Society of PennsylvaniaKAUM MUDA BERTANYA � Menghadapi Perubahan semasa Akil Baligh � Muka 4 daripada 4