raudhatul sakinah (kubur dalam taman) dan sistem e...

12
1 RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN) DAN SISTEM E-PUSARA JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 1. PENGENALAN Raudhatul Sakinah merupakan satu projek inovasi pembangunan baru bagi mengindahkan lagi tanah perkuburan yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan Islam KL-Karak dan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara telah dijadikan projek rintis kerana dua (2) tanah perkuburan ini, telahpun mempunyai sistem lot kubur dan nombor rujukan tersendiri secara teratur dan sistematik. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Jika dilihat, Tanah Perkuburan Islam KL-Karak dengan keluasan 55 ekar dan merupakan tanah perkuburan yang terbesar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan menerima hampir 50 hingga 60 jenazah sebulan samada yang berwaris atau tidak berwaris. 2.2 Jika sebelum ini persepsi orang ramai berkenaan tanah perkuburan adalah menakutkan dan suram, maka dengan projek ini diharapkan pandangan berkenaan dapat dihapuskan dan membolehkan tanah perkuburan ini menerima kunjungan waris-waris dengan hati yang tenang dan damai. 2.3 Projek Raudhatul Sakinah dan sistem e-pusara ini telah dibuat perasmiannya pada 20 Julai 2012 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin dan merupakan projek pertama seumpamanya di Malaysia dan diharapkan ia dapat menjadi perintis kepada tanah perkuburan lain. 2.4 Konsep 5S telah menjadi garis panduan dalam menghadapi cabaran bagi menyelesaikan permasalahan yang dikenalpasti di Tanah Perkuburan Islam KL-Karak dan bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan JAWI dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Antara perkara yang telah dilaksanakan ialah: i) Pembersihan Kawasan; ii) Penambahbaikan kemudahan Awam;

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN) DAN SISTEM E …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/834-raudhatul-sakinah.pdf · Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan

1

RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN)

DAN SISTEM E-PUSARA

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

1. PENGENALAN

Raudhatul Sakinah merupakan satu projek inovasi pembangunan baru bagi

mengindahkan lagi tanah perkuburan yang diuruskan oleh Jabatan Agama

Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan

Islam KL-Karak dan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara telah dijadikan projek

rintis kerana dua (2) tanah perkuburan ini, telahpun mempunyai sistem lot

kubur dan nombor rujukan tersendiri secara teratur dan sistematik.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Jika dilihat, Tanah Perkuburan Islam KL-Karak dengan keluasan 55

ekar dan merupakan tanah perkuburan yang terbesar di Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur dan menerima hampir 50 hingga 60

jenazah sebulan samada yang berwaris atau tidak berwaris.

2.2 Jika sebelum ini persepsi orang ramai berkenaan tanah perkuburan

adalah menakutkan dan suram, maka dengan projek ini diharapkan

pandangan berkenaan dapat dihapuskan dan membolehkan tanah

perkuburan ini menerima kunjungan waris-waris dengan hati yang

tenang dan damai.

2.3 Projek Raudhatul Sakinah dan sistem e-pusara ini telah dibuat

perasmiannya pada 20 Julai 2012 oleh Timbalan Perdana Menteri

Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin dan

merupakan projek pertama seumpamanya di Malaysia dan diharapkan

ia dapat menjadi perintis kepada tanah perkuburan lain.

2.4 Konsep 5S telah menjadi garis panduan dalam menghadapi cabaran

bagi menyelesaikan permasalahan yang dikenalpasti di Tanah

Perkuburan Islam KL-Karak dan bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan

untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan JAWI dalam

menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Antara perkara yang telah

dilaksanakan ialah:

i) Pembersihan Kawasan;

ii) Penambahbaikan kemudahan Awam;

Page 2: RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN) DAN SISTEM E …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/834-raudhatul-sakinah.pdf · Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan

2

iii) Pembaikkan kerosakkan;

iv) Pencegahan pencerobohan;

v) Perlaksanaan peraturan kepungan kuburan yang seragam; dan

vi) Mengawal selia susun atur pengkebumian jenazah.

3. TUJUAN PROJEK INOVASI RAUDHATUL SAKINAH DAN KOMPONEN

SISTEM E-PUSARA

3.1 Projek ini bertujuan bagi memberikan keselesaan dan keindahan

kepada Tanah Perkuburan Islam KL- Karak yang sebelum ini agak tidak

sesuai dari segi kondisi tanah dan memberi perspektif positif kepada

orang ramai tentang tanah perkuburan.

3.2 Pelaksanaan projek Raudhatul Sakinah ini merangkumi beberapa fasa

dalam tempoh masa tiga (3) tahun sebagaimana berikut:

Bil

Fasa

Keluasan

Tempoh

1. Fasa 1 20 ekar 12 bulan

2. Fasa 2 20 ekar 12 bulan

3. Fasa 3 15 ekar 10 bulan

3.3 Tiga (3) Konsep utama di dalam pelan pembangunan Tanah Kubur ini

meliputi 80% tapak pengkebumian, 6% tapak kemudahan infrastruktur

dan pengurusan, manakala 14% sebagai rangkaian pejalan kaki.

3.4 Tapak pengkebumian ini dibahagikan mengikut blok-blok berukuran 120

kaki x 160 kaki yang dipisahkan dengan siar kaki dan dihiasi dengan

pokok-pokok renek. Manakala lampu hanya disediakan di jalan utama

yang dipremix. Keindahan landskap pula dari pokok-pokok yang kurang

penyelenggaraan, berbau harum, daun berwarna dan rendang seperti

Cempaka Hutan, Melor, Bunga China, Cempaka Putih, Kemboja,

Craton dan pokok-pokok lain yang difikirkan sesuai.

Page 3: RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN) DAN SISTEM E …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/834-raudhatul-sakinah.pdf · Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan

3

3.5 Sebagai pelengkap kepada projek pengindahan tanah perkuburan,

maka JAWI juga muncul dengan idea mewujudkan laman sesawang e-

pusara bagi memudahkan waris mengenalpasti kedudukan sebenar

kubur si mati. Jika sebelum ini waris sentiasa berdepan dengan

masalah mencari lokasi kubur si mati, maka diharapkan dengan adanya

sistem ini ia dapat memudahkan waris.

3.6 Kewujudan laman sesawang e-pusara ini adalah satu bukti iltizam JAWI

untuk sentiasa menjadi peneraju kepada kemodenan pengurusan Islam

di Malaysia, sesuai dengan motonya ‘Sentiasa Dicontohi’.

3.7 Laman web ini menyalurkan maklumat berkenaan Tanah Perkuburan

Islam di seluruh Wilayah Persekutuan, informasi ilmiah berkaitan

pengurusan jenazah Islam dan yang paling menarik, ia berfungsi

sebagai laman carian kepada pusara yang terdapat di Tanah

Perkuburan Islam Kiara dan Tanah Perkuburan Islam KL-Karak. Justeru

kemudahan ini akan membantu waris mengenalpasti lot pusara yang

ingin diziarahi dengan hanya memasukkan maklumat tertentu dan

menekan butang cari.

3.8 Sistem yang dicadangkan adalah aplikasi yang berasaskan web dan

boleh dicapai melalui link yang akan diwujudkan dan boleh dicapai

melalui laman web JAWI dan meliputi tiga (3) komponen utama iaitu:

i) Laman Web Sistem e-pusara;

ii) Sistem Pengurusan Tanah Perkuburan; dan

iii) Sistem Pentadbiran Laman Web.

3.8.1 Laman Web Sistem e-pusara

Page 4: RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN) DAN SISTEM E …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/834-raudhatul-sakinah.pdf · Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan

4

Bil

Fungsi

Capaian dan

Tindakan

1.

Capaian maklumat berkenaan lokasi tanah

perkuburan, lot kubur serta maklumat si mati

seperti:

i) Nama si mati;

ii) Nama ibu si mati;

iii) Nama waris-waris;

iv) Alamat terakhir si mati;

v) Tarikh meninggal dunia;

vi) Tarikh Lahir si mati;

vii) Sebab- sebab kematian mengikut catatan

dalam permit menguburkan; dan

viii) No telefon dan e-mel waris terdekat.

Waris si mati

2.

Paparan maklumat tambahan berkenaan

pengurusan jenazah dan hal- ehwal Tanah

Perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan

Semua

3.

Penerimaan maklum balas secara atas talian dari

orang awam

Penyelaras

Zon

3.8.2 Sistem Pengurusan Tanah Perkuburan

Page 5: RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN) DAN SISTEM E …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/834-raudhatul-sakinah.pdf · Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan

5

Bil

Fungsi

Capaian dan

Tindakan

1.

Penyimpanan,pengemaskinian, penyelenggaraan

dan pengurusan tanah perkuburan serta

pengubahsuaian lokasi kubur diuruskan oleh

pegawai yang dilantik oleh pihak JAWI dengan

menggunakan fungsi pemetaan interaktif.

Pegawai

Penyelia/

Penyelaras

Zon

2.

Penjanaan laporan dan statistik jumlah kematian

mengikut hari, minggu, bulan dan tahun bagi

makluman pengurusan atasan.

Pegawai

Penyelia/

Penyelaras

Zon

3.

Statistik penggunaan tanah perkuburan

memudahkan pihak pengurusan JAWI membuat

perancangan penggunaan tanah perkuburan

pada masa hadapan.

Ibu Pejabat

JAWI

3.8.3 Sistem Pentadbiran dan Pemantauan Laman Web

Bil

Fungsi

Capaian dan

Tindakan

1.

Memastikan maklumat yang dipaparkan di laman

web adalah maklumat terkini.

Penyelia

Laman Web

2.

Menjana laporan dan statistik seperti pengunjung

laman web dan taburannya.

Penyelia

Laman Web

Page 6: RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN) DAN SISTEM E …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/834-raudhatul-sakinah.pdf · Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan

6

3.9 Sistem e-pusara ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti:

a) Auto Log out apabila pengguna tidak membuat sebarang aktiviti dalam

sela waktu tertentu;

b) Tahap capaian ditentukan oleh bidang kuasa/ tanggungjawab;

c) Setiap pengguna diberikan kata nama dan kata laluan bagi capaian

pada sistem;

d) Mempunyai fail log capaian bagi setiap transaksi atau proses

kemasukan dan pengemaskinian maklumat; dan

e) Tidak membenarkan lebih dari satu sesi login untuk setiap pengenalan

pengguna.

4. SEBELUM PROJEK INOVASI DILAKSANAKAN

4.1 Sebelum ini Tanah Perkuburan Islam KL- Karak ini tidak dapat

digunakan sepenuhnya bagi tujuan pengkebumian kerana masalah

tanah yang tidak bersesuaian dan adanya unsur-unsur yang

menghalang seperti dijadikan tempat pembuangan sampah (di salah

satu pintu masuk tanah perkuburan KL –Karak), projek SMART yang

melintang di pertengahan perkuburan, tanah perkuburan yang tidak

sesuai sehingga menyebabkan pengkebumian yang tidak sekata dan

berkelompok serta kubur semak samun dan tidak menarik dilihat.

Kepungan tanah kubur yang berbeza mengikut saiz dan kehendak

waris juga mencacatkan pemandangan dan tidak cantik dilihat.

4.2. Dari segi kedudukan kubur pula selalunya waris si mati sentiasa

menghadapi kesukaran untuk mencari lokasi sebenar tanah kubur

berikutan sentiasa ada penambahan kubur-kubur baru yang akan

mengelirukan waris. Maka dengan adanya juga sistem e-pusara ini

akan memudahkan waris sekaligus tampak lebih moden dan terurus.

5. SELEPAS PROJEK INOVASI DILAKSANAKAN

5.1 Sejurus persetujuan dan kertas cadangan disokong oleh pihak Majlis

Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan JAWI, maka satu

gotong royong perdana telah dibuat dan projek pengindahan tanah

perkuburan ini bermula. Antara perkara yang dibuat ialah:

Page 7: RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN) DAN SISTEM E …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/834-raudhatul-sakinah.pdf · Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan

7

i) Membuang timbunan sampah sarap yang menghalang jalan

masuk di salah satu pintu tanah perkuburan Kuala Lumpur-

Karak;

ii) Meratakan tanah perkuburan yang tidak sekata;

iii) Menanam pokok-pokok yang sesuai di antara tanah perkuburan

bagi mengindahkan lagi suasana;

iv) Membina pejabat bagi pengurusan pentadbiran yang lebih baik;

v) Membina wakaf-wakaf bagi tujuan perlindungan di kala hujan;

vi) Membuat penanda dan nombor plot bagi setiap tanah

perkuburan yang tidak bernombor dan mengikut zon; dan

vii) Menyempurnakan majlis pecah tanah kioks e-pusara.

