mendekati tatabahasa tahun 4 kssr.docx

6
Mendekati Tatabahasa Tahun 4 KSSR Kata Nama Am Dapat Dibahagikan Kepada Kata Nama Yang: (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat. (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai – buaian , tua – ketua, raja – kerajaan, tahu - pengetahuan . KATA GANTI NAMA TUNJUK digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia dan tempat. ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini dan itu. Kata Ganti Nama Tunjuk Penggunaan Ayat contoh ini Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat. 1. Ini jalan ke rumah Tok Penghulu. 2. Bilik ini telah lama dikosongkan. itu Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh. 1. Pemuda itu sering mundar-mandir di luar sekolah kami menjelang senja. 2. Kaca mata itu sesuai untuk digunakan pada waktu malam. Kata Kerja Aktif Kata Kerja yang menerima awalan meN- dengan/ tanpa akhiran -kan/ -i. Contoh: Mencari Menjalani Menggerakkan Contoh Ayat: i. Samad membaca buku. (Ayat Aktif) Samad – Pelaku

Upload: ezt-eran

Post on 14-Apr-2016

250 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mendekati Tatabahasa Tahun 4 KSSR.docx

Mendekati Tatabahasa Tahun 4 KSSRKata Nama Am Dapat Dibahagikan Kepada Kata Nama Yang:  

(a)    konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat.(b)   abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.•       Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.•       Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai – buaian , tua – ketua, raja – kerajaan, tahu -

pengetahuan .

KATA GANTI NAMA TUNJUK

•          digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia dan tempat.•          ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini dan itu. 

Kata Ganti Nama Tunjuk

Penggunaan Ayat contoh

iniDigunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat.

1. Ini jalan ke rumah Tok Penghulu.2. Bilik ini telah lama dikosongkan.

ituDigunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh.

1. Pemuda itu sering mundar-mandir di luar sekolah kami menjelang senja.2. Kaca mata itu sesuai untuk digunakan pada waktu malam.

Kata Kerja Aktif 

Kata Kerja yang menerima awalan meN- dengan/ tanpa akhiran -kan/ -i.Contoh:MencariMenjalaniMenggerakkanContoh Ayat:i.   Samad membaca buku. (Ayat Aktif)Samad – Pelaku(Penyambut) – membaca apa? = Bukuii.   Siti suka menaiki basikal.Siti – Pelaku(Penyambut) – Menaiki apa?  = Basikal 

Kata Kerja Pasif 

Page 2: Mendekati Tatabahasa Tahun 4 KSSR.docx

Kata Kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.Kata Kerja yang mengandungi imbuhan ‘di’.Contoh:- Dicari- Dijalani- Digerakkan 

Contoh Ayat:i. Buku dibaca oleh Samad. (Ayat Pasif)        Apa yang dibaca oleh Samad? = Buku        Buku itu dibaca oleh? = Samadii. Basikal telah dinaiki oleh Siti. (Ayat Pasif)        Apa yang dinaiki oleh Siti? = Basikal        Basikal itu dinaiki oleh? = Siti

KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN 

1.       Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan  klausa yang menjadi keterangan .2.       Antara contoh kata hubung pancangan keterangan ialah : kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya. 

Contoh ayat:•                  Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.•                  Saya berkawan dengannya semenjak kecil.

Contoh ayat:Persembahan itu akan dibatalkan sekiranya sambutannya dingin.

•              Persembahan itu akan dibatalkan.    Sambutan persembahan itu dingin.

KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP

Ada 14 jenis kata majmuk yang telah mantap, iaitu:

suruhanjaya, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, pesuruhjaya, tandatangan, matahari, kakitangan, antarabangsa, warganegara, sukarela, kerjasama, bumiputera dan tanggungjawab.

Sumber: http://prpm.dbp.gov.my

SENARAI KATA YANG MANTAP DIEJA SEBAGAI SATU PATAH PERKATAAN 

Page 3: Mendekati Tatabahasa Tahun 4 KSSR.docx

1 antarabangsa 18 manakala

2 apabila 19 matahari

3 apakala 20 olahraga

4 bagaimana 21 padahal

5 barangkali 22 peribadi

6 beritahu 23 peribahasa

7 bumiputera 24 perikemanusiaan

8 darihal 25 pesuruhjaya

9 daripada 26 setiausaha

10 dinihari 27 sukacita

11 dukacita 28 sukarela

12 hulubalang 29 suruhanjaya

13 jawatankuasa 30 tandatangan

14 kadangkala 31 tanggungjawab

15 kakitangan 32 walhal

16 kepada 33 warganegara

17 kerjasama

Kandungan Tatabahasa ( Sintaksis. ) KSSR BM Thn 4.

Page 4: Mendekati Tatabahasa Tahun 4 KSSR.docx

1.2 Sintaksis

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Hal ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan adalah seperti yang berikut:

a. Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat.

b. Jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

c. Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif.

d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang.

e. Binaan ayat:

i. ayat dasarii. ayat tunggaliii. ayat terbitan atau ayat majmukf. Proses ayat terbitan:i. proses penggantianii. proses pengguguraniii. proses penyusunan semulaiv. proses peluasan

Sistem Ejaan

Tanda baca penting dikuasai dalam komunikasi tulisan untuk memastikan keselarasan dan juga makna yang tepat. Misalnya, koma dan tanda noktah mewakili hentian dalam pertuturan. Penggunaan tanda baca yang betul dapat mewakili intonasi dalam bacaan dan penulisan.Perkara yang diberikan penekanan ialah:

i. Pola keselarasan huruf vokalii. Ejaan kata pinjamaniii. Ejaan kata dasar dan kata terbitan

Sebutan dan Intonasi

Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan

Page 5: Mendekati Tatabahasa Tahun 4 KSSR.docx

mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat.

a. Sebutan

Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah menggunakan sebutan bahasa Melayu baku.

b. Intonasi

Intonasi ayat bahasa Melayu yang betul hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut:i. ayat penyataii. ayat tanyaiii. ayat perintahiv. ayat seruanv. ayat terbalik atau songsangvi. ayat aktifvii. ayat pasif

Kosa kata

Kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu ditingkatkan dan dikembangkan agar murid dapat mengungkap maklumat dan buah fikiran selaras dengan penambahan ilmu dalam mata-mata pelajaran yang dipelajari pada peringkat sekolah rendah.

Peribahasa

Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan dan kata-kata hikmat perlu diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.