mengapa anda memilih profesion perguruan

Upload: ziv-chen

Post on 04-Mar-2016

2.217 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Mengapa anda memilih profesion perguruan?Secara jujur cubalah tanya diri anda sendiri, apa agaknya yang mendorong anda memilih bidang perguruan? Adakah kerana minat, kerjaya pilihan, terpaksa kerana tiada pilihan kerjaya lain yang sesuai, atau anda sendiri tidak menjangka akan dipanggil temuduga kerana anda sendiri tidak yakin boleh lulus ujian kelayakan temuduga (MTEST)? Saya pernah memberikan respon kepada salah seorang pembaca yang meninggalkan komen di entri bertajukIsu-Isu Pendidikan di Malaysia. Jawapan yang saya syorkan berhubung pertanyaan itu ialah Sebab guru adalah antara kerjaya yang telah saya pilih sejak betahun-tahun dahulu. Jika guru adalah kerjaya pilihan, bermakna secara tidak langsung anda memiliki minat yang mendalam dalam kerjaya berkenaan. Adakah itu jawapan yang keterlaluan. Pada saya tidak kerana itu adalah jawapan ikhlas saya sendiri.Bagaimana pula jika anda memberikan jawapan yang benar-benar ikhlas sehingga anda menulis Saya gagal memohon dalam kerjaya yang lain. Disebabkan tiada pilihan maka saya terpaksa memohon untuk mengikuti KPLI bagi membolehkan saya menjadi guru dan mendapat pekerjaan. Pada saya ia bukanlah jawapan yang salah. Memang eloklah jika menulis secara jujur. Tapi dalam kes temuduga seperti ini, kejujuran anda itu bermungkinan besar tidak akan membantu memberikan keyakinan yang tinggi penemuduga terhadap kesungguhan anda. Jadi, sebaik-baiknya elakkan daripada memberikan jawapan seperti itu.Pengalaman anda dalam bidang keguruanAnda boleh nyatakan Ada ataupun Tiada. Jika ada, elok juga jika dapat nyatakan secara ringkas pengalaman berkaitan. Sebagai contoh, anda pernah menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih atau Guru Pengganti di sekolah tertentu. Boleh tuliskan tempoh dan tempat anda bertugas. Anda juga boleh nyatakan jika anda pernah mendaftar dalam Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK).Sekiranya anda terpilih, apakah yang dapat anda sumbangkan terhadap bidang keguruan?Terdapat banyak jawapan yang boleh dikemukakan bagi menjawab pertanyaan ini. Berikan jawapan logik disertai dengan justifikasi yang meyakinkan. Sebagai contoh, saya juga pernah diajukan secara lisan soalan yang hampir sama seperti ini semasa temuduga kerjaya belasan tahun lepas. Jawapan yang saya berikan; Saya tidak dapat menjanjikan apa-apa sumbangan buat masa ini. Sebabnya bidang pendidikan ini dinamik, sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Namun jika ada sedikit kepercayaan dan saya diberikan peluang, saya akan menyumbangkan sesuatu yang berguna mengikut situasi pendidikan semasa negara dan mengikut pengetahuan serta kemahiran saya. Alhamdulillah, jawapan saya dapat diterima oleh penemuduga.Bagaimanapun ingin saya jelaskan. Jawapan saya itu mungkin hanya sesuai mengikut situasi saya dan penemuduga pada masa itu. Jadi saranan saya kepada calon-calon yang akan menduduki KPLI nanti, berilah jawapan dan justifikasi yang dapat menyakinkan penemuduga/penel pemilih dengan menyatakan kekuatan/kelebihan yang anda miliki. Misalnya anda sangat mahir dalam dalam bidang kejuruteraan aplikasi. Jadi kemahiran ini akan anda gunakan menghasilkan aplikasi bahan-bahan pengajaran & pembelajaran serta aplikasi pengurusan pendidikan yang akan dapat memberi sumbangan ke arah memantapkan proses pendidikan di Malaysia. Ini adalah antara justifikasi yang dapat digunakan.

Keperluan/persediaan lain sebelum menghadiri temuduga KPLISelain daripada jawapan yang perlu ditulis untuk melengkapkan Borang Penyataan Hasrat, calon juga perlu bersedia dari segi pengetahuan, mental dan fizikal. Ada beberapa pengetahuan umum dan semasa yang perlu diberi perhatian oleh calon sebelum menghadiri temuduga. Ambillah sedikit masa untuk membuat sedikit pembacaan. Di blog ini juga terdapat beberapa artikel yang mungkin dapat membantu calon menambah sedikit pengetahuan sebelum melangkah ke alam pendidikan atau sebelum menghadiri temuduga yang berkaitan dengan pengambilan guru, antaranya:-Senarai Menteri Malaysia-Struktur Organisai Kementerian Pelajaran-Isu-Isu Semasa Pendidikan-Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)- Selain itu, boleh rujuk pada artikel lain dalam kategoriPendidikanMungkin ia bukan satu ilmu yang wajib diketahui sebelum anda terlibat dalam profesion keguruan, tapi usaha untuk mengetahuinya sebelum anda menghadiri temuduga adalah salah satu bukti yang anda memiliki minat terhadap profesion keguruan.Persediaan mental juga adalah antara syarat terpenting dalam menghadiri temuduga. Seorang calon perlu mempunyai keyakinan dan kesungguhan semasa berhadapan dengan penemuduga juga ketika memberikan jawapan. Berusahalah supaya tidak memberikan jawapan was-was atau lupa-lupa ingat. Elakkan juga daripada meminta penemuduga mengulang semula soalan kerana ia menunjukkan anda kurang memberikan perhatian. Melainkan anda benar-benar tidak mendengar dengan jelas soalan yang dikemukakan oleh penemuduga akibat gangguan bunyi bising dari luar. Jika tidak tahu jawapan bagi soalan yang diajukan, jangan terus panik. Katakan secara jujur yang anda benar-benar tidak mengetahuinya dan berikan alasan yang baik. Jangan sama sekali memberikan jawapan hanya mengikut apa yang anda fikirkan ketika itu.Dari segi fizikal dan penampilan pula, calon perlulah menampilkan ciri-ciri ketrampilan seorang guru, perawakan baik dan sentiasa berhati-hati dalam pemilihan kata. Pakai pakaian kemas dan sesuai. Bacalah panduan-panduan lain yang berkaitan dengan etika berpakaian. Bagi yang mendapat tawaran opsyen Pendidikan Jasmani/Kesihatan pula, harap bersedia kerana ujian fizikal/kecergasan di padang bakal menanti anda semasa temuduga.Jadi, semasa menghadiri temuduga, buatlah bersungguh-sungguh dan bukannya sekadar asalkan mencukup syarat atau seperti melepaskan batuk di tangga. Mungkin benar kalau sudah rezeki atau kebetulan nasib baik, buat ala kadarpun boleh dapat juga. Tapi harus diingat rezeki itu bukan kerana nasib baik dan ia tidak akan datang bergolek. Perlu ada usaha untuk mendapatkannya. Semoga berjaya.