6. IMPAK SELEPAS INOVASI PROJEK

Impak inovasi bagi projek Raudahtul Sakinah (Kubur dalam taman) serta e-

pusara dapat dilihat dari aspek berikut:

6.1 Jabatan – (JAWI)

i) Projek Inovasi Raudahatul Sakinah ( kubur dalam taman) dan e-

pusara merupakan projek rintis dan satu-satunya tanah

perkuburan Islam di Malaysia yang berkonsepkan sebegini dan

secara tidak langsung menjadi contoh kepada negeri lain untuk

melakukan projek ini;

ii) Memudahkan pihak pengurusan JAWI membuat perancangan

penggunaan tanah perkuburan bagi jangka masa panjang;

iii) Statistik yang dihasilkan dapat membantu pihak pengurusan

JAWI membuat pemantauan bagi mengenal pasti tanah

perkuburan yang aktif dan juga tidak aktif;

iv) JAWI dapat mengenalpasti bilangan lot tanah perkuburan yang

telah dan belum digunakan untuk membuat pengisian pada

masa hadapan;

Page 8: RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN) DAN SISTEM E …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/834-raudhatul-sakinah.pdf · Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan

8

v) Pihak kerajaan dapat menguruskan tanah perkuburan dengan

lebih teratur; dan

vi) Memberikan imej dan pentadbiran yang bersistematik serta

membuka pandangan orang ramai tentang pengurusan tanah

perkuburan yang lebih baik, menarik dan efisyen.

6.2 Orang Awam

i) Dapat memberi gambaran positif kepada orang ramai

terutamanya waris si mati mengenai tanah perkuburan;

ii) Suasana tanah perkuburan yang menarik dengan lampu jalan

yang dipasang bagi kemudahan pengkebumian pada waktu

malam dan dihias indah membantu menarik minat waris untuk

sentiasa berkunjung menziarahi si mati;

iii) Orang awam boleh mencari lokasi tanah perkuburan dengan

lebih cepat menerusi laman web yang boleh dicapai di mana jua

dan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa;

iv) Pihak waris dapat mencari lokasi tanah perkuburan dan dapat

mengenal pasti lot kubur si mati secara atas talian;

v) Orang awam dapat mengetahui hal ehwal pengurusan jenazah

melalui maklumat yang dipaparkan dalam laman web e-pusara

sekaligus melancarkan proses pengurusan jenazah; dan

vi) Semua pihak yang terlibat dengan pengurusan jenazah dapat

memperolehi maklumat dengan lebih cepat melalui sistem e-

pusara berbanding sistem manual yang sedia ada.

vii) Mewujudkan suasana yang damai dan tenang dengan bacaan

alunan ayat suci Al-Quran yang sentiasa dipasang di kawasan

perkuburan.

Page 9: RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN) DAN SISTEM E …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/834-raudhatul-sakinah.pdf · Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan

9

7. PENUTUP

7.1 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sentiasa memberi

perhatian terhadap usaha-usaha penambahbaikan perkhidmatan yang

diberikan kepada pelanggan. Budaya inovatif dan kreatif menjadi

agenda utama JAWI bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam

bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada

peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan

7.2 Projek Inovasi Raudhatul Sakinah (kubur dalam taman) KL- Karak dan

juga sistem e-pusara ini diharapkan menjadi rintis kepada tanah

perkuburan yang lain sekitar Wilayah Persekutuan khususnya dan

negeri lainnya amnya untuk dicontohi serta mengangkat imej tanah

perkuburan islam dan syiar islam jua.

7.3 Bersesuaian dengan moto JAWI ‘Sentiasa Dicontohi’ dan merupakan

sebuah Jabatan Agama Islam, maka keperluan fardhu kifayah ini

seharusnya dibuat dalam usaha memberi sumbangan kepada warga

Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dibantu dengan pemantauan

yang berterusan dari Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI di Tanah

Perkuburan Islam.

Disediakan oleh:

Nama: Khatijah Binti Jusoh

Unit: Inovasi dan Kualiti

Jabatan: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Tel: 03- 2274 9333

Faks: 03- 2273 1575

E-Mel: [email protected]

AIN2012/ Unit Inovasi JAWI/ 14082012/JAWI.T100-17/5

Page 10: RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN) DAN SISTEM E …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/834-raudhatul-sakinah.pdf · Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan

10

Page 11: RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN) DAN SISTEM E …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/834-raudhatul-sakinah.pdf · Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan

11

SEBELUM SELEPAS

KEPUNGAN KUBUR

KESELESAAN WARIS

PINTU MASUK

Page 12: RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN) DAN SISTEM E …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/834-raudhatul-sakinah.pdf · Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan

12

SEBELUM

SELEPAS