menerang gelora plot permulaan

2
Permulaan Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatan pengawas sekolah. Turut diperkenalkan watak Badrul, adik kepada Badri yang cuba mengusik abangnya tentang jawatan yang baru disandang olehnya. Badri merasakan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya. Perkembangan Watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri diperkenalkan tetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup. Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu pertelagahan antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian. Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabit dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin. Siew Mei menceritakan aktiviti haram Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad prabayar kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam aktiviti tersebut.Hubungan Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan perkara tersebut daripada Badri. Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh polis ketika Shahrul keluar dengan Nadira. Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong menuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya. Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang di kedai dan di stor milik Encik Tan. Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil merahsiakan keberadaan Jamil. Klimaks Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah telefon bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau turut memohon agar anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya lebih berdisiplin dan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran. Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Meng Kong disuruh memohon maaf kepada pengetua atas kesalahan yang dilakukan. Meng kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman 3 rotan setiap seorang.

Upload: mohdhafizfaiz-mdali

Post on 05-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pt3

TRANSCRIPT

Page 1: Menerang Gelora Plot Permulaan

Permulaan Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatan pengawas

sekolah. Turut diperkenalkan watak Badrul, adik kepada Badri yang cuba mengusik abangnya

tentang jawatan yang baru disandang olehnya. Badri merasakan tanggungjawab menjadi

pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya.

Perkembangan

Watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri diperkenalkan tetapi mereka berbeza dari

segi prinsip hidup. Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu

pertelagahan antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian.

Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya

untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabit dapat ditangkap

dan diserahkan kepada guru disiplin.

Siew Mei menceritakan aktiviti haram Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad

prabayar kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam aktiviti tersebut.Hubungan

Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan perkara tersebut

daripada Badri.

Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh polis ketika Shahrul keluar

dengan Nadira.

Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong

menuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya. Masalah kecurian telefon

bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang di kedai dan di stor milik Encik

Tan.

Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil

merahsiakan keberadaan Jamil.

Klimaks

Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah telefon

bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau turut memohon agar anaknya

ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya lebih berdisiplin dan memberikan tumpuan

sepenuhnya terhadap pelajaran.

Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru

di sekolah tersebut. Meng Kong disuruh memohon maaf kepada pengetua atas kesalahan

yang dilakukan.

Meng kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman 3

rotan setiap seorang.

Page 2: Menerang Gelora Plot Permulaan

Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke

dalam beg Meng Kong tujuannya supaya Meng Kong dibuang dari asrama.

Peristiwa mengejutkan apabila cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg Badri.

Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya tempang sebelah.

Peleraian

Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu juga dengan

Kumar yang telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya.

Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala

Sahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan.

Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik memperoleh 7A dalam peperiksaan

SPM.

Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan menjadi doktor yang

akan bekerja di Hospital besar Kuala Lumpur.

Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan dan berjaya membuka

resort di terengganu manakala Shahru dan Kumar melanjutkan pelajaran di politeknik

mengambil kursus kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka bengkel

kereta.

Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira membuka sebuah butik dengan kelulusan

diploma fesyen di UITM yang dimilikinya.

Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.

Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka.