mengapakah kesilapan manusia perlu diminimumkan

Upload: wan-ahmad-fitri

Post on 14-Jan-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kredit kepada penulis

TRANSCRIPT

Mengapakah kesilapan manusia perlu diminimumkan? Berikan contohKomitmen dapat ditakrifkan sebagai kesanggupan serta prestasi yang ditunjukkan oleh individu dalam menjalankan sesuatu tugasan dengan baik. Jika kesilapan manusia dapat diminimumkan, komitmen yang diberikan adalah lebih baik. Misalnya, sebelum sesebuah perjanjian dimeterai antara sesebuah syarikat dengan syarikat yang lain, kedua-dua belah pihak akan terlebih dahulu meninjau prestasi kerja yang telah dicapai oleh syarikat yang akan bekerjasama dengan syarikat mereka. Antara aspek yang selalu ditinjau adalah kekerapan syarikat tersebut mempunyai kesilapan manusia dalam proses kerja yang dilakukan. Sekiranya didapati bahawa Syarikat A mempunyai kekerapan yang tinggi dalam kesilapan manusia, maka Syarikat B boleh memutuskan untuk tidak memeterai perjanjian dengan Syarikat A. Hal ini kerana Syarikat B merasakan bahawa Syarikat A tidak akan dapat memberikan komitmen yang baik dalam kerjasama antara mereka pada masa akan datang.