mengaplikasikan hukum nun sakinah dan tanwin dalam tilawah al quran

4
1 CONTOH KAJIAN TINDAKAN 1. Nama dan Alamat Sekolah: SMK SEKSYEN 18 SHAH ALAM, JALAN 18/43 40200 SHAH ALAM, SELANGOR. 2. Nama Pengkaji: AYOB B MOHD ALI GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM 3. Tajuk Kajian MENGAPLIKASIKAN HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN DALAM TILAWAH AL QURAN 4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Semasa saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah di tingkatan 4 Umar, saya dapati ada beberapa orang murid masih tidak dapat mengaplikasikan tajwid dengan betul khususnya penggunaan Hukum Nun Sakinah dan Tanwin dalam bidang tilawah. Kelemahan ini sepatutnya tidak berlaku kerana kebanyakan murid dalam darjah ini digolongkan dalam kategori cemerlang kerana hakikatnya mereka sudahpun mempelajari Hukum Nun Sakinah dan Tanwin sejak di bangku sekolah rendah lagi, bermakna mereka sudah mempelajari tajwid lebih sembilan tahun. Dalam ujian topikal yang dibuat, saya dapati hampir 30 peratus dari 22 orang masih tidak dapat mengaplikasikan Hukum Nun Sakinah dan Tanwin dengan betul. Bila ditanya mereka memberikan alasan tidak dapat mengingatinya dan sukar untuk membezakan cara bacaan yang betul kerana banyak hukum yang perlu diingat. Dalam subjek Pendidikan Islam ada diperuntukan pengajaran dan pembelajaran tajwid dalam tilawah, namun kekangan masa menyebabkan guru tidak dapat melaksanakan dengan sempurna kerana lebih menumpukan kepada kefahaman ayat. Selain itu, murid juga diwajibkan mengambil ujian lisan berdasarkan sekolah (ULBS) dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Murid dikehendaki melengkapkan tugasan bacaan Al Quran, Hadith dan hafazan. Murid yang tidak menguasai tajwid khususnya Hukum Nun Sakinah dan Tanwin sudah pasti memberi kesan kepada peratus keputusan peperiksaan sekolah. 5. Fokus Kajian Saya hanya akan memfokaskan kajian saya kepada penggunaan Hukum Nun Sakinah dan Tanwin dalam bacaan dan hafazan sahaja kerana hukum ini sentiasa ditemui ketika membaca al Quran. 1

Upload: ayobmohdali

Post on 04-Jul-2015

2.302 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan Tajwid

TRANSCRIPT

Page 1: Mengaplikasikan Hukum Nun Sakinah Dan Tanwin Dalam Tilawah Al Quran

1 CONTOH KAJIAN TINDAKAN

1. Nama dan Alamat Sekolah:SMK SEKSYEN 18 SHAH ALAM, JALAN 18/43 40200 SHAH ALAM, SELANGOR.

2. Nama Pengkaji:AYOB B MOHD ALIGURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM

3. Tajuk KajianMENGAPLIKASIKAN HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN DALAM TILAWAH AL QURAN

4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Semasa saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah di tingkatan 4 Umar, saya dapati ada beberapa orang murid masih tidak dapat mengaplikasikan tajwid dengan betul khususnya penggunaan Hukum Nun Sakinah dan Tanwin dalam bidang tilawah. Kelemahan ini sepatutnya tidak berlaku kerana kebanyakan murid dalam darjah ini digolongkan dalam kategori cemerlang kerana hakikatnya mereka sudahpun mempelajari Hukum Nun Sakinah dan Tanwin sejak di bangku sekolah rendah lagi, bermakna mereka sudah mempelajari tajwid lebih sembilan tahun.

Dalam ujian topikal yang dibuat, saya dapati hampir 30 peratus dari 22 orang masih tidak dapat mengaplikasikan Hukum Nun Sakinah dan Tanwin dengan betul. Bila ditanya mereka memberikan alasan tidak dapat mengingatinya dan sukar untuk membezakan cara bacaan yang betul kerana banyak hukum yang perlu diingat.

Dalam subjek Pendidikan Islam ada diperuntukan pengajaran dan pembelajaran tajwid dalam tilawah, namun kekangan masa menyebabkan guru tidak dapat melaksanakan dengan sempurna kerana lebih menumpukan kepada kefahaman ayat.

Selain itu, murid juga diwajibkan mengambil ujian lisan berdasarkan sekolah (ULBS) dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Murid dikehendaki melengkapkan tugasan bacaan Al Quran, Hadith dan hafazan. Murid yang tidak menguasai tajwid khususnya Hukum Nun Sakinah dan Tanwin sudah pasti memberi kesan kepada peratus keputusan peperiksaan sekolah.

5. Fokus Kajian

Saya hanya akan memfokaskan kajian saya kepada penggunaan Hukum Nun Sakinah dan Tanwin dalam bacaan dan hafazan sahaja kerana hukum ini sentiasa ditemui ketika membaca al Quran.

1

Page 2: Mengaplikasikan Hukum Nun Sakinah Dan Tanwin Dalam Tilawah Al Quran

2 CONTOH KAJIAN TINDAKAN

6. Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:

i. Objektif Umum

a) Meningkatkan mutu bacaan dan hafazan Al Quran dengan bertajwid

b) Meningkatkan nilai GNP sekolah dengan peningkatan kelulusan gred 1A

ii. Objektif Khusus

a) Meningkatkan kefahaman Hukum Nun Sakinah dan Tanwin

b) Meningkatkan keupayaan mengaplikasi Hukum Nun Sakinah dan Tanwin dalam bacaan Al Quran

c) Membantu pelajar mengusai kemahiran membaca Al Quran

d) Meningkatkan peratus murid mendapat markah yang cemerlang dalam Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah ( 5227/1)

7. Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 13 orang daripada 22 orang murid Tingkatan 4 Umar.

8. Tindakan Yang Dicadangkan

8.1. Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut:

a) Ujian khas tajwid sama ada lisan atau bertulis bagi menganalisis kelemahan penggunaan tajwid.

b) Bacaan talaqqi dan musafahah bagi mengesan kesilapan penggunaan tajwid dalam tilawah Al Quran.

2

Page 3: Mengaplikasikan Hukum Nun Sakinah Dan Tanwin Dalam Tilawah Al Quran

3 CONTOH KAJIAN TINDAKAN

8.2 Program " Modul TAJFAZ " (Tajwid dalam Bacaan dan Hafazan)

Cara Pelaksanaan:

i. Guru menerangkan hukum tajwid kepada murid dari segi bahasa, istilah serta contoh mengikut modul.

ii. Murid mencatat dalam buku catatan khas.

iii Guru mengedarkan borang khas tasmik bacaan

iv. Guru memanggil murid secara individu dan me minta murid mengaplikasikan penggunaan hukum tajwid pada bacaan mereka.

v. Guru mencatat kesalah dan memberi komen kepada murid.

8.3 Program “Bacap – 2” (Baca dan aplikasi dalam tempoh 2 minggu)

Cara Pelaksanaan

i. Guru meminta murid berkaitan membaca ayat tilawah dalam buku teks tingkatan 4 semasa P&P di dalam bilik darjah.

ii. Murid merujuk Al Quran dan nota tajwid untuk mengetahui setiap kesalahan yang dinyatakan oleh guru.

Iii Selepas 2 minggu guru menggabungkan murid yang berkaitan dan meminta murid membaca secara individu.

v. Guru menguji murid dengan mengadakan Ujian Khas

9. Bahan Yang Dicadangkan 9.1 Modul Tajfaz9.2 Borang Tasmi’9.3 Lembaran Kerja9.4 Rekod Pelajar

10. Jadual Pelaksanaan Kajian

BIL AKTIVITITARIKH

PELAKSANAAN1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 21 Feb, 20112 Menulis Proposal Kajian 24 Feb, 20113 Merancang tindakan 25 Feb, 20114 Melaksanakan tindakan - aktiviti 1 (Modul TAJFAZ ) 21 Mac, 20115 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 30 Mac, 20116 Melaksanakan tindakan - aktiviti 2 (Program “Bacap – 2” ) 01 April, 20117 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 11 April, 2011

10 Ujian untuk mengesan pencapaian murid 13 April, 201111 Refleksi kajian 15 April, 2011

3

Page 4: Mengaplikasikan Hukum Nun Sakinah Dan Tanwin Dalam Tilawah Al Quran

4 CONTOH KAJIAN TINDAKAN

12 Menulis laporan Kajian 18 April, 201113 Pembentangan dapatan kajian 22 April, 2011

11. Kos Kajian

BIL JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA SEUNIT JUMLAH KOS1 Kertas A4 1 Unit x RM 12.00 RM 12.002 Printer Catridge 1 Unit x RM 15.00 RM 16.00

3Photostate bahan & laporan kajian

RM 20.00

4 Buku catitan guru 1 Unit x RM 02.00 RM 02.00JUMLAH RM 50.00

12. Penutup

Mudah mudahan kajian tindakan bagi mengatasi masalah ini dapat dijalankan dengan baik dan berkesan serta dapat kerjasama dari semua pihak.

